JEJAK ANDA

Monday, November 14, 2011

GILA-GILA FLIGHT

Nak dibuat citer. Sekarang ni aku tgh adoo kat Airport Singapore.Kemain kenss..Sementara nak tunggu flight esok pagi, haruslah aku menghupdate blog yang sudah bersawang ini kann..*sambil tiup laptop..

Tiup habuk ala-ala tiup lilin..boleh??

Dan flight dari Melben tadi hur-har sangat..Koser sesangat okeh..Depan ko ada family yang meriah giler..Ko boleh dalam flight dia buat macam taman permainan??Haruslah tidak sama sekali kann..Si baby tu menangis je keje..Nasib baik ko comel..Haruslah dimaafkan..Pastu laki bini tu kejap2 drama..Nampak cam gaduh. Tapi still I Love u segala..Koser sesangat kann..Anak dia yang dorang tu lagi lak main nyorok2 dan kejar-kejar..KO mampu?Pengsann..

hei bebudak, ko hengat ni taman permainan ekk??

Dan mangsanya adalah aku okeh..Haruslah aku takleh tidor tengok perangai dorang..*nangisss..

Dan aku lak cam bese lah..Bila dah travel ni kan, haruslah bajet peramah segala.Dengan sumorang aku nak cakap..Dan salah satu mangsanya adalah orang yang duduk sebelah aku..Nama beliau adalah Sam..Atau nama sebenar beliau Sobhan Tashakor..Amboi..Siap full name lagik..Nama tu aku dapat dari kad yang dia kasik..

The thing is..sekali lagik aku kena dakyah..Boleh??Kali ni lak agama yang diorang promote kat aku adalah Bahai Faith..Motiff kann nak tarik aku masuk agama dia..Aku muslim sejati okeh..err..Btw korang pernah dengar Bahai Faith tu??Aku tak pernah dengar..Dan aku tak minat..Laki tu mcm exited giler tau siap kasik emel segala..Wah wah wah..Kemain beliau..Sapa mamat tu?Mamat tu adalah laki yang duduk seblah aku tu iaitu SAM..

Aku tanyalah beliau dari mana..Beliau cakap beliau dari Israel.erkk..Pengsan aku mendengarnya..Haruslah aku saspens kan..Boleh??Kot kot dia ada motif sendiri ke kann??Oh. Nasib baik aku selamat tau..

Ok lah korang.Di sebabkan internet kat sini sedeh sesangat..haruslah coretan aku benti sampai situ sahaja..Ok bye..Nanti kita jumpa lagi ok..See you awesome guys..

p/s: Aku ada post kat fb pasal hembeg..Somewhat, ada orang misunderstand..Dia ingat hembeg tu beg babi which is hem=babi, bag=bag..Tapi sebenarnya hembeg adalah handbag..kah kah..lawak okeh.

This is a hembeg (handbag)

No comments:

Post a Comment