JEJAK ANDA

Thursday, February 24, 2011

DONT STOP BELIEVING..

Korang rasa pernah tak dengar tajuk entry tuh??Mesti pernah kann??Tu kan tajuk lagu dalam cerita Glee..Ala cerita nyanyi-nyanyi tu ler..Semalam aku telah menyertai University Musical Society tau..Sangat cool..The best part is, first rehearsal akan diadakan Isnin nih pukul 7 malam..Dan paling best adalah lagu yang kitorang berlatih semua lagu dalam cerita Glee..It is super duper cool..Harap-harap xder lah diorang kasi aku jadik base..Bosan giler.Hahaha..Eh apsal tetiba aku berangan jadik Finn Hudson neh??Adeh..Tak leh blah tol..

Apa-apa pon..aku kena lah berlatih dulu..Ok lah korang..Tu je kot..Next time kita jumpa lagi ekk..

Hi im Finn..

p/s : Dont stop..believing....lalalalalalala

Wednesday, February 16, 2011

ERK??

Setiap benda yang berlaku ada sebab..Tak ada benda yang berlaku tanpa sebab.Contohnya, pokok bergoyang mungkin sebab ada angin tiup..Atau mungkin ada monyet tengah gayut kat dahan..Pokok tak goyang tanpa sebab..Macam tu jugak benda lain..tak ada benda berlaku tanpa sebab.Tapi kat dalam dunia ni, ada sesetengah benda kena dirahsiakan.Dan tidak patut diberitahu..Kerana apa?Kerana kebenaran adalah pahit..Bak kata orang putih, the truth is superb ugly..

Dan perkara paling penting, tak ada benda yang berlaku tanpa sebab..

p/s : Ianya sangat tak kelakar..Tapi kenapa ada orang yang hairan??Sangat aneh..

Tuesday, February 15, 2011

UPDATE

Oh.Alhamdulillah..Aku sihat sahaja..Kamu semua jangan risau..Mak..abahh..wan..gojes sisters..kengkawan..dan kucing..Aku OK..Dan aku akan cuba yang terbaik kat sini..Mungkin kehidupan kat sini xde lah semewah kat tempat lain..Xper..Semua itu ada hikmah..Aku akan cuba menghadapi semua ini dengan tabah..Aku amat rindu kamu semua..First time kott aku homesick..Seyesly..

Kepada semua ahli keluarga dan rakan-rakan, jaga diri okeh..Kepada kucing..stay alive please..Tolonglah jangan main kat kereta..Kang kene lenyek kang susah..Aku tak puas main kucing lagikk..Satu-satunya kucing yang mak aku iktiraf lak tuh..Hadoii..Stay alive ehh..Ko jangan nenagis aku xde..Aku tahu aku kasik layanan firsy klass untuk korang..Korang doakan lah aku berjaya..Nanti kita boleh main sama-sama lagikk..Tak sabar nak kenakan ko lagik tau..

Friday, February 11, 2011

LELAKI YANG MENANGIS ITU AKU

Tiba-tiba aku terkenang diri aku 18 tahun yang lalu.Pada masa itu aku kecil lagi.Aku telah dihantar oleh ibu bapa aku untuk membesar di kampung.Desa yang tiada pencemaran mahu pun barah penyakit sosial. Walaupun tak suka, aku tetap ditinggalkan di sana sebagai tarbiyah kepada aku. Norma kehidupan di kampung tidaklah semeriah di bandar. Tiada taman permainan, tiada hiburan dan lain-lain. Yang ada hanyalah alam sekitar sahaja. Pokok, lembu, kolam ikan..semua menjadi tempat aku bermain..

Aku masih teringat lagi. Aku ni dilahirkan sebagai budak yang tiada datuk..Kedua-dua datuk aku dah meninggal. Tetapi ada seorang datuk ni dia suka datang melawat nenek aku. Masa dia datang, aku amat gembira sekali. Sungguh. Kerana dia selalu membawa sesuatu semasa dia melawat...Aku sungguh gembira pada masa itu. Masa kecil aku habiskan dengan kakak aku yang seorang itu. Tiada ibu bapa..tiada kawan..Hanya datuk itu mampu menggembirakan aku kerana aku ni hanyalah pembawa malang kepada nenek aku. Aku selalu sahaja dimarahi beliau sampai lah aku berumur 12 tahun.Blablabla

..........................................................

Petang tadi, mak aku membawa aku melawat datuk itu. Katanya untuk berjumpa beliau buat kali yang terakhir sebelum aku masuk kolej. Sungguh. Aku sangat terharu berjumpa datuk itu. Seyess..Selepas solat Jumaat, tiba-tiba datuk itu memanggil aku supaya masuk ke dalam rumahnya..

Aku pun masuklah..Tiba-tiba, dia dan isterinya keluar dan memberikan sesuatu kepada aku. Tetapi mak aku tak tahu.Oh..Aku sungguh tak sangka. Yang paling aku terharu adalah melihat muka datuk itu sebak dan menangis. Kerana apa? Kerana aku lah kott.Dia ada memberikan nasihat kepada aku..Aku sangat tersentuh masa itu..Dia cakap, kalau berada kat tempat orang, mulut kena jaga..Jadilah seorang yang merendah diri. Walaupun orang cakap kita bodoh, biar je..Kerana itu hak mereka..Kita kena sedar diri..Dan dia jugak berpesan, belajarlah bersungguh sungguh..Dan datuk itu juga telah mencium dan memeluk aku..Sesuatu yang aku tak pernah dapat sejak kecik..Kerana aku adalah phantom of the opera..

Ok atuk.Thanks for everything..Terima kasih kerana menjadikan kehidupan aku masa kecik sesuatu yang bermakna..Aku berjanji akan belajar bersungguh-sungguh..Last but not least, you are my superhero ever..Selamat tinggal atukk..Aku hampir menangis tadi. Kerana aku juga manusia biasa. Aku tersentuh kerana ada orang yang sanggup menangis kerana aku..Seyesly aku takleh tahan semua benda itu..Oh..

p/s : .....................

Thursday, February 10, 2011

BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU YANG PIKUL

Oh tidak.Aku dah nak masuk kolej.Kenapakah?Oh..sedihnya.Lepas ni aku dah takleh update blog sekerap ini.Sebab aku kena fokus kat study aku je..Selamat tinggal mak dan abah..Selamat tinggal my gojes mojes sisters..Selamat tinggal blog..Selamat tinggal rumah..Selamat tinggal kucing..Selamat tinggal para sahabat.Aku sangat mengharapkan doa dari anda semua..Seyesss..



Oh sedihnyer..Aku berharap empat tahun itu akan berlalu dengan cepat sekali..Sebab aku dah tak sabar nak berkhidmat dengan majikan aku..Doakan kejayaan aku yer korang semua..



Eh kejap2..Aku disini nak mintak maap kepada sesapa yang terasa dengan ayat-ayat aku kat dalam nih..Aku tahu aku bersalah sebab cerca korang..Aku cerca korang sehari je.Tu pon sebab aku marah..Lepas sehari tu aku delete balik entry tuh..Aku harap insan-insan yang terasa itu sudilah memaafkan dosa aku yang bertan tan itu yer..

Apakah perasaan ini??

Sekian..

-insan yang dah nak masuk kolej-

p/s : Aku nak gi belajar kat Langkawi neh..Babai korang..Hujung tahun nih aku balik..Sapa nak ole ole angkat tangan!!!

p/s : I am gonna miss you guys..Stay strong okeh..Have faith..Aku pergi sebab aku nak membangunkan minda aku ni..Lepas tu aku balik semula..

SEDIKIT NASIHAT

Oh yer.Aku sebenarnya dah lama nak cakap pasal benda alah ni.Tapi aku takot korang marah aku lah pulak..Tengah aku sesedap tengok video kat Youtube tuh, tetiba lak aku jumpa video nasihat sikit kan..Thanks Anwar Hadi..Tak payah lah aku susah susah nak tulis entri pasal benda alah tu..Ok lah..Jom tengok video nih..Sebelum tu korang jangan lupa pause music kat tepi tu dulu..


Ewwww..Camner??Lepas ni nak buat lagi tak??

p/s : Aku pun tak faham kenapa ada orang suka pakai benda tuh

SMS

Pernah tak korang..bila korang mesej someone..tapi dia tak reply??Penah kan??Apa perasaan korang??Menyampah tak??Pastu mesti rasa macam nak menyumpah kan??Betul tak??Aku ada satu petua yang boleh atasi masalah nih..Nak tahu camner??

Lalalala..Seronoknya hantar mesej...


What??Dia tak balas??Awas ko..

Korang delete je no tuh..Membazir je hantar mesej kat orang yang tak balas mesej..


Pastu korang gelak lah puas-puas..Sebab lepas tu korang tak payah tensen lagik pasal hantar mesej kat orang yang tak reti reti nak reply..Sekian

Nah..ambik neh..Balasan sebab tak reply mesej..Superhuman tu dah upah aku kot..Dia suruh balas dendam kat ko..

p/s : Cerita ini ada kaitan dgn aku..Sabar je lah..

Wednesday, February 9, 2011

PENCURIK YANG MENAWAN

Oh.Aku rasa aku telah jatuh cinta kat sorang pompuan nih.Dia sangat comel.Tapi gila-gila sikit..Seyes..This is my type okeh.Malangnya keje dia tak berapa elok sangat..Sebab keje dia adalah sebagai seorang pencurik..Korang rasa patut ke tak aku teruskan hubungan ini ha??Aku ni lelaki yang susah jatuh cinta tahu?Bila aku jatuh cinta, itu adalah untuk sekali dalam sejuta tahun..Aku akan jatuh cinta sejuta tahun selepas itu lak..Korang rasa aku patut teruskan tak??Aku bagi korang masa nak jawab..


....................korang rasa patut tak??............



.....................habis tu how about my feeling??.............




..............ke korang tak suka tengok aku couple2 neh??.........




................apa?couple itu berdosa???...........





......................ok fine..tak jadik lah camnih...........



Ok lah.Sebenarnya aku memain jek.Pompuan tu wujud tapi kat dalam TV series..Dalam citer Leverage..Nama dia Parker..Aku sangat suka tengok dia dalam citer neh..Comel..and in the same time gila dan sengal..Oh..Aku harap aku dapat jumpa jodoh sebijik macam dia..Tapi versi muslimah arr..Arghh..Ok lah korang.Tetiba lak aku feeling nak nyanyi lagu Noktah Cinta..Entahlah..Ni mesti sebab meroyan nak jumpa pompuan tuh..Sabar je lah...

Eh??Macam bunyik orang kentut je..Sapa lak yang tengah spy aku neh??

Yeaa..Aku gila..


-Eh mak cik, kenapa warna rambut kita sama??-
-Sampai hati ko panggil aku mak cik??Aku akak ko ler..Konpem konpem la warna rambut kita sama-
-Oh ye ekk??Sorry, aku terlupa yang kita ni adek badek..Adeh..-

p/s : Ok lah korang..Aku nak gi tido dulu..Harap2 malam nih dapat arr jumpa dia dalam mimpi..Parker..Please show up!!!

Tuesday, February 8, 2011

JOM SELONGKAR

Pas maghrib tadi aku saje je kan buat segmen selongkar kat bilik aku sendirrik.Berangan jadik Awal Ashhari tuh macam kat dalam rancangan Fuhh!! tu haa..Dah lama dah tak buat.Benda pertama yang aku selongkar adalah kotak aku simpan buku-buku aku masa aku masuk kolej tu ha..Masa tengah sibok mencarik, tiba-tiba aku jumpa yearbook..Adeh..Dah lama aku nak belek buku tuh..

Ape yang ko simpat kat dalam bilik ko tuh??What??Majalah Playboy??

Belek punya belek akhirnya sampai lah kat page yang terakhir.Bila dah sampai page yang terakhir tuh, aku terus tutup buku tu dan terus letak balik..Booorring!!!Nothing interesting..Eh apsal lak??Ye lah..Gambar aku kat dalam tuh betul-betul ada 3 jer kott..Korang bayangkanlah..3 jer??Motipp gambar aku tak keluar banyak??Come on..Budak lain aku tengok bukan main lagik..Ada yang sampai lebih 10 kali keluar..Beza tu kann..Kejam seyh..Baru aku tahu aku tak femes..Sabar je lah kann..

Eleh dah tak pemes tu buat lah cara tak pemess..Ok fine..Aku ngaku aku tak pemes..Adeh...Aku tengah feeling yang aku sorang jek warna hitam putih kat dalam dunia neh..Manakala orang lain lak warna warni..Alahai macam dalam kartun tuh kan..What the heck aku neh..Ok lah..Sentap tau camnih..Adeh..Apsal aku ni kelihatan macam giler camera lak neh??..Setahu aku aku ni giler mic adalah..Entah lah..


Ehh??Apsal aku sorang je yang berwarne neh??

Ok lah korang..Aku memain jek..Aku tak kesah gambar keluar banyak ke sikit..Yang penting ade kann..dari takde tu.Lagi lah pulak..Mau je aku terjun bangunan tingkat doblas..

p/s : Tadi aku perasan jugak yang muke paling banyak keluar kat dalam buku tu adalah orang yang buat buku tuh..Adeh..Market diri nampak??


Monday, February 7, 2011

VIRUS OH VIRUS

Oh yeah.Hari ni aku dah belajar camne nak buat virus..Sangat cool..Disebabkan aku nih baru je belajar, so virus itu pun haruslah tahap virus hingusan ajer..Di mana virus itu harus ditekan untuk beroperasi..Bukan macam sesetengah virus yang kalau sekali je di upload kat PC maka akan crash lah PC itu..

Keluarga virus

Tapi aku pakai benda neh untuk waktu terdesak jer.Takkan lah aku sesaja nak rosakkan PC orang..Perangai itu sangat keji tahu.Mana tahu ada orang superimpose gambar aku ke, maka PC mereka haruslah dirosakkan supaya fitnah itu tidak tersebar..Kann??Macam tu lah fungsinya..Bukan untuk membuat jahat..Tetapi untuk melindungi diri..

Aku ingat nak letak lah virus tu kat laptop aku sendirik..Sebagai safety precaution..Mana tahu laptop aku kena curik ke kan??Then habis semua data peribadi aku kena rembat sekali..Macam pakej tu kan..Buy one get one..At least virus tu boleh format PC aku neh..Maka data aku tak dapatlah dicuri oleh pihak yang gatal tangan mencuri laptop aku neh..

Langkah pencegahan ekk??Err..gila ke hape??

Ohh..Sangat teruja..

p/s : Orang lain semua mahu membunuh virus, aku lak sibuk menternak virus..Oh..aku sungguh aneh..

I AM SO PROUD OF MYSELF

Ahh..Rasa macam nak pengsan lah pulak..Huh..huh..Aaaaa..Serious aku tak sangka perkara ini akan berlaku kepada aku..Cerpen aku telah pun disiarkan kat satu laman web nih..Aaaa..Sungguh..Rasa macam nak menangis sebab terharu tahu??Walaupun cerpen aku tu tak disiarkan oleh satu syarikat penerbitan itu, sekurang-kurangnya ada lah jugak pihak yang mahu menghargai cerpen aku itu..

Hello..oh mak!!Karya aku telah disiarkan..Rasa macam tak percaya lah pulak..adess

Terima kasih kepada pihak penulisan2u.com kerana sudi menyiarkan karya sulung saya yang tidak seberapa itu..Aku berasa sungguh gembira..Paling best adalah bila mana karya itu telah dibaca oleh lebih 2000 peminat..Err..Aku nih rasanya boleh jadik setaraf JK Rowling nih..Tak pon Faizal Tehrani ke kann??Hahaha..Tersangatlah perasan..Bila rasa gembira, nak je aku pergi panjat gunung pastu buat bungee jumping..Oh tidak..Pastu aku nak jerit kuat-kuat...

aaaaaaa.aku telah berjaya..

Namun, apa yang aku perlu katakan, aku adalah seorang penulis tegar..Menjadi penulis adalah impian terakhir aku.In case kalau aku tak ada hala tuju nak pergi..Tapi menjadi penulis ini memerlukan satu idea yang amat kretip..Sebab kena fikir pengajaran cerita dan plot yang bagus..Ahh..Lupakan semua itu..Aku ada perjuangan di tempat lain..

Thanks kepada semua pihak sebab sokong aku selama ini..Tanpa korang, mungkin aku tak ada kat sini..

Kepada semua pihak yang menyokong karya aku, aku ucapkan terima kasih bebanyak..Rasa macam dapat award lah pulak kan..Kepada sesapa yang belum baca lagi karya aku tuh, sila klik kat sini..Kalau korang nak hantar karya korang, boleh jugak hantar kat sana..Babai,,Aku mahu layan feeling gembira nih dengan kucing aku jap eh..

~aaaaaaaaaaaaaaaaaa~

p/s : Erkk..tak ada ke syarikat penerbitan nak lamar aku??Adeh..

GEGAR 1000 BLOG OLEH BEN ASHAARI





 SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??


Klik sini kalau nak join


p/s : Jom meriahkan dunia blog Malaysia..Kalau bukan anda..siapa lagi..

~ABAH O ABAH~

Pada pagi yang hening tadi..(hening mende dah pukul sploh lebih dah)..tiba-tiba pintu bilik aku diketuk oleh satu makhluk misteri..Oh.bapak aku rupanya..Nasib baik lah aku dah kunci..Kalau tak macam biasa lah..Pagi-pagi bapak aku akan ambush bilik aku...

"Luggage macam mana??Dah siap??"

"Dah." kata aku sambil mengesat mata dan menunjukkan luggage yang tersembunyi di belakang pintu..

"Abah rasa beg ni lebih 20 kg tak?"

Sambil mengangkat-angkat beg tuh dengan sebelah tangan, bapak aku dengan konpiden menjawab.."Hehh..Tak sampai pon.."

Aku naik heran..Eh camne bapak aku boleh tahu ekk?Masa dalam askar dulu dia penah angkat kereta kebal ke??Atau lori??Sebab dia tuh mekanik kenderaan tentera sebelum jadik sarjan..Adakah beg tu sangat ringan??Aku angkat pon macam nak menangis tahu..


Aku dulu penah jadik superhero tahu??

Baguslah kalau tak sampai 20kg..Boleh sumbat macam-macam lagik..Yeaaa..

p/s : Abah O abah..You are my superhero..

Sunday, February 6, 2011

~KENA RASUK~

Hari ni aku kena rasuk dengan setan..Oh Tuhan.Maafkan aku atas keterlanjuran ini..Tahu apa aku telah buat??Aku telah mencerca dua orang member aku kat dalam blog nih.Aaaa..Sangat tidak boleh dimaafkan..Memang sangat tidak boleh dimaafkan..

TETAPI..

Tadi aku telah pikir balik..Aku tak nak lah dicampak ke dalam api neraka yang menjulang-julang itu atas sebab perkara ini..Sangat tidak mahu..Sedangkan jari terbakar dengan lilin pun aku dah meraung macam nak mati inikan pulak masuk kat situ..Aaaa..Aku tak mahu..

Maka, tadi aku telah mintak maaf dengan mereka berdua.Apa yang aku fikir adalah teramat sangat susah untuk memaafkan perbuatan aku yang telah mencerca mereka itu..Sangatlah susah..Seperti mahu menyentuh langit dengan tangan..Tetapi mereka berdua ini lain..Apa yang paling aku tersentuh adalah mereka telah memaafkan aku..Yer..Memaafkan aku..Sungguh baik mereka ini..

Kenapakah aku menghukum mereka sebab perkara kecik je??Sedangkan banyak kebaikan mereka yang aku tak nampak??Oh Tuhan..Maafkan aku sekali lagik..Semoga Allah memberkati kamu berdua..Sungguh..Aku sangat lah tersentuh..

Apa yang aku mahu katakan..aku tersangatlah tak reti menjaga hubungan sesama manusia..Seriously..Im screw up man..Aku berharap tidak mahu mengulangi semua itu kembali..

p/s : I am suck bad in relationship..What should i do?

~CONFUSE~


Baru-baru ni aku ada bercadang nak buat satu keputusan yang agak besar jugak lah kann kat dalam hidup aku nih..Tapi aku tak tahu betul ke tidak..Dan aku menjadik keliru sama ada betul atau tidak..

Entah dari mana tiba-tiba encik Nerd muncul dan terus memberikan nasihat beliau..Adehh..Encik Nerd suruh aku meneruskan perjuangan ini..Err..Aku tak paham..kenapa..

Tapi akhirnya aku telah faham kenapa..Dan aku terlupa untuk mengucapkan terima kasih kepadanya..Entri ni aku buat khas untuk mengucapkan terima kasih kepada beliau..

TERIMA KASIH ENCIK NERD..

p/s: Hari ini hari ahad..Selamat terbang wahai sang helang..Terbanglah bagai seekor helang..

Saturday, February 5, 2011

~OFF~

Hmm..Aku ada satu soalan skit.Korang pernah tak dengar lagu Anuar Zain kat dalam masjid?Aku pernah.Kepada yang selalu pergi solat Jumaat mesti pernah berhadapan situasi itu..Masa solat tu suasana dah la sunyi habis..Kalau telefon berbunyik, konpem dengar seluruh dewan solat..Kepada empunya telefon itu, anda tidak malukah??Kerana bunyik yang dikeluarkan telefon anda itu mengganggu seluruh jemaah kat dalam dewan solat?Haa??Tidak malukah anda?Tidak rasa bersalahkah?

Bukankah sebelum solat Pak Imam dah memberikan arahan supaya off telefon anda?Dan paling tidak kurang pun men"silent" kan fon anda?Kenapakah ada sahaja yang masih tidak mahu berbuat demikian?Adakah mereka merasa tiada kemungkinan yang telefon mereka tidak akan berbunyik??Busy..KONONnya..

Oh yer..Come on.Anda semua sudah dewasa..Bila nak masuk je dewan solat itu, sepatutnya disiplinkan diri sendirik tu supaya off kan telefon itu..Benda nih sepatutnya dah tahu..Tak perlu dah nak ajar dah..Aduh..Sangat geram dengan mereka ini..

Takkan lah perlu sampai ada pihak yang membuat usul supaya masjid adalah kawasan larangan telefon??Mahukah anda??Tak pun perlukah sampai pihak arkitek membina satu dewan solat kat kawasan yang takde line tepon?Aku rasa off tepon lagik senang dari nak buat usul dan bina masjid kat kawasan xde line..Tapi kenapa susah sangat nak off tepon masa solat??



Hmmm..sangat tertekan..Tolonglah ekk..Off fon anda,please...

p/s : Tiada panggilan sepenting seruan ilahi..

Friday, February 4, 2011

PEDIH

Pedih untuk aku katakan ini..Entahlah..Aku pon tak tahu patut ke tak aku cakap..Tapi berdasarkan apa yang aku faham tentang situasi hari ini, aku rasa aku ingin melafazkan ayat ini..Kepada yang berkenaan, no hard feeling okeh..Sebab aku rasa aku perlu cakap ayat neh..Sorry korang..Aku nak gek cakap..Dengar baik-baik ekk..

...KIRRA IS DEAD....

Sorry korang..Dan babai..Aku mahu melangkah pergi..Sebab aku ni orang jahat..Korang lak baik-baik belaka..Aku tak nak sakitkan korang lagik dengan perbuatan aku yang menjengkelkan ini mahupun kata-kata aku yang tajam bak lazer itu..

Sekian..

YANG BERLARI PERGI,
-SUPERHUMAN-

ARE YOU AFRAID OF THE DARK??

Oh yeah..Life is so cool..Yelar.Dapat buat sesuka hati kan..Tapi kalo buat sesuka hati sampai terbuat dosa tuh, tanggunglah dosa tu sendirik eh..Oh yer..Semalam aku gi fain futsal kat Kompleks Sukan Seremban..

Apa yang aku ingin jeritkan pada pagi ini adalah...


IANYA TERSANGATLAH BOSAN!!!!!!!!HARAM JADAH SUNGGUH!!

Tu je kot untuk kali nih..Babai..

Thursday, February 3, 2011

ATOK ITU SELAMAT

Semalam aku gi Seremban..Adeh.Aku ni tak sudah-sudah citer aku kuar seremban..Ehh..suka hati aku lah..Aku saje je keluar nak carik barang..Oh yer..

Dalam perjalanan nak ke Seremban itu, aku terlihat sebuah rumah yang amat usang..Dan dihuni oleh seorang warga emas..Betul-betul area sebelum SK Ulu Bendul tuh..Kesian kat atuk tu haa..

Adakah atok ini yang dikatakan oleh abang afeb itu??Oh..Betul cakap dia..Kesian kat atuk itu..Erkk..Tak adakah batuan diberikan kepada dia??Pihak berkuasa sila jawab..Ke dia tak layak dapat bantuan??Apakah kriteria yang diperlukan untuk dapatkan bantuan??Kena tunggu rumah roboh dulu ekk baru boleh dapat bantuan??Seyes aku geram dengan orang yang tahu simpan duit banyak-banyak tapi tak nak bantu orang..Walaupun bukan duit dia..

Ke kena ada prosedur??Hello..perlu ke nak ada prosedur semua tu??Aku tengok cerita bersamamu tu lagi effektif lah nak bantu orang!!!Aku geram tahap gaban nehh..Sekali pandang je dah tahu orang tu tidak berkemampuan..Korang nak apa lagi??Ke korang nak simpan duit itu untuk kegunaan korang??Haa??

Amaran aku kepada penyimpan harta sekalian..Tunggu lah saat korang apabila harta korang yang banyak itu akan membelit korang satu hari nanti..Tunggu je ekk..Aku tak tipu.


MY DAY

Al-kisahnya..Semalam aku gi Seremban..nak carik OS ori untuk laptop aku..Sebab masa aku beli laptop ni dulu, OS tak ori pun..SengaL tol..Nak dibuat citer, aku mintak la Mr Hacker teman aku carik OS yang aku nak itu..

Nak dibuat citer, bila aku gi kedai komputer, OS tu sangat mahal..Perghh..Nak menangis aku tengok tanda harga dia..Mahal seyh..Aku tak sanggup spend duit banyak2 semata-mata nak beli OS semahal itu..Tapi nak tak nak terpaksa gak lah kann..

Masa tengah aku serabut nak carik OS tuh, tiba-tiba Mr Hacker mengeluarkan sesuatu dari poket dia..Sesuatu yang macam rantai..Rupa-rupanya USB dia..

"Dude, ko pakailah ni..Aku boleh hack supaya ko dapat lesen genuine tu secara free"

Pehh..Bestnya MR Hacker niyh.Tak payah bayar harga apa-apa pun kat dia..Pastu leh dapat window 7 ultimate..Dah la free..ori lak tuh..Seyes best..

Kepada mr Hacker, you make my day..Seyesly..

p/s : Terasa macam dalam citer leverage lah pulak dapat mmber macam tuh..

OS=operating system..contoh: window xp,vista,7

Wednesday, February 2, 2011

RUMOR HITS ME AGAIN

Tolonglah ekk..Aku dah penat kena serkap jarang..Aku tahu lah aku rapat dengan seekor kucing seorang insan ni kann..Tapi tak semestinya aku je lelaki yang selalu bergossip dengan dia..Aku rapat dengan dia sebab we are KIRRA..We are so special..Macam adek badek okeh..

Al kisahnya, pagi tadi aku baru tahu yang aku ni terkena lah tempias serkap jarang ni haa..Come on arr weh..Sesuka hati ko je nak serkap jarang aku..Adeh..Aku tak ada masa lah nak layan sume benda niyh..Ko nak tuduh aku takpe la..Aku tak kesah pun..

Ehh engkau nak tahu?Ada orang tengah marah..

Aku ada jalan penyelesaian yang terbaik..Apa kata ko jangan jadik annoy lagik??Konpem sume orang suka ko..Pastu tak de lah ko kene block ke hape lagi kann??Tak pun apa kata ko buat hal ko..aku buat hal aku..Hidup dalam kehidupan masing-masing...Aku tak kacau hidup ko..Ko tak kacau hidup aku..

Okeh??Paham??Tolonglah ekk..Hentikan semua itu..

Nasihat untuk semua..Janganlah jadik annoying..Kalau nak jadik annoying terpaksa lah korang merasa kena block dgn member sendirik..

p/s : Khabar angin tak sudah-sudah..Macam artiss tol aku nih..Adehh..Kepada Bie..Sila tabah okeh..

WE CAN BE FRIEND JUST NOT BEST FRIEND..

Aku rasa aku dah banyak kali buat post pasal kengkawan aku kann..Benda paling pening kepala bagi aku adalah kengkawan aku...Sejak kuar sekolah..ramai dah berubah..Kalau dulu baik and sweet jer..skang ni dah jadik bengong, sawan dan serabot..Aku pun apa lagi..Angkat kaki lahh..Tak sanggup aku nak jadik kawan diorang lagi..Sengsara aku beb..

Ko bayangkan..Jumpe sekali sekala..Tiap kali jumpa ada je ayat nak menghanjeng aku..Errkk..Hello..Ko bagus benar ekk??Ehh lupa lak aku..Kita tak pernah jadik member pon kann..Tapi kenapa ko nak hanjeng aku ekk??Lawak ke??Kalau ko rasa benda tu lawak, teruskanlah..Aku tak kesah..asalkan ko bahagia dengan lawak ko tu kann..Aku simpan ayat ko wehh..Aku ingat apa ko cakap..Awas ko..Perbuatan ko haruslah dibalas dengan balasan yang setimpal..

Eh betul ke ko kawan aku??Sorry arr..Talk to the hand plissss...

Ni ha lagi satu..Aku pon tak paham..Dia cakap mmber aku kann.Nama dia HK.Bila mesej, jangan harap la nak balas..Aku say hi kat fb jarang lak tu balas kann..Kang tak tegur cakap aku sombong lak..Bila dah tegur buat bodoh..Nak je aku lempang muka dia..Nasib baik lah dia tu pernah jadik kawan aku masa dahulu..Tapi buat masa sekarang nih, aku tak carik kawan..Aku nak carik sahabat karib sejati..Hambek ko..Maknanya ko dah tersingkir awal-awal lah ekk..Aku tak menyesal..

Masa tu aku berangan jadik host macam dalam rancangan Paris Hilton new BFF tu kann..Tapi aku tukar nama lahh..SuperHuman New BFF..Aku nak je cakap camnih kuat-kuat kat depan muka dia..Supaya dia tu sedar sikit..Macam ni ha aku nak cakap:

"WE CAN BE FRIEND, JUST NOT BEST FRIEND..TTYN (Talk to you never!!!)"

Hoi Super Human..Kenapa ko tiru program aku ekk??Buat la show ko sendirik..Aku report kat bapak aku!!!

Hambek ko..Rasakann..Aku rasa macam tak menyesal lah pulak nak cakap camtu kann..Yelah..Aku pun tak paham apa kaitan aku dengan ko lagik kann..Dah arr..Aku rasa lebih baik aku choww dulu..Sorry lah ekk..Semua manusia mahu benda yang terbaik buat diri mereka..Begitu juga aku..Aku rasa yang ko tu tak cukup terbaik untuk jadik sahabat baik aku..Again..TTYN..

Tu je kot..Sekarang ni aku rasa sangat terharu sebab dikelilingi sahabat sejati macam mr Nerd, Mr Hoki , mr Hacker, Mr Model dan Mr Mamak..Seyes sangat bertuah dapat jadik mmber mereka..Semalam aku kuar dgn Mr Hoki..Sebab dia temankan aku gi beli kasut..Sangat terharu..Thanks korang..Sebab menjadikan hidup aku bermakna..Aku pilih korang jadik mmber aku sebab korang sangat baik ,sweet habis dan blablabla3..Seyes aku tak sanggup kawan dengan orang jahat!!!Sebab ada istilah mengatakan kawan dengan penjual minyak wangi jadik wangi..Kawan dengan pembuat besi nanti bau besi..Hambek ko..



Tu je kot..Sebab aku sakit perut nih..

p/s : Bercakap tentang minyak wangi, ada sesapa penah cuba SG MEN??Perfume Faizal Tahir tu laa..