JEJAK ANDA

Wednesday, December 28, 2011

SALAH KAH?

Hi semua.Sorry dah lama tak hupdate (klishe sangat ayat ko Shueb)..Bizi katanyer..Haha.Ok lah.Malam ni aku nak share pasal dilema aku..

Baru-baru ni aku selalu post kat fb pasal pengalaman kehidupan aku. Aku kongsi lah mutiara-mutiara kata yang  aku kutip berdasarkan pengalaman aku berjumpa orang-orang yang hebat..

Persoalannya, aku macam agak terkilan lah kann..Aku kongsi benda yang betul.Tapi ada gak orang yang nak carik silap apa yang aku tulis..Instead of carik silap takleh ke ambil mutiara-mutiara kata yang ada dalam post aku itu?Ahhh..Sangat tertekan okeh camnih..

Susah sangat ke nak terima apa aku cakap?Seolah-olah perkara yang aku cakap ni salah..Arghh..Geram sangat rasanya tahu.Seyess gerammm!!

p/s: Get a life haters!

Sunday, December 25, 2011

DI MANA ADAB?

Budak-budak zaman sekarang adab memang kurang..Nak je aku lahar kan sorang-sorang..Masuk bilik orang tak reti nak ketuk pintu..Nanti dibuatnya ada insan yang tengah telanjang kat dalam tu tahu pulak malu..Ketuk kepala tu sorang- sorang karang baru tahu..SHOW SOME RESPECT WILL YOU??

Pastu aku paling tak suka makhluk yang masuk bilik aku sesuka hati..Seyess..Pantang nampak aku takde kat rumah mula lah nak curi-curi masuk..Seyes geram..Benda kecik macam adab ni tak payah lah nak ajar..Kang cakap kang mula lah memasing nak sentap kann..Huh..Tak koser sesangat nak layan..

SUSAH AHH CAMNI!

Wednesday, December 21, 2011

MATANG KE?

Korang kenal Amar Adli?Alahai si budak UPSI yang meroyan turunkan bendera DSN kat PWTC tu lahh..Budak tu sawan ke hape kan tetiber nak turun kan bendera bagai..Giler publisiti jugak budak ni..Adess..Sedih amat aku tengok kau..Jom tengok apa dia cakap..


Ni ha aku paling tak boleh blah dengan mamat nih..Kat situ ada lah statement dia sebut pasal matang..matang..matang dan matang...

Hello pak cik..Turunkan bendera tu matang ke??Alahai statement..Haruslah kena kat batang hidung kau sendiri..Kalau dah nama pun benci kerajaan, apa yang kerajaan buat semua kau tak puas hati..kan?Budak macam ni jangan dilayan sangat..Lagi di layan lagi lah meroyan..

Friday, December 16, 2011

I LIKE HER



Aku nak kawin.Sebab aku dah jumpa si dia. Tapi aku takde duit..Pastu mak aku cakap kena tunggu habis belajar baru boleh kawin..Ahh sedihnyer..Ok takpe..Lepas grad, kumpul duit bebanyak..Pastu terus pinang si dia..Siapakah si dia??Haha..Nebes takk??Ok aku kasi hint skit rupa dia camne..Dia putih..Pastu tak pakai tudung..Pastu seksi sangat bagi aku..Aku suka sanga dia..Untuk tahu camner rupa dia..sila klik benda oren bawah ni..Masukkan password "bakaltunang"..



Kilik sini untuk tengok gambar

Amacam??Surprise ke tidak??ekeke..

Wednesday, December 14, 2011

Friday, December 9, 2011

LAWAK DI PAGI HARI

Kepada yang anti-UMNO tu tak payah lah nak ngade-ngade klik okeh.Ni untuk ahli sahaja..Hahaha..(ahli ke aku)..Apa-apa pun aku terplay lah video ni pagi tadi..Seyess DSN sangat lawak okeh..Pastu perkataan dia tu ada double meaning tapi sangat murni..Hoho..Tak caya?Cube klik...


Camne lawak tak??erkkk??Tak lawak ke??Takpelah camtu..*terjun bangunan..

MIMPI NGERI

Semalam aku tengok Terowong kat tv3 tu ha.Kepada yang tak tau, Terowong tu slot seram kat tv3.Citer tu tade lah seram sangat..Kelakar okeh..Seyess aku tergelak giler tengok citer tu.Pocong sekarang ni dah pandai pakai contact lens kot kalau korang nak tahu..Kaler biru okeh..Kalau dulu pocong mata kaler hitam jer..Pastu letak darah bawah mata..Sangat klishe pesenn pocong zaman dedulu..Tapi pocong zaman sekarang dah maju..Haruslah trendy..



Lepas tengok citer tu, aku pi bantai bukak Seekers kat youtube..Amboihh..Kemain lagi aku kann..Tak takut ke??Hehehe..Bukan apa..Sangat bosan okeh..Seekers tu apa lak?Seekers tu lak citer pasal carik-carik hantu..Adalah dalam 2 episod aku tengok..Tapi akhirnya aku kecewa..Tak muncul-muncul jugak hantunya..Propaganda je lebih citer tu..Ayoyo..

Nak tahu apa yang berlaku malam tadi?Selepas marathon citer hantu 3 episod, haruslah terbawa-bawa kat dalam mimpi..Secara jujur, sangat seram okeh mimpi tu..Camne lah aku leh terlupa nak baca ayat kursi masa dalam mimpi tu..Adess..Pastu hantu tu tak nak jugak lari walaupun aku dah baca ayat qursi..Ayoyo..Rasa cam nak pengsan lak masa tu..(boleh ke pengsan dalam mimpi)..

Pengajarannya kat sini, tak payah nak perasan berani okeh pasang citer hantu malam-malam. Mana tahu ada yang menumpang tengok..Haruslah ko kena kejut malam-malam kan sebab dia nak tengok episod seterusnya..Hahaha..Ok lah semua..Bye..Idea aku pun dah kering nih..Ayoyo..

Dik bangun lah..Kak Limah nak tengok episod 4 pulak..Bosann lahh..

Wednesday, December 7, 2011

YEAY!

Semalam aku timbang berat badan..Dan berat badan aku sekarang adalah..

50kg

Terharu okeh..Akhirnya cecah jugak 50 kg..Selama ni 50 kg++.Haruslah aku gembira kann..OK sekarang ni nak buat apa ek untuk celebrate??Apa kata makan megi banyak-banyak..Baru masyuk..Hoyehhhh!!OK lah korang..Nak carik megi dulu okeh.Bye..

OMG..Sangat tak percaya dah kurus cenggini..Gembira amats.

Tuesday, December 6, 2011

ADIK NI MUKA ARTIS LAH..

Cube tengok tajuk..Apa korang pikir??Hahaha..Jangan pikir bukan-bukan okeh..Hahaha..Nanti kejap lagi aku cerita kenapa aku letak tajuk tu..

Nak dibuat citer, sabtu lepas aku ngan geng-geng aku lepak KLCC..Ada PC Fair katanya..Pergi sana haruslah cuci mata okeh..Tapi bukan cuci mata tengok pompuan chantek..Tengok gadjet lah kan..Hari tu aku telah jatuh cinta dengan sebuah video camera..Oh..Gojes sangat..Semua dah perfect kecuali satu..Camera tu tak ada night mode..Susah lah camni kalau nak carik hantu malam-malam..Apa-apa pun aku telah pun beli camera itu..

I love you camera...

OK.Masa untuk bercerita pasal tajuk tu..Masa tu aku lalu kat kawasan internet provider punya syarikat..Dari streamyx..sampailah kepada maxis..Tersusun panjang diorang kat tepi tu..Pastu ada laluan kat tengah-tengah tu..Haruslah aku perasan red carpet masa lalu kat tengah-tengah tu..

Tetiber aku terdengar salah sorang promoter itu berkata, "Adik ni macam artis lahh." (sila muntah sekarang)



Amboi statement..Desperate sangat ekk nak jual barang..Ekeke..Koser sesangat ngan orang camtu..Aku tak tau dia ikhlas ke tak..Hahaha..Yang penting aku bukan artis..lagi..Keji kan dia..Tapi aku tak salahkan dia jugak..Sebab orang berniaga kena mulut manis.Barulah orang nak beli..

Ok lah korang.Dah penat ni..Nanti-nanti kita sambung okeh..Bye..

Sunday, December 4, 2011

RAMALAN AWAL

Oh.Siapa tengok AJL?Sila angkat tangann..Amboih..Kemain kann memasing..Nak dibuat citer, last Friday aku miss konsert separuh akhir Muzik-Muzik.Sebab tiket dah habis..Merasa la kann makan hati berulam jantung.Maaf Faizal, aku tidak dapat berada di sana untuk menyokong kau..

AJL tahun ni sangat best..Rasanya seperti kategori balada bakal mendominasi pentas akhir..Aku ada satu ramalan..Antara lagu yang bakal menjadi juara adalah sama ada Beribu Sesalan, Sedetik Lebih, Kisah Hati atau pun Awan Nano.4 buah lagu ni memang terbaik..Tak caya cuba tengok lirik..Lentok habiss okeh..

Dan bila aku tengok lirik Sedetik Lebih, aku rasa feeling habis tau.Pandai penulis lirik ni tulis lirik..Memang terbaik lahh..Ok.Aku nak Share lirik itu..

Sedetik Lebih - Anuar Zain

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Camner korang rasa?Best tak?Aku ulang lagu ni sampai seribu kali okeh..Punyalah best lagu nih..Oh..Terharu..Ok lah korang bye2..Haha.Panjang sangat lak aku mengomel nih.

Wednesday, November 30, 2011

KENGKAWAN

Adess.Aku ni kawan ngan sumorang. Tapi aku agak memilih skit. Aku takde la kengkawan ngan bebudak yang tah ape2 tah..Aku kawan ngan yang ok jer sumua.Walaupun kekadang aku tak paham ngan diorang..

Bespren poreber katenyer..

Persoalannya, setiap kali keluar ngan diorang, ada jer sesi mengumpat.Ah..Boring sesangat..Nak tak nak kena lah aku terlibat..Kekadang aku diam sajer..Aku tanak bersubahat.Asal keluar je nak citer pasal budak A..Asal keluar je nak cite pasal budak B..

Ko tahu Bedah?Dragonball ada 7 biji kesemuanya..Gituhhh..

Mesti sedih kan kalau dapat tahu yang orang bercakap buruk pasal kita..Aku tak nak orang buat kat aku, so aku tak nak buat kat orang..Tadi aku ada cerita benda ni kat kawan sekelas aku kat intec dulu..Dia cakap, orang macam tu kena hati-hati..Sedangkan orang lain pun dia boleh mengumpat, mungkin akan ada risiko untuk kita termasuk dalam umpatan dorang..Aku tak nak semua tu...

Maka selepas ini, aku tak nak keluar 2 orang ngan member.Kalau leh nak bertiga atau pun berempat. Baru lah susah nak mengumpat..Kann??

Tuesday, November 29, 2011

PERLAHAN

Pesanan: AWAS!Entry kali ini mempunyai gambar yang agak horror. Anda tidak digalakkan melihat entry ini sekiranya ada penyakit jantung atau pun tengah mengandung.Hoho.



Nak je aku menjerit kuat-kuat bahawa...

"Internet tersangatlah lembab!"






Nak online gaming pon tak boleh. Nak DOTA pun tak bole.Nak you tubing pon ta boleh..

APA PON TAK BOLEH!

*sedehh

*kecewa

*pasrah



..............................................




AWAS ANDA TENGAH DI PERHATIKAN.SILA PERIKSA BAWAH KATIL ANDA DAN SILA TINJAU TINGKAP DI SEBELAH ANDA PADA WAKTU MALAM.

Muahahahahahaha....

Tuesday, November 22, 2011

MISTERI NUSANTARA

Peh tajuk..Cemas tak korang?Hehehe..Nak dibuat citer, aku ada kat rumah di kampung halaman tercinta..Gitu..Bila dah balik rumah tu, haruslah aku bersedia mental dan fizikal okeh..Kenapa lak?Rumah aku tu, bukan setakat binatang liar je nak menumpang, Kak Limah pun nak join okeh. Haruslah seramm kann..

Ko boleh, satu malam tu masa tgh makan adek ko pi bantai citer hantu kat aku..Tak ke saspens tu kan??Hahaha..Haruslah aku buat-buat tak heran tu walhal dalam hati macam dah nak tercabut tu kan..Bak kata dia, akak aku pernah ada dgr pompuan menyanyi tengah malam..Oh tidak..Haruslah seram di situ..*nangisss..

Pastu, akak aku menambah lagi. ade ke dia cakap dia terdengar bunyik orang tarik something kat luar rumah..Walhal rumah aku tu mana ada orang..Haruslah seram okeh..Oh tidak..*pengsann..

Pengajarannya, haruslah aku tidur awal kan..Aku tanak jumpe sume bende tu..Seram okeh..Aaaaaa...OK lah..Jumpe lagik..

Monday, November 14, 2011

GILA-GILA FLIGHT

Nak dibuat citer. Sekarang ni aku tgh adoo kat Airport Singapore.Kemain kenss..Sementara nak tunggu flight esok pagi, haruslah aku menghupdate blog yang sudah bersawang ini kann..*sambil tiup laptop..

Tiup habuk ala-ala tiup lilin..boleh??

Dan flight dari Melben tadi hur-har sangat..Koser sesangat okeh..Depan ko ada family yang meriah giler..Ko boleh dalam flight dia buat macam taman permainan??Haruslah tidak sama sekali kann..Si baby tu menangis je keje..Nasib baik ko comel..Haruslah dimaafkan..Pastu laki bini tu kejap2 drama..Nampak cam gaduh. Tapi still I Love u segala..Koser sesangat kann..Anak dia yang dorang tu lagi lak main nyorok2 dan kejar-kejar..KO mampu?Pengsann..

hei bebudak, ko hengat ni taman permainan ekk??

Dan mangsanya adalah aku okeh..Haruslah aku takleh tidor tengok perangai dorang..*nangisss..

Dan aku lak cam bese lah..Bila dah travel ni kan, haruslah bajet peramah segala.Dengan sumorang aku nak cakap..Dan salah satu mangsanya adalah orang yang duduk sebelah aku..Nama beliau adalah Sam..Atau nama sebenar beliau Sobhan Tashakor..Amboi..Siap full name lagik..Nama tu aku dapat dari kad yang dia kasik..

The thing is..sekali lagik aku kena dakyah..Boleh??Kali ni lak agama yang diorang promote kat aku adalah Bahai Faith..Motiff kann nak tarik aku masuk agama dia..Aku muslim sejati okeh..err..Btw korang pernah dengar Bahai Faith tu??Aku tak pernah dengar..Dan aku tak minat..Laki tu mcm exited giler tau siap kasik emel segala..Wah wah wah..Kemain beliau..Sapa mamat tu?Mamat tu adalah laki yang duduk seblah aku tu iaitu SAM..

Aku tanyalah beliau dari mana..Beliau cakap beliau dari Israel.erkk..Pengsan aku mendengarnya..Haruslah aku saspens kan..Boleh??Kot kot dia ada motif sendiri ke kann??Oh. Nasib baik aku selamat tau..

Ok lah korang.Di sebabkan internet kat sini sedeh sesangat..haruslah coretan aku benti sampai situ sahaja..Ok bye..Nanti kita jumpa lagi ok..See you awesome guys..

p/s: Aku ada post kat fb pasal hembeg..Somewhat, ada orang misunderstand..Dia ingat hembeg tu beg babi which is hem=babi, bag=bag..Tapi sebenarnya hembeg adalah handbag..kah kah..lawak okeh.

This is a hembeg (handbag)

Friday, November 4, 2011

KO KEJAM

Its rude when someone ask you to use twitter than fb just because you post too frequently..Its absolutely inappropriate..Dah ada butang unsubscribe tu tekan je la situ..Motiff nak halau?Sabar je la Bedah oi..Nak lahar kang ko sentap..Maka haruslah aku tulis kat sini je kann..

Dunia dunia.

BILA ZAMAN DAH MAJU

Hey guyzz..Sorry dah lama tak update.Aku tahu korang dah lama menantikan entry aku kann??*perasann.Aku dah lama tak update sebab tenet rumah aku dah kene potong..Bukan sebab tak bayar bil ke hape..Sebab aku nak pindah rumah..

Ok lah..Kita teruskan kepada topik kita hari ini..Korang pernah tengok discovery channel?Mesti la penah kann..Nak di buat citer, hari tu mak bapak aku ada la tengok kann channel tu..Kat mana tah diorang tengok aku pun tak tahu. Takkan lah kat rumah kot..

Masa mak bapak aku tengok, masa tu la kan dia nak citer pasal ular bebisa kat Ostrolia tu ha..Bila dah camtu, haruslah mak aku takut-takutkan aku kan..Siap dapat bonus lagik..Larangan membuat aktiviti outdoor..Rasain.Gitu lah kekdahnyer bila mak bapak tengok discovery channel..Oh tidak.

Sebagai anak yang taat, haruslah aku akur..*Erkk taat ke?.Maka haruslah aku terlepas camping bersama rakan-rakan di Bruny Island tu haa..*menangis..Sorry guys.I cant make it.

Lepas ni, kalau ada Discovery Channel je, haruslah aku tukar tv tu dengan segera..Kah kah..Tukar ke Tv3 ke kan..Kah kah..

Dari tengok Discovery Channel baik tengok Semanis Kurma..kan?Baru lah alimm sikit..

Masa nak tukar channel tu haruslah aku posing ustaz bagi meyakinkan mereka.Boleh?

ok lah korang..disebab kan dah lama tak menaip, skill blogging aku dah luntur..Lepas ni nak wat vlog jer lah..Boleh?ekekeke..

Saturday, October 29, 2011

OH STALKER

Oh.Bila bercakap pasal stalker, mereka sangat annoying okeh. They are not even your friend and family. Tapi kenapa nak sibuk sangat pasal aku?Artisss kah aku??

Sapa kawan ko..Ko pergi mana..Ko lepak ngan sapa..Ko mandi pukul bape..Hari ni pakai baju apa..Berapa markah exam kau..Semua benda dia nak stalk..Motif?

Darn it!

p/s: Puas hati kau toyol dapat naikkan bil letrik rumah aku??Merasaa laa kann ko duit melayang sebab bayar bil letrik sahaja...*nangis melihat duit terbang..

Sunday, October 23, 2011

MY SIS

Entry nih aku nak tujukan kepada kakak aku nan sorang itu..Kah kah..(Awas ko)..

Im so proud of her..Dengar citer dia termasuk dalam kelompok pelajar cemerlang..Untuk dua sem berturut-turut..Congratez sis.Bangga iollzz aku okeh..Teruskan delegasi family kita..Kita conquer dunia..Kah kah..

Nah aku naikkan pangkat ko kepada diva mcm diorang nih..kah kah..sempena kejayaan kau..maknanya skang pangkat ko lagi tinggi dari aku (errkk penah ke aku pangkat tinggi dari kau?) kah kah 

Tu jer aku nak kongsi..

p/s: Den dah puji kau di sini..apa lagik..belanja lah mekdi..kah kah..

BANGSA YANG HILANG?

Tadi aku ada baca satu manuskrip.Agak epik okeh..Nak baca??Just klik sini okeh.


Camner??Best ke tidak?Bangga tak jadik melayu?

Saturday, October 22, 2011

BIPOLAR

Tetiber idea ni keluar dari kepala aku yang tak berapa betul sangat nih.Apa ek??Takde la.Aku rasa facebook ni menjadikan orang ada bipolar..Mcm dr jekyll and mr hyde tu..


Sebagai contoh, dalam dunia maya status ko semua baik belaka..Ko post hadis, artikel segala...Pastu cuba ko compare ngan dunia realiti..Seyes berbeda..Yang baik tu ok jer.Tapi yang jahat tu..Rasa cam tak sesuai lah kann..


So aku nak upgrade skit peribahasa inggeris tu..Dont judge a facebook by its status okeh..Nampak ke baik tapi tak pun..

Aku mula perasan yang aku suka judge orang..Ya hampunn..Sorry sesangat okeh..Yela yela...Aku pangkah balik apa yang dah aku tulis tadi..Puas??

HANTU?

Kekadang aku rasa rumah yang aku duduk ni macam rumah berhantu tau..Dah la kitorang hidup dalam kegelapan (mati laa mentol terbakar tak tukar-tukar)..di tambah pulak ngan peristiwa yang aku alami tu..Haruslah seram okhayy..

Haruslah seram kan bangun-bangun jumpa bendalah ni..

Yang pertama nya, kekadang kalau gi dapur tu kan, boleh lak dapur letrik tu terpasang kan..Ko mampoo??
Jahat sangat weh tangan toyol tu..Kot ye pun gatal tangan, gi la main benda lain..Sini letrik dah la mahal..Kalau la aku jumpa toyol tu, nak je aku lahar kan sorang-sorang..

Pastu kan, kekadang macam malam tu aku letak makanan dalam microwave tetiba esok pagi makanan tu dah ada kat luar microwave lak..Ni lagi satu..Toyol sesangat okeh..Nak je aku tabur kacang hijau kat dapur tu..Pastu cerca toyol tu masa dia leka kira kacang..Siot kann??Aku dah elok-elok letak benda tu kat dalam tu..Ujung-ujung esok ko bangun ada lak kat luar..Haruslah aku sentap okeh..

Hei sundelsss, ko tahu tak letrik mahal??Gi la main benda lain..

Ada sesiapa yang adooo petua camne nak tangkap toyol tak??Mohon share ngan aku skit..

p/s: Aku sangat suka blog..ni.. Ayat ko kelass sesangat bedah..Tapi ko tak cantek okeh..Harap maklum.

THANKS GUYS

Di sini aku nak mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kat semua peminat aku yang tak henti-henti mengunjung blog aku ni..Rasa cam artisss lah pulak kan..Kah kah..Maka di sini aku nak ucapkan terima kasih satu persatu kepada korang semua..

Buat pengunjung dari KL tu, seyess aku tak dapat nak agak ko sape..Kah kah..Sebab ramai sangat kawan aku yang melata kat KL tu haa..So thanks guyss..

Buat pengunjung dari Batu Caves tu, thanks yer..Motiff sesangat kan orang dari Batu Caves baca..kah kah..siapakah gerangannya itu?Amat saspens sekali okhayy..

Iollzz lah dari batu caves tu..Nak berkenalan boleh??

Buat pengunjung dari Bidor, Perak itu..selamat berkunjung okeh..I like orang Perak..Accent diorang sangat sopan okeh even tengah mencerca..kah kah..Perlu ke??

Kuala Terengganu??Sape ekk??Hamboih..dah semakin besar kan empayar blog aku ni..Dah sampai ke pantai timur dah ha..Nak kopok lekor satu bolehh??Kah kah..Kalau korang nak tau aku suke giler kopok lekor..Pantang nampak kopok lekor kat pasar malam, haruslah ko tapaww pastu makan sensorang kat dalam almari..Boleh?

Hoi!Nampak ni?Free je manjang..kang dengan ko ko sekali aku goreng..

Yang dari Seremban pun adoo??Hamboih..Orang nogoghi...Banggo eden haaa..malam ni jangan lupe tengok bola..Hobin jang hobin..Jom tewaskan T-team..

Ni paling best, orang Penang...Nak nasi kandar satu..Kah kah..Seyes aku tak penah gi penang..Tapi kalau leh nak je pergi..Sebab macam ohsemm tau sumorang cakap Penang tu best..Walhal...

Ni lagi best..Dari Them Midthyllen..overseas okhayy...Haruslah aku feeling Yuna sebentar sebab femess di persada antarabangsa..Leh??kah kah..Seyes aku tak tau kat mane tempat tu..Walau apa pun korang memang terbaik..

Amboi kak..korek hidung pun coverline ke??opsss..artisss la katekann..

Kepada semua peminat, tunggu kan kemunculan aku di dunia facebook.Choww..


Wednesday, October 19, 2011

MEGA PROJEK

Arghh..Tak sabarnya nak balik. Sebab aku nak buat project mega ngan member aku. Gi AJL, buat video, kerja,workout....ahh seyess tak sabar..

Tapi masalahnyer aku ada exam..Oh tidak.Fokus weh fokuss..

ok lah korang.Tu je nak gitau.Bye.

Sunday, October 16, 2011

WHAT THE DUCK?

*tut...

Aku call kali pertama..beliau tak angkat..Aku cuba kali kedua..Nak tahu apa terjadik?

*This is the voice mail..

Lalu aku pun menyumpah seranah service operator tu..Keji tol lah beliau ini..Amek ko..Tapi aku tak berputus asa..Aku mencuba utk kali ketiga..

Dan sekali lagi..Keluarlah suara service operator tu. Dah.Cukup.Aku call 3 kali jer.Sebab Islam pun ajar camtu kan.Takleh paksa orang.Maksimum kasi salam 3 kali jer.Kalau orang tak jawab maknanya kite ni tak di undang lah kan?Setuju..

Hello ni Raju ekk?Raju, mak ko bersalin lagik..copek tau..

Maka aku pun campak tepon aku (drama sesangat kan)..Kah kah..Ok aku gurau jer.Makanya aku membuat keputusan untuk tidak menelefon beliau lagi. Sampai bila-bila.Sekian..

p/s: Aku kekadang hairan gak orang yang bantai miss call sampai seratus kali tu kan..Tak paham paham lagi ker..Dah orang tak nak angkat fon kau, sila lah berambusss..

HALANG

Aku ada member..Dia ugut nak sebarkan leaked picture aku yang kat fb tu...Adooo ke??Adooo laa..kah3..Aku pun apa lagi..Block la kekdahnyer..Nak buat camner lagi kann..Dah tu jer cara..

Gambar aku yang buruk cenggini tu la dier nak post kat wall orang lain..Motiff sesangat lu..

Motiff sesangat nak post gambar aku kat wall fb group sekolah, group uni dan sebagainyer..Apekah?Keji okeh perbuatan itu..Rasa cam artiss lak kann ada orang ugut nak sebar gambar buruk aku tu kann..Kah kah..Merasa la feeling-feeling artis pepagi camnih..

Apa-apa pun, kepada kamu berdua yang telah diblock tu jangan sentap-sentap okeh..Kita masih berkawan di dunia realiti..But not di ruangan siber..Rasainn..Kah kah..

Deyy..Aku laa artis tamil no 1 negara...boleh?

p/s: Bahagia rasanya buat blog tapi tak kasik orang lain baca. Walhal boleh masuk pakai backdoor tu..Kah kah kah..

Saturday, October 15, 2011

RETAK MENANTI BELAH

Masa memuda dulu (tua ker aku??), aku ada join biro tatanegara...Dan aku nak kongsi..Ada satu slot tu, Uncle Rizal ada buat pasal faktor-faktor kejatuhan kerajaan Melayu Melaka yang gemilang..

Dan aku pasti, semua faktor kejatuhan kerajaan Melaka sudah ada JELAS kat negara aku sekarang.Oh.Sedihnyer..

Kenapa perlu bergaduh segala?Kenapa perlu gila kuasa?Kenapa perlu berpecah belah?Kenapa perlu mintak pertolongan kuasa luar? Kenapa perlu menipu orang?

Kenapa?

Kenapa?

Adakah kemerdekaan ini ibarat retak menanti belah?Ataupun ibarat telur di hujung tanduk?

Oh.

p/s: Oh Anwar.Ko memang penipu besar. Tindakan ko masa kegawatan ekonomi itu sudah CUKUP menJELASkan segalanya.Thanks Tun M.

AHMAD YUSRI

Asal post je mengeji orang..Asal post je mengeji orang..Keji kann aku??YA-HA! Ok kali ni aku nak buat sesi puji memuji lak..Ok aku nak puji kawan bek aku yang sorang nih..Nama dia Ahmad Yusri..Gua panggil dia amad jer..Kekadang gua panggil dia yus..Then kekadang gua panggil dia Awie..Banyak kan nama dia??ekeke..

Ok lah..Nak dibuat citer, dia ni sangat humble orangnyer..Seyess humble...Dan baik hati..Dia ni lah yang banyak membantu aku pasal IT dan gadjet..Dia ajar aku camner nak install game..Dia kasik OS free..Dia kasik aku lepak rumah dia..Sangat cool okeh..Paling best pasal dia, dia adalah IT sifu. Ko tanye je lah apa2 pasal IT. Pasti leh jawab. Tapi, aku taktau camner nak balas jasa dier..

Apa-apa pun, terima kasih amad/yus/awie sebab banyak tolong aku selama nih.Seyes aku taktau camner nak balas jasa ko..Kalau ko baca post ni, jangan ko menangis sudah okeh..Sebab kalau ko menangis itu bukan ko..itu hantu..Ko tak pernah menangis..

Thanks weyh. Kalau leh aku nak menari cenggini kat ko sebagai tanda penghargaan.leh?

p/s: Walaupun memuji..masih ada unsur-unsur mengeji kan??ekekeke..tak tau caner nak buang ayat kejian itu..adehh..

CANER EK?

Caner nak tegur kengkawan yang kuat sentap ni ekk??Susah kot.Kang tegur teraser..Tak tegur lak ko terus buat benda tu..ujung-ujung aku diam jer..Senang kan?

Korang ada idea??Mohon kongsi ngan aku.

Aku dah ingatkan..Siap mesej segala..Still ko masih lupe..Tapi xpe..Sebab ko lah paling diva macam orang kat atas ni..

p/s: Susah sangat kalau orang feeling diva nih.Kekdahnya,makan hati berulam jantung lah aku..

SALAH EK?

Baru-baru ni kat TV ada lah rancangan Solehah ngan Ustazah Pilihan..Bagi aku,rancangan cenggini lah bagus dan dapat membina minda masyarakat..Dari AF, Malaysian Idol, Raja Lawak dan segala tu kann..Laghoo je semater..Tapi seperti kebiasaan, ada jer pihak-pihak yang nak mencemuh kann..Aku sangat tak paham okeh..

OK aku faham hujah mereka cakap suara pompuan tu aurat pastu cakap mekap tu inappropriate...Aku leh terima mereka hentam..Tapi instead of banyak bercakap (yang sumorang boleh buat) cube ko kasik sikit idea ko yang bernass sangat tu camner nak membina minda masyarakat..Ko mampu?Kalau setakat menghentam, sumorang suka buat..Kasik la skit pendapat ko..Tengok apa reaksi orang lakk.Aduhhh..

Apa korang pikir?Setuju?Dua tuju?Atau tidak setuju?

p/s: Jangan bajet bagus semasa berdakwah.Jangan rasa diri itu lebih dari orang lain semasa berdakwah. Sangat tidak bagus.

Wednesday, October 12, 2011

SANTEK KE KO?

Korang penah tengok manusia bela kuku tak? Cantek ke tidak?Cantek ekk??Selalunya gegurl lah yang selalu bela kuku ni kenss..Kalau laki lak bela kuku ada dua je petandanya..Sama ada hadek-hadek atau pun pemalas tahap cipan..Kennsss??

Ok lah kenapa tetiber kuar isu nih??Aku bukan apa..Saje jer nak carik pasal..Boleh??Nak tengok kuku sapa paling cantek??Cuba tengok bawah...



------------




---------------





--------------



bawah lagi..






--------------




-------------



Berangan nak jadik Wolverine katanya..Walhal..

Cantek kan pompuan nih??Sapa sanggup kawen ngan pompuan ni sila angkat tangan!!


Haruslah kau yang paling banyak bela "baby" bawah kuku ko kennss??Mesti lazat kann??


Amcam??Masih pikir cantek lagi ke??

Tuesday, October 11, 2011

PENJENAMAAN

Hari ni aku nak cakap pasal penjenamaan.Lebih spesifik lagi. Penjenamaan Islam.Korang pernah dengar isu ni tak??

Penjenamaan Islam ni bermaksud menjadikan Islam sebagai jenama..Sebagai contoh Parti Islam Siberia..(contoh sajer..jangan sampai adoo yang gaduh sebab contoh yang aku kasik ni sudehh)..Islam Fried Chicken ke..camtu lar antara contoh penjenamaan Islam..

Aku sangat tak setuju seratus peratus dengan penjenamaan Islam.Eh??Asal lak??Manusia kan tak perfect..Cube korang bayangkan, kalau sesuatu buruk yang berlaku terhadap jenama tu..Contohnya ada restoran Islam Fried Chicken ni dia jual ayam tak bersih..Mesti imej islam itu sendirik akan tercemar kan??tak ke gitu??

Maka haruslah aku anti penjenamaan Islam..Sebab banyak keburukan berbanding kebaikan..Sekian..

p/s: Islam adalah Islam. Islam bukan PAS..bukan UMNO..Mahupun PKR..Ada pahamm???

p/s: Maaf sebab aku tak kasik hujah dengan detail..Ada aku kesah?ekekeke..

Saturday, October 8, 2011

HONEY 2

Tadi aku aku baru abess tengok movie..Citer Honey 2..Sambungan kepada Honey..Dengar tajuk je mesti korang nak cakap aku ni jiwang ke hape kan??Dont judge a movie by its title okeh..Sebenarnya citer ni pasal break dance..You guys know how i love breakdance right??Maka haruslah aku tengok..

Bagi aku, Honey 2 adalah cerita breakdance terbaik..Aku puas sangat dapat tgk diorang menari..Banyak sangat scene menari..Story line pun unpredictable..Tapi aku lagi suke kalau Jesicca Alba jadik heroin..Sebab dia lagi cantek..dan HOT..*matilaa statement..

Kepada yang tak tahu Honey 2 tu pasal apa, jom review trailer jap..


Puas sesangat dapat lepas gian tengok orang menari..Teruja sesangat okeh..I wish I had my dance crew just like them..Hopefully someday..Sangat cool okeh..K arr korang.Nak tido dulu.Bye.

BELANJA SAWAN 2012

Hmm..Semalam hari jumaat. Hari yang sumorang tunggu iaitu pengumuman belanjawan 2012..Bila dah ada pengumuman tu kan..haruslah ada yang sokong dan haruslah ada yang bangkang..Sebab kiter takleh puaskan hati semua orang..

Macam aku lak, aku terima sahaja..Sebab dia tu pemimpin aku..Dan aku percaya dengan kepemimpinan beliau..dan beliau lebih hebat berbanding aku.Tapi aku sedih gak..sebab ada jer suara-suara sinis..Aduhh..

Apa pasal ekk sumorang macam kecoh pasal benda tu??Itu hanyalah belanjawan je pun..Sibuk la dok menjaja kat fesbuk pasal peluang pekerjaan sedikit sebab naikkan tempoh pencen..sibuk cakap pasal kadar pengangguran yang meningkat segala..Persoalan pertama, kau tu kasyaf sangat ke sampai boleh tengok masa hadapan?Memang tak ahh kann..Kat situ je dah leh tau camne pemikiran dia..Dok sibuk sangat fikir pasal benda negatif..Belum pun berlaku dah cakap..Analogi cukup mudah..Belum pun jawab exam dah tau pass atau fail..Baik takyah daftar exam kan??

LOGIK KAH??

Memang tak ahh kann..



Pastu lak, aku rasa yang diorang ni anggap Belanjawan  2012 tu adalah segala-galanya bagi diorang..Hello mak cik!Ko dah lupe kee??Siapakah yang memberi rezeki??Belanjawan 2012 kah??Silap besar la kann kat situ..Yang memberi rezeki adalah Allah..yakinlah bahawa Allah yang memberi rezeki..So kalau setakat belanjawan 2012 tu tak de hal lah kann..

Ok..Cukuplah sesi lahar bersama aku pepagi bute cenggini..ekeke..keji kan pepagi dah keji orang..haruslah okeh..supaya korang tu pahamm..yang belanjawan 2012 tu bukan lah segala-galanya..Rezeki Allah tu sangat luas..Jangan sempitkan pemikiran korang tu..

Merasaa la kenss kena lahar pepagi cenggini..Amek ko..Rasain..

p/s: Bajet 2012 atau belanjawan 2012?

p/s: Aku sangat terkilan dengan segelintir pemimpin yang songlap duit untuk rakyat..Mereka menjadi semakin kaya dan rakyat menjadi semakin terhimpit.Sedih!

Thursday, October 6, 2011

KO GILER???

Tadi aku kena wat presentation..Bila cakap pasal presentation semua orang mesti cuak termasuklah aku kann..
Dalam cuak-cuak tu ada gak rasa exited kan..Macam nak wat show lak rasanya..Ko mampu??ekekeke..Ok kat sini iollss aku nak share camne nak kurangkan nebess masa presentation..

1)Pertama skali ko bayangkan yang presentation tu macam debut ko nak pemess..Eh silap lak..Korang bayangkan yang presentation tu macam konsert korang..Sapa tak suka wat konsert kan??Sebab ni lah satu-satunya masa untuk korang diminta bercakap secara permintaan..Tak rasa eksklusif ekk??Sebab kang kalau korang tetiber kasik presentation masa lecturer tak mintak orang cakap korang ni tebiat ke kann..

Hari ni iollls nak present pasal caner nak nyanyi kalau suara ko tak sedap..

2) Then masa presentation ni lah ko boleh attack ngan orang yang ko tak puas hati..Macam lecturer ke, macam kawan ko ker kann..Biar dia rasa skit kan korang tu sapa..Haruslah ko paling diva raja masa tu..Nak lagi best ko keji member2 ko depan klass..Bolehh??ekekeke..

OK tu je lah ok..Korang jangan lak ikut tips aku yang tak betul nih..Aku memain sajer..kang tetiber lak ko buat kann..Haruslah ko maki aku nanti kalau ko kena keji sebab ko cakap aku suroh..Haruslah kasik penampar kat situ kann..

and last but not least, its raining and its sleep time..Choww..

p/s: Masa presentation tadi bell ada amek vids..Merasa laa kann aku feeling aku yang aku ni laa paling artisss masa tu..Koser sesangat kann??Tapi aku cam nak pitamm bila dia cakap nak post vidss tu kat fb..Amboi..Keji sesangat memasing..


Tuesday, October 4, 2011

KANTOI

Petang tadi lab kimia last..Pastu lab dia cam pening lak tu kan..Susah sesangat mechanism organic chem bagai..Aku pun apa lagik, kalau dah pening tu haruslah meniru je kan sebagai solutionnyer..dan mangsa aku hari ni adalah Iz..

"Iz yang ni ko wat caner ekk?" ayat pancing aku nak tiru keje beliau..

"Nak tengok kertas ni jap leh?"..aku menambah umpan..

Bila dah dapat jawapan tu kan haruslah aku menulis dengan bahagianya..Lalalalala...Bahagia sesangat kan rasanya dapat meniru kerja yang kite tak pahamm kan..Ada aku kesah??ekekeke...

Tetiber ada orang datang..lalu beliau berkate..

"Oi ko buat apa tu ekk??"

"Takde apa-apa..Tengah meniru jawapan dia ni ha.." (ikhlas kan jawapan aku??)

Tengok-tengok yang tanya ko tuh lab demonstrator..Kantoi sesangat meniru..Dah la kasik jawapan ikhlas sesangat kann..Walau cenggitu, aku still maintain tenang..Kemain kann.Ko mampu tengah-tengah meniru kantoi ngan lab demostrator tu??Aaaaa..Sogan weyh..Mau pitam eden tadi tau..

Bila dah jadik camtu tu. haruslah aku berambuss dari situ dengan perasaan yang sogan, malu dan kecewa..Oh tidak!Ujung-ujung aku keluar paling lambat..Sebab aku masih taktau jawapan kepada mechanism tu..Merasa lah kannn balik lambat selalu...

The moral of my story is (kemain kann??) lenkali buat revision okeh??Bye..

Monday, October 3, 2011

JOKER'S BACK

Ya Ha! Its been a while. Akhirnya mood joker aku kembali..Caner tiber leh datang balik neh??
Sebab aku terlampau tensen..

If people dont care about that then why should i care?That's really stupid. Then, lets play this psycho game with me..

Game ni memerlukan tahap ketahanan minda yang tinggi..Nama pun psiko game..Caranya amat mudah..Just do whatever your enemy has done to you..It's called MIRROR MOVE..If your opponent play dirty, you play dirtier (ada ke term dirtier???pepandai je tambah)..If your enermy show no mercy, just do the same..Muahahaha..

PERANG DIMULAKAN SECARA RASMINYA..ALL THE BEST EVERYONE..

Sunday, October 2, 2011

HMM..

Semalam aku ada tanya beberapa member aku. Apa itu Islam.Macam-macam la aku dapat..Tapi yang paling best ada yang siap bagi pakej cercaan sekali..Merasa la kena maki ngan member sebab tanya soalan bodoh cenggitu..Persoalannya, bodoh ke soalan tu??Tahan je la telinga ni kan merasa cercaan diorang..

Aku sangat tak suka tau bila mana aku tanya elok-elok pastu dapat jawapan sinis.Amboi..Takleh ke jawab bebaik ekk??Entah lah..Burok sesangat tau..

Walaupun kena cerca cenggini, aku tetap steady okeh..Ada aku kesah??

Tapi ada jer yang kasik jawapan dengan baik dan berhemah..Aku suka..Hmmm..Tapi kebanyakkannya jawapan buku teks sekolah menengah je lah kan..Which is aku boleh baca sendirik..Hmmm..

Aku sebenarnya saja je tanya soalan cenggitu..Sebab aku mencarik jawapan yang sesuai bila orang bukan Islam tanya aku..Takkan nak cakap pasal syariah, akidah segala..Mana lah diorang paham..Aku mencarik jawapan yang bila mana orang bukan Islam dengar diorang leh tertarik untuk mengetahui Islam dengan lebih lanjut..Hmmm..

Ada sesiapa tahu??

Merasa lah kan  memasing jadik cikgu sekejap sebab nak ajar aku yang kurang pintar ni haaa..

p/s: Sorry Mr/Mrs/Ms Anonymous..You can no longer comment in my entry..Ya Ha!!!

NB: Kot ye pun kau tu orang paling pandai dalam dunia neh, tak yah arr nak underestimate orang berdasarkan soalan yang dia tanya okeh..Sabar je la Kiah..

Saturday, October 1, 2011

SOALAN?

Satu hari, ada seseorang bertanya kepada aku.Soalan nya sangat mudah tapi susah..Dia bertanya..

"Apa itu Islam?"

Aku terkelu.

Dan sampai sekarang aku masih tak jumpa lagi jawapan yang sepatutnya aku jawab. Sebab aku sendiri pun tak tahu apa itu Islam.Oh sedehh sesangat..

Korang tahu ke?

Thursday, September 29, 2011

RUNWAY

Tiber lak kan berangan nak tengok runway.Dah lama tak tengok.Paling last 2 tahun lepas..Tu pun kat dalam henpon TV member aku tu jer..*sorry hazmi..

Hmm..Next year kalau ada Malaysia Day, harap-haraplah ada runway..Baru best..Leh cuci mata..Amboi..keji sesangat kan..ekekeke..

Ok lah tu je.bye..

Baju ko la yang paling santek bedah..ayoyoooo..*menangesss..

Wednesday, September 28, 2011

BERAT?

Tadi kan aku gi gym?Nak dibuat citer dalam tu ada mesin penimbang..Aku pun apa lagik..Haruslah meroyan bila nampak mesin tu.Dah lama aku nak timbang berat badan aku sejak pindah sini...Ujung-ujung bersua juga..*menangis terharu..

Aku pun bukak kasut..Naik atas tu..pastu keluar nombor..

"53kg"

Aku terkejut lalu pitam..Boleh??Ayoyo..Ni lah berat badan aku paling berat..Oh tidak..Aku hampir pasti kalah kancil idol tau..Oh tidak.

Boleh berat badan ko cenggini??Oh.Sedehhh.

NB: Tadi gi gym..Best sangat dapat merasa gym terbaik seluruh tasmania tau..Oh..Dan paling best, aku angkat pemberat 50 kg..habiss putus urat aku..Pengsan..

KORANG PANDANG APA?

Tak tau lah sama ada aku yang perasan ke apa kan.Hari ni sumorang dok pandang aku jek??erkk..Apekah??masa kat gym tadi ada la orang yang dok ushar aku..Fine aku tau pakaian aku gi gym tak appropriate..Tapi xperlu la nak buat muka kan..Aku pakai baju camner??

lebih kurang camni lah baju aku..tak sesuai ekk??

Pastu masa nak balik ade la sekor mamat ni dok pandang jer aku lagi..Seram eden okeh..Dia ni nak apa ek?Nak kene pukul ke??

Arghh..ada kah kat dunia ni xde ruang untuk orang pelik cam aku??Saboo je la kiah oii...

Tuesday, September 27, 2011

CAUSE I KNOW THIS FLAME ISN'T DYING

Semalam aku sakit kepala yang teramat sangat.Seyes.Rasa macam nak pecah sajork kepala neh.Masa aku soping grocery kat Woolworth dah ada rasa-rasa nak pitam dah kan.Nasib baik tak pitamm bebetul kat tengah-tengah lautan manusia tu..Kalau tak xtau la caner..

Sempat lagi pose cenggini walaupun tgh nak pitam tu..Boleh??

Sampai-sampai rumah, terus letak barang, campak shades(*matila gi kelas pakai shades), campak beg, terus aku lompat atas katil..Pastu pengsan selama 3 jam. Masa tengah pose pitam atas katil tu boleh lak tetiber terjaga.Hambek ko.Rasain kesakitan itu..Nak makan panadol lak takut side effect..Merasa lah ko sakit kepala sampai menangis..(yang menangis tu aku saje tambah supaya nampak sakit sikit..)

Dah xleh tahan sangat..aku terus capai Vicks..Letak setepek dua kat kepala..terus sambung pose pitam atas katil..Pitam lagi selama sejam..Bangun-bangun terus sakit kepala tu hilang..Syukur sesangat tau..Hmmm..Itulah kali pertama aku merasa pening kepala yang sebenar-benar pening..Walaupun cenggitu, api ini takkan pernah terpadam..err motip??

ok lah korang..Jumpa lagi..

p/s: Kepada peminat yang merindui saya, saya tidak dapat melayan anda sebab saya ada exam sebulan lagi..Harap maaf okeh.Kang lepas exam kita buat sesi bersama peminat puas-puas..Okeh??(*matilaa perasan ada peminat)

Sunday, September 25, 2011

I WAS WONDERING

I was wondering what happen to Iraq right now?What happen to Libya and Afganistan right now?What happen to Egypt right now??Adakah negara mereka menjadi semakin baik setelah pemimpin mereka digulingkan?Sesiapa yang tahu sila share dengan saya.

SURPRISE?

Ali adalah si budak pendek. Pada malam sebelum raya, dia ada berpesan kepada emak beliau supaya memotong seluar baju melayu nya sebanyak dua inci..Perbualan tersebut didengari oleh abang dan kakaknya..

eden la Ali si budak pendek..

Kerana ingin membuat kejutan, pada pukul 1 pagi, si kakak secara senyap-senyap telah memotong seluar itu sebanyak 2 inci dengan hasrat dapat mahu mengurangkan beban ibunya..Pada pukul 2 pagi pula, si abang secara diam-diam telah memotong sebanyak dua inci lagi dengan hasrat mahu membantu ibunya..Pada pukul 3 pula, si ibu telah bangun untuk memotong seluar anaknya itu seperti yang telah di minta..

Pada keesokan harinya, Ali terus menjadi histeria apabila mendapati seluar baju melayu nya telah menjadi senteng..Dia terkejut lalu pitam.(Sangat dramatik okeh ending citer nih..ekekeke)

Pengajaran: Muafakat membawa berkat..



.........................

Ok.Tu lah fairy tale untuk malam ni..Aku ni mimpi ape tetiber menggedik nak citer kisah pari-pari memalam camneh??Sawan ekk??Xde la.Cuba korang refleksi tentang situasi yang berlaku kat negara kita neh.Kan banyak puak tu??Walaupun hasrat diorang tu murni, tapi kalau takde muafakat takleh jalan juga..

Sebagai contoh, kalau kita tengok sekarang, kan ramai budak dah macam tak betul sangat. Dengan isu murtad, mat rempit dan segala..Apa yang puak-puak tu buat??Yang hijau blame merah..yang merah blame hijau..Banyak kata dari kerja..Lagi teruk, kerja xde..Memang tak ahh nak jalan kann..

Aku sangat mengimpikan susasana yang xde puak segala neh..Cukup-cukuplah tu..Bosan aku dengar citer pasal korang okeh..Balik-balik muke korang je kuar surat kabar..Kalau hensem atau cun xpe...Ni sedehhh sesangat tau..OK just kidding..Asal kuar surat khabar je cerita pasal gaduh segala..Huh..Bosan okeh..

Hmm..Adakah ini yang dikatakan mimpi yang tidak kesampaian??



p/s: 3 more months to 2012..Are you guys ready??Hikhik..

p/s: Semenjak dua ni aku sering terasa loya..Pregnen ke aku??*pitam..

Saturday, September 24, 2011

APEKAH?

Teringat zaman sekolah dulu-dulu.Masa tu aku form 4. Aku tak tahu camner aku dipilih masuk drama inggeris wakil sekolah ke peringkat negeri.Tapi aku suka okeh drama tu..*matila kecik-kecik lagi dah feeling artiss Hollywood..

Haruslah aku feeling2 jadik Brad Pitt kan masa tu..Perasann sesangat..

Nak dibuat citer, masa mula2 drama tu ada jer pompuan yang join..Seminggu lepas tu tetiber dapat arahan dari pengetua yang pompuan xleh join..Menjaga hubungan laki pompuan katanya..Arghhh..Masa tu aku sangat ahh bengang..Sebab  drama last year pompuan boleh je join..

Ujung-ujung watak pompuan tu kena lah di beri kat laki..Cube teka siapa dapat watak pompuan tu??Bukan aku okeh..Korang pikir apa ni ekk??Ekekeke..Kawan aku dapat watak pompuan tu..Drag habiss okeh dia..Dengan suara tekan tu kan..Ya hampunn..Womenn sesangat..Siap pakai tudung okehh..Ko mampu lelaki pakai tudung??ekekeke..Sangat tett di situ..Sebab nak elak satu dosa, satu dosa terpaksa dilakukan.Hmmm..

Cenggini lah rupa lelaki pakai tudung..*Laki ker senduk tu??ekekeke..

Nak dibuat cerita, pasukan drama kitorang kalah..Sebab storyline sangat bosann..Heh..Aku xfaham motipp dan pengajaran cerita tu tau..Apa-apa pun aku membawa watak aku dengan penuh jaya okeh..Walaupun terlepas anugerah best actor..*menangis...

It should be me..Aiyooo..

Tapi bukan tu aku nak cakap sebenarnya..The thing is..masa aku form 5 which is the next year..tetiber lak pompuan boleh join drama..Ya hampunn..Aku panas sesangat kot mendengarnya..Dah lah masa tu aku tak dibenarkan join sebab nak exam..Sabar je la Bedah..Pengetua yang sama..memberikan arahan yang berlainan..Ikut suka hati dia jer..

SANGAT DRAMA okeh..

Walaupun ni cerita lama, aku tak faham kenapa benda camtu terjadik..Ahh..Sangat memeningkan..Saat itu membuatkan aku lebih tak suka kepada beliau..Sekian..

P/s: Say NO to fake ulama.

Friday, September 23, 2011

MOHON SHARE

Amacam tajuk?Familiar tak??Haruslah familiar kan..Sebab korang tu kan kuat share..Ekekekeke..Asal ade je artikel menarik konpem nak share kat wall fb korang kan..Baru lah nampak macam update skit..Update katanya..Walhal ______(isi sendiri)...

Tapi aku paling kesian ngan orang yang tafsir ayat quran ngan hadis ni ikut nafsu dia...Contohnya macam sorang member ni ajak aku gi surau (ni contoh je)..Aku tak nak pegi..Instead, aku gi tengok wayang (ni contoh gak)..Pastu bila aku balik dari tengok wayang, keluarlah statement sentap dia dengan hadis segala.

Balik rumah, bila cek fb habis keluar statement sentap segala..*Pitam terus aku..Ko mampu??

Insan yang tafsir hadis ngan ayat quran ikut nafsu ni takde rasa bersalah ke ekk???Korang rasa apa perasaan Nabi masa jumpa korang kat sana nanti kalau dia tahu korang tafsir ayat yang baginda sampaikan bukan seperti mana yang baginda maksudkan..Pepandai lah jawab sendiri okeh.Aku malas nak citer panjang..Tu jer aku boleh cakap.

Sekian..

NB: Say NO to fake ulama.

KALIS CERCA

Amboi-amboi.Topik apa lak kita nak cakap hari ni?Aku nak cakap pasal seorang insan masa kini yang kalis cerca.Seyes sangat cool okeh beliau..Walau macam mana orang keji, kutuk, cerca dia, dia langsung tidak melatah dan tak amek port. Bagi dia, semua benda tu adalah remeh semater..

Siapakah beliau?Beliau adalah Datuk Seri Najib. Kalau tak caya cube korang bukak twitter dia..Ada jer insan yang mengeji dia dari siang ke malam..Tapi dia tetap maintain..Tak kesah dan tak peduli..Sangat berjiwa kental okeh..Ahaksss..Motipp aku nak bercerita pasal DSN pepagi bute camnih??

Sorry lah.I tak layan benda remeh canggitu..Sebab I ada benda lagi besar nak uruskan..

Takde la..Aku amats lah ada sedikit perasaan terkilan ngan segelintir manusia nih..Ko mampu..??Bukan apa..Telsco nak caj cukai topup 6% tu kan, habis semua orang tak suka..Kerajaan kejam katanya..Pastu bila dah tangguh, ada pulak suara-suara sumbang yang masih mengeji..Tak ke hazab sesangat perangai memasing tu..Aku nak tanya korang..Korang nak apa ekk sebenarnya??

Facebook is F ing annoying..Arghhhh...

Berdasarkan pemikiran aku yang tak berapa nak betul ni kan, kekadang manusia tu susah sesangat nak terima perubahan..Contoh epic yang aku nak kasik adalah facebook. Asal si Mark tu upgrade facebook je mesti ada suara-suara manusia yang mengeji..Tetttt..Sangat kejam okeh..Diorang buat facebook tu macam diorang punya lah pulak..Walhal facebook tu Mark yang punya..Sundelss sesangat tau memasing..Kesian Mark..Kalau setakat benda remeh macam upgrade facebook pun dah nak keji sampai nak buat demonstrasi jalanan (opsss over lak),  inikan pulak benda-benda lain..Alahai..Tak koser aku nak melayannya..

Ok lah korang.Setakat tu jer coretan gila aku di pagi hari ini. Sekian..Selamat Hari Jumaat okeh.

NB: Ada orang cakap UMNO itu kafir..Amboi-amboi..Tak sayang mulut ekk??Sangat bahagia mereka mengkafirkan orang lain..

NB: Say no to fake ulama.

Wednesday, September 21, 2011

21

I have found my number..It is 21.Why 21??Because i wanna be the best ace running back like Sena-kun.A humble high school student with jersey 21.

Sunday, September 18, 2011

RAGBI

Pagi tadi aku bangun agak lewat. Seyes lewat. Penat yang amats katanya.Aku mampu bangun tapi tak mampu menggerakkan badan mahu pun kaki aku..Sebab otot aku super penat.Apa yang terjadik?

Semalam geng-geng ragbi ajak aku main ragbi..So aku pun gi lah main..Sebab macam best jer kan ragbi tu..Aku ni takder lah pandai sangat main ragbi..Tapi in term of speed, aku ada advantage sikit..Sikit saje...Takde lah banyak sangat..So masa main, since aku xde skill, aku pakai je lah speed. Dari hujung ke hujung padang aku larik..Nasib baik xde sape dapat kejar..Kalau tak nan hadoo lah aku nak buat touchdown..

Ayoyo..Hanjeng mengejar..Larikssss!!!!!

Dan begitu lah hasilnya..Pagi ni aku jalan naik tangga mengengsot-ngengsot macam siput sedut..Sebab otot seluruh badan aku penat..Yelah mana tak nya..Semalam larik over sangat mcm kena kejar hanjeng..Sape suruh..Ujung-ujung penat cenggini..Padan muke aku..Ekekeke..Tu je kot buat masa ni..Babai..

p/s: Semalam kitorang main ragbi sentuh..Bila aku cakap kat kawan pompuan aku yang main ragbi sentuh, dia cakap tu version yang untuk pompuan nyer..Ya hamponnn..Maknanya, WOMAN habiss lah aku semalam ekk??Merasa la kan..Patut lah adoo omputih mengendap aku semalam..Cisssss...Pitamm eden..