JEJAK ANDA

Friday, December 31, 2010

PERTEMUAN YANG DIRANCANG

Kereta berdesup laju di hadapan rumah aku. Jalan yang lurus dan agak baru membuatkan pemandu memacu kenderaan mereka dengan penuh laju dan gah. Aku pula terus di sini. Menunggu sebuah sinar dari arah yang tidak aku ketahui. Menunggu dan terus menunggu..

Apa-apa pun aku tidak sihat beberapa hari ini. Sebab itulah aku tiada mood untuk mengemas kini aktiviti yang telah aku jalankan.Maaf kepada rakan blogger yang aku sayangi. Oh yer.Kali ni aku nak bercerita tentang aku dan kawan-kawan aku bergembira. Tu pun nak cerita ke??Ehh suka hati aku lahh. Best weyy.Lagi pun dah lama tak jumpa kawan sekolah. Sangat rindu dengan mereka.

Nak dibuat cerita, pada malam jumaat tu kitorang main futsal kat Kompleks Rakan Muda Germany. Perghh.. Aku lah orang paling teruja malam tu kan.Mana tak nya. Dah sebulan aku bertapa kat rumah. Maka sudah sampai masanya aku menunjukkan hasil pertapaan aku kepada mereka.Malam tu teamate aku boleh lah dikategorikan sebagai pemain biasa saja. Aku tengok kat sekolah dulu kitorang bukan lah pemain street soccer sejati. Ada pemain hoki, ada pemain takraw, ada pemain bola sepak..pemain bola tampar iaitu aku dan seorang nerd ni ha..Tapi last-last aku sangat berpuas hati sebab kitorang dapat kalahkan pasukan yang amat hebat persis Real Madrid. Malam tu kami bermain seperti Barca dan aku sebagai coach berkata yang kami memang layak menang banyak game malam tu. Credit to Zul, Adli, Aizat, Aku dan Sufi. Haha.


Korang nak main hebat macam aku? Nah makan kasut aku ni..Dulu aku pun makan gak kasut cikgu aku..Last-last jadik hebat camnih..

Apa yang paling best adalah semua kawan aku cakap yang skill aku sudah semakin hebat dan menunjukkan peningkatan..Err..Hello..Selama ni aku main korang sajer yang tak pandang skill aku. Sebab aku memang hebat dari dulu lagi..Eh aku lak lebih-lebih kan..Tapi betul lah apa aku kata.Aku terkejut jugak dengar diorang cakap macam tu kan..Tau tak kenapa aku boleh improve? Macam ni ha..Aku dari sekolah dulu sampai lah masuk kolej ni kann..Aku main kat posisi sama saje..Mesti jadik last man.So bila dah lama main tu kan..mesti lah dah faham sangat perangai manusia ni. Aku paling suka main dengan selfish..Sebab senang je nak steal bola diorang..Malam tu apa apa pun aku sangat enjoyy...

 Candid 1

Candid 2

 Malam tu aku lepak rumah Aizat. Dan malam tu lak tetiba aku takleh tido kann..Maka haruslah aku berborak dengan kawan aku tu sampai pagi..Lepas azan Subuh baru lah kitorang tido..Tak ke pelik tu kann..Haa..Maka dalam pukul sepuluh macam tu, tiba-tiba ada orang call aku..Ajak lepak kat Jusco Seremban 2.Adess.Jauhnya nak pergi Seremban 2 tu ha..Nasib baiklah ada Sufi sebab dia yang jemput aku dengan Aizat..Thanks Sufi..

Korang tau tak ape kitorang buat kat Jusco tu? Kitorang KARAOKE!!!Pehh..Tak ke terharu tu kan orang call aku semata-mata nak tengok show aku ni ha..Rasa macam glamer sesangat kann..Kali ni sikit je yang datang..Sebab budak lain ada hal..Adalah si Ariff, Ribie, Aizat, Emyrul, Yusri, Adam..Ingatkan nak karok kat Jusco saja.Tapi disebabkan kat situ tak best..kitorang tukar plan..Kitorang karok kat Seremban Parade..Lagi best kan..Walaupun bilik agak mahal tapi berbaloi jugak ahh..Yang tak bestnya sebab lagu kat situ tak update..Heh!


Lets rock the world rakan-rakan!!!

Korang tau tak sapa paling menyerlah malam tu??Bukan aku ekk..Tapi si Sufi tu aka Broebery Marantika tu haa..Suara dia sebijik kot macam artis tu. Tak ke azab tu kann..Haa..Tu la pasal..Korang nak tau ke sape dia ni? Jap eh aku letak gambar dia. Jangan menyesal lak ehh..Tadaaa..

Dengan ini aku mengumumkan bahawa pemenangnya adalah......


Sufi aka Broemery Marantika

Ah tidakk!!!!

Camne?Menangis ke tidak korang tengok gambar ni?Haa..Kalau korang nak tau dia lah paling artis masa karok tu kan..Suma lagu dia boleh nyanyi. Dari Sheile on 7 sampai lah ke In Team.Semua dia nyanyi hari tu. Paling aku nak tergelak masa dia nyanyi lagu In Team tu haa. Boleh lak kan gi karok nyanyi lagu nasyid. Sangat tak kena. Mungkin dia ni kat sekolah dulu meroyan kot nak masuk team nasyid sekolah. Hahaha..Sengal..

.............................................................................

Lepas puas melalak karok macam orang gila, kitorang pun decide nak main bowling jap kat situ kan..Dekat ke.Kat atas tu je pun.Tapi disebabkan masa tu ada competiton peringkat piala timbalan pengarah kat situ maka kitorang pun pergi solat dulu. Masa kat pintu surau tu kan tetiba ada awek panggil aku..Err..Tau tak apa aku buat? Aku lari cepat-cepat.Segan weyy..Mana tak nya.Masa tu dah lah ramai member sekolah..Kat sekolah lak aku ni si anti-pompuan sikit. Maka haruslah aku lari supaya aku kekal macho. Sebenarnya aku rasa pompuan tu kenal aku.Kawan sekolah rendah.Err..Sorry ek pompuan.Aku tersengaja..

Masa main boling tu, aku rasa neves gila..Ini kali ketiga aku main kot.Mesti lah segan. Terjatuh ke dibuatnya. Tak ke jatuh maruah aku tu kann..Haa.Masa tu lak ada pertandingan. Maka aku haruslah kekal macho supaya awek sekeliling situ terpikat dengan persona aku.Apa-apa pun itullah kali pertama aku spare dan strike. Rasa macam nak menjerit lak.Cehh..Padahal orang lain dah lama kot buat strike dan spare.Aku sajer ketinggalan zaman.Alhamdulillah aku dapat no 3. Tak sangka weyh..Bangga gak lah aku..No 1 tu tak lain tak bukan si Sufi tu ha.Dia ni multi talented.Semua dia boleh buat..No 2 lak si Ariff tu kann.Aku lak dapat no 3. Pehh.Bangga weyhh..

Apa-apa pun..inilah petemuan terbaik aku bersama rakan-rakan..Tapi duit aku banyak habis..Waaa..Terima kasih rakan-rakan..Korang memang rock!!!Sekian sahaja cerpen dari seorang aku. Sekian!!!

Thursday, December 30, 2010

PAHLAWAN BERLARI KE AWAN

Oh yeah.Selamat pagi semua.Hmm.Malam tadi mesti seronok kan?Maklumlah pasukan Malaysia berjaya menewaskan pasukan lawan. Apa-apa pun aku ingin mengucapkan tahniah kepada skuad negara. Cara permainan korang sudah menunjukkan peningkatan..Walaupun korang muda lagi..Tu yang aku bangga tu..


Aku rasa berdebar gila malam tadi tengok bola.Rasa macam nak terkeluar jantung aku. Apsal lak? Yelah aku tengok team lawan tu banyak pulak buat serangan kan. Center back pulak malam ni macam longgar sikit. Sape tak takut kalah woi..Apa-apa pun aku nak credit kat penjaga gol. Peh..Skill ko memang hebat Fahmi. Dah lah ko dengan muka selambanya save penalty tadi. Ko memang hebat arr bro.Terbaik dari ladang. Aku rasa lah kan..malam tadi banyak yang center back buat silap.Terlepas bola lah..tersilap agak lah..Hahaha..Terutama kat bahagian sebelah kanan. Pergh..Cuak weyy..

Tapi walaupun defense agak berterabur sikit..serangan Malaysia tetap berbisa.Perghh..Tak sangka aku negara kita mempunyai penyerang berbakat macam tuh..Paling best sekali masa Super Safee jaringkan gol..Perfect weh..Through ball yang  sape-tah-bagi tu memang sempurna beb. Just nice sampai kat Safee tapi dalam masa yang sama lepas 2 pemain..Bila dah dapat peluang macam tu apa lagi kannn..Rembat lah ke arah gawang. dan..

GOAL!!!!!!!!!!!!!!!


Yehaa goal..Eh apsal camera fokus kat aku nih??Safee la yang gol kan..Adess..

Aku amat berbangga ada pasukan negara macam ni..Baru lah bersemangat sikit nak jadik kipas-susah-mati..
Walaupun kita hanya bermain dengan menggunakan pemain muda sebab kebanyakan pemain utama cedera..kita tetap berbisa..Itulah dinamakan rezeki..Dan taktikal yang sungguh hebat dari coach Rajagobal. Sepanjang aku tengok bola semenjak aku lahir, ini adalah taktikal negara terbaik yang pernah aku tengok. SERIOUSLY!!!!

Kepada pemain negara itu, berusahalah bersungguh-sungguh ye. Kang kalau korang tak main betul-betul korang tak takut ke aku amek tempat korang dalam kesebelasan utama? Aku ni tidak kurang hebatnya tau.Tapi ingat ekk..Walaupun korang dah berjaya sekarang ada banyak lagi cabaran besar kat depan tu..Bersedialah ekk korang..Jangan sampai jatuh balik sudahlah..Nanti ada je lah mulut-mulut yang mengeji dan mencerca korang..Korang nak ke??Mesti tak nak kan..Aku ni pulak apsal tiba-tiba nasihat pemain negara kat sini lak?Apa ada ke pemain negara yang baca blog aku ni??Err..tu aku tak pasti ok...Apa-apa pun aku amat berbangga dengan korang..Inilah barisan kita..



Wajah-wajah gembira


Kita menang woii!!!!!

p/s : Errr...kat mana nak daftar jadik pemain negara ekk???Aku nak daftar jugaklah...Hahahaha

Tuesday, December 28, 2010

SAYA BLOGGER NEGERI SEMBILAN

Oh yeah.Bosannya hidup macam ni kan.Member aku pulak tah pegi mane tah.Ah lantak lah diorang. Asalkan diorang gembira dengan kehidupan mereka. Sekarang ni dah masuk 2 bulan kawan-kawan sekolej tak call aku. Call tu aku tak kisah sangat sebab aku tau diorang tu kedekut giler.Kalau kedekut sangat nak call tu apalah salahnya hantar sms ke kan..Tanya khabar ke..ape ke..Ni tak..diam saje..Mungkin aku ni bukan lagi member diorang kot..Ahhh lantaklah..Ada aku kisah??

Tak ada ke sapa-sapa nak tanya kabar kat aku??

Disebabkan itulah sekarang ni aku nak carik geng baru pulak.Erkk..Aku ada ke geng lama?Ahh entah lah..Nasib baiklah member blogger aku ada buat satu contest nih..Maknanya bolehlah aku mencarik geng-geng baru..Kalau korang nak join benda nih, silalah klik di sini..

 Kat situ, admin tersebut ada tanya beberapa soalan yang perlu aku jawab. Antaranya :

Nama : SuperHuman (aku kena rahsiakan identiti asal okeh).Korang boleh gak panggil aku unta..
Status : Aku single lagi ok.Buat masa sekarang aku malas nak carik awek.Bosan ahh..
Cara hubungi : Twitter, Facebook.
Daerah : Jempol
Tempat tinggal : Rumah kuning berpintu hitam
Tempat menarik : Kat kawasan rumah aku tu ada Teratak Zaaba iaitu rumah Pendeta Zaaba masa dia kecik dulu. Kemudian, ada jugak Hutan Lipur Serting Ulu..Best beb!!

Tu je kot..sebab aku tak ada mood nak buat post panjang-panjang..Nanti jadik cerpen lak..Adehh..OK lah..babai..

Friday, December 24, 2010

REMAJA KAH YANG BERMASALAH?

Aku ni jenis orang yang minat membaca.Tak kisah lah sama ada bahan itu ilmiah atau pun sekadar picisan sahaja. Tapi bila aku baca sesuatu yang berkaitan isu, mesti aku nak marah. Sebab kadang-kadang teori diorang tu tak ada lah betul sangat.Antara persoalan yang aku selalu tanya kat diri aku..

BETUL KE REMAJA YANG BERMASALAH?

Ehh ni buku engineering ke komik eh? Cover buku engineering..dalam komik.sapa la punya keje nih!!

Huh? Apa dia?Oh..korang tak paham lagi ekk??Macam ni haa.Aku tak puas hati bila ada orang mengatakan bahawa remeja bermasalah.Kenapa pulak?Yelah bagi aku mak bapak lah yang sepatutnya dipersalahkan.Tapi kenapa nak blame remaja pulak? Sebabnya ramai yang tak sedar. Meh sini aku sedarkan korang. Aku bagi dua bukti kenapa aku nak cakap punca remaja hancur adalah mak bapak bermasalah.

Bukti pertama.Korang pernah tak dengar pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya? Sapa tak pernah dengar sila lempang diri sendiri. Ko ni duduk kat bahagian ceruk mana lah pulak tak pernah dengar peribahasa yang femes ni kann..Ok kat dalam ni sapa orang yang melentur sapa yang jadik buluh?Orang yang melentur adalah mak bapak dan buluh adalah anak-anak.Pernah ke korang dengar buluh ni melentur diri dia sendirik?Mustahil kann sebab buluh mana ada tangan.Cehh..Soalan simple..Macam tu lah anak-anak..Diorang tu masa kecik dah la jahil, tak tahu, innocent dan bla3.Maka mak bapak lah yang kene didik mereka ni ha dengan sebaiknya.Kalau mak bapak lepas tangan..maka rosaklah budak itu..

Buluh jugak boleh dibentuk menjadik meriam buluh..Pastu main puas-puas..Fuhh..

Bukti kedua.Aku nak bawak lagi satu analogi. Korang pernah tengok tak cerita project runway? Kepada yang tak pernah itu project runway adalah satu rancangan realiti yang berkisarkan fashion designer. Maka setiap minggu diorang ditugaskan buat satu pakaian berdasarkan cabaran yang diberi. Kalau baju yang diorang buat tu buruk korang rasa sapa patut dipersalahkan?Baju tu ke atau pun designer tu?Sapa yang cakap baju tu patut dipersalahkan dia memang gila..

Ok..tell us about your design..


This is my design..Its made up of newspaper..


I put a lil bit of myself in this design.It is so fierce bebeh..


Fierce ape kebendenye!! Aku tengok pun nak menangis ko tau tak..Aku tau lah kitorang bagi bajet ciput je. Kot ye pon janganlah ko buat baju dari kertas lak. Ko nih..


Err..Do u think its wearable??


Aku pulak rasa yang ko nih dah buang tebiat kott..Sapa nak pakai baju kertas ko nih? Cinderella ker?Kot ye pun nak buat lawak kat sini..ko janganlah loyar buruk ehh..Aku sekeh kang baru tau..

Psssttttt Nina..aku rasa kann kalau bagi Pak Pandir pakai baju ni..mesti dia tak nak kan..Sebab dia laki..Aku tak dapat bayangkan Mak Andeh pakai baju nih.Mesti nampak gojess kan!!Hahaha..


Errkk..Ape?Tak paham?OK.Rilek ok..Aku bawak lagi satu contoh.Korang pernah tak tempah baju? Apa perasaan korang kalau baju tu lawa? Mesti korang akan perasan bahawa korang lah orang paling lawa kat dalam dunia ni bila pakai baju tu nanti.Tapi kalau baju tu tak lawa mesti korang menyirap kan??Yang korang nak marah tu sape? Baju yang buruk tu ke atau pun designer nya? Jawab la sendirik eh..

Apa kaitannya haa??OK2.Macam ni lah..Remaja itu adalah hak mutlak mak bapak.Korang ada kuasa mutlak nak didik anak korang macam mana pun. Nak didik jadi setan ke..nak didik jadik manusia ke..nak didik jadi haiwan ke..Itu semua hak mutlak mak bapak..Tapi ada ke orang nak didik anak jadik setan dan haiwan??Mana ada..Merapu betul aku ni..Maka kepada golongan mak bapak, silalah didik anak betul-betul yer..Kerana belia adalah masa depan negara. Jika rosak belia maka gelaplah masa depan negara.Bak kata cikgu sekolah aku...

PEMUDA HARAPAN BANGSA PEMUDI TIANG BENDERA NEGARA


p/s : Apa pendapat anda?

Thursday, December 23, 2010

PERCUTIAN YANG TIDAK DISANGKA

Aku masih teringat lagi.Pada Rabu yang lepas.Masa tu aku tengah masyuk giler tido kat dalam bilik kan..Tiba-tiba lak bapak aku masuk kat dalam bilik aku..

"Bangun!!Bangun!Jom kita pergi holiday!!!" beliau berkata...

"Ahh..holiday ke?Nak pergi mana?"

"Port Dickson atau Gunung Ledang?"


Bangun!!!Lets holiday..

Masa tu aku konfius jugak kan..Ikut hati nak saja pergi dua-dua.Maklumlah aktiviti outdoor adalah kegemaran aku..Sungai dan pantai?Yang mana satukah aku lebih suka?Setelah lama berpikir aku pun mengambil keputusan nak ke Port Dickson sahaja.Al maklumlah, mesti banyak ikan duyung kat tepi pantai tu kan.Maka aku pun boleh lah mencuci mata..Tak sabar rasanya.

Oh tidak!!Aku nak pergi dua-dua sekaliguss..

Sebelum mandi-manda bapak aku ajak makan dulu.Lapar katanya.Aku tak boleh bagi peluang bab-bab makan ni kan.Orang dah ajak makan.Aku set sajer.Maka sebelum mandi, aku telah membedal mee bandung kat situ.Aku saje je order mee bandung. Dah lama tak rasa mee tu kan. Paling terakhir adalah masa aku balik kampung 2 tahun yang lepas..Peh..mengidam punya pasal kan..

Perghh..Ko ni makan mee ke makan selipar?Muka semacam sajer!!

Selepas aku habis makan, aku pun terus campak topi dan terjun kat dalam laut tu kan.Pehh..Best giler.Dah lama tak mandi laut beb.Ombak pada masa tu kuat jugaklah.Tercampak jugaklah badan aku ni kena hempas dengan ombak..Tapi malangnya masa tu air tengah pasang..Maka pantai tidak kelihatan sangat.Dan paling tak bestnya, tak ada ikan duyung Eropah yang tengah bersantai kat tepi pantai tu..Ahh..Ruginya..Aku amat berharap adalah seekor dua kat situ..Malangnya tak ada langsung..

Korang bayangkanlah masa tu macam ni tau ombak kat situ..Tak ke terpelanting aku..

Apa-apa pun, percutian tu best jugaklah bagi aku. Selain dapat membedal mee bandung, aku dapat mandi sesuka hati aku..Aku berangan jadik hero baywatch kot pada masa tu..Hahaha..OK lah.Kat sini aku sertakan beberapa keping gambar yang telah sempat aku ambil.Tapi gambar ni biasa-biasa sajer. Sebab aku ni newbie dalam bidang photography ni kann..Maka gambar yang aku ambil seharusnya biasa-biasa sahaja..

scene 1 - Aktiviti manusia di tepi pantai


scene 2 - A family at banana boat


scene 3 - Aku 


Malaysia's Next Top Model a.k.a Aku..

p/s : Aku sebenarnya ada banyak lagi gambar..Tapi takkan nak letak semua kott..Aku malas lahh..

Wednesday, December 22, 2010

LETS RUN



Oh yer.Aku baru saja join blog larian.Saja jer nak cuba nasib aku ni kann..Mana tau best ke benda nih.So kat dalam tu dia suruh lengkapkan satu slogan nih..Setelah lama berpikir maka aku pun dapatlah selesaikan slogan itu dan ia berbunyik..

SAYA SUKA BERBLOGWALKING KERANA SAYA TIDAK SUKA BERBLOGHIKING...

Err..Boleh tak macam tu haa??Wah..Sangat best slogan aku ni ha..Amat-amat unik..Cehh..Masuk bakul angkat sendirik nampak?Ahh..Lantak..Dan pastu lak dia suruh aku tag 3 orang pulak.Haishh..Maka aku telah mentag tiga orang kawan aku ni haa..Aku tau korang giler glamer..

1) Rozita Che Bie
2) Half Blood Prince
3) Mamak

Camner?Ok ke tak?Haa..Mesti lepas ni korang femes giler kann..Pastu boleh lah aku tumpang glemer skali kann..Apa-apa pun aku berasa amat teruja nak join benda ni..Nampak macam best sajer..Thats it.Goodbye for now people..See you again..

THIS IS ME

Hello people..This is me..

Yeah.Ohh akhirnya aku berjaya jugak lari daripada para stalker, paparazzi dan segala-galanya.Aku sangat tak suka stalker.Sebenarnya aku bukan lah budak baru dalam dunia penulisan.Aku sangat suka menulis.Aku boleh tulis macam-macam bentuk bahan.Ni blog aku yang baru.Aku ada blog lama.Aku saja je nak tambah koleksi blog.Boleh jadi blog bersiri pertama kat Malaysia..Wah..Macam tu pulak kann..

Korang ni kenapa??Aku tengah mandi pun korang nak buat photoshoot ker??Adess..

Apa-apa pun, kepada insan yang belum mengenali diri ini salam perkenalan buat anda semua.Korang boleh panggil aku apa-apa sahaja yang korang suka.Aku tak kisah pun.Prinsip aku adalah aku percaya yang semua orang ada kuasa super.Ada yang boleh berlari laju..Ada yang sangat pandai..pandai menipu pun ada jugak.Ada jugak yang gagah perkasa..Aku amat tertarik dengan manusia..Kerana aku percaya bahawa manusia ada kuasa super..

Ni kawan-kawan aku yang kuat carik publisiti.Sebab tu lah diorang femes.Aku lak humble jer.

Maka dengan itulah aku menulis blog ini.Kerana aku ingin berkongsi kisah aku bersama manusia super di sekeliling aku sama ada mereka itu baik atau pun jahat..Aku sangat suka berkongsi kisah aku bersama mereka.Agar anda semua mendapat pengajaran..Bukannya untuk mengkritik atau pun memalukan..Ahh..Sangat panjang pengenalan ini.Aku rasa sampai sini sahaja kot..Nanti aku cerita lagi banyak-banyak ehh..

p/s : Tak sabar nak menulis setelah lama bertapa kat German..