JEJAK ANDA

Saturday, October 29, 2011

OH STALKER

Oh.Bila bercakap pasal stalker, mereka sangat annoying okeh. They are not even your friend and family. Tapi kenapa nak sibuk sangat pasal aku?Artisss kah aku??

Sapa kawan ko..Ko pergi mana..Ko lepak ngan sapa..Ko mandi pukul bape..Hari ni pakai baju apa..Berapa markah exam kau..Semua benda dia nak stalk..Motif?

Darn it!

p/s: Puas hati kau toyol dapat naikkan bil letrik rumah aku??Merasaa laa kann ko duit melayang sebab bayar bil letrik sahaja...*nangis melihat duit terbang..

Sunday, October 23, 2011

MY SIS

Entry nih aku nak tujukan kepada kakak aku nan sorang itu..Kah kah..(Awas ko)..

Im so proud of her..Dengar citer dia termasuk dalam kelompok pelajar cemerlang..Untuk dua sem berturut-turut..Congratez sis.Bangga iollzz aku okeh..Teruskan delegasi family kita..Kita conquer dunia..Kah kah..

Nah aku naikkan pangkat ko kepada diva mcm diorang nih..kah kah..sempena kejayaan kau..maknanya skang pangkat ko lagi tinggi dari aku (errkk penah ke aku pangkat tinggi dari kau?) kah kah 

Tu jer aku nak kongsi..

p/s: Den dah puji kau di sini..apa lagik..belanja lah mekdi..kah kah..

BANGSA YANG HILANG?

Tadi aku ada baca satu manuskrip.Agak epik okeh..Nak baca??Just klik sini okeh.


Camner??Best ke tidak?Bangga tak jadik melayu?

Saturday, October 22, 2011

BIPOLAR

Tetiber idea ni keluar dari kepala aku yang tak berapa betul sangat nih.Apa ek??Takde la.Aku rasa facebook ni menjadikan orang ada bipolar..Mcm dr jekyll and mr hyde tu..


Sebagai contoh, dalam dunia maya status ko semua baik belaka..Ko post hadis, artikel segala...Pastu cuba ko compare ngan dunia realiti..Seyes berbeda..Yang baik tu ok jer.Tapi yang jahat tu..Rasa cam tak sesuai lah kann..


So aku nak upgrade skit peribahasa inggeris tu..Dont judge a facebook by its status okeh..Nampak ke baik tapi tak pun..

Aku mula perasan yang aku suka judge orang..Ya hampunn..Sorry sesangat okeh..Yela yela...Aku pangkah balik apa yang dah aku tulis tadi..Puas??

HANTU?

Kekadang aku rasa rumah yang aku duduk ni macam rumah berhantu tau..Dah la kitorang hidup dalam kegelapan (mati laa mentol terbakar tak tukar-tukar)..di tambah pulak ngan peristiwa yang aku alami tu..Haruslah seram okhayy..

Haruslah seram kan bangun-bangun jumpa bendalah ni..

Yang pertama nya, kekadang kalau gi dapur tu kan, boleh lak dapur letrik tu terpasang kan..Ko mampoo??
Jahat sangat weh tangan toyol tu..Kot ye pun gatal tangan, gi la main benda lain..Sini letrik dah la mahal..Kalau la aku jumpa toyol tu, nak je aku lahar kan sorang-sorang..

Pastu kan, kekadang macam malam tu aku letak makanan dalam microwave tetiba esok pagi makanan tu dah ada kat luar microwave lak..Ni lagi satu..Toyol sesangat okeh..Nak je aku tabur kacang hijau kat dapur tu..Pastu cerca toyol tu masa dia leka kira kacang..Siot kann??Aku dah elok-elok letak benda tu kat dalam tu..Ujung-ujung esok ko bangun ada lak kat luar..Haruslah aku sentap okeh..

Hei sundelsss, ko tahu tak letrik mahal??Gi la main benda lain..

Ada sesiapa yang adooo petua camne nak tangkap toyol tak??Mohon share ngan aku skit..

p/s: Aku sangat suka blog..ni.. Ayat ko kelass sesangat bedah..Tapi ko tak cantek okeh..Harap maklum.

THANKS GUYS

Di sini aku nak mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kat semua peminat aku yang tak henti-henti mengunjung blog aku ni..Rasa cam artisss lah pulak kan..Kah kah..Maka di sini aku nak ucapkan terima kasih satu persatu kepada korang semua..

Buat pengunjung dari KL tu, seyess aku tak dapat nak agak ko sape..Kah kah..Sebab ramai sangat kawan aku yang melata kat KL tu haa..So thanks guyss..

Buat pengunjung dari Batu Caves tu, thanks yer..Motiff sesangat kan orang dari Batu Caves baca..kah kah..siapakah gerangannya itu?Amat saspens sekali okhayy..

Iollzz lah dari batu caves tu..Nak berkenalan boleh??

Buat pengunjung dari Bidor, Perak itu..selamat berkunjung okeh..I like orang Perak..Accent diorang sangat sopan okeh even tengah mencerca..kah kah..Perlu ke??

Kuala Terengganu??Sape ekk??Hamboih..dah semakin besar kan empayar blog aku ni..Dah sampai ke pantai timur dah ha..Nak kopok lekor satu bolehh??Kah kah..Kalau korang nak tau aku suke giler kopok lekor..Pantang nampak kopok lekor kat pasar malam, haruslah ko tapaww pastu makan sensorang kat dalam almari..Boleh?

Hoi!Nampak ni?Free je manjang..kang dengan ko ko sekali aku goreng..

Yang dari Seremban pun adoo??Hamboih..Orang nogoghi...Banggo eden haaa..malam ni jangan lupe tengok bola..Hobin jang hobin..Jom tewaskan T-team..

Ni paling best, orang Penang...Nak nasi kandar satu..Kah kah..Seyes aku tak penah gi penang..Tapi kalau leh nak je pergi..Sebab macam ohsemm tau sumorang cakap Penang tu best..Walhal...

Ni lagi best..Dari Them Midthyllen..overseas okhayy...Haruslah aku feeling Yuna sebentar sebab femess di persada antarabangsa..Leh??kah kah..Seyes aku tak tau kat mane tempat tu..Walau apa pun korang memang terbaik..

Amboi kak..korek hidung pun coverline ke??opsss..artisss la katekann..

Kepada semua peminat, tunggu kan kemunculan aku di dunia facebook.Choww..


Wednesday, October 19, 2011

MEGA PROJEK

Arghh..Tak sabarnya nak balik. Sebab aku nak buat project mega ngan member aku. Gi AJL, buat video, kerja,workout....ahh seyess tak sabar..

Tapi masalahnyer aku ada exam..Oh tidak.Fokus weh fokuss..

ok lah korang.Tu je nak gitau.Bye.

Sunday, October 16, 2011

WHAT THE DUCK?

*tut...

Aku call kali pertama..beliau tak angkat..Aku cuba kali kedua..Nak tahu apa terjadik?

*This is the voice mail..

Lalu aku pun menyumpah seranah service operator tu..Keji tol lah beliau ini..Amek ko..Tapi aku tak berputus asa..Aku mencuba utk kali ketiga..

Dan sekali lagi..Keluarlah suara service operator tu. Dah.Cukup.Aku call 3 kali jer.Sebab Islam pun ajar camtu kan.Takleh paksa orang.Maksimum kasi salam 3 kali jer.Kalau orang tak jawab maknanya kite ni tak di undang lah kan?Setuju..

Hello ni Raju ekk?Raju, mak ko bersalin lagik..copek tau..

Maka aku pun campak tepon aku (drama sesangat kan)..Kah kah..Ok aku gurau jer.Makanya aku membuat keputusan untuk tidak menelefon beliau lagi. Sampai bila-bila.Sekian..

p/s: Aku kekadang hairan gak orang yang bantai miss call sampai seratus kali tu kan..Tak paham paham lagi ker..Dah orang tak nak angkat fon kau, sila lah berambusss..

HALANG

Aku ada member..Dia ugut nak sebarkan leaked picture aku yang kat fb tu...Adooo ke??Adooo laa..kah3..Aku pun apa lagi..Block la kekdahnyer..Nak buat camner lagi kann..Dah tu jer cara..

Gambar aku yang buruk cenggini tu la dier nak post kat wall orang lain..Motiff sesangat lu..

Motiff sesangat nak post gambar aku kat wall fb group sekolah, group uni dan sebagainyer..Apekah?Keji okeh perbuatan itu..Rasa cam artiss lak kann ada orang ugut nak sebar gambar buruk aku tu kann..Kah kah..Merasa la feeling-feeling artis pepagi camnih..

Apa-apa pun, kepada kamu berdua yang telah diblock tu jangan sentap-sentap okeh..Kita masih berkawan di dunia realiti..But not di ruangan siber..Rasainn..Kah kah..

Deyy..Aku laa artis tamil no 1 negara...boleh?

p/s: Bahagia rasanya buat blog tapi tak kasik orang lain baca. Walhal boleh masuk pakai backdoor tu..Kah kah kah..

Saturday, October 15, 2011

RETAK MENANTI BELAH

Masa memuda dulu (tua ker aku??), aku ada join biro tatanegara...Dan aku nak kongsi..Ada satu slot tu, Uncle Rizal ada buat pasal faktor-faktor kejatuhan kerajaan Melayu Melaka yang gemilang..

Dan aku pasti, semua faktor kejatuhan kerajaan Melaka sudah ada JELAS kat negara aku sekarang.Oh.Sedihnyer..

Kenapa perlu bergaduh segala?Kenapa perlu gila kuasa?Kenapa perlu berpecah belah?Kenapa perlu mintak pertolongan kuasa luar? Kenapa perlu menipu orang?

Kenapa?

Kenapa?

Adakah kemerdekaan ini ibarat retak menanti belah?Ataupun ibarat telur di hujung tanduk?

Oh.

p/s: Oh Anwar.Ko memang penipu besar. Tindakan ko masa kegawatan ekonomi itu sudah CUKUP menJELASkan segalanya.Thanks Tun M.

AHMAD YUSRI

Asal post je mengeji orang..Asal post je mengeji orang..Keji kann aku??YA-HA! Ok kali ni aku nak buat sesi puji memuji lak..Ok aku nak puji kawan bek aku yang sorang nih..Nama dia Ahmad Yusri..Gua panggil dia amad jer..Kekadang gua panggil dia yus..Then kekadang gua panggil dia Awie..Banyak kan nama dia??ekeke..

Ok lah..Nak dibuat citer, dia ni sangat humble orangnyer..Seyess humble...Dan baik hati..Dia ni lah yang banyak membantu aku pasal IT dan gadjet..Dia ajar aku camner nak install game..Dia kasik OS free..Dia kasik aku lepak rumah dia..Sangat cool okeh..Paling best pasal dia, dia adalah IT sifu. Ko tanye je lah apa2 pasal IT. Pasti leh jawab. Tapi, aku taktau camner nak balas jasa dier..

Apa-apa pun, terima kasih amad/yus/awie sebab banyak tolong aku selama nih.Seyes aku taktau camner nak balas jasa ko..Kalau ko baca post ni, jangan ko menangis sudah okeh..Sebab kalau ko menangis itu bukan ko..itu hantu..Ko tak pernah menangis..

Thanks weyh. Kalau leh aku nak menari cenggini kat ko sebagai tanda penghargaan.leh?

p/s: Walaupun memuji..masih ada unsur-unsur mengeji kan??ekekeke..tak tau caner nak buang ayat kejian itu..adehh..

CANER EK?

Caner nak tegur kengkawan yang kuat sentap ni ekk??Susah kot.Kang tegur teraser..Tak tegur lak ko terus buat benda tu..ujung-ujung aku diam jer..Senang kan?

Korang ada idea??Mohon kongsi ngan aku.

Aku dah ingatkan..Siap mesej segala..Still ko masih lupe..Tapi xpe..Sebab ko lah paling diva macam orang kat atas ni..

p/s: Susah sangat kalau orang feeling diva nih.Kekdahnya,makan hati berulam jantung lah aku..

SALAH EK?

Baru-baru ni kat TV ada lah rancangan Solehah ngan Ustazah Pilihan..Bagi aku,rancangan cenggini lah bagus dan dapat membina minda masyarakat..Dari AF, Malaysian Idol, Raja Lawak dan segala tu kann..Laghoo je semater..Tapi seperti kebiasaan, ada jer pihak-pihak yang nak mencemuh kann..Aku sangat tak paham okeh..

OK aku faham hujah mereka cakap suara pompuan tu aurat pastu cakap mekap tu inappropriate...Aku leh terima mereka hentam..Tapi instead of banyak bercakap (yang sumorang boleh buat) cube ko kasik sikit idea ko yang bernass sangat tu camner nak membina minda masyarakat..Ko mampu?Kalau setakat menghentam, sumorang suka buat..Kasik la skit pendapat ko..Tengok apa reaksi orang lakk.Aduhhh..

Apa korang pikir?Setuju?Dua tuju?Atau tidak setuju?

p/s: Jangan bajet bagus semasa berdakwah.Jangan rasa diri itu lebih dari orang lain semasa berdakwah. Sangat tidak bagus.

Wednesday, October 12, 2011

SANTEK KE KO?

Korang penah tengok manusia bela kuku tak? Cantek ke tidak?Cantek ekk??Selalunya gegurl lah yang selalu bela kuku ni kenss..Kalau laki lak bela kuku ada dua je petandanya..Sama ada hadek-hadek atau pun pemalas tahap cipan..Kennsss??

Ok lah kenapa tetiber kuar isu nih??Aku bukan apa..Saje jer nak carik pasal..Boleh??Nak tengok kuku sapa paling cantek??Cuba tengok bawah...



------------




---------------





--------------



bawah lagi..






--------------




-------------



Berangan nak jadik Wolverine katanya..Walhal..

Cantek kan pompuan nih??Sapa sanggup kawen ngan pompuan ni sila angkat tangan!!


Haruslah kau yang paling banyak bela "baby" bawah kuku ko kennss??Mesti lazat kann??


Amcam??Masih pikir cantek lagi ke??

Tuesday, October 11, 2011

PENJENAMAAN

Hari ni aku nak cakap pasal penjenamaan.Lebih spesifik lagi. Penjenamaan Islam.Korang pernah dengar isu ni tak??

Penjenamaan Islam ni bermaksud menjadikan Islam sebagai jenama..Sebagai contoh Parti Islam Siberia..(contoh sajer..jangan sampai adoo yang gaduh sebab contoh yang aku kasik ni sudehh)..Islam Fried Chicken ke..camtu lar antara contoh penjenamaan Islam..

Aku sangat tak setuju seratus peratus dengan penjenamaan Islam.Eh??Asal lak??Manusia kan tak perfect..Cube korang bayangkan, kalau sesuatu buruk yang berlaku terhadap jenama tu..Contohnya ada restoran Islam Fried Chicken ni dia jual ayam tak bersih..Mesti imej islam itu sendirik akan tercemar kan??tak ke gitu??

Maka haruslah aku anti penjenamaan Islam..Sebab banyak keburukan berbanding kebaikan..Sekian..

p/s: Islam adalah Islam. Islam bukan PAS..bukan UMNO..Mahupun PKR..Ada pahamm???

p/s: Maaf sebab aku tak kasik hujah dengan detail..Ada aku kesah?ekekeke..

Saturday, October 8, 2011

HONEY 2

Tadi aku aku baru abess tengok movie..Citer Honey 2..Sambungan kepada Honey..Dengar tajuk je mesti korang nak cakap aku ni jiwang ke hape kan??Dont judge a movie by its title okeh..Sebenarnya citer ni pasal break dance..You guys know how i love breakdance right??Maka haruslah aku tengok..

Bagi aku, Honey 2 adalah cerita breakdance terbaik..Aku puas sangat dapat tgk diorang menari..Banyak sangat scene menari..Story line pun unpredictable..Tapi aku lagi suke kalau Jesicca Alba jadik heroin..Sebab dia lagi cantek..dan HOT..*matilaa statement..

Kepada yang tak tahu Honey 2 tu pasal apa, jom review trailer jap..


Puas sesangat dapat lepas gian tengok orang menari..Teruja sesangat okeh..I wish I had my dance crew just like them..Hopefully someday..Sangat cool okeh..K arr korang.Nak tido dulu.Bye.

BELANJA SAWAN 2012

Hmm..Semalam hari jumaat. Hari yang sumorang tunggu iaitu pengumuman belanjawan 2012..Bila dah ada pengumuman tu kan..haruslah ada yang sokong dan haruslah ada yang bangkang..Sebab kiter takleh puaskan hati semua orang..

Macam aku lak, aku terima sahaja..Sebab dia tu pemimpin aku..Dan aku percaya dengan kepemimpinan beliau..dan beliau lebih hebat berbanding aku.Tapi aku sedih gak..sebab ada jer suara-suara sinis..Aduhh..

Apa pasal ekk sumorang macam kecoh pasal benda tu??Itu hanyalah belanjawan je pun..Sibuk la dok menjaja kat fesbuk pasal peluang pekerjaan sedikit sebab naikkan tempoh pencen..sibuk cakap pasal kadar pengangguran yang meningkat segala..Persoalan pertama, kau tu kasyaf sangat ke sampai boleh tengok masa hadapan?Memang tak ahh kann..Kat situ je dah leh tau camne pemikiran dia..Dok sibuk sangat fikir pasal benda negatif..Belum pun berlaku dah cakap..Analogi cukup mudah..Belum pun jawab exam dah tau pass atau fail..Baik takyah daftar exam kan??

LOGIK KAH??

Memang tak ahh kann..



Pastu lak, aku rasa yang diorang ni anggap Belanjawan  2012 tu adalah segala-galanya bagi diorang..Hello mak cik!Ko dah lupe kee??Siapakah yang memberi rezeki??Belanjawan 2012 kah??Silap besar la kann kat situ..Yang memberi rezeki adalah Allah..yakinlah bahawa Allah yang memberi rezeki..So kalau setakat belanjawan 2012 tu tak de hal lah kann..

Ok..Cukuplah sesi lahar bersama aku pepagi bute cenggini..ekeke..keji kan pepagi dah keji orang..haruslah okeh..supaya korang tu pahamm..yang belanjawan 2012 tu bukan lah segala-galanya..Rezeki Allah tu sangat luas..Jangan sempitkan pemikiran korang tu..

Merasaa la kenss kena lahar pepagi cenggini..Amek ko..Rasain..

p/s: Bajet 2012 atau belanjawan 2012?

p/s: Aku sangat terkilan dengan segelintir pemimpin yang songlap duit untuk rakyat..Mereka menjadi semakin kaya dan rakyat menjadi semakin terhimpit.Sedih!

Thursday, October 6, 2011

KO GILER???

Tadi aku kena wat presentation..Bila cakap pasal presentation semua orang mesti cuak termasuklah aku kann..
Dalam cuak-cuak tu ada gak rasa exited kan..Macam nak wat show lak rasanya..Ko mampu??ekekeke..Ok kat sini iollss aku nak share camne nak kurangkan nebess masa presentation..

1)Pertama skali ko bayangkan yang presentation tu macam debut ko nak pemess..Eh silap lak..Korang bayangkan yang presentation tu macam konsert korang..Sapa tak suka wat konsert kan??Sebab ni lah satu-satunya masa untuk korang diminta bercakap secara permintaan..Tak rasa eksklusif ekk??Sebab kang kalau korang tetiber kasik presentation masa lecturer tak mintak orang cakap korang ni tebiat ke kann..

Hari ni iollls nak present pasal caner nak nyanyi kalau suara ko tak sedap..

2) Then masa presentation ni lah ko boleh attack ngan orang yang ko tak puas hati..Macam lecturer ke, macam kawan ko ker kann..Biar dia rasa skit kan korang tu sapa..Haruslah ko paling diva raja masa tu..Nak lagi best ko keji member2 ko depan klass..Bolehh??ekekeke..

OK tu je lah ok..Korang jangan lak ikut tips aku yang tak betul nih..Aku memain sajer..kang tetiber lak ko buat kann..Haruslah ko maki aku nanti kalau ko kena keji sebab ko cakap aku suroh..Haruslah kasik penampar kat situ kann..

and last but not least, its raining and its sleep time..Choww..

p/s: Masa presentation tadi bell ada amek vids..Merasa laa kann aku feeling aku yang aku ni laa paling artisss masa tu..Koser sesangat kann??Tapi aku cam nak pitamm bila dia cakap nak post vidss tu kat fb..Amboi..Keji sesangat memasing..


Tuesday, October 4, 2011

KANTOI

Petang tadi lab kimia last..Pastu lab dia cam pening lak tu kan..Susah sesangat mechanism organic chem bagai..Aku pun apa lagik, kalau dah pening tu haruslah meniru je kan sebagai solutionnyer..dan mangsa aku hari ni adalah Iz..

"Iz yang ni ko wat caner ekk?" ayat pancing aku nak tiru keje beliau..

"Nak tengok kertas ni jap leh?"..aku menambah umpan..

Bila dah dapat jawapan tu kan haruslah aku menulis dengan bahagianya..Lalalalala...Bahagia sesangat kan rasanya dapat meniru kerja yang kite tak pahamm kan..Ada aku kesah??ekekeke...

Tetiber ada orang datang..lalu beliau berkate..

"Oi ko buat apa tu ekk??"

"Takde apa-apa..Tengah meniru jawapan dia ni ha.." (ikhlas kan jawapan aku??)

Tengok-tengok yang tanya ko tuh lab demonstrator..Kantoi sesangat meniru..Dah la kasik jawapan ikhlas sesangat kann..Walau cenggitu, aku still maintain tenang..Kemain kann.Ko mampu tengah-tengah meniru kantoi ngan lab demostrator tu??Aaaaa..Sogan weyh..Mau pitam eden tadi tau..

Bila dah jadik camtu tu. haruslah aku berambuss dari situ dengan perasaan yang sogan, malu dan kecewa..Oh tidak!Ujung-ujung aku keluar paling lambat..Sebab aku masih taktau jawapan kepada mechanism tu..Merasa lah kannn balik lambat selalu...

The moral of my story is (kemain kann??) lenkali buat revision okeh??Bye..

Monday, October 3, 2011

JOKER'S BACK

Ya Ha! Its been a while. Akhirnya mood joker aku kembali..Caner tiber leh datang balik neh??
Sebab aku terlampau tensen..

If people dont care about that then why should i care?That's really stupid. Then, lets play this psycho game with me..

Game ni memerlukan tahap ketahanan minda yang tinggi..Nama pun psiko game..Caranya amat mudah..Just do whatever your enemy has done to you..It's called MIRROR MOVE..If your opponent play dirty, you play dirtier (ada ke term dirtier???pepandai je tambah)..If your enermy show no mercy, just do the same..Muahahaha..

PERANG DIMULAKAN SECARA RASMINYA..ALL THE BEST EVERYONE..

Sunday, October 2, 2011

HMM..

Semalam aku ada tanya beberapa member aku. Apa itu Islam.Macam-macam la aku dapat..Tapi yang paling best ada yang siap bagi pakej cercaan sekali..Merasa la kena maki ngan member sebab tanya soalan bodoh cenggitu..Persoalannya, bodoh ke soalan tu??Tahan je la telinga ni kan merasa cercaan diorang..

Aku sangat tak suka tau bila mana aku tanya elok-elok pastu dapat jawapan sinis.Amboi..Takleh ke jawab bebaik ekk??Entah lah..Burok sesangat tau..

Walaupun kena cerca cenggini, aku tetap steady okeh..Ada aku kesah??

Tapi ada jer yang kasik jawapan dengan baik dan berhemah..Aku suka..Hmmm..Tapi kebanyakkannya jawapan buku teks sekolah menengah je lah kan..Which is aku boleh baca sendirik..Hmmm..

Aku sebenarnya saja je tanya soalan cenggitu..Sebab aku mencarik jawapan yang sesuai bila orang bukan Islam tanya aku..Takkan nak cakap pasal syariah, akidah segala..Mana lah diorang paham..Aku mencarik jawapan yang bila mana orang bukan Islam dengar diorang leh tertarik untuk mengetahui Islam dengan lebih lanjut..Hmmm..

Ada sesiapa tahu??

Merasa lah kan  memasing jadik cikgu sekejap sebab nak ajar aku yang kurang pintar ni haaa..

p/s: Sorry Mr/Mrs/Ms Anonymous..You can no longer comment in my entry..Ya Ha!!!

NB: Kot ye pun kau tu orang paling pandai dalam dunia neh, tak yah arr nak underestimate orang berdasarkan soalan yang dia tanya okeh..Sabar je la Kiah..

Saturday, October 1, 2011

SOALAN?

Satu hari, ada seseorang bertanya kepada aku.Soalan nya sangat mudah tapi susah..Dia bertanya..

"Apa itu Islam?"

Aku terkelu.

Dan sampai sekarang aku masih tak jumpa lagi jawapan yang sepatutnya aku jawab. Sebab aku sendiri pun tak tahu apa itu Islam.Oh sedehh sesangat..

Korang tahu ke?