JEJAK ANDA

Friday, December 9, 2011

MIMPI NGERI

Semalam aku tengok Terowong kat tv3 tu ha.Kepada yang tak tau, Terowong tu slot seram kat tv3.Citer tu tade lah seram sangat..Kelakar okeh..Seyess aku tergelak giler tengok citer tu.Pocong sekarang ni dah pandai pakai contact lens kot kalau korang nak tahu..Kaler biru okeh..Kalau dulu pocong mata kaler hitam jer..Pastu letak darah bawah mata..Sangat klishe pesenn pocong zaman dedulu..Tapi pocong zaman sekarang dah maju..Haruslah trendy..



Lepas tengok citer tu, aku pi bantai bukak Seekers kat youtube..Amboihh..Kemain lagi aku kann..Tak takut ke??Hehehe..Bukan apa..Sangat bosan okeh..Seekers tu apa lak?Seekers tu lak citer pasal carik-carik hantu..Adalah dalam 2 episod aku tengok..Tapi akhirnya aku kecewa..Tak muncul-muncul jugak hantunya..Propaganda je lebih citer tu..Ayoyo..

Nak tahu apa yang berlaku malam tadi?Selepas marathon citer hantu 3 episod, haruslah terbawa-bawa kat dalam mimpi..Secara jujur, sangat seram okeh mimpi tu..Camne lah aku leh terlupa nak baca ayat kursi masa dalam mimpi tu..Adess..Pastu hantu tu tak nak jugak lari walaupun aku dah baca ayat qursi..Ayoyo..Rasa cam nak pengsan lak masa tu..(boleh ke pengsan dalam mimpi)..

Pengajarannya kat sini, tak payah nak perasan berani okeh pasang citer hantu malam-malam. Mana tahu ada yang menumpang tengok..Haruslah ko kena kejut malam-malam kan sebab dia nak tengok episod seterusnya..Hahaha..Ok lah semua..Bye..Idea aku pun dah kering nih..Ayoyo..

Dik bangun lah..Kak Limah nak tengok episod 4 pulak..Bosann lahh..

No comments:

Post a Comment