JEJAK ANDA

Sunday, January 30, 2011

BAKA TO TEST TO SHOUKANJUU

Seyesly aku mahu tengok anime nih..Sangat lawak dan best!!!Aku saje je post kat sini sebab aku selalu je lupa tajuk anime nih..Kepada yang minat anime yang lawak dan best, Baka Testo Shanjukuu adalah satu anime yang bakal menjadikan hidup korang meriah



Ianya berkisarkan tentang kehidupan pelajar kat sekolah..Lebih kurang macam lawak lampus..Tapi versi jepun..Apa lagi..Download lah cepat2 yer..jangan sampai terlambat lak..



P/s : Mari menonton Baka Test..

PAHLAWAN DI ZAMAN BAHARU

Sekarang ni, aku tengah feeling giler jadik pahlawan..Aku berangan menggantikan nenek moyang aku yang terdahulu..Mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara..Kenapa tiba-tiba lak nih??Aku baru habis BTN ke kan??

Aku bersemangat camnih bukan sebab aku pergi BTN okeh..Aku dah pergi dah program tuh setahun lepas..Tapi aku jadik camnih sebab aku memang berhasrat menjadik superhero..Tapi superhero tu terlalu Hollywood sangat..Aku tak suka Hollywood nih..Maka aku tukarkanlah kepada pahlawan..Sebab aku bangga mempunyai nenek moyang seperti Hang Tuah, Hang Jebat dan sebagainya..Mereka adalah pahlawan sejati..Aku ingin mewarisi kepahlawanan mereka..Kalau bukan aku sapa lagi??Nak harapkan remaja sekarang yang terlibat dalam gejala sosial yang kian kronik tu??Jangan haraplah..Ranap negara..



Aku sangat berharap aku akan menjadik pahlawan negara..Sebagai pahlawan, aku mestilah bertindak, bercakap dan berperangai seperti seorang pahlawan..Kurangkan berfoya-foya dan sentiasa fokus..Kerana aku jugak adalah khalifah..Aaaaa..Besarnya tanggungjawab itu..Wahai Tuhan yang menjadikan langit dan bumi, tunjukkanlah aku jalan yang sebenar..Permudahkanlah jalan aku menggapai cita-cita menjadi pahlawan di antara bintang ini..

AMIN...

p/s : Ini adalah seriuss..bukan main-main..

Saturday, January 29, 2011

TUNGGU MASA KO EK

Aku paling tak suka khabar angin..Terutama bila khabar angin tu tentang aku..EH..Hello..Aku tau arr aku pemes..Ko tak payah la sebarkan cite yang bukan-bukan pasal aku..Terutama benda yang mengaibkan aku..Ahh..Ni ape kes ni haa??

Psttt..ko tahu pasal budak osmet kelas Kirra tuh?Aku dengar dia masuk audition American Idol tahun nih..

Entah lah..Aku cuma tak suka bila orang cerita tentang aku..Aku tau aku ni tak hebat sangat macam diorang sume tu kan..Tapi patut ke berita kegagalan aku tu di jaja kat sana sini ha??Sampai ramai lah kot budak tahu..Kepada yang menjaja cerita itu, you are so fugly son of a witch..Haramm jadah..Ko jaja lah citer aku puas-puas..Kalau boleh..ko post lah kat fesbuk..Biar semua orang tahu..Ngok ngek..

Malam ni dah teremo lah pulak..Sorry ek..Aku ni emo banyak..Walaupun benda kecik..Kepada si penjaja cerita tu, tunggu saat ko ek..Masanya akan tiba..Sekali ko buat aku, seribu kali ko akan dapat balik..Babai..

Terus aku feeling menjadik pemes macam FT bila gossip pasal aku tu di jaja-jaja..

p/s : I am wondering, siapakah mulut yang mengalahkan mak joyah itu??Menjaja gossip pasal aku sesuka hati??Nak je aku cucuk lidah dia pastu gantung kat hanger..

INTERNET EXPLORER YANG MACAM HARAM

Sila tengok tajuk entri nih.Aku bukan nak mengutuk produk microsoft..Tapi sebagai pengguna yang bijak, aku mesti bersuara dengan bijak..Takkan lah pulak aku nak gi jumpe Bill Gates cerca dia depan-depan sampai dia menangis lak kann..Tak perlu semua tu..Cerca dia dalam blog je sudah..Adeh..Padahal aku pakai microsoft pirate tuh..Motipp aku nak cerca Bill Gates??


Kalo ko pakai microsoft tak ori tu kan..tak payah lah nak cerca aku ke ape kann..Nama pon tak ori..sebab tu lah jadik camtu..Sekeh kang baru tau..


Kalau benda nih tak berlaku kat aku, aku rasa tak perlu kot aku komen pasal Internet Explorer..Sepanjang hidup aku, aku tak pernah guna IE..Seyesly..Dah lah slow..lembab lak tuh..Geram tol aku..AKu selalu pakai Google Chrome je..Cepat..pantas..dan effisien..

Disebabkan aku ada ujian khas online..maka aku diwajibkan pakai IE..Dengar je kena pakai IE, aku terus terasa macam nak pitam..Mengapakah IE??~Aaaaaaa~..Nak tak nak kena lah buat kann..Kang tak sah lak ujian tu, habess aku..Menyesal tak sudah..

Masa untuk berubah..

Nak dibuat citer, ujian tu ada 2 bahagian..Setiap bahagian ada 282 soalan..Cuba bayangkan..Tensen ke tidak nak jawab soalan tuh..Dah lah pakai komputer lak tuh..Pastu pakai IE..Bertambah bengang lah aku kann..Okeh..Masa jawab bahagian A, aku berjaya jawab dengan jayanya..Tapi bila sampai bahagian B..sesuatu telah berlaku..

Masa tu aku dah jawab soalan yang ke 188..Masa aku tengah concentrate tu kann, tetiba IE not responding...Hambek ko..Menangis aku nak repeat balik soalan tu..Walauun soalan tu kacang je kann..Tapi nak repeat tu terasa macam nak daki gunung lak..Susah yang amat weyh..Maka nak tak nak, aku pun gigih lah jawab soalan tu buat kali yang kedua...Jawab punya jawab...dalam 10 minit aku setelkan bahagian ke 2 tuh..Adeh..Akhirnya..Im free from IE...



~Aaaaaaa~

Harap-harap ini adalah kali terakhir aku pakai IE..Tak nak aku pakai lagi okeh...Hopefully...

Awas ko IE..Jangan harap aku nak pakai lo lagikk..

p/s : Dalam soalan tu tetiba lak dia tanya sama ada aku penah mengumpat ke tak..Aku jawab tak sebab aku tak pernah mengumpat..Bergossip penah ler..


Friday, January 28, 2011

TUKANG URUT JEPUN

Haishhh..Masa berlalu sangat pantas..Tetapi aku masih begini..Erkk..Hari ni aku nak bercerita pasal si Tukang Urut dari Jepun..Nak dibuat citer, semalam bapak aku ajak aku keluar..Dia suruh aku beli barang-barang keperluan nak masuk kolej..Adehh..~Aaaaa~.Aku tak prepare apa-apa lagi..Maksud aku, aku tak prepare barang apa yang perlu dibawa dan harus dibeli..Setelah membuat mind map selama lima minit, akhirnya aku sudah tahu apa yang perlu dibeli...

Mula-mula ingatkan nak buat mind map saje..Tengok jadik camni lak..Adehh..

Setelah puas mencari barang-yang-tidak-dapat-dijumpai di bandaraya Bahau, bapak aku membuat keputusan untuk carik barang dia pulak..Iaitu mesin urut kaki.Aku ajak dia pergi satu tempat nih..Sebenarnya, aku yang syorkan dia pergi tempat tu..Menurut aku, tempat itu ada jual mesin urut kaki dengan harga berpatutan..Padahal bila aku datang dekat kat tanda harga itu, ia hanyalah harga bulanan..Macam haram..dan paling takleh blah adalah harga asal adalah berbelas-belas ribu...~aaaaaa~..Seyess aku terasa tercela pada masa tu...Adehh..

Disebabkan mesin urut badan tu agak keterlaluan mahal, bapak aku terus berbalik kepada plan asal dia..Iaitu carik mesin urut kaki sahaja..Fuh..Lega aku..Apsal aku lega lak??Entah..saje-saje je..Menurut bapak aku, dia amat memerlukan mesin urut kaki tu..Dia nak cuba..Sebab hari tu dia dah cuba satu mesin urut kaki nih dan dia semakin sihat setelah mencubanya..Whoa..Apa lagi..Sebaik sahaja promoter mengayat bapak aku dengan kata-kata yang indah..bapak aku terus beli..Sebelum tu dia ada gak try alat tuh..Maka terpaksalah aku try gak alat-alat kat situ sementara nak tunggu pompuan tu habis mengayat bapak aku..Dasar tak tau malu betul aku ni kan??Hahahaha..

Hello inchik..Meh la beli mesin urut kaki satu..Kalau tak nak pakai mesin, saya leh urutkan..Sejam doploh hengget..Ada bran???


Oh yeah..Aku berasa amat gembira..Bila bapak aku dah beli, of kos lah aku wajib cuba okeh..Ogawa namanya..Bukan jenama Dr Romzey okeh..No way lahh..By the way, brand is nothing..Apa yang bapak aku nak cuba adalah teknologi dari Jepun tu haa..Tu je..Bukan nak show off bagai..Aku tau bapak aku camne..Dia adalah insan paling humble kat dunia nih..Zuhud pon ada gak..Hahaha..(Harap-harap bapak aku baca ni supaya boleh dapat elaun lebih)..Mak aku cakap lak, dia nak buat bisnes pakai mesin tu..Sejam doploh ringgit..Murah kot...Mane nak dapat urut kaki doploh hengget??.Namun ianya hanyalah sekadar plan sahaja..Selalunya tak menjadi realiti pon..Adeh..


Ni la mesin urut yang harganya tak hengat dunia tuh..Lebih baik beli kereta..Lagi berbaloi..

Ok arr..Aku nak try mesin tu dulu okeh..Tata uolllsss.. korang..

p/s : Mengimol tu pebende ekk??Aku selalu jumpa kawan aku pakai perkataan nih..

SESUNYI VAKUM

Haishh..Ingat lagi kan post pasal aku gi taklimat tu??.Kalau tak ingat..sila baca entri yang sebelum nih..Cerita yang aku nak citer nih berlaku pada hari tu jugak..Kira-kira dua hari yang lepas..Tapi kisah ni berlaku pada waktu malam..sejurus selepas taklimat itu tamat..

Nak dibuat citer..lepas je taklimat tuh, aku terus je balik ke rumah..Sebab tak ada motipp nak duduk Shah Alam lama-lama.Disebabkan aku bergerak dari Shah Alam pukul 6.00 petang, maka haruslah aku berhenti solat maghrib semasa dalam perjalanan..masa tu dah maghrib..So aku berhenti kat satu surau dalam taman perumahan ni sebab nak solat lah kann..


Ops Sikap ke tidak...yang penting aku sampai ke rumah dengan jayanya...

Masuk je dalam tu aku berasa sangat aneh...Wah..sangat sunyi..Aku macam berada kat dalam shuttle UFO..Seyes sangat sunyi..Yang adoo hanyalah bunyik cengkerik...Aku tanya kat diri aku..Betul ke surau camnih?Aaaa..Kenapa orang dalam tu boleh kira dengan jari..Penduduk lain mana??

Ooo..emm..gee..Mana semua orang???~Aaaaaaaa~

Masa tu, aku berasa sangat pasrah..Kenapa surau tu tak ada orang??Mana pergi orang lain..Bukannya aku takut solat sorang-sorang sebab surau tu tak ada orang..Tapi memang pun..Tapi sebenarnya aku berasa sedih sebab tak ada sesapa nak meriahkan surau dengan masjid..

Masa tu aku teringat kata-kata senior aku..Dia cakap camnih..Musuh Islam tidak akan gentar dengan umat Islam selagi jemaah yang menunaikan solat Subuh di masjid tidak sama seperti jemaah pada solat Jumaat..Okeh..Makna nya sekarang ini mereka tidak gentar lah??Walau sedikit pun..Ahh..Kesiannya aku..Kesiannya kami..dan kesiannya anda..kesiannya kita..

The end...

p/s: Kalau bukan saya dan anda yang hendak ke musolla..siapa lagi??Jin kah??


MENGAPAKAH GEMBIRA?

Aku tengah berada di dalam mood yang amat bengang..Kenapa lak??Sebab aku tak lepas ujian psikologi JPA ke??Ehh..mane ada..test tu aku tak buat lagi..Sebab aku takot kantoi..Walaupun soalannya sangat mudah..Kenapa lak aku bengang nih??


Aku sangat marah dengan orang yang gelakkan orang lain sebab orang tu tak bernasib baik..


hey fugly monkey..SHUT UP!!!


Kemarahan aku bermula macam nih..Pada dua hari yang lepas, aku pergi ke satu taklimat nih..Saje je nak datang taklimat..Nak tambah ilmu yang sikit nih kann.Taklimat tu lak kat Shah Alam je..Nak dibuat cite, aku gi jenjalan masa rehat antara taklimat tu kann..Masa jenjalan tu.terserempak lah kan dengan satu kumpulan pelajar dengan pensyarah..Aku pon dengan muka tak malunya join lah the club kan..


Sampai satu masa, pensyarah X ni tanya soalan kat aku.."Kamu dapat Uni mane?"


Aku pun jawablah. " Universiti blablabla.."


Korang tau pensyarah tu buat apa??Dia pergi bantai gelak kuat-kuat...


(dia gelak macam ni tahu..)


Masa tu aku sangat marah..Kenapa nak gelak pulak kan??Aku tau lah universiti tu tak gempak macam yang dia masuk dulu..Nak gelak pun agak-agak lah kann..Dah aku dapat sane..Nak buat camne..Dah tu rezeki aku..Perbuatan dia aku macam tak boleh jugak lah kan nak lupakan..


Perbuatan dia tu lebih kurang macam orang pandai yang gelakkan orang kurang pandai..Aku fikir macam tu je...Orang pandai tu dipilih menjadi pandai manakala orang kurang pandai tu lak dipilih menjadi kurang pandai..Tapi perlu ke orang pandai tu gelakkan orang kurang pandai??Tidak sama sekali..Apa yang dia perlu dia  buat adalah bantu orang tidak pandai itu.Bukannya gelakkan.Perbuatan lecturer tu sangatlah takleh blah..


Walaupun aku ni lembu..do you really have a problem if I am a cow??


Hampeh!!!Awas ko ekk..Nah terima puisi yang aku amek dari penyair-yang-aku-dah-lupa-nama nih..



Wahai orang yang bergembira
di atas penderitaan orang lain
dan selalu memburuk-burukkan masa
apakah kamu orang yang selamat dan terlindungi
atau apakah kamu mempunyai perjanjian kuat
yang menjaminmu hari ke hari
Sesungguhnya kau adalah orang bodoh yang tertipu...


Nah..rasakan ayat pedas dari aku..Amacam??Terasa tak??


fuhhh..pedasss!!!




p/s : Mood seperti berada di Langkawi...motipp langkawi??

Thursday, January 27, 2011

LANGIT ITU TINGGI

Seperti mana yang telah aku katakan dahulu, bulan 2 tahun ini aku akan tahu bahawa langit itu tinggi atau rendah..Walaupun bulan dua itu masih belum tiba, namun aku telah pasti bahawa langit itu sangat tinggi..Aku telah pun tersedar dari mimpi-mimpi indah aku selama ini..Selepas ini aku akan pastikan bahawa aku sedar bahawa langit itu tinggi..Aku mahu sentiasa sedar..Sentiasa..Tolonglah ingatkan aku yer..

Saya berjanji tidak akan buat lagi..

Kepada rakan-rakan yang masih lagi berkhayal itu..tolonglah bangun yer..Percayalah..Langit itu sangat tinggi..Tak mungkin dicapai dengan tangan..

Ahh..tidak!!!!

p/s : Tolonglah jangan faham kalau anda tidak mahu memahami entri kali ini..Biarlah saya sahaja yang tahu..

Sunday, January 23, 2011

KEMAHIRAN HIDUP

Hello korang..Sekali lagi kita berjumpa...Entah kenapa lak malam ni aku rajin nak hapdate blog kan...Oh yeah..Sebelum aku meneruskan isu kita malam ni, aku nak cakap something kat bie..Ok fine..Aku betulkan balik ayat aku dalam entri sebelum ni..Ko tak cerca aku pun..Hanyalah berseloroh sahaja..No hard feeling okeh bie..Aku tersilap perkataan jer tuh..

No hard feeling okeh dude??Ok..No hal lah..Abeh tu pisau tu untuk ape??Pisau tu untuk potong kek kejap lagi..

Ok kita teruskan kat agenda aku malam nih.Kemahiran hidup??Apa yang korang paham??Apa??Yang kat sekolah tu kan??Betul lah tu..Tapi kemahiran hidup yang aku nak cakap malam ni bukan yang tu..Aku nak cakap pasal kemahiran hidup berkenaan skill bercakap..Kenapa lak??Ok citer nya camnih..

Petang tadi berlaku lah satu drama antara aku dengan seorang sahabat aku nih..Dia cakap dia nak pergi satu summer camp nih selama seminggu..Disebabkan aku pernah pergi summer camp tuh, maka dia pun bertanya kat aku apakah barang yang harus dibawak..Nak dibuat cerita, masa mesej terakhir aku ada suruh dia kem salam kat kem komanden dan sorang akak cun ni kan..

Korang tau apa dia cakap??Ada ke dia cakap yang tak payah lah kirim-kirim salam semua ni kan..Sebab dia malas..Nak dibuat citer..Masa tu aku memang mendidih habis..Ko bayangkan lah, selama dalam hidup aku tak pernah lak bila aku suruh orang kirim salam, si pengirim tu cakap tak nak kirimkan salam..Kalau alasan logik  tu aku tak kesah, tapi ni sebab malas..Sape tak mendidih kan member sendirik cakap camtuh..Susah ekk nak kirim salam??Habis ke Adenosine Triphosphate (ATP) kalau aku soh kirim salam??Mungkin ya..

Pssss..kem salam kat abang ko tu boleh??

Bila aku dah mendidih, maka haruslah aku menamatkan conversation itu kat situ jugak..Kang bila aku cakap lagi takut aku meletup lak..Aku tak nak gaduh lagi dengan member aku..Dah penat dah..Last-last aku gek yang rugi..Maka sebelum aku benti mesej dia, aku pun hantar lah ayat yang biasa aku buat bila aku dah tersentap habis..Dengan nada yang sungguh biasa tapi sinis, aku menghantar, "WHATEVER!!!!"


Oh yeah??Whatever!!!!

Aku sebenarnya sangat terkilan tau..Sebab selama nih aku tak pernah lak berhadapan dengan situasi macam nih..Walaupun bagi sesetengah orang benda ni nampak kecik, tapi bagi aku benda ni sangat besar..Its not all about kirim salam things..Tapi ni adalah berkaitan dengan cara yang manis untuk menolak sesuatu perkara.Kot ye pun malas, tolonglah cari cara yang murni sikit..Aku paham..Tapi perkataan malas itu sesuatu yang amat kejam bagi aku...Serius..

Walaupun ko bermulut manis, tetapi bau mulut ko itu sungguh mengharukan..

Sebenarnya kem komanden dengan akak tu bukannya kenal aku pun..Aku saje je nak kirim salam kat mereka..Sebabnya untuk saja-saja..Tak salahkan??Biarpun mereka tak kenal kita, biarlah kita sahaja yang kenal mereka.Aneh sangat ke kirim salam kat orang yang tak kenal kita??Macam lah korang semua tak pernah buat..Pernah kan??Ehh..masa korang suruh junior kirim salam kat akak dia yang cun tu mende??Tak ingat ke??Same lah kes macam aku nih..Cuba bayangkan junior korang cakap tak nak kirim salam..Tak ke tensen tu kan??

Korang pernah tengok citer Puteri Gunung Ledang (PGL)??Ingat tak scene masa wakil Sultan Melaka tu nak merisik PGL??Dan PGL reject pinangan Sultan Melaka masa tu..Ingat lagi macam mana dia tolak pinangan tu?Dia tak main cakap je yang dia tolak pinangan itu..Tapi dia menolak dengan cara yang halus..murni and in the same time..difahami maksudnya..Iaitu dengan mengenakan syarat-syarat yang mustahil..Korang bayangkan kalau PGL cakap camnih, " Aku reject pinangan Sultan!!"..Apa yang korang akan pikir??Mesti korang pikir yang PGL ni bajet cun kan??Tak pun walaupun dia muka lawa tapi tak ada budi bahasa..Itulah kepentingannya cakap beralas..

Aku lah Puteri Gunung Ledang tanpa mekap..Masih cun kann..Apa rahsianya??Aku pakai Sendayu Tinggi je..masa dulu mana ada Loreal dan Simply Siti okehh..

Kepada sahabat aku itu, walaupun aku sentap dengan ko..tapi aku tak marah dengan ko..Sebab aku anggap yang kau tak tahu menahu mengenai perkara itu..Tapi bila aku dah cakap nih, silalah muhasabah diri okeh..Dan perbaiki diri yer..Sebab aku dah cakap benda nih..Kalau ko buat lagi benda tu memang keji lah di situ..Aku cuma mahu nasihat je..Aku harap ko terima dan belajar..

Jom kita tengok video camne caranya nak bermulut manis..Penting tu kott..Play okeh..Jangan tak play...



p/s : Kirim salam kat mak bapak korang semua ekk..Jangan malas!!!

MOTIP???

Hello korang!!!Ape kaba??..Sorry lah sebab lama aku tak hapdate blog ni ha..Semenjak dua ni aku sibok sikit lah..Yelah..Aku dah nak masuk kolej ni..Mestilah kena bersedia macam-macam kan..Fizikal mahupun mental..Nak pack barang..Itu ini..Haishh..



Oh yer..Baru-baru ni aku ada chat dgn kawan-skolah-yang-aku-tak-pernah-tegur-kat-skolah-dulu..Macam tu lah bunyik nye kann.Aku ni bila jumpe budak tak ada soalan lain yang aku akan tanya..Apa yang wajib aku tanya adalah ."Ko amek kos apa skang??"Itu soalan maut dari aku okeh..Maka kepada sesape yang dah benti belajar itu, haruslah mereka membuat cerita...cerekarama..samarinda..mahupun akasia....Tapi ada jugak yang jujur..Apa yang nak dimalukan benti belajar..Best hape tak belajar??Aku lagik suka tak belajar tau..Boleh rilek-rilek..Goyang kaki dalam opis sambil buat keje..Takde kuiz, test, exam and all..Yang ado hanyalah offis mate..dan kerja yang berlambak itu..

Bila aku dah tanya soalan maut tu kan, maka aku haruslah dibalas dengan soalan maut gek..Apa yang diorang tanya tu??Erkk..Ada yang tanya.." Awek apekaba??"..Wah wah wah..Sedap ko menghanjeng aku kan??Aku tau ler yang aku ni tak femes macam ko..Sampai hati ko tanya soalan maut macam tu kan??Aku mana ada awek..Aku single lagi okeh..Bila aku cakap camtuh ada lagik ayat menghanjeng dari diorang..Ade yang cakap camnih, " Ko kan encem!!!"...Peh!!Sape tak sentap ada orang menghanjeng aku sampai macam tu sekali??Haloo..bila masa lak aku hensem??Aku sedar diri okiess..Ko nak mencerca aku pun biarlah berpada-pada kan..Maka orang sebegitu haruslah dibalas dengan pembalasan yang setimpal..

Erkkk..aku pun konpius..Hensem ke aku??

Erkk..Apa yang aku buat??Macam ada sorang pompuan ni, dia pakai nama yang amat komersial...Sebab nama asal dia tak berapa market sangat kott..Maka di situlah aku nak menghanjeng dia..Aku cakap."Wah wah wah..Sedap nama ko kak??Nama baru ke??Macam artiss kot nama ko!!!"..Sebenarnya aku ada buat macam-macam lagi..Tapi macam keji sangat lah pulak nak citer kat sini..Nanti korang cakap aku kejam lak..Lebih baik aku simpan jekk..

Ehh ko neh..aku baru cerca skit ko dah pengsan??

Tapi bukan setakat tu aku kena cerca.Ada la kawan aku  ni sorang..Dia ni selalu gak mencerca aku..Kan bie??Tapi aku tak kesah..Sekali ko cerca aku..sejuta kali aku balas kat ko kann??Macam hari tu dia ada buat post kat fesbuk dia..Dia cakap dia nak gi jumpe dentist..Sebab nak buat bibir macam JLo..Bibir macam JLo??JLo bibir sexy ke??Maka kat situ aku dapat point nak kenakan dia..Aku cakap arr yang bibir sexy adalah si Angelina Jolie..Korang tau ape dia balas??Dia cakap tak kesah lah JLo ke..Angelina Jolie ke..diorang masih tak mampu melawan keseksian bibir aku ni??Motip bibir aku??Awas ko bie..Kalau ko tersilap langkah..habis ko aku cerca puas-puas..No mercy okeh!!!

Amacam??Chantek kan bibir aku??Ala-ala unta gitu..Ini natural okeh..Bukan silikon tau..Berdosa kott silikon-silikon semua tuh..

Aku sebenarnya not in mood nak hapdate blog ni..Bila dah takde mood, mesti aku merapu macam-macam.Ni hapdate pun sebab tak nak kecewakan korang semua..Aku tau korang semua dah lama tunggu..Kann??.Kepada yang terasa tuh, sorry lah ekk..Aku tak berniat nak cerca korang..Sape suruh korang cerca aku dulu..Maka ia haruslah dibalas dengan cercaan jugak okeh..

The end..

awas korang!!jangan sesuka hati cerca aku okeh!!

p/s : Ko mampu ke nak lawan aku bie??

Wednesday, January 19, 2011

JOM GEGAR BLOG



Aku join contest nih..Takde keje lah pulak sekarang nih.Adehh..Kalau korang nak join..sila lah klik sini..
Ok sampai situ ke kot untuk malam ni..Babai..

TIADA JODOH

Errrkk..Kepala aku tengah kusut..Macam-macam perkara aku nak fikirkan..Okeh..Takpe..Aku tak kisah..Aku buat sesi luahan perasaan kat member..semua larik..Adess..Inilah dikatakan REAL FRIEND..Takpelah..Aku tak nak melatah..Last-last aku gak yang rugi..



Hmm..Tadi aku mesej uncle aku..Uncle yang banyak memberikan inspirasi kat aku..Aku cakap lah yang aku dah nak masuk U dah..Ok..Pastu dia ada lah beri kata-kata semangat sikit kat aku..Apa yang tak bestnya, dia cakap yang dia ada hal kat Sabah sekarang..Ada urusan..Hujung bulan baru balik semenanjung..Tu pun sekejap je..Maka dengan itu, tidak dapatlah kami bertemu buat kali yang terakhir..Ohh..Nak buat camnekan..Dah tak ada jodoh..Waa..



Aku nak menangis air mata darah pun tak guna gak..Kenapakah semua ini berlaku??Haaa..Takpe2..Jangan ditangisi benda yang tak ada..Hargailah benda yang ada di depan mata aku...Walaupun aku tak dapat jumpe uncle aku, aku masih ada keluarga aku..Oh..Sedih..Sangat sedih..Takpelah..Tu je kot..Aku sangat berharap dapat jumpe uncle aku buat kali terakhir..Sangat berharap..

p/s : Masa tidur tadi aku kena kacau dengan setan..Aku mendapat mimpi buruk..

0.05%

Oh yeah..Minggu lepas aku menghabiskan cuti hujung minggu aku dengan menghadiri satu summer camp..Err..kat sini ada ke summer??Ah lantak lah..Kawan aku yang ajak pergi camp ni..Apa yang aku nak cakap adalah camp ni sangat cool...Thanks kepada kawan yang invite aku pergi summer camp tuh..Tapi ada lagi yang best..Summer camp ni adalah free of charge..Tak payah nak bayar apa-apa...Semuanya free belaka..Tu yang best tu..

0.05%??Apa kaitan dengan post kali ni??Err..berdasarkan satu pengiraan yang dibuat oleh uncle Tee..kitorang sangat bertuah tau..Sebab dalam ramai-ramai orang, kitorang je yang terpilih menghadiri summer camp tuh..Pehh..Aku sangat teruja..Yelar kan.0.05% tu..Not even 1%..Tak ke dahsyat tu kan??Hmm..



Pengisian camp tu sangat bagus..Sebab camp ni menekankan ukhawah melalui game-game yang diorang buat..Korang bayangkanlah..aku bertemu dengan insan-insan yang hebat dari seluruh malaysia..Ada yang dah graduate..Ada yang masih belajar..Hebat di sini bermaksud cemerlang dari semua aspek..Bukan dari aspek akademik semata-mata..tetapi juga dari aspek rohani, intelek, emosi dan jasmani..

Apa yang penting....UKHWAH..

Bagi aku, aku rasa sangat teruja sebab dapat carik ramai kawan kat sana..Kawan yang baik susah dicarik..So kat program macam ni lah aku perlu carik kawan..Hmm..Apa-apa pun, aku sangat enjoy program nih..Kalau boleh, aku nak join lagi benda nih..Sebab input yang aku dapat sangat banyak..Mungkin tahun depan aku join lagi program nih..Whoa..Tak sabar rasanya...



p/s : Bertemu dengan insan hebat adalah perkara yang aku tidak boleh lupakan sampai bila-bila..

Tuesday, January 18, 2011

THE OLD ME'S DEAD AND GONE

Semalam aku ada naik bas Rapid KL kat shah alam..Pastu dia pasang lagu Justin Timberlake..Dah lama aku nak carik lagu ni..Sebab ada seorang sahabat aku suka sangat nyanyi lagu nih..Bila dia selalu pasang, mesti lah lagu tu lekat kat hati aku dah..Sebab lagu dia sangat sayu..

sekadar hiasan

Dan carik punya carik..aku pun jumpa lah lagu ni kat You Tube..Wah..Sangat hebat...Tapi aku bukan nak cakap pasal aku suka lagu ni..Aku suka lagu ni sebab aku suka lirik dia..Bukan sebab music arrangement dia mahupun penyanyi dia..Tapi lirik dia..Aku dapat inspirasi dari lirik lagu nih..

Aku jugak nak cakap yang aku dah tak sama lagi dengan dulu..Aku yang dulu dah mati dah hilang.Aku sangat tak suka menjadi aku yang dahulu.Banyak benda yang tak betul aku buat..InsyaAllah aku akan cuba berubah..Di bumi asing ini, aku akan cuba berubah dan mencari matlamat hidup.Walaupun aku duduk berseorangan tanpa berteman..Aku ada ingat kata-kata seorang uncle kepada aku..When Allah is your friend, who is your enemy?

Maksudnya..fikir-fikirkan sendirik..

dunia jahil tu dunia gelap..jahil tu maksud nya bodoh..bukan jahat..

Okeh..aku nak larik jauh-jauh ni haa..Dari dunia kejahilan aku..Aku pun tak tahulah camne..Tapi aku memang nak larik..Sebab aku dah penat duk dunia jahil lama-lama..Apa yang aku dapat??Nothing...Ok lah semua..Selamat tinggal dunia kejahatan..Doakan yang terbaik untuk aku yer..

Kalau boleh aku nak larik sampai hujung dunia..Err..ada sesape tahu kat mana hunjung dunia??

Apa yang penting...UKHWAH!!!!!

p/s : Aku sangat terharu dengan sahabat aku semalam..Sorang tu sanggup tidur kat sofa sebab aku tertidur kat katil dia..Dan sorang tu lagik sanggup jemput aku kat Shah Alam semata-mata nak jumpa aku yang tah apa-apa ni..Terima kasih tak terhingga aku ucapkan kat korang..Jasa korang aku akan kenang sampai bila-bila..

Monday, January 17, 2011

KENAPA?

Dalam banyak2 tempat, kenapakah aku dicampak ke pulau..Tak sudah dengan tu, bila aku check ranking..heh..menangis aku baca..UM lagi tinggi kalau tak silap aku..



Aku sangat keliru sekarang..Should i go on??Atau pun apa??Ahh entah lah..Aku bingung..Seriuss..



Mungkin ini cara Allah nak tarbiyah aku..Apa-apa pun yang berlaku, aku terima seadanya..Sebab aku ni bukanlah special sangat sehingga tidak layak diuji..

p/s : Mahu berkabung sebentar..bersama roti telur

Thursday, January 13, 2011

HENSEM GILER

Opss??Dengar tajuk je dah kontroversi giler kann..Yelah..Sapa pulak yang hensem tu..Aku ke kan??Aku hensem??Aku pandang muka aku sendirik kat dalam cermin pun macam nak pengsan tau tak..Haa..Takdelah..Disebabkan malam ni aku takde keje, so aku pun meroyan lah nak kena kan orang..Mangsa aku malam ni tak lain tak bukan adalah abang dorm aku dulu...Orang panggil dia afeb(sorry abg afeb!!)..Hahaha..

Dia lah mamat hensem yang aku cakap tuh..Aku bukan nak menghanjeng dia okehh..Tak ada masa nak menghanjeng orang baik macam dia tu..Aku sebenarnya nak promote blog abang afeb. Dia ni hensem tau..Kepada sesiapa yang berminat, boleh pergi ke blog dia..Jap lagi aku kasi link..Dah lah hensem, baik hati pulak tuh..Yang aku heran, tak ada lak awek yang lekat kat dia tu kan..Motiff aku citer pasal dia??Entah..saje2..aku takde keje ni ha..

Ada lagi satu..Korang jangan terperanjat lak bila dengar suara dia...Sebijik macam artis kott..Serius tak tipu..Artis mana lak ni??Femess ke tak femes??Kalau suara setakat Jalil Hamid tak payah lah kan..Bukan Jalil Hamid okeh.Suara dia macam Beego..Alah mamat yang berlakon cerita puteri tu..Suara dia yang sebijik macam beego tu menjadikan muka dia yang tak seberapa beego tu jadik macam beego..Amcam??Kelas kan abang afeb kiter...

Ni lah abang afeb kita..

Err jap...Mesti korang masih lagi tertanya-tanya motif aku tulis pasal dia kan??Betul tak??Aku bukan nak balas dendam sebab dia pernah buli aku dulu..Bukan pasal tu..Tapi saje je nak mengenakan dia.Kat sekolah dulu tak dapat..Sebab kalau aku kasi ayat makan dalam, konpem kena libasan dari dia yang agak sakit tu kan..Tak ke hazab tu..So bila dah duk jauh2 ni, boleh lah aku kenakan dia balik..Hahaha..

Oooo..ko makan dalam kat aku ekk??Nah!!Rasakann..

Ni ha link dia...Sila lah lawat yer...klik sini..

Sampai situ je kot..Sekian sajer slot menghanjeng orang dari aku..Adioss..

p/s : Sorry ek abang afeb..Larik!!!!!!

HILANG ARAH

Oh yeah!Dalam hidup ni ada banyak masalah. Kalau tak ada masalah tu tak best lah hidup. Peperangan, kelaparan, bencana alam, putus cinta, gagal peperiksaan, kambing mati, dan sebagainya..Itu adalah lumrah kehidupan.Kalau orang tu ada masalah, dia akan hilang arah tujuan..Tergapai-gapai mencari arah tuju yang betul supaya masalah itu dapat diselesaikan..Apa-apa pun yang berlaku, hargailah diri korang..Kerana diri korang itu amat berharga..Janganlah disebabkan masalah tu, terus nak carik jalan singkat lupakan masalah tu..Macam minum teh tarik yang ada alkohol ke..terjun lombong ke..dan apa-apa lah..


Macam aku pun ada gak masalah.Apa yang aku selalu buat adalah kalau aku ada masalah, konpem aku meroyan nak gi kedai buku.Carik buku motivasi..Tak pun dengar lagu ke..Lagi lah feeling kan layan masalah camtu..Hahaha..Haa..Bercakap tentang lagu, Adam Lambert ada nasihat kepada aku.Dia cakap camnih..
"Appreciate yourself cuz you are so precious"..Lebih kurang camtulah..Dia siap nyanyikan lagu untuk aku tau..Ni ha lagu tu..Tajuk dia aftermath..Jom tengok lirik dulu..


......................................


Have you lost your way?
Livin' in the shadow of the messes that you made
And so it goes
Everything inside your circle starts to overflow

Take a step before you leap
Into the colors that you seek
You give back what you give away
So don't look back on yesterday

Wanna scream out, no more hiding
Don't be afraid of what's inside
Gonna tell ya you'll be alright
In the aftermath

Anytime anybody pulls you down
Anytime anybody says you're not allowed
Just remember you are not alone
In the aftermath

You feel the weight
Of lies and contradictions that you live with every day
It's not too late
Think of what could be if you rewrite the role you play

Take a step before you leap
Into the colors that you seek
You give back what you give away
So don't look back on yesterday

Wanna scream out, no more hiding
Don't be afraid of what's inside
{ From: http://www.elyrics.net/read/a/adam-lambert-lyrics/aftermath-lyrics.html }
Gonna tell ya you'll be alright
In the aftermath

Anytime anybody pulls you down
Anytime anybody says you're not allowed
Just remember you are not alone
In the aftermath
In the aftermath

Before you break you have to change your own mind
Take a trip and fall into the pit
Tell a stranger that their view is full

So all you feel is love, love
All you feel is love, love

Wanna scream out, no more hiding
Don't be afraid of what's inside
Wanna tell you you'll be alright
In the aftermath

Wanna scream out
No more hiding
Don't be afraid of what's inside
Gonna tell ya you'll be alright
In the Aftermath

Anytime anybody pulls you down
Anytime anybody says you're not allowed
Just remember you are not alone
In the aftermath

In the aftermath
(Gonna tell ya you'll be alright)
In the aftermath
In the aftermath
Just remember you are not alone
In the aftermath



.........................................................



Wednesday, January 12, 2011

BASKETBALL ATAU BOLA KERANJANG?

Errr..Aku tengah dalam dilema ni ha..Sebab aku kena pilih sukan mana yang aku nak tumpukan.Bola sepak atau bola keranjang..Dua-dua aku minat..Best woo..Kalau boleh aku nak main dua-dua sekali gus..Tapi benda tu memang mustahil giler..Entahlah..

Yang basketball tu aku suka main sebab puas woo bila dapat score..Terutama bila dapat buat three point. Padahal three point yang aku buat sekali je setahun.SengaL..Kebanyakannya lay up sajer.Ko bayangkan lah..Badan aku ni dah lah comel.Senang je kot nak halang aku. Tu la sebab aku ni malas nak main basketball..Nasib baiklah kat kolej dulu aku ada berlatih dengan star2 kat Malaysia ni kan..Bangga weyhh..Semangat sikit nak main..sebab diorang ada ajar sikit2.

Ni arr mentor aku.Lebron James.Dia jumpe aku kat Youtube masa aku kecik.Pastu dia terus training aku.Dalam gambar tu aku masa kecik.Masa ni Cleveland Caveliar lawan Miami Heat..Amacam??

Bola sepak ni lak aku minat sebab cool giler weyhh..Macam American Football..Kalau kat Malaysia, bola sepak mesti jadik tumpuan utama dalam sukan.Wajib ada beb setiap kali event sukan berlangsung.Tak kisahlah kat mana pun sukan tu kan.Yang penting bola sepak mesti ada.Tapi masalahnya seperti di atas, badan aku ni kecik je..Nak ke diorang kasi aku main haa??Aku ni ada lah jugak bakat sikit kan..tapi takut sebab kecomelan badan aku sajer yang membuatkan diorang tak kasi aku main..Motiff??Ko ingat budak kecik macam aku tak hebat ke haa??Hebat tau tak.Macam Carlos Puyol!!!Sampaikan ada orang cakaplah aku ni kembar Aidil Zafuan..Oh noooo..Aku tersangatlah perasan kan???Hahahah..

Aku yang jadik quarterback tu..Nampak tak??

Boleh pening gak pikir benda alah ni..Ah senang cerita..Lebih baik aku tidur saje dari pilih antara dua benda ni kan.Lagi senang..Tak payah keluarkan tenaga..Tak memerlukan skill dan sebagainya..Mudah..cepat dan selamat..

p/s : Jom tidur..

Monday, January 10, 2011

BETUL KE NI?

Oh.Disebabkan banyak sangat mulut yang mencerca Ana Rafali, aku ni lah salah seorang yang nak back up dia. Kesian budak ni. Apsal lah ada manusia tak boleh terima dia menang. Aku sangatlah tak faham kenapa ada orang tak suka. Dengki ke? Err..Entahlah..Aku tak nak carik gaduh dengan orang lain sebab isu ni memang kontroversi.Tapi kenapa mesti diorang tak puas hati pulak? Dengki dengan rezeki yang orang lain dapat.Adess..


Takpe Ana..Superhuman ada di sini untuk mengbackup Ana..Jangan risau ekk..


Anologinya cukup mudah.Macam manusia tu kan. Pada asalnya manusia tu sperma. Tapi korang jadik manusia sebab antara sperma tu korang lah yang paling hebat..Nak buat camne kan..Haa..Pastu cuba bayangkan, marah tak korang kalau sperma yang berlebihan tu kalau ditakdirkan boleh bercakap, cakap yang korang ni tak layak jadik  manusia. Mesti marah kan??Kalau tak marah korang memang tak normal..


Sperm whale..Motiff??


Bagi aku, lagu Ana memang layak menang. Sebagai salah seorang pakar bahasa (perasan lah  pulak)..walaupun persembahan pentas dia tak seberapa, tapi lirik dia sangat puitis..Korang mampu ke buat macam tu?Haa?Jom kita check lirik lagu tuh..

..........................

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita

...............................

Bagi aku lirik ni sangat indah.Korang tak fikir macam tu ke? Ok aku hormati pemikiran insan yang tak setuju tu tapi entah lah..Malas lah aku nak cakap apa-apa lagi..Sebab aku tak ada mood nak bercekau sebab perkara remeh..Sekian..