JEJAK ANDA

Wednesday, December 19, 2012

ROKOK

Saspens kan tajuk???Cerita nya cenggini..Sumorang saspek aku ni seorang perokok. My mommy..my friend..Padahal aku tak merokok kot! Serius aku menyampah ngan rokok..Tah mana tah diorang dapat idea yang aku ni merokok pun aku tak tau..Adakah perfume aku bau rokok? Entah lah nak..Pak cik pun tatau!

Apa-apa pun..Katakan tidak kepada rokok! Rokok membunuh! Setiap sedutan membawa maut!

Ok bai.

*pasrah!

Monday, December 17, 2012

HOPELESS

Sometimes I feel so hopeless..Maybe I look very strong outside. But it is so not true. It is time to be heartless again. Aku rasa give up sangat. Serius. Rasa macam dah tak nak lagi dah berkasih sayang dengan orang. Jom layan lagu ni jap. Sedih ni haa..


Selamat tinggal, kawan.

ANAK KETIGA

Baca tajuk mesti rasa macam nak pitam kan?Hiks..Haruslah..Aku kan tak kahwin..So cemana dah ada anak pulak??Harusslah kena carootttt kan??

OK! Lemme explain!*sambil mengambil nafas dan pausing jap.

Jeng jeng jeng.....

Aku sebenarnya sudah menghasilkan karya ketiga aku. Baru je hantar kat website kejap tadi. Tak tau lah bila dia nak publish. Selalu eh ambil masa...dalam seminggu cetu..Tajuk cerpen aku tu "AMAL SENI". Cuba lah google..

Aku mendapat inspirasi cerita tu masa aku sekolah rendah dahulu. Eh. Macam tak best je bagi tahu inspirasi tu kat sini. Sebab nanti korang akan tahu storyline cerita nih..Next month lah aku cerita..Ekekeke..

KEJAM KE TIDAK??*ada aku kesah?

Ok bye.

Tuesday, December 11, 2012

KERJAYA SEPARUH MASA

Lihat tajuk. Terasa seperti mahu lempang aku kan?Kah kah. Nak dibuat cerita, aku baru jer hantar resume jadik wartawan kat satu akhbar ni. Keh3. Saja2 je nak cuba nasib disamping nak carik duit sikit kan..Mana tahu ada rezeki.

Kalau boleh, nak lah kerja tu. At least boleh support sikit hidup aku kat sini kan..Hmmm..Entahlah..

Ok bai. Tu jer nak gitau.

Sunday, December 9, 2012

OH MY ENGLISH 1

-WRONG: Baby, would you send me to the airport please??

-CORRECT: Baby, would you take me to the airport please??

Penerangan:

-Sekiranya pakai "send", bermaksud orang yang menghantar hanyalah akan hantar sampai ke depan pintu rumah sahaja.
-Sekiranya pakai "take", orang yang menghantar akan menghantar sehingga ke lapangan terbang.


----------------

End of lesson. Cheers.

Source: Mr MM.

PATIENCE

Let the cartoon tell everything

NB: Click on the picture to enlarge.


Fair enough, yeah??

:)

REPLACEMENT

it's time
for you to find a replacement.


THE SADDEST NIGHT

Last night was one of the saddest night in my life.
I hope you take care, sweetie (MM).
-AB-

Friday, December 7, 2012

Tuesday, December 4, 2012

ALBUM GAMBAR

AMARAN: Sila sediakan baldi besar sebelum anda membaca posting ini !

---------------------------------------


Malam semalam kawan aku datang rumah. Melawat rumah katanya. Since semua orang tak ada kat rumah, masa ini lah nak tunjuk kan rumah agam aku ni kat dia. *Rumah agam katanya walaupun rumah ko tu sedehhhh..Haruslah beliau lelaki kan.. Ko mampu nak bawak pompuan masuk umah masa housemate lain takde. Mau kontroversi satu tempat ni okeh...

Masuk-masuk rumah terus dia ketawa tak hengatt dunia..Berani mati ko gelakkan rumah aku kan..Tapi mmg rumah ni lawak pun. TV pun letak atas lantai. Masuk lounge area, ada meja kecik ngan kerusi jer. Sedehhh ke tidak??

Pastu dia melawat ke bilik tidur. Tetapp nak melawat bilik tidur kan.. Walaupun bilik aku tu macam sarang tikuss...Nasib baik mak aku tak duduk sini.. Kalau tidak habiss aku kena cerca hari-hari sebab bilik bersepah yang amat..Ko mampu?

Lepas tu, aku tunjukkanlah album gambar yang aku bawak ke sini tuh. Album tu just gambar aku ngan kengkawan jek. Takde sesaper pun..Dia pun belek..belek dan belek...

belek punya belek tetibe dia cakap..

"I would buy this photo for an artwork if you omit this background bit, " kata beliau sambil menunjukkan ke arah gambar aku..

Ko biar betik??Haruslah aku berangann jadik model kejap kan.. Memang tak caya ahh aku ada orang sanggup nak buat gambar aku jadik artwork. Pemess sangat!! Kah kah..

*sila muntah darah sekarang sekiranya anda belum berbuat demikian.

Pelik kan???OK tu je kot. Babai.

p/s: Rasa mcm nak beli hat mcm Johny Depp la pulak. Nampak cool jek.

Saturday, November 24, 2012

HOMEMADE PIZZA

Balik Malaysia, aku nak buat home made pizza..
I dont care gituh.. Mengidam okeh.Hari tuh dah buat ngan boss. Satu pizza tu aku sorang makan. Bantai aku letak sosej dan ayam sebanyak-banyaknya..Sangat puas okeh! Aku  kalau boleh nak buat pizza sendiri.Beli kat pizza hut tak puas hati. Sebab ingredient dia ciput jer.Kalau buat sendirik, ko boleh letak apa sahaja sesuka hati..Gituh..

OK bai. Tu jer.

Friday, November 23, 2012

AWAS AKU HACKER

Aku sekarang dah reti bypass private blog. Awas blogger2 sekelian. Anda diperhatikan. Jangan ingat anda selamat walaupun anda dah privatekan blog anda.

Sekian dan selamat menulis dengan berhati-hati. AWAS!

BENCI

Aku sangat tak suka interface blogger sekarang. Nak loading punyalah lama. Naharomsss.Sebab tu laa skang aku da lama tak update.*alasan.

Hmmm..Kang kalau rajin aku tulis k. Huhu

Monday, November 12, 2012

AJL 27

Tahun ni FT tak masuk AJL. Aku tengok AJL sebab nak tengok dia jer.Since tahun ni dia tak ada, artis harapan aku adalah si Black tu. Dengan lagu teman pengganti..

Mohon para juri tengok keindahan lirik rapping Malique tu. Lebih baik dari lirik cinta yang tiada nilai murninya itu.

Selagi mana juri bias kepada lagu balada, selagi itu lah lagu balada akan menang..

Bosan!

Thursday, November 1, 2012

MATA MALAS

Mata malas??Apakah itu??Mohon Google untuk penjelasan lanjut..

Hendak dibuat cerita, aku baru sedar hari ni yang aku ada lazy eyes..Dan aku telah bertanya kawan kawan aku yang amek medik..Adakah lazy eyes boleh dirawat?

Jawapannya adalah yes..

Erza Scarlet watak kegemaran eden

Apakah rawatannya??Rawatannya adalah eye patch!!

Im soo excited haa! Nak pakai eye patch macam Erza Scarlet..Mesti cool kan??Hehe..



Lantas dengan segera aku menyuruh hakak aku membuat temu janji dengan doktor..

Oh tidak sabar rasanya mahu pulang.

Monday, October 22, 2012

HAT

Aku di perpustakaan.Tiba-tiba ada seorang manusia putih menyapa.

"Eh kawan, di mana kamu mendapatkan topi itu?"

"Errrmmmm.. di MYER..kenapa??"

"Saya sangat menyukai topi kamu. Cantik"

Aku pun terus berbunga bunga..Kah kah

Sekian


Monday, September 17, 2012

OH MY ENGLISH

Tadi gi surau. Ada seorang insan berkata kepada aku..

"Would you close the light for me please"

Lantas aku mengambil sejadah lalu menutup lampu itu..

------------


------------



-------------


OK fine aku tipu..Lantas aku menutup lampu itu..Dan berlalu pergi..

Sekian.

Sunday, September 16, 2012

PART-TIME

Hi guys. I am back. Nak dibuat cerita, hari ni hari pertama aku kerja. Mula-mula teruja ah kan.. Nak dapat duit..Pasti masyuk..Bila dah mula kerja, oh tidak! Beratnya..

Aku kerja part time jah..Nak carik duit poket skit..Nak beli kereta katanya kann..Aku malas nak naik bas lagik..Kena tunggu..Korang an tahu perkhidmatan bas kat tempat aku tu sakai giler..Mana ada bas lalu depan rumah tu..Kuahaja tol.Kata dah 55 tahun merdeka..Phuiii...

Aku kat sini kerja gardening sajer...Agak susah gek ahh kerja ehh..Angkat kayu balak..Angkat ranting-ranting kayu. Sapu-sapu rumput..Weeding stroberi..Oh tidak!Aku tak pernah occay buat semua benda tuh..Tapi takpe kan..Demi mencari duit poket untuk membeli kereta..Akan ku relakan segalanya..

Berapa lak upah eh??jeng jeng jeng..Itu rahsia..Ok jer lah kot untuk orang macam aku..Aku tak kesah..Asalkan duit..Huh.

Ok lah korang. Selamat malam. Esok ada latihan lakonan dan nyanyian. Oh tidak. Padat tol jadual aku kan..Mengalahkan retis Hollywood kan..Bye..

Wednesday, September 12, 2012

Sunday, September 9, 2012

HITAM PUTIH

Aku memandang tubuh aku ke dalam cermin..Hitam??Mengapakah..???Aku tertanya-tanya..

Bapak aku kulit putih..

Mak aku kulit putih..

Nenek aku kulit putih..

Datuk aku??Aku tak pernah jumpa atuk aku..

Im black and I am white..Apekah aku ni keturunan MJ?Whoa!!

Dan aku pulak berkulit agak gelap...Hmmm..Aku tak heran sangat lah kann..Dulu kecik-kecik duduk berjemur main tengah panas..Mana tak gelapnya...

Gua mantain je cute walaupun tak berapa cerah...Apedehal laa kan??

Pastu aku suka makan kicap..Orang cakap kalau makan kicap nanti kulit jadik gelap..Kaitan??Entah lahh..keh keh...

"Setakat kicap sebotol camneh, gua minum cenggituh jer" kata pak cik neh

Tu je la kot..

Yang gelap akan terus gelap..Aku tak kisah pun kalau aku tak laku-laku..Adat orang tak hensem..

Bye.

p/s: Masa kecik2 dulu muka aku macam ninja turtles.Kisah benar!

LAMA

Dah lama gua tak update blog. Sibuk katanyer. Entahlah..Macam dah tak minat lah pulak nak berblog nih..Blog pun suam-suam kuku jer..Mana hadoo orang nak bace..kekdahnyer..

OK lah..Kang kalau ada update terbaru aku bagi tahu yer. Bye2.

Saturday, September 1, 2012

MAD WORLD

All around me are familiar faces
Worn out places, worn out faces
Bright and early for the daily races
Going nowhere, going nowhere

Their tears are filling up their glasses
No expression, no expression
Hide my head I wanna drown my sorrow
No tomorrow, no tomorrow

And I find it kind of funny, I find it kind of sad
The dreams in which I'm dying are the best I've ever had
I find it hard to tell you, I find it hard to take
When people run in circles its a very, very
Mad world, mad world

Children waiting for the day they feel good
Happy birthday, happy birthday
And I feel the way that every child should
Sit and listen, sit and listen

Went to school and I was very nervous
No one knew me, no one knew me
Hello teacher tell me, what's my lesson?
Look right through me, look right through me

And I find it kind of funny, I find it kind of sad
The dreams in which I'm dying are the best I've ever had
I find it hard to tell you, I find it hard to take
When people run in circles its a very, very
Mad world, mad world, enlarging your world
Mad world





EXTREME MAKEOVER

Some people just don't lucky enough. They can't choose their body type. their metabolism status..and their everything..It is sad to see that sometimes they just give up...For everything..

I just recently watched to this TV show. Like, for everyday. It is so inspirational.

Nak tengok?Just click the play button.

How was that??Inspirational huh?So what are you waiting for??Go and start a health kick! It is really worthy.Your future..your life and yourself! p/s: Oh my english..berangan sangat cakap inggeris kann..keh keh.. p/s: Manusia dilayan berdasarkan berat badan. True story.

Friday, August 24, 2012

TIRU TAMPAL

Sekarang baru aku paham perasaan cikgu yang marah melihat murid-murid meniru buku teks bulat-bulat.
Hmmmm..entah lah..

THANKS MOMMY AND SISTERS AND DADDY.


I just received a box from my family. Oh yeah! Thanks everyone! Dalam tu ada macam-macam kegemaran aku. Sangat gumbiraaa hokey...Rasa macam nak melompat-lompat jek. Tapi kang lompat takut runtuh lak rumah ni kangg..Kannn..

Merasa laa anak tekak ni makan maruku puas-puas..Tekak aku ni selera India skit..Walaupun aku ni Melayu tulen kan..*tulen la sesangat...

Aku sangat teruja dapat kad raya. Ayat yang paling menyentuh jiwa dan raga serta terus menikan sanubari aku adalah seperti yang berikut..

"JANJI DITEPATI!"

Aiyohhh..Sangat sangat sangat sesuai..keh keh..

Apa-apa pun..Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin!

Thursday, August 16, 2012

BUKAN MAINSTREAM

Ok! Aku akan buat wall picture yang bukan mainstream..Awas kau! Nak sangat ann tak nak main stream sangat...

Wednesday, August 15, 2012

HUMANS

Seriously, I am tired of human being.

MACAM-MACAM

Ada facebook. Tapi kritik apa orang buat kat facebook dalam twitter. Classy!



p/s: By the way, rambut baru Miley Cyrus sangat lawa.

DUNIA GILA

Oh dunia yang gila. Sangat huru-hara.

Sunday, August 12, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH

Hari ini seperti tidak menjadi. Ada jer yang tak betul terjadi..Aku berpesan kepada diri aku..

'SILA TABAH WAHAI DIRI!"

Sekian.

SALAH

Buat salah..
Tak buat salah..

Bagus salah..
Tak bagus salah..
Macam bagus lagi lah salah..

Balik salah...
Tak balik salah...
Pergi salah...
Tak pergi salah..

Cakap salah...
Tak cakap pun salah...
Sorang salah...
Jemaah pun salah..

Diam salah..
Bising lagi lah salah..
Salah betul..
Betul salah..
Siapa betul??
Siapa salah??

Thursday, August 9, 2012

MASA

Masa belajar jangan main-main..
Masa main jangan main-main..
Masa belajar, belajar betul-betul..
Masa main, main betul-betul..

Aku kann..Serius sangat tak faham orang yang nak berdoa bagai nak rak kat facebook ni ha..Aku boleh terima lagi kalau dia nak kongsi doa yang baik-baik kat fb. Tapi kalau nak doa sendiri boleh jer doa diam-diam tak payah bagi tahu orang lain. Setahu aku doa tu boleh je direct doa kat tuhan..Tak perlu rasanya nak post apa yang didoakan itu kat facebook. Takde lak kan aku dengar dalam syarat-syarat berdoa kena post dulu doa yang dibaca kat dalam fb.Contoh.

"Oh Allah permudahkanlah aku menjawab soalan exam esok."

Dont you feel something bila orang post camni kat fb? Kenapa perlu post benda cenggini kat fb? Aku tak rasa benda ni perlu.Macam aku cakap tadi..benda ni bleh jer doa direct kat tuhan tanpa psot kat fb kan..Macam-macam perangai tol..Sapa paham tolongglah pahamkan aku..

Mungkin orang yang tulis tu tulis sebab dia mengikut peraturan "What's on your mind" kan??Entahlahh..


Oh! Aku sangat emo malam ni. Tertekan kot!

Sorry lah ek sesiapa yang terasa.

Salam Ramadhan.

Saturday, July 28, 2012

SERONOK

Tadi ada majlis bukak puasa kat masjid. Mula-mula ingatkan nak gigih je pergi masjid jalan kaki walaupun dalam keadaan hujan. Cuba bayangkan, jalan kaki lebih kurang 3km dalam keadaan hujan. Mesti tak best kan. Alhamdulillah. Allah telah bantu aku untuk ke masjid. Betapa pengasihnya Allah tu kan. Baru je nak berjalan ke masjid tiba-tiba ada orang call. Nak tumpangkan. Syukur sangat-sangat.

---------------------------

Sampai masjid dah nak dekat buka puasa. Aku sampai dalam keadaan segan. Sebab tak tolong apa-apa. Minggu ni giliran Melayu Tassie buat majlis berbuka puasa. Aku hanya datang untuk tolong makan sahaja. Buruk sangat perangai kan??Haha..

Bila dah masuk waktu maghrib. Aku pun makan...

Makan..

Dan makan lagi....



-------------------------


Sambil makan tu aku dok perhati je orang kat masjid tu. Aku amat tertarik melihat seorang pak cik ni. Dah lama aku perasan..Dia ada seorang kawan baik. Setiap kali jumpa, mesti nak berukhwah dengan kawan baik dia tu. Untunglah ada kawan baik kat masjid kannn...Jelesnya aku tengok depa berukhwah. Tiap kali jumpa peluk-peluk bagai..Tanya khabar..Wah! Ko ada?? Nan hadooo kann...

Bila lak agak eh aku dapat kawan baik kat dalam masjid. Hmmmmm..Entahlah...



p/s: Susu yang diletakkan aiskrim memang best. Tak percaya cuba lah.

Sunday, July 22, 2012

RAMADHAN DATANG LAGI

Ok.Baiklah. Nak dijadikan cerita, Ramadhan telah pun tiba. Bila Ramadhan ni, mesti lah semua orang teruja kan. Maklumlah, dapat bonus. Bukan bonus duit okeh! Tapi bonus pahala. Boleh?

Senang jer sebenarnya nak buat pahala. Jalan nak pergi kelas pun boleh dapat pahala kot. Wah! Betul ke? Cemana tuh? Cube korang pasang ceramah agama, atau pun surah-surah pilihan dalam mp3 pastu sambil jalan sambil berzikir. Setiap satu langkah satu zikir. Cube bayangkan berapa banyak zikir bila sampai kelas. Itu baru satu hari. Belum 30 hari lagik. Lumayan kan nanti?



Pastu, kalau nak lagi senang korang kasi jer apa-apa makanan kat sesiapa yang tengah berpuasa. Insya-Allah kita akan mendapat ganjaran pahala orang berpuasa tersebut tanpa mengurangkan pahala diorang walaupun sedikit. Mudahkan?

p/s: Islam itu Indah. Dan Islam itu mudah. Siapa kata Islam itu susah?

Friday, July 13, 2012

PELAN

Tadi kawan aku (Al Mar) cakap yang dia nak pergi ke India pada bulan Oktober. Dia nak duduk sana selama 2 bulan. Dia cakap kalau sana best, dia nak stay je sana.

Oh tidak!Adakah aku akan kehilangan sorang kawan lagi?

:(


Thursday, June 28, 2012

SESUATU UNTUK DIFIKIRKAN

Nah! Ini ada sesuatu untuk difikirkan. Kalau mahu tengok, sila tekan butang "play". Kalau tidak mahu, anda boleh tutup blog saya. Saya tidak memaksa. Tetapi ini agak 18PL bagi sesetengah orang. Dan anda mungkin akan mengatakan bahawa saya ini pro-kerajaan. Tetapi apa yang saya mahu katakan kepada anda yang kuat menghukum itu..

"GET A LIFE. I DON'T GIVE A FISH WHAT YOU'RE SAYING ABOUT ME!.


Kenapa kami masuk UMNO?

Tangguh haji demi pilihan raya?

Kafirkah BN itu?


Something to ponder upon...Kan???

Wednesday, June 27, 2012

EURO 2012

Sekarang ini tengah kecoh pasal Euro 2012. Aku pun tidak terkecuali. Nasib baik lah peperiksaan sudah habis. Maka boleh lah aku menonton saki baki perlawanan.



Malam ni perlawanan separuh akhir antara Portugal dan Sepanyol. Oh! Pasukan pilihan aku adalah Sepanyol sudah pastinya. Dan perlawanan antara Itali dan German pula aku lebih memihak kepada German. Kerana German merupakan pasukan yang lebih kuat berbanding Itali. Aku tidak tahu apakah keajaiban yang akan berlaku pada separuh akhir ini.

Adakah Portugal dan Itali akan bertemu pada perlawanan akhir?

Portugal

Itali

Atau pun pasukan "favourite" iaitu German dan Sepanyol?

Sepanyol di hatiku

German pilihanku

Hmmm.Kita tunggu ya malam ini!

p/s: Bosan dengan aksi tiki taka sepanyol kerana walaupun penguasaan bola terbaik tetapi tiada penyudah dan serangan yang cantik. Hmmm.

Tuesday, June 26, 2012

MUSIM HAJI

Sekarang ni buka sahaja "fb", adalah post mengenai pilihan raya semasa musim haji. Aku tidak mahu kupas isu tersebut. Sebab itu hanyalah sekadar khabar angin. Tersilap kata nanti membawa kepada fitnah. Sia-sia sahaja hidup nanti.

Dan yang menjadi cacian sudah pastilah PM kita itu.Kesian. Hari-hari kena maki. Hari-hari kena kutuk.

Aku ada andaian aku tersendiri. PM kita itu bukanlah tidak bijak sangat. Kalau tidak masakan boleh jadi PM kan? Aku dapat merasakan. Dia ada menyimpan "joker card" untuk pilihan raya nanti. Apakah "joker card" itu? Aku pun tidak tahu. Mungkin khabar angin itu direka untuk kad joker tersebut? Siapa tahu?



Sama-sama lah kita tunggu pilihan raya nanti ya!

p/s: Aku sangat sedih melihat orang yang membuat fitnah ini. Adakah mereka tidak sedar fitnah itu amat buruk kesannya?

p/s: Aku berkeyakinan yang PM tidak akan buat pilihan raya semasa musim haji. Sekiranya dia buat juga, maka hilanglah sedikit keyakinan aku kepada beliau. Boleh?

JOHNNY BRAVO

Cuti sudah bermula. Dan secara rasminya aku telah memulakan sesi "workout" kembali. Kalau kamu semua hendak tahu, aku telah pun membeli "home gym set". Tak adalah mahal sangat. Cuma puluh dollar sahaja. Tidak adalah sampai beratus-ratus harganya kerana aku tidaklah sebegitu mampu untuk membeli peralatan mahal-mahal.

Aku sejak sekolah lagi sudah berminat membina badan yang hebat. Namun begitu, badan aku tetap tidak naik-naik.Adakah masalah genetik? Entah lah. Aku tidak berani memberi komen.

Mesti bahagia kan mempunyai badan yang hebat dan terbaik. Aku pula cuma hanya mampu berangan..Tetapi tidak mengapa. Wahai kawan-kawan..Tunggu penampilan terbaru aku setelah mempunyai badan yang tegap dan lawa. Tunggu ya!

Kartun yang berbadan lawa pun disukai ramai apatah lagi manusia sebenar.Kan?


Aku mahu memiliki fizikal seperti pak cik ini. Sedang-sedang sahaja. Tidak terlalu berotot dan tidak terlalu kurus. Ini amat sesuai bukan?

p/s: Aku yakin bahawa mak bapak aku akan kata yang aku sudah gemuk. Bukannya tegap!Ahh tidak mengapa...Lain orang lain persepsi.

Monday, June 25, 2012

EMOSIONAL

Malam ini aku mahu beremosional sebentar. Kenapakah? Aku sungguh terkilan dengan kawan-kawan yang berkata dusta. Itu je aku mahu katakan. Tidak mahu berkata yang lebih-lebih. Takut berdosa pula.

Selamat malam rakan-rakan. Entri seterusnya bakal menyusul esok ya.Harap bersabar.

MY INSPIRATION


Hai semua!Aku telah kembali.Aku kini sedang bercuti selama tiga minggu. Setelah menempuh tiga bulan yang sangat memenatkan. Akhirnya aku mendapat cuti semester. OH! Sungguh bahagia.

Perasan tak tajuk di atas? Kali ini aku mahu bercerita mengenai inspirasi aku semasa sekolah menengah. Dia adalah cikgu bahasa inggeris aku. Hendak dibuat cerita, tadi aku telah pun menghubungi beliau di "fb". Kami berborak..berborak dan terus berborak.

Sampai satu bahagian, beliau menyatakan bahawa beliau amat merindui kami. Siapakah kami itu? "Kami" itu adalah 3 orang pelajar bernama aku, zul dan zahid. Dia berkata, selepas kami pergi, tiada lagi manusia seperti kami. Oh tidak! Aku berasa sungguh terharu dengan kata-kata beliau. Kenapakah "kami" diberikan penghargaan sebegitu rupa?

Ceritanya begini. "Kami" bertiga amat suka menulis karangan yang amat merepek. Dan kelakar.  Tidak kisah lah semasa latihan atau pun semasa peperiksaan. Kami tetap menulis karangan yang merepek. Mungkin sebab itu dia kata kami ini unik. Walaupun merepek, beliau menyatakan bahawa itu menyebabkan karangan kami bagus dan unik.

Oh!Aku berharap dapat pergi ke sekolah semasa cuti musim panas nanti. Aku mahu amat berjumpa dengan dia.Sungguh!Apa-apa pun..

"TERIMA KASIH CIKGU!"




Semua bangun!!!Terima kasih cikgu.

p/s: Perasan atau tidak, saya telah menggunakan bahasa baku? Aku pasti kamu semua pasti sudah gatal tangan mahu menampar saya bukan??Silakann..

p/s: Cikgu juga telah menyamakan aku dengan Roald Dahl. Walaupun pada hakikatnya aku dengan penulis itu  bak langit dan bumi. Aku berasa sungguh terharu dengan penghargaan ini.

Oh memori....Bahagianya....

SALAM PENDAHULUAN

Salam pendahuluan,

Hi korang! Rindu aku tak?Terharu aku sebab korang sanggup bukak blog ni hari-hari semata-mata nak check aku ada update ke tak kan..Haha..

Aku sebenarnya sibuklah rakan-rakan..Ada peperiksaan penting. So sebab tu lah takleh update blog. Busy konon!Padahal update blog beberapa minit je pun kann..Alasan sesangat..haha..

Haaa..Takpelah..Ini sebenarnya entri pendahuluan aku menulis balik..Sebab dah lama tak update kann..Kepada yang dah lama tunggu tu aku nak jerit ni..

"I AM BACK!"

boleh?

Saturday, May 19, 2012

BOLA LAGI

Just nak add gambar je pasal tournament semalam..

Team kitorang pakai baju kaler hijo.. 


Emma in action.. 


 Err..sapa nih??keh keh..Aku xtau berapa kali aku kena rembat ngan bola ni..

Kiddos warming up...Dalam team ni aku antara paling kecik..

The guy in red socks were actually wearing a skirt..True story.. 



Lauren (in red socks) dan Stewart (goalie)..Yang belakang tu semua penyokong.. 

Random pics.

p/s: Semalam masa last-last aku main pakai skirt..Sebab pompuan semua dah tak larat nak main..Peraturannya kalau nak ganti pompuan kena pakai skirt..So nak tak nak kenalah pakai..Adeh..Nasib baek xde gambar tu..

Friday, May 18, 2012

SOCCER TOURNAMENT

Hello semua.Saje je nak update skit pasal benda2 yang berlaku hari ni..

Ok yang pertama hari ni aku join TUU Soccer Tournament. Ok benda ni last minute okeh aku join..Seyess menggelabah gila..Sangat random keputusan aku nak join benda alah ni..Ingatkan nak jadik cheer squad je kann..*apekah lelaki join cheer squad..??

Anyways, sangat best okeh join benda lah ni..Korang memang awesome!Awesome, awesome gak..Sakit belakang tetap dapat..rasakan sebijik..Pastu main lak tak cukup warm up..Apa lagik..Kejang lah kan betis kat tengah padang tu ha..

Guess what..Team budak-budak farmasi (iaitu kitorang) dapat masuk semi-final..Wah!Sangat hebat okeh..Hahaha..Tapi kalah kat semi-final..Satu kosong..Oh tidak!Sangat tipis.*nangis..

Terima kasih yang tidak terhingga kepada team mates yang awesome. ie.Captain M Jones, Emma S, Patricia M, Lucy S, Liam B, Melissa J, Jackie M, Mandie C, Miranda, Stewart dan beberapa lagi pemain tahun pertama dan ketiga..Tidak lupa juga kepada pasukan cheer squad yang hebat seperti Erin, James, Claire, Jasmine, etc etc..banyak sangat okeh nak mention...


Credit to Erin for this lovely cake.

awesome team mate..

............................

Hari ni jugak ada pasar malam..Wah! Sangat meriah..Lepas main bola terus pi pasar malam..Melantak tak hengat dunia lah kan..Aku beli nasi arab jer pun..Mengidammm hokeyy...Pastu my besties belanja roti John.Beliau sangat baik..Semoga beliau lulus exam dengan jayanya..Cewahh..

Lepas melantak sakan, aku pun pergi lah kedai budak-budak pamasi..Sajer je kan buang masa situ...Posing-posing kat kedai diorang sambil cuci mata..Diorang jual laksa Penang, apam balik dan beberapa jenis kuih yang best..Dan paling best, si Fatin tu belanja aku lamb kebab sempena something..Wah!Sangat best!!Thanks semua...

beli beli....roti john murah..

..............................

Hari ni jugak tarikh keramat aku (takyah nak keramat sangat okeh!)..Tapi aku takde lah nak sambut sangat kan sebab bukan adat family aku pun...So kepada yang wish semua tu..thanks sesangat ehhh..Terutama my dear sisters..You guys awesome..


...................

-TAMAT-

p/s: Aku miss penalti..Seyess terasa malu nya..sebab pompuan sepak ada yang masuk okeh.

urrghh!!!Y U no goal?

Tuesday, May 15, 2012

KOSONG

Seyess aku rasa kosong gila sekarang..Apekah??

~aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~

Rasa macam nak jerit kuat-kuat..lepas tu nak terjun bungee jumping...Pastu nak nangis...Sebab aku rasa sangat kosong..

Anyways, aku dapat banyak invitation..Sama ada nak jadik maskot untuk pasar malam..join game bola sepak atau pun jadik cheer squad..Wah! Hadik-hadik sangat kann laki join cheer squad..Apapontabole bak kata orang jaman sekarang...

Ok berbalik kepada story morry kat atas tu..Seyess aku tgh serabut gila okeh sekarang...Serabut...depressed...tension..aku tanak citer kat orang sebab nanti diorang serabut pulak pikir masalah aku nih..Adoi aii..Since aku tengah kosong ni..jom nyanyi lagu Kosong oleh NL*sangat random okeh..


ok bye selamat malam..

SELAMAT HARI IBU

I tried to reach my mommy since saturday..But she haven't answered my call since then..It's ok anyway. Because maybe she is too busy with her work..Which is much more important..

Mungkin aku ni anak paling annoying, busuk dan pemalass serta keji dalam dunia (mati laa keji diri sendiri..)..Tapi..aku nak dedikasi kan lagu ni kepada mak aku..(walaupun dah lambat kann..ada aku kesah??keh keh..)

Ni ha lagu tu..sedih kot...Sila menangis sekarang..


Saturday, May 12, 2012

EDUCATED?

Kekadang aku rasa mcm menyampah gak kann dengan orang yang kata diri dia tu educated sangat..Macam lah dia sorang je yang educated..Come on ahh..

Seyess benci...Aku rasa dia sangat tak patut berkata begitu..Motif nak gelar diri sendiri educated??Ek elleh..Please lahh...

Wednesday, May 9, 2012

E-FITNAH

Amacam?Epik tak tajuk tu...keh keh.E-fitnah?Pebenda tuh?E-fitnah ni sebenarnya fitnah yang disebarkan melalui media elektronik terutamanya internet..Eh..ada lak ehh cenggitu??Haruslah ada...

Sangat senang ok nak buat dosa ni..Seyess..Semudah ABC..kekdahnya kan..

Contohnya, kita pun tengok lah kan video pompuan pukul baby...Pastu dengan emonya memasing update status fesbuk katanya pompuan tu kejam dan tidak berperikemanusiaan sebab pukul baby tu siap share lagi tu kann..Apekah? Adakah anda tahu cerita sebenar kenapa pompuan tu pukul baby tu??Kot-kot pompuan tu giler ke kann..tak ke dah terfitnah tu??Mark my word..FITNAH...-_____-"

Eh kenapa tetiba nak update pasal ni??Kalau korang nak tahu...kalau satu-satu video itu femess tak kesahlah video pasal apa pun, bukan sorang je member aku share video..semorang nak share okeh..Termasuk lah group yang takde kaitan seperti group anak-anak negeri sepuluh..*sebagai contoh...Bosann aku melihanya..

"Eh bang ada tak cara nak elak benda ni?" tanya diriku yang satu lagi..

Ada jer...Kalau tengok video tu..KAJI DULU!!!KAJI DULU!!!!Paling penting, kalau tak pasti takyah share pebenda tah..Takut terfitnah..Anda kan tahu akibat fitnah tu sangat besar kann??Tak ke gitu??keh keh..Kalau  tak percaya..sila rujuk Surah Al-Hujarat ayat 6.

OK lah anak-anak sekalian...Nak chow dulu k..Babai..

p/s: Sangat fenin kepala hari ni..Bukak-bukak pesbuk dah ada viral video pasal pukul budak..The thing is..I dont give a damn..Not because aku ni tak berperikemanusiaan ke hape..Sebab aku malass nak amik port..


Sunday, May 6, 2012

ADAB.

Zaman sekarang ni..adab sangat kurang dijaga..aku pun sama jugak..Hmm..Busuk sangat kann perangai??Ekeke..sebab tu lah kena diperbaiki adab-adab itu..Antara salah satu medium nak perbaiki adab adalah melalui ilmu..

OK lah..Aku terbaca satu blog ni..Ustazah ni memang best..Seriuss..sangat berbaloi untuk dibaca.Boleh diapplikasikan untuk mendidik generasi muda..termasuk aku..*muda ke aku??ekekeke..

klik sini untuk baca

Selamat membaca!



p/s: Ada tak eh kelas tuisyen adab?Kalau ada seyes aku harus turut serta..

Tuesday, May 1, 2012

APE?

Hari tu kan heboh lahh pasal isu bersih kat KL tu haa..Itu aku tak nak komen..

Apa yang aku nak komen..Nama program tu Bersih..Sebelum program tu aku rasa ok je kot..Hambek ko..Lepas program..sampah merata..Macam tempat pelupusan sampah..


Bersih???Bitch pleasee...

Kenya selepas Bersih 3.5

"Ek elleh brader!Standard lah tu kotor lepas program..Lepas Jom Heboh atau pasar malam kotor jugak!!Ape kes?" kata suara sumbang yang menyampuk..

Ok..Memang lah..Memang tu yang aku nak cakap..Aku rasa sesetengah orang Malaysia ni persis diva..Lepas makan..sampah buang cenggitu sajer..Kalau aku naik bas dari Kuala Pilah ke Seremban..hambek ko..Dari kilometer pertama sampai kilometer terakhir..bersepah sampah kat tepi jalan..Ko mampu pemalass sampai tahap cenggitu sekalik??Ada kess lagi epik..Ada awek ni cunn habiss..Tapi bila turun bas terus buang tiket atas kaki lima..Terus aku rasa mcm nak kasi hadiah sampah kat dia..Keh keh..Emooo sangat kannn...

Nak je aku tampar sorang-sorang.Aduhh..Tapi nak wat caner..kang tampar buat laporan polis..Keh keh..Maka haruslah aku cerca je kann dalam blog..

OK lah korang..Sekian coretan hari ini..

p/s: Tahukah anda. Pilihan raya di Malaysia tidak adil sehinggalah pihak pembangkang menang semua kerusi yang dipertandingkan..True story.

Wah aku pun dah boleh buat meme!!!Meriah hokeyy!!!!

Saturday, April 28, 2012

SORRY MAN!

Sorry man! Aku dah tak tahan..Jangan tanya kenapa..Aku bukan buat ni sebab benci kau ke hape..Aku cuma tak nak nilai persahabatan kita terjejas sebab benda-benda cenggituh..*seyess nak muntah buat ayat camnih??keh keh..

So selamat lah berjuang ekk dengan "perjuangan" kau itu.Aku taknak masuk campur. Sangat tak berminat..

Tuesday, April 17, 2012

ANOTHER THOUGHT

Tadi aku ada tengok satu video ni..Seyess entah apa-apa entah..Aku rasa sangat malu..Inikah pelajar pintar yang katanya berjaya sebab masuk universiti??Isunya mudah sahaja..Pasal DUIT..Yes..DUIT..Pasal ni aku tak nak sentuh..

Having said that, I considering myself work overseas someday..Aku bukanlah mahu wang.Aku hanyalah mahu mengecapi harga sebuah keamanan..Kat sini takde lak huru-hura cenggitu..Sungguh.Aku masih lagi mahu tinggal di Malaysia pun sebab ada my mommy and my daddy..dan jugak adik beradik aku...

Entahlah.Hanyalah secebiss luahan perasaann..Aku tangok anak muda macam tu, rasa macam dah boleh bayang camne masa depan..

........

p/s: Ada ke patut dia merendah-rendahkan orang yang tak masuk universiti...Seyess aku rasa marah gila..

Saturday, April 14, 2012

WISH LIST

Ok. Korang pun tahu aku ni freak sikit kann??Aku rasa aku dah ada wish list..Apakah itu??Wish list ni bak kata omputih apa yang korang nak dalam hidup korang..Wish list aku xde lah nak gi europe ke hape kan..Sebab aku tak minat melancong..Letih hokayy..Dari melancong baik aku membutaa kan rumah kan..Lagi best..ekekekeke..

Ok lah..Ni ha antara wish list aku...

1) Rahsia (takleh bagi tahu..Nampak macam tak appropriate..
2) Ada rokok paip Sherlock Holmes..



3) Ada cloak Harry Potter.



4)Ada topeng Phantom of The Opera.



5) Ada topi Mad Hatter..



Tu je..Amcam??Simple kan??Simple tengkorak mu..Hahaha..Kalau korang nak tahu benda ni rare item lah jugak kann..In the same time sumorang tahu benda ni..Bertuah badan jika ada orang nak kasikk..Dalam bebanyak tu aku paling nak hat Mad Hatter tu..sangat ohsemm hokeyyy..Kalau aku dah dapat semua item ni, aku nak pakai semua sekali gus..Pergh..terasa hebat di situ..*berangannnn sesangat haku ni..

ok lah..tu je kot..Bye..Dah ngantok dah ha..

p/s: Kepada korang yang nak selebret bufday haku, aku dah kasi klu aku nak hadiah apa..ekeke..*demandd hokeyy aku ni..

Friday, April 13, 2012

SHERLOCKIAN

Hi guys..Nak dibuat citer..aku minat giler citer Sherlock Holmes..dan paling takleh blah..kekadang aku perasan jadik Sherlock Holmes..Boleh??kih kih..sengal kan??

Anyways..hari ni aku bosan..Dan nak dibuat cerita aku telah meminta poster Sherlock yang dibuat kawan aku untuk ditampal di sekitar universiti...Universiti mana??universiti dot dot dot..Habis kelass terus aku pusing satu universiti dengan gigihnya..Penat hokeyyy..Universiti tu dah lah besar..Walhal takde la besar mana pun kann..Saje je nak buat cerita kasik dramatik..hehehe..

Ok ni first time aku amik gambar sebenar kejadian..selalunya tangkap muat je kan dari internet..Jom tengok..Boring je kott gambarnya..Takde la best sangat...

Sementara menunggu lecturer masuk, sempat lagik kann buat acara gunting- menggunting..Sangat tahape hape kan??

engineering building board

board berhampiran surau...

Law building board..

ARE YOU A SHERLOCKIAN??

p/s: please ignore my grammar..aku sangat fail bab2 grammar nih..

Tuesday, April 10, 2012

THE UNTOLD STORY

Aku kann orang Melayu. So aku amat bangga dengan bangsa aku..Aku bangga dengan bangsa aku tidak bermaksud aku bersikap perkauman..Oh tidak sama sekali..Seyess aku bangga gila dengan nenek moyang aku..Tapi sekarang, ada lagi ke tokoh yang boleh dibanggakan???Bukak surat khabar, sakit hati adalah...Macam harammm jek memasing..

Tadi aku ada baca satu blog ni..Seyess lama gila aku habiskan masa kat blog tu..Klik sini kalau nak baca..Adalah dalam banyak2 komen tu kann..Aku tertarik dengan satu komen ni..Aku kasik tajuk komen tu..the untold story..Ni haa cerita dalam komen tu..Ada sorang insan ni komen pasal cerita dongeng yang dia dengar..



...................................


Sewaktu Hang Tuah terjun kelaut untuk mengambil dastar tuanku yang jatuh..beliau telah dibawa oleh seekor buaya putih ke suatu tempat dibawah laut...(mungkin seperti aqua screen?) dan dipertontonkan padanya satu gambaran yang menggambarkan kota melaka sedang terbakar....Adi Putra, yang berada didalam mulut buaya tersebut telah berkata...'Akan bangkitlah bangsa mu setelah 500 tahun '.....
Gambaran tersebut tidak dipersembahkan Tuah pada kebawah duli tuanku kerana ianya petanda buruk yang akan menimpa Melaka....



...................

So camne??Rasa misteri tak??Aku rasa sangat misteri kot..Nak dibuat citer hang tuah hidup 500 tahun dahulu..Wah!!

Aku pun tak berani nak komen.

Ok lah..Chow dulu ok..Nak layan blog tu lagi..Seyess best..

p/s: Aku Melayu dan aku bangga jadi Melayu..korang??

Sunday, April 8, 2012

LAWA GILER

Tadi kan ada ABPBH..Pastu ada satu part tu ada Shila Amzah nyanyi lagi siti.Tapi, itu bukan persoalannya..Persoalannya, aku suka sangat dress dia..SEYES CANTEK GILAA!!!Kaler hijau tuu haa..Oh!Tapi bukan untuk aku okeh..Tapi untuk bakal wife aku..

Seyes nak tempah satu..Masa nikah nak bagi wife aku pakai baju tu..Seyes elemen melayu klasik habiss..Pastu letak penutup telinga tu..Mak aihh..Memang ala-ala dewi-dewi kayangan gituh kann..

Ok..Masalahnya..bakal bini pun takde nak nikah konon..Berangannnn sangat haku..Kah kah..Takpe lah..Tunggu je lah ekkk 3 tahun lagi..

p/s: Just talked to my mommy and I am glad that she's safe..Thank The God.

Friday, April 6, 2012

CARI PASAL

Korang memang saje nak carik pasal ngan aku kan??Nak mintak kena hack ke webpage memasing haa??
Suka suki je letak iklan barang dewasa kat tepi tu..Blog ini bukannya tempat iklan camtu okeh..Aku ni dah lah under age..*under age katanya walhal dah tua tu...

Ada sesiapa tahu camne cara nak delete iklan tu??Seyess nyampah..

p/s: Lagi aku menyampah lagi banyak pulak iklan yang datang..Apekah??

Thursday, April 5, 2012

LEPAK NGAN KAWAN

Semalam aku gi lepak rumah kawan aku..Beliau orang tempatan..Aku lepak rumah dia pun sebab dia ajak...Nasib baiklah dia cakap nak ajak tengok dvd..Kalau tak memang malass lah kan aku nak datang..Kitorang sewa dvd je kat kedai..dvd yang kitorang tengok tu tajuk ehh "In Time"..

Seyess citer ni best giler..Citer ni pasal manusia zaman tu hidup berdasarkan masa yang diorang ada kat tangan diorang..Kena topup masa hari-hari..Kalau tak diorang mati..Ayoyo..Macam henset lak kan nak topup masa segala..Naik bas bayar pakai masa..Gaji bayar pakai masa..Nak call orang pakai masa..Yang kaya tu tak heran pun pasal masa..Sebab masa diorang banyak..Gituh..Ala-ala duit kann..

Kat bawah ni aku kasi trailer citer tu..



Lepas habis tengok dvd, dia hantar aku balik umah balik..Waktu tu dah kul 10 malam camtu..Aku ni kan jenis yang ngada-ngada..So aku ajak dia tengok kanggaru sebelum balik rumah..Sengal kan??Korang rasa kitorang pergi tak??Kitorang pergi okeh..Dia sangat baik..Itu first time aku tengok kanggaru, wallabi dan bandicoot..Sekarang ni aku dah boleh beza kangaru dengan bandicoot..Rasa hepi sangat..

wallabies

kangaru

bandicoot

Pastu tetiba dia cakap dia nampak orang berjalan dalam gelap masa kitorang tengok marsupial kat atas bukit tu..Seram okeh!!!Boleh tetiber dia cakap cenggitu??Haruslah otak aku pikir pasal hantu kan kekdahnya..Maklumlah..orang Melayu katanya..Mistik dan Melayu tidak dapat dipisahkan..Gitu..

OK lah korang..Sekian sahaja dari aku..Selamat bermalam Jumaat..kannnn..Perbanyakkan amalan..

p/s: Wallabi dan kangaru adalah species yang lebih kurang sama..Dua-dua marsupial..Tapi macam lain bangsa lah..Macam omputih ngan orang asia..gituh..

Wednesday, April 4, 2012

RETIS

Orang kata perkataan atau ucapan orang lain tu satu doa kepada kita..

Hari ni dua orang cakap aku retiss..*terharu aku dengar..

Mudah-mudahan artis bebetul lah ekk..Gituhh..*statement nak mintak kena pijak..

Aku sebenarnya bosan..takde idea nak hupdate..Kang tak hupdate, dapat lak kan request dari peminat..*Berangann sangattt aku ada peminat segala..ekekkee..

OK lah korang..Selamat bercuti!Hmm..cuti la sesangat kann..walhal haku duduk rumah buat report..Cam harommm jek esaimen nih..*nangis..

Aku cuba siapkan report itu esok juga..Tak koser nak buat lama-lama..Buat bebetol pun bukan leh dapat full mark kan??*muka penuh yakin...

OK lah korang..penat ni..nak tidur dulu ok..bye..

Saturday, March 31, 2012

PENGALAMAN

Kan sebelum ni aku ada post kan pasal aku dapat invitation jadik keeper??*sila angguk kalau tak nak kena tampar..

Nak dibuat cerita aku terima jer jemputan tu..Mula-mula aku tak sure nak terima ke tak..Tapi best friend (kat Malaysia) aku tu (which is a good goalkeeper too) suruh aku terima..Lepas dia cakap kat aku camtu..aku pun terima je jemputan tu..

Game tu semalam..Kitorang masuk semi-final jer..Seyess takde rezeki..Ramai gak kengkawan aku injured..Pastu boleh lak ada budak yang balik rumah..Nak solat Maghrib katanya..Nak marah takleh lak kann..Aku terima je kekalahan tu..Itu lah di namakan takde rezeki..

Takpe geng..walaupun kita kalah..namun kita tetap pemenang di hati peminat..*Adeke peminat??ekekeke..


Kalau korang nak tau, kitorang masa group stage memang superb giler..Satu group ada 6 team dan kitorang menang 4 dari 5 perlawanan..Yang satu tu kalah tipis jer..1-0..Kat semi-final tu kitorang kalah dengan team yang dapat johan..Apa yang aku boleh katakan..diorang memang layak menang..Walau apa-apa pun, seyess aku dapat banyak pengalaman..Yelah..Peringkat international katanya..Lawan omputih..mamat negro..mamat vietnam..Sumer ko lawan..Macam world cup gituh..Aku lak wakil Malaysia..Merasa laa kan feeling Kherol Fami Cekmat..

Selepas game semalam, aku menjadi lebih konpiden nak main..Walaupun kalah, pengalaman aku tetap bertambah..Apa yang aku dapat adalah..percaya dan yakin dengan diri sendiri..Mat salleh tu nampak je badan besar, tapi takder lah hebat sangat punn.Hehehe..(Sempat lagi nak memoyos..)..Mamat negro tu nampak je power..tapi memang power pun..ekekeke..

Cenggini la aku main semalam..Diving segala..kann..*merasa la perasann hahaha..*gambar tetapp nak Pinto kann..

OK lah korang...Sekian dari lintas langsung perlawanan itu..Hehehehe..Ok kalau korang nak tau score aku tulis kat bawah ni..

Group Stage..

MALAYSIA 1-0 SINGAPURA
MALAYSIA 4-1 AUSTRALIA
MALAYSIA 2-0 PBB (Team campur)
MALAYSIA 3-0 KENYA (Team campur)
MALAYSIA 0-1 VIETNAM

SEMI FINAL
MALAYSIA 0-3 ARAB (UAE, SAUDI etc)..

Average aku bolos : Satu gol per game..Ada game aku dapat cleansheet (which is takde bolos)..

Ok tu jer..bye..

p/s : Berapa kali lah nak bye kan??hehehe..

p/s: In case kalau korang nak tau..aku main jadik keeper..Memula tu aku main lah kejap jadik striker..Boleh??

p/s: Menyampah sangat iklan seks kat shoutbox tu..Ingat aku nak sangat ke produk seks ko tu ha??