JEJAK ANDA

Wednesday, February 20, 2013

PEMERIKSAAN GIGI

Tadi aku gi check gigi..Pemeriksaan tahunan katanya..*matilaa esok dah nak balik hari ni baru nak check..
Hmmm..tetiber je kan baru teringat..Selama ni taknak lak teringat tu.Hazabbbb kan??

Ok lah.Tadi gi buat scaling, cuci ngan polish..*kemain ko siap polish gigi bagai kan??ko ader?Scaling ok jer..Masa cuci tu hazabb sangat..Sakit oooo..Rasa macam sakit bersalin.*eh pernah rasa ker
Doktor emo tu cakap (sempat lagi mngumpat)  gigi aku berlobang..So kena datang lagi sekali sebab nak tampal..Maka esok kena lah aku posing skali lagi kat klinik gigi tu haa...

Aku suka gi spital kerajaan sebab murah habis.Cuba bayangkann. bayar 7 hengget jer buat semua tuh..Sbb kerajaan ada subsidi rawatan..Cuba bayangkan kalau takde subsidi..mahal kot!Tak mampoo eden nak bayar der..Hiks..

Terima kasih kerajaan! (mesti ada orang akan sentap bila aku cakap camni.Ada aku kesah??)Hehehe..

Ok lah..Kepada yang belum lagi buat pemeriksaan tahunan tu, pergi lah buat. Tak lama pun..Sekejap je..Paling lama pun kena tunggu 24 jam.Mampu??Hehe. Dah arrr efektif, murah lak tuh. Jom jom periksa gigi..

Siapa tak periksa gigi..dia gedik! boleh?

Tu jer kot. Bawak-bawak lah kaki tu menapak gi klinik gigi ya!

Monday, February 18, 2013

BERENANG

"Berenang itu penting!" kata aku.

Kenapa lak?Yelah, cuba bukak surat khabar..berapa ramai yang lemas sebab tak reti berenang? Ramai kan??Kalau reti berenang insyaallah boleh terselamat kalau terjatuh sungai ke..dilambung ombak rindu macam Shila Amzah ke kan..huhu..

Nak dibuat citer, aku ada kenal sorang pak cik ni. Orang ostrolia katanya...Dia cakap dia survive tsunami kat Thailand tahun 2008 itu hari. Wow! Hebatkan? Dia cerita lah yang dia ditelan ombak sampai bawah laut masa tsunami tu..Tapi dia survive sebab takdir + semangat kental + reti berenang.

So apa lagi korang..Cepat-cepatlah daftar kelas berenang kalau masih lagi tak reti berenang tuh...Sangat berguna dikala kecemasan.Aku pun baru belajar berenang..*pecah rahsia ko tak reti berenang

Ok! Jumpa di kelas renang ya!


Wednesday, February 13, 2013

DISKRIMINASI

Tadi aku tgk parodi Shila Amzah - Pesanan Ombak Rindu kat youtube. Tak kelakar langsung pun. Takde feeling langsung tengok.

OK! Straight to the point!

Aku tertarik dengan salah satu komen kat situ. Iaitu:

"senang cerita sbb shila tu lawa kan, sbb tu korang kutuk yang buat parody ni, cuba yang buat video nangis2 tu muka buruk, hangpa mesti puji orang yang buat parody kn, shame on you guys".

Somehow aku setuju ngan komen ni. Bosan! Agak diskriminasi di situ! Haih! *sigh


JIKA SUATU HARI ENGKAU MENJENGUKKU DI PENJARA



----------------------------

Ayah dan ibuku yang tersayang,
Aku senantiasa mendengar, orang mengatakan bahawa rumah adalah padang kehangatan dan syurga kedamaian yang dinaungi oleh cinta dan kasih sayang.Akan tetapi mengapa wahai ayah dan ibu, rumah kita berbeza dari apa yang aku dengar dan aku lihat. Kenapa rumah kita justeru menjadi medan pertempuran. Yang berlangsung di antara kamu dengan ibu hingga akhirnya melumat kebahagiaan, keriangan dan kegembiraan kita. 

Wahai ayah dan ibu,
Mengapa kalian berdua tidak berhenti dari berselisih faham yang membakar saraf kita dan merobek robek kebahagiaan kita. Rumah kita telah menjadi tempat yang taktertahankan. Oleh kerana itu, aku sangat berkeinginan untuk tidak masuk. Bahkan aku sering berangan-angan bila aku boleh keluar dari rumah ini seperti seorang tawanan yang terikat tali dan terbelit rantai menunggu saat ikatannya itu terbuka agar dia dapat melangkah kedua kakinya dengan bebas.

Ibu dan ayah,
Apabila aku telah keluar dari rumah aku diumbang-ambingkan pula oleh dunia dengan nafsunya, syaitan-syaitan dan dosanya,lalu aku merasa tertekan oleh diriku sendiri. Kaki ku merasa letih kerana berjalan dan jiwaku merasa lelah kerana kesedihan. Sampai di sini aku terpaksa kembali semula ke rumah yang menyeksakan dalam keadaan kalah lagi terlantar laksana seorang hamba yang lari lalu dikembalikan kepada tuannya.Padahal sepanjang masa ia telah berbuat salah. Aku akan kembali ke rumah itu untuk duduk di satu sudut, ke salah satu tiangnya sambil menggigit jari-jari penyesalan, merawat lukaku sendiri kerana sakitnya penderitaan, menyatukan kembali saraf-sarafku yang masih tersisa, membakar semangat yang masih ada dalam raga, mencabut rasa pedih yang masih ada di dalam jiwa. Bila lagi wahai ibu dan ayah aku dapat merasakan dalamnya ketenteraman yang aku dambakan di dalam rumah ini.

Ibu dan ayahku yang tersayang,
Jika pada suatu hari, engkau datang menjemputku di rumah sakit, atau mengunjungiku di penjara, atau mencariku di lorong-lorong gelap sedang mencucuk diriku sendiri, atau mengeluarkanku dari kesulitan yang besar, maka janganlah engkau menghinaku. Arahkanlah penghinaanmu itu kepada dirimu sendiri. Kerana aku adalah korban perselisihan, korban pertengkaran, korban kejahilan, korban kesibukan, yang memenuhi setiap ruang rumah kita siang dan malam. Oleh kerana itu, aku berharap kepadamu wahai ibu dan ayah, agar engkau tidak menjadikanku sebagai tawanan perselisihan, taruhan pertikaian. Tetaplah bersama kebenaran. Bepegang teguhlah kepada-Nya dengan kejujuran. Dan mundurlah kalian daripada kesalahan dan kejahilan. Perbaikilah keadaan bersama ibu. Satukanlah pandangan dan tujuanmu. Kasihanilah orang yang berada di bumi wahai ibu dan ayah, pasti engkau akan dikasihi orang yang di langit.

-Dari anakmu yang kebingungan-


-------------------------

Berikut adalah luahan seorang anak kepada ibu bapanya yang tak terluahkan tetapi ditulis di atas sekeping surat. Surat ini dibacakan oleh Ustazah Norhafizah Musa di radio IKIM.fm

Kepada ibu-bapa, jadilah ibu dan bapa yang baik. Amanahlah kepada amanah yang telah diberi.

Sekian

Sunday, February 10, 2013

AKU TAKKAN .................

Malam semalam pundi kencing aku penuh. Dan bila dah penuh, secara automatiknya akan ke tandas lah kan..Selepas menyelesaikan hajat di tandas, aku pun pulang semula ke kamar beradu..*kemain ayat ko..

Dengan penuh yakin, aku pun melompat ke atas katil...

3....

2...

1..

LOMPAT!

woooohooooooo...

KEBABOM!!!

Tiba-tiba bunyi kuat memecahkan kesunyian tengah malam itu semasa badan aku mendarat..Oh! Bunyi apakah itu? Aku bertawakal sahaja semasa itu..Ok fine..Katil aku patah..Nasi baik aku selamat dan tiada kecederaan berlaku mahu pun kemalangan jiwa. Alhamdulillah.

"This is lame," kata aku bermonolog.

Aku pun malas nak betulkan katil. So, aku pun menyambung tidur di atas lantai. Nasib baik lantai bilik aku ada carpet yang empuk sebab aku memang selalu tidur atas lantai pun.

Maka aku berkata sekali lagi..

"AKU TAKKAN TIDUR DI ATAS KATIL ITU LAGI"


Selalunya orang yang sudah berkahwin sahaja patah katil sebab perubahan fizikal yang berlaku. Aku yang berat 56kg ni pun patah katil gek. Ayoyo amma...

Pengajaran: Jangan jadikan alasan katil patah sebagai penghalang untuk kita tidur.Selamat tidur!


Saturday, February 9, 2013

KUCING

Aku ada sekor kucing betina..Tapi kucing aku tu takde nama..I just call her as "cat"..Takde nama spesifik pun macam Fluffy, Stacey etc..Aku malas nak pikir nama kucing ni...Banyak lagi keje nak buat Timah oii...*kata aku sambil menyapu lantai rumah..

Petang tadi tetiba aku ada idea.Rare sangat nama kucing ni. Tak pernah lagi aku dgr orang letak nama ni kat kucing..Nama itu adalah..

"TIME"

rare kan??rare laaa sangatttt*mata ke atas..

Komen kalau tak setuju ok!

Bye.


PULUT SANTAN

Meh sini dengar cerita...rapat-rapatkan saf. Lutut bertemu lutut...*kemain ko

Pantun orang-orang tua ada berkata:

Kerana pulut santan binasa,
Kerana mulut badan binasa.

Think about it. Does your post in twitter, facebook, myspace whatnot offend any people around you??

Kalau ya, mohon insaf dan bertaubat.OK!

Selamat malam.

p/s: Doesn't mean you are celebrity you can do or say anything...Unsubscribe terus lah gamoknya..

Saturday, February 2, 2013

I'll TAKE FULL RESPONSIBILITY

Last week mak cik aku meninggal dunia..Aku tak nak highlight di situ..Apa yang ingin di highlightkan adalah..

Aku sangat terkejut yang anak-anak kepada nenek aku tak sanggup nak bagi tahu nenek aku yang anak dia dah meninggal. Aku sungguh tak faham sebab eh..

Maka, aku mengambil tanggungjawab itu untuk memberitahu nenek aku.I don't care. Apa nak jadik-jadik lah..Aku tak gemar simpan benda-benda yang lebih penting jika diberitahu berbanding jika tidak diberitahu..The truth is always ugly. But at the end of the day, she will know. So, there is no point hiding the truth..kan?

Mak mana tak sedih anak eh meninggal..Tetapi saya lebih tidak sanggup melihat ibu yang tidak diberitahu yang anaknya sudah meninggal. Tidak kah itu kejam??

The thing is..Why me??Mana anak nenek aku??Setahu aku anak nenek aku ada 8 orang??Can anyone explain, please??

Adakah suatu hari nanti aku pun akan mengalami benda yang sama?? Mohon dijauhkan dari benda-benda cenggini..

Someone has to change them.But who? Oh man! Pening aku pikir pasal benda ni.

Ok bye. Selamat malam.

BIE IS NOT BABY

Ok nampak tak tajuk tu??Kalau tak nampak sila dapat kan cermin mata skang..Mata hang dah rabun..

Aku ada sorang member..Aku panggil dia Bie jer kat fb..Member aku selalu salah paham..Bie tu bukan baby okeh..Bie tu sebab..Nama beliau Rabihah...Sebab nak kasik pendek dia suruh panggil Bie sajer..Tgk aku buat gambaran kat bawah ni...

Rabihah ----> Bihah --------> Bie

Nampak tak di situ??So lepas ni jangan ada gossip-gossip lagi ok. Tak kuasa nak melayannya..

Motiff sangat nak tulis post pasal benda nih..Adehh..Mohon tuan badan jangan terasa..eh...

OK bye!