JEJAK ANDA

Wednesday, February 15, 2012

KAROK-MAROK

Amboi tajuk.Meriah sangat kan?Kalau korang nak tahu, aku ni budak yang gila karok sikit. Pantang nampak pusat karoke haruslah singgah.

Nak ni buat citer, semalam aku gi karok ngan adek aku. Disebabkan dia malu-malu kucing nak nyanyi haruslah aku conquer bilik tu sensorang kan..Keji tak??

Korang nak tahu??Bak kata adik aku, aku ni dah leh masuk audition dah ok..Haha..Lawak sesangat..Suara biasa cenggini nak masuk audition.. Haruslah tersingkir awal-awal.

Aku rasa happy sangat kalau dapat pegang mic. Hilang segala masalah aku bila pegang mic. Lepas ni 10 bulan lah aku berpuasa pegang mic..Sedihnya.. Tapi takpelah. 10 bulan je pun. Bukan 10 ribu tahun..Think positif ok?Haha.

Nak karok lagu cinta muka buku leh tak?Hehe

Ok lah korang.Esok aku sudah mahu pulang. Mahu bersedia mental jap.Bye korang.

Tuesday, February 14, 2012

2046

~Semoga sempat bertemu tahun ini dan dipermudahkan segalanya.~

Monday, February 13, 2012

PULANG

Aku sudah mahu pulang ke sana. Oh serius. Saya sayangkan rumah saya. Sangat berat hati ini mahu meninggalkan desa tercinta. There is no place like home bak kata omputih.

Namun apakan daya. Mungkin inilah perjuangan aku. Perjuagan yang bakal aku lalui selama 10 bulan. Aku bukan berseorangan. Dia sentiasa bersama aku.

"Oh Tuhan. Lindungilah aku dari sifat lemah dan malas. Jadikan lah aku tabah dan rajin".

Amin.

Friday, February 10, 2012

BANGUN CINTA

Hmm..Tadi aku ada pergi farmasi. Pastu jumpe seorang wanita ni kan (which is my taste)..Haruslah aku menggedik dengan beliau kan..Ko boleh pergi farmasi sebab nak ushar pompuan??Adehh..Kesilapan aku yang besar adalah aku tak mintak apa-apa maklumat dari beliau tentang diri beliau.

Hmmm..Pastu aku cakap la kat mak aku yang aku minat pompuan tu..Haruslah plan bagai dengan mak aku macam mana nak ushar pompuan tu..Amat kelakar okeh...

Mak aku kata esok dia nak buat-buat pergi farmasi..Hambek ko..Harap-harap dia tak gebang..Sebab aku rasa aku telah bangun cinta dengan wanita itu..Adehhh..

Aku tidak mahu menduda lagi (duda lah sesangat kann)..

Ok lah. Aku berpegang kepada falsafah. Kalau dah jodoh tak kemana. Kan??Entah lah.Aku pun tak tau..Ok lah.Itu sahaja coretan malam ini.Sekian

Thursday, February 9, 2012

MR FOREVER ALONE

DEAR DIARY,

Somehow, I feel like I am not even exist..Is it just me or people cannot hear or understand what I was saying?
It is like talking to a cat when I did not get any response from them when I was talking to them. And in the same time, it is quite irritating.

Worse case is, I texted my friend and it took time for them to reply mine. Was it that difficult to reply? Or everyone is out of credit in the same day, hour, minutes and seconds.Duhhh, what a COINCIDENCE!!Absolutely CRAP nonsense.

I am really tired of this SHIT problem.

From now on, I think I would talk as minimum as possible with people around me. I don't know how long I would do that (maybe 1 day maximum or maybe less) but I would try my best.

Yours faithfully,

MR FOREVER ALONE.

Wednesday, February 8, 2012

AKU MAAFKAN KAMU

Ok.Kali ni aku nak share lirik lagu ni..Memang best..Aku suka lagu yang ada rap sebab mesej diorang kekadang lagi bagus dari lagu yang jiwang-jiwang cinta tu haa..Buang masa je kan..Ok..Lagu ni dinyanyikan oleh Jamal Abdillah feat Malique..Malique??Seyessly..Yup..Tapi dalam video tu Zizan Razak terpaksa ganti Malique sebab Malique tak nak tunjukkan diri dia kat public..Erkkk..Motipp??

Ok lah..Apa-apa pun..Jom layan k..

.................................................................



Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan
Baling ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan


................................


-THE END-

Monday, February 6, 2012

BAPA.

Ok.Cuti ni aku takde buat keje sangat. So cam bese lah. Pagi-pagi haruslah youtubing kan..Haha..Nak dibuat citer aku pun bukak lah lagu Christina Aguilera yang bertajuk Hurt tu..

Lepas tengok aku rasa macam nak nangiss kot..Lagu tu dah lah sedih..Pastu story line dia pun sedih gak..Citer dia pasal seorang budak yang rapat dengan bapak dia masa kecik-kecik dulu..Pastu terpisah..

Masa dia dah besar..dia amat merindui bapanya itu..Rindu yang tidak tertahan..Ibarat rindu aku kepada si dia..Cewahh.Haha..Hmmm..Takyah cakap banyak..Jom tengok jap video dia...



Kepada insan yang masih berbapa itu, sayangi lah bapa anda sepenuhnya kerana anda sangat bertuah.

p/s: Aku kasi 5 bintang..Korang camne??

Sunday, February 5, 2012

TENGAH HARI YANG HURU-HARA

Nak dibuat citer, semalam aku lepak Seremban.Hmm..Saje je..Nak belanja kengkawan aku kan..Sebenarnya aku nak belanja best friend aku yang paling best friend..Alang-alang belanja dia baik belanja sekali kawan-kawan yang aku selalu lepak ngan aku tuh..Yelah..Aku kan dah nak meninggalkan negara yang tercinta ini..Pasni mebi tak jumpa lagik..Oh Sedihnya..

Ok.Semalam kitorang lepak kat satu kedai makan nih. Bukan main kann..Memasing order tak ingat dunia..Masa tu aku hepi sesangat..Yelah..Dapat lepak dengan kawan tersayang..Cewahh..Haha.



Lepas makan tu kan, aku pun gi lah kaunter sebab nak bayar..Sebelum masuk tu aku dah tinjau kat kaunter tu..Ada alat yang boleh scan kad tu kalau nak bayar..Aku pun keluarkan lah kad aku nan satu itu kan..

"Maaf encik. Kami tidak boleh baca kad ni."

Nah..Amek kau..Camne nak bayar neh??Abiss la aku..Aku pun keluarkan kad CIMB bank aku lak..

"Kad ni pun kitorang tak leh baca."

Ahh sudahh..Merasa lah gelabah masa tu gakkk..Aku pun cakap pekerja tu nak gi kuarkan duit jugak..Nasib baik dia kasik pergi..Kalau tidak..merasa lahh cuci pinggan kat situ...

Aku pun blah lah gi ATM...

Aku masukkan kad...

Masukkan PIN..

"TRANSAKSI ANDA TIDAK DAPAT DITERUSKAN"

OH NOO!!!!!!

Sudahhh..Tak boleh keluar jugakk..Sedihh kot..Ahhh..Masa tu aku mmg dah gelabah giler..Yelah..Aku dah janji nak belanja diorang..Ujung-ujung tak leh keluarkan duit..

Masa tu, best friend aku yang paling best friend datang kat aku..Bila jer dia nampak aku takleh keluarkan duit kat ATM terus dia keluarkan kad bank CIMB dia...

Masa tu aku sangat terharu okeh..Yelah kannn..Dia sanggup membantu masa aku kesusahan...Tapi aku cakap kat dia tak payah tolong...Sebab aku pun ada kad lagi satu..

Fuhh...Nasib baik aku dapat keluarkan duit pakai kad CIMB aku tuh..Kalau tak, aku pun tak tahu apa yang terjadik..Aku sebenarnya tak nak keluarkan duit pakai kad CIMB tu sebab duit dalam akaun tu dah tinggal sikit...Nak tak nak kena lah keluarkan...

Begitulah ceritanya sebuah tengah hari yang huru-hara dengan kengkawan...

Sekian.

Pengajaran: Sediakan duit tunai sebelum makan.

WE'RE OFFICIALLY DONE.

Sekarang aku sudah tahu apa status aku. Dan aku hanya mahu katakan kepada engkau..

"SELAMAT TINGGAL!"

Kalau boleh mahu sahaja aku melarikan diri dari engkau..Selama mana yang boleh..Mungkin selepas 30 atau 40 tahun kemudian baru aku akan berjumpa dengan engkau..Mungkin ya dan mungkin tidak.

Entah lah. Aku tidak mahu mengungkit. 

Hmmm..Sedihnya.

Thursday, February 2, 2012

KISAH TIKUS DAN AHLI SIHIR

Ok.Malam ni aku nak bercerita sikit ok.Cerita ni aku dengar kat radio.Walaupun hanya cerita rakyat (cerita dongeng) tapi cerita ni best.So aku nak share ngan korang semua..Jom mulakan.

..................

Pada zaman dahulu, ada seekor tikus yang hidup di dalam sebuah kawasan yang tidak diketahui. Tikus tersebut hidup dalam keadaan tertekan kerana setiap hari dia sentiasa diancam oleh kucing yang hidup di sekelilingnya..Maka pada suatu hari dia pergi berjumpa ahli sihir.



"Wahai ahli sihir, bolehkah engkau menukarkan aku menjadi kucing?Aku tak tahan hidup dalam keadaan tertekan menjadi seekor tikus."

"Boleh!Mudah sahaja."



Maka tikus tersebut pun bertukar menjadi kucing selepas dijampi oleh ahli sihir. Maka gembira lah si tikus tersebut..



Namun begitu, setelah menjadi kucing dia sering dikacau oleh anjing setiap hari. Sekali lagi dia tertekan dengan kehidupannya. Maka sekali lagi dia pergi berjumpa dengan ahli sihir.

"Wahai ahli sihir yang hebat, boleh kah engkau menukarkan aku menjadi seekor anjing pula?Aku berasa tidak selamat menjadi seekor kucing kerana sering dikacau anjing."

"Oh..Boleh sahaja."

Setelah dijampi oleh ahli sihir maka kucing tadi pun bertukar menjadi anjing. Maka bahagia lah si tikus tadi kerana dia tidak lagi diganggu oleh anjing.



Walau bagaimanapun, semenjak menjadi anjing dia menjadi agak risau kerana hari-hari nya sering diancam oleh pemburu.Maka sekali lagi dia pergi berjumpa ahli sihir tadi.



"Wahai ahli sihir yang bijaksana, boleh kah kamu tukar kan aku menjadi pemburu?"

"Maaf.Kali ini aku tidak dapat menolong kamu.."

"Kenapakah begitu?Bukan kah sebelum ini kamu boleh sahaja menukarkan aku menjadi apa sahaja?"

"Sebenarnya, aku boleh sahaja menukarkan engkau menjadi pemburu. Akan tetapi selagi mana hati kamu itu masih lagi hati seekor tikus, maka tidak berguna jika aku menukar engkau menjadi apa sahaja..

-THE END-

Moral: Hidup mestilah berjiwa besar dan berani.