JEJAK ANDA

Thursday, September 29, 2011

RUNWAY

Tiber lak kan berangan nak tengok runway.Dah lama tak tengok.Paling last 2 tahun lepas..Tu pun kat dalam henpon TV member aku tu jer..*sorry hazmi..

Hmm..Next year kalau ada Malaysia Day, harap-haraplah ada runway..Baru best..Leh cuci mata..Amboi..keji sesangat kan..ekekeke..

Ok lah tu je.bye..

Baju ko la yang paling santek bedah..ayoyoooo..*menangesss..

Wednesday, September 28, 2011

BERAT?

Tadi kan aku gi gym?Nak dibuat citer dalam tu ada mesin penimbang..Aku pun apa lagik..Haruslah meroyan bila nampak mesin tu.Dah lama aku nak timbang berat badan aku sejak pindah sini...Ujung-ujung bersua juga..*menangis terharu..

Aku pun bukak kasut..Naik atas tu..pastu keluar nombor..

"53kg"

Aku terkejut lalu pitam..Boleh??Ayoyo..Ni lah berat badan aku paling berat..Oh tidak..Aku hampir pasti kalah kancil idol tau..Oh tidak.

Boleh berat badan ko cenggini??Oh.Sedehhh.

NB: Tadi gi gym..Best sangat dapat merasa gym terbaik seluruh tasmania tau..Oh..Dan paling best, aku angkat pemberat 50 kg..habiss putus urat aku..Pengsan..

KORANG PANDANG APA?

Tak tau lah sama ada aku yang perasan ke apa kan.Hari ni sumorang dok pandang aku jek??erkk..Apekah??masa kat gym tadi ada la orang yang dok ushar aku..Fine aku tau pakaian aku gi gym tak appropriate..Tapi xperlu la nak buat muka kan..Aku pakai baju camner??

lebih kurang camni lah baju aku..tak sesuai ekk??

Pastu masa nak balik ade la sekor mamat ni dok pandang jer aku lagi..Seram eden okeh..Dia ni nak apa ek?Nak kene pukul ke??

Arghh..ada kah kat dunia ni xde ruang untuk orang pelik cam aku??Saboo je la kiah oii...

Tuesday, September 27, 2011

CAUSE I KNOW THIS FLAME ISN'T DYING

Semalam aku sakit kepala yang teramat sangat.Seyes.Rasa macam nak pecah sajork kepala neh.Masa aku soping grocery kat Woolworth dah ada rasa-rasa nak pitam dah kan.Nasib baik tak pitamm bebetul kat tengah-tengah lautan manusia tu..Kalau tak xtau la caner..

Sempat lagi pose cenggini walaupun tgh nak pitam tu..Boleh??

Sampai-sampai rumah, terus letak barang, campak shades(*matila gi kelas pakai shades), campak beg, terus aku lompat atas katil..Pastu pengsan selama 3 jam. Masa tengah pose pitam atas katil tu boleh lak tetiber terjaga.Hambek ko.Rasain kesakitan itu..Nak makan panadol lak takut side effect..Merasa lah ko sakit kepala sampai menangis..(yang menangis tu aku saje tambah supaya nampak sakit sikit..)

Dah xleh tahan sangat..aku terus capai Vicks..Letak setepek dua kat kepala..terus sambung pose pitam atas katil..Pitam lagi selama sejam..Bangun-bangun terus sakit kepala tu hilang..Syukur sesangat tau..Hmmm..Itulah kali pertama aku merasa pening kepala yang sebenar-benar pening..Walaupun cenggitu, api ini takkan pernah terpadam..err motip??

ok lah korang..Jumpa lagi..

p/s: Kepada peminat yang merindui saya, saya tidak dapat melayan anda sebab saya ada exam sebulan lagi..Harap maaf okeh.Kang lepas exam kita buat sesi bersama peminat puas-puas..Okeh??(*matilaa perasan ada peminat)

Sunday, September 25, 2011

I WAS WONDERING

I was wondering what happen to Iraq right now?What happen to Libya and Afganistan right now?What happen to Egypt right now??Adakah negara mereka menjadi semakin baik setelah pemimpin mereka digulingkan?Sesiapa yang tahu sila share dengan saya.

SURPRISE?

Ali adalah si budak pendek. Pada malam sebelum raya, dia ada berpesan kepada emak beliau supaya memotong seluar baju melayu nya sebanyak dua inci..Perbualan tersebut didengari oleh abang dan kakaknya..

eden la Ali si budak pendek..

Kerana ingin membuat kejutan, pada pukul 1 pagi, si kakak secara senyap-senyap telah memotong seluar itu sebanyak 2 inci dengan hasrat dapat mahu mengurangkan beban ibunya..Pada pukul 2 pagi pula, si abang secara diam-diam telah memotong sebanyak dua inci lagi dengan hasrat mahu membantu ibunya..Pada pukul 3 pula, si ibu telah bangun untuk memotong seluar anaknya itu seperti yang telah di minta..

Pada keesokan harinya, Ali terus menjadi histeria apabila mendapati seluar baju melayu nya telah menjadi senteng..Dia terkejut lalu pitam.(Sangat dramatik okeh ending citer nih..ekekeke)

Pengajaran: Muafakat membawa berkat..



.........................

Ok.Tu lah fairy tale untuk malam ni..Aku ni mimpi ape tetiber menggedik nak citer kisah pari-pari memalam camneh??Sawan ekk??Xde la.Cuba korang refleksi tentang situasi yang berlaku kat negara kita neh.Kan banyak puak tu??Walaupun hasrat diorang tu murni, tapi kalau takde muafakat takleh jalan juga..

Sebagai contoh, kalau kita tengok sekarang, kan ramai budak dah macam tak betul sangat. Dengan isu murtad, mat rempit dan segala..Apa yang puak-puak tu buat??Yang hijau blame merah..yang merah blame hijau..Banyak kata dari kerja..Lagi teruk, kerja xde..Memang tak ahh nak jalan kann..

Aku sangat mengimpikan susasana yang xde puak segala neh..Cukup-cukuplah tu..Bosan aku dengar citer pasal korang okeh..Balik-balik muke korang je kuar surat kabar..Kalau hensem atau cun xpe...Ni sedehhh sesangat tau..OK just kidding..Asal kuar surat khabar je cerita pasal gaduh segala..Huh..Bosan okeh..

Hmm..Adakah ini yang dikatakan mimpi yang tidak kesampaian??



p/s: 3 more months to 2012..Are you guys ready??Hikhik..

p/s: Semenjak dua ni aku sering terasa loya..Pregnen ke aku??*pitam..

Saturday, September 24, 2011

APEKAH?

Teringat zaman sekolah dulu-dulu.Masa tu aku form 4. Aku tak tahu camner aku dipilih masuk drama inggeris wakil sekolah ke peringkat negeri.Tapi aku suka okeh drama tu..*matila kecik-kecik lagi dah feeling artiss Hollywood..

Haruslah aku feeling2 jadik Brad Pitt kan masa tu..Perasann sesangat..

Nak dibuat citer, masa mula2 drama tu ada jer pompuan yang join..Seminggu lepas tu tetiber dapat arahan dari pengetua yang pompuan xleh join..Menjaga hubungan laki pompuan katanya..Arghhh..Masa tu aku sangat ahh bengang..Sebab  drama last year pompuan boleh je join..

Ujung-ujung watak pompuan tu kena lah di beri kat laki..Cube teka siapa dapat watak pompuan tu??Bukan aku okeh..Korang pikir apa ni ekk??Ekekeke..Kawan aku dapat watak pompuan tu..Drag habiss okeh dia..Dengan suara tekan tu kan..Ya hampunn..Womenn sesangat..Siap pakai tudung okehh..Ko mampu lelaki pakai tudung??ekekeke..Sangat tett di situ..Sebab nak elak satu dosa, satu dosa terpaksa dilakukan.Hmmm..

Cenggini lah rupa lelaki pakai tudung..*Laki ker senduk tu??ekekeke..

Nak dibuat cerita, pasukan drama kitorang kalah..Sebab storyline sangat bosann..Heh..Aku xfaham motipp dan pengajaran cerita tu tau..Apa-apa pun aku membawa watak aku dengan penuh jaya okeh..Walaupun terlepas anugerah best actor..*menangis...

It should be me..Aiyooo..

Tapi bukan tu aku nak cakap sebenarnya..The thing is..masa aku form 5 which is the next year..tetiber lak pompuan boleh join drama..Ya hampunn..Aku panas sesangat kot mendengarnya..Dah lah masa tu aku tak dibenarkan join sebab nak exam..Sabar je la Bedah..Pengetua yang sama..memberikan arahan yang berlainan..Ikut suka hati dia jer..

SANGAT DRAMA okeh..

Walaupun ni cerita lama, aku tak faham kenapa benda camtu terjadik..Ahh..Sangat memeningkan..Saat itu membuatkan aku lebih tak suka kepada beliau..Sekian..

P/s: Say NO to fake ulama.

Friday, September 23, 2011

MOHON SHARE

Amacam tajuk?Familiar tak??Haruslah familiar kan..Sebab korang tu kan kuat share..Ekekekeke..Asal ade je artikel menarik konpem nak share kat wall fb korang kan..Baru lah nampak macam update skit..Update katanya..Walhal ______(isi sendiri)...

Tapi aku paling kesian ngan orang yang tafsir ayat quran ngan hadis ni ikut nafsu dia...Contohnya macam sorang member ni ajak aku gi surau (ni contoh je)..Aku tak nak pegi..Instead, aku gi tengok wayang (ni contoh gak)..Pastu bila aku balik dari tengok wayang, keluarlah statement sentap dia dengan hadis segala.

Balik rumah, bila cek fb habis keluar statement sentap segala..*Pitam terus aku..Ko mampu??

Insan yang tafsir hadis ngan ayat quran ikut nafsu ni takde rasa bersalah ke ekk???Korang rasa apa perasaan Nabi masa jumpa korang kat sana nanti kalau dia tahu korang tafsir ayat yang baginda sampaikan bukan seperti mana yang baginda maksudkan..Pepandai lah jawab sendiri okeh.Aku malas nak citer panjang..Tu jer aku boleh cakap.

Sekian..

NB: Say NO to fake ulama.

KALIS CERCA

Amboi-amboi.Topik apa lak kita nak cakap hari ni?Aku nak cakap pasal seorang insan masa kini yang kalis cerca.Seyes sangat cool okeh beliau..Walau macam mana orang keji, kutuk, cerca dia, dia langsung tidak melatah dan tak amek port. Bagi dia, semua benda tu adalah remeh semater..

Siapakah beliau?Beliau adalah Datuk Seri Najib. Kalau tak caya cube korang bukak twitter dia..Ada jer insan yang mengeji dia dari siang ke malam..Tapi dia tetap maintain..Tak kesah dan tak peduli..Sangat berjiwa kental okeh..Ahaksss..Motipp aku nak bercerita pasal DSN pepagi bute camnih??

Sorry lah.I tak layan benda remeh canggitu..Sebab I ada benda lagi besar nak uruskan..

Takde la..Aku amats lah ada sedikit perasaan terkilan ngan segelintir manusia nih..Ko mampu..??Bukan apa..Telsco nak caj cukai topup 6% tu kan, habis semua orang tak suka..Kerajaan kejam katanya..Pastu bila dah tangguh, ada pulak suara-suara sumbang yang masih mengeji..Tak ke hazab sesangat perangai memasing tu..Aku nak tanya korang..Korang nak apa ekk sebenarnya??

Facebook is F ing annoying..Arghhhh...

Berdasarkan pemikiran aku yang tak berapa nak betul ni kan, kekadang manusia tu susah sesangat nak terima perubahan..Contoh epic yang aku nak kasik adalah facebook. Asal si Mark tu upgrade facebook je mesti ada suara-suara manusia yang mengeji..Tetttt..Sangat kejam okeh..Diorang buat facebook tu macam diorang punya lah pulak..Walhal facebook tu Mark yang punya..Sundelss sesangat tau memasing..Kesian Mark..Kalau setakat benda remeh macam upgrade facebook pun dah nak keji sampai nak buat demonstrasi jalanan (opsss over lak),  inikan pulak benda-benda lain..Alahai..Tak koser aku nak melayannya..

Ok lah korang.Setakat tu jer coretan gila aku di pagi hari ini. Sekian..Selamat Hari Jumaat okeh.

NB: Ada orang cakap UMNO itu kafir..Amboi-amboi..Tak sayang mulut ekk??Sangat bahagia mereka mengkafirkan orang lain..

NB: Say no to fake ulama.

Wednesday, September 21, 2011

21

I have found my number..It is 21.Why 21??Because i wanna be the best ace running back like Sena-kun.A humble high school student with jersey 21.

Sunday, September 18, 2011

RAGBI

Pagi tadi aku bangun agak lewat. Seyes lewat. Penat yang amats katanya.Aku mampu bangun tapi tak mampu menggerakkan badan mahu pun kaki aku..Sebab otot aku super penat.Apa yang terjadik?

Semalam geng-geng ragbi ajak aku main ragbi..So aku pun gi lah main..Sebab macam best jer kan ragbi tu..Aku ni takder lah pandai sangat main ragbi..Tapi in term of speed, aku ada advantage sikit..Sikit saje...Takde lah banyak sangat..So masa main, since aku xde skill, aku pakai je lah speed. Dari hujung ke hujung padang aku larik..Nasib baik xde sape dapat kejar..Kalau tak nan hadoo lah aku nak buat touchdown..

Ayoyo..Hanjeng mengejar..Larikssss!!!!!

Dan begitu lah hasilnya..Pagi ni aku jalan naik tangga mengengsot-ngengsot macam siput sedut..Sebab otot seluruh badan aku penat..Yelah mana tak nya..Semalam larik over sangat mcm kena kejar hanjeng..Sape suruh..Ujung-ujung penat cenggini..Padan muke aku..Ekekeke..Tu je kot buat masa ni..Babai..

p/s: Semalam kitorang main ragbi sentuh..Bila aku cakap kat kawan pompuan aku yang main ragbi sentuh, dia cakap tu version yang untuk pompuan nyer..Ya hamponnn..Maknanya, WOMAN habiss lah aku semalam ekk??Merasa la kan..Patut lah adoo omputih mengendap aku semalam..Cisssss...Pitamm eden..

Friday, September 16, 2011

LEBAR

Tadi masa tgh tunggu turn nak main futsal, aku main ragbi jap..Saje jer nak mengada-ngada kan..Aku tak pernah main benda tu..Sebagai lelaki aktif, haruslah aku mencoba.Kann..Sekarang ni kan World Cup ragbi..Kena lah raikan ragbi tu..Masa tengah main tu haruslah aku feeling2 jadik Johny Wikinson kan..ekeke..Walhal tu lah kali pertama aku pegang bola ragbi..

Masa tengah pass2 bola ragbi tu, tiber kawan aku tanya..

"Dude badan kau nampak lebar..Kau main ragbi ekk??"

"Tak ahh..Aku workout kat umah sajork.."

blablabla..

Chopp..Masa tu haruslah aku feeling sasa okeh..Sempat pose Malik Noor lagik..Punya lah perasan tu kan...Kemain kann..Badan lebar katanya..Erkk..Tapi aku ada gak terpikir.Aku yang silap tafsir ayat dia ke??Badan lebar tu merujuk kepada tough atau gemuk??Oh tidak..Pitam eden...Oh tidak..


Thursday, September 15, 2011

MY DREAM

Aku tak tahu nak cakap apa.Tapi aku sangat nak masuk askar wataniah..askar wataniah tu apa??Askar wataniah tu tentera simpanan..Lebih kurang cam back up ah..Tak tau ahh kenapa tetiber nak join askar wataniah.Tapi lepas dengar ceramah sorang pak cik askar nih, rasa macam sangat cool okeh askar..jom dengar jap.



p/s: Actually mungkin sebab pak cik tu cakap dia ada ilmu kebal..Tu jer kot..ekekeke..

p/s: Lantak ahh korang nak cakap apa..Ada aku kesah??

Monday, September 12, 2011

NOTEBOOK BERTUAH

Nak dibuat citer..Semalam aku call bonda aku di kampung halaman..Cewah..Pastu masa borak-borak tu tetiber dia cakap yang adek aku dapat notebook..Aku pun apa lagik..Pengsann sebentar lah kan mendengarnya..OMG..Baru skolah menengah dah dapat notebook dari skolah..Amboi-amboi...Budak zaman sekarang memang cenggitu..Jeles aku okeh..

Ok the real thing is..bukan pasal notebook tu..Ianya pasal sapa yang bagi notebook tu..Thanks to PM Najib sebab atas segala usaha anda..Saya akan sentiasa berada di belakang Dato Seri menyokong kepemimpinan yang DS buat..Lantak lah orang cakap apa pun pasal Dato Seri..Saya yakin dengan kepemimpinan Dato Seri.Nak harapkan yang yang lagi satu tu??Nan hadoooo okeh..Banyak je koya nyer..Orang lagi nak bersatu dia lagi nak pecah-belahkan orang..Tak ke hazab sesangat perangai itu..Maka haruslah aku menyokong dasar PM Najib seratus-peratus..

Tips jadik manusia IT bergerak..boleh??

Ok lah korang.Tu jer..Bye..

p/s: Post kali ni tak ada kaitan dengan usaha membodek PM Najib bagi mendapatkan extra elaun..Sekian..

Sunday, September 11, 2011

KAU NAK APA DARI AKU?

Cube tengok tajuk tu..Familiar tak??Haruslah familiar kan..Cube korang translate ke bahasa inggeris..Jadik apa??Hmm..Dapat tangkap??

Hei sundelss..Kau nak apa???

Ok sebenarnya aku nak citer pasal lagu Whataya Want From Me.Alahai yang Adam Lambert nyanyi tu ha..Semalam masa aku tengah ber"youtube" tetiba lak aku meroyan nak tgk video adam lambert kan..Pastu sampai satu part aku terbukak lagu tu versi duet adam ngan P!nk. Best whoa..

Lets layan jap..



Amacam??Best tak??Biasa je kann..Sebenarnya kalau korang nak tau lagu ni lagu Pink untuk album Funhouse dia tu..Since masa tu dia rasa lagu ni x sesuai dengan album dia tu, ujung-ujung dia kasi lagu ni kat Adam..Adam tu lak kan super duper kreatif..Kasik je lagu apa..Meletopss okeh..Then bila dah meletop tu haruslah pink pun nak nyanyi jugak kan lagu tu..Maklum lah..Dia yang tulis lagu tu..Maka begitu lah ceritanya..Ko memang keji Pink..Apa-apa pun aku tetap suka kau..Sebab suara kau rock dan lagu kau best..

Dik, akak yang tulis lagu tu okeh..Ko tak de koser nak menghalang akak nyanyi lagu tu..

Yolah kak oii..Aku pun tak koser gak nak layan perangai ko neh..Keji yang amat..

Ok lah..Tu je kot..ada  hal neh..Chow dulu okeh..Bye..

Saturday, September 10, 2011

NEVER BACK DOWN

Semalam hari Jumaat.So haruslah aku lepak-lepak kat dalam bilik sensorang..Setelah penat berlelah kat sekolah selama seminggu...Ekekeke..Ok lah.Nak dibuat citer, semalam aku tengok movie..Sangat cool okeh..Citer pasal apa??Jom tgk trailer jap..



Amacam??Cool giler kan??Told you..Bila dah habis tgk movie tu kan, haruslah aku berangan nak join martial art..Boleh??Aku bukan apa..Sangat cool okeh martial art..Kan..Bila dah join martial art tu haruslah dapat pakej badan yang solid sekali..Mane tak nye, tengok lah latihan dia camne..Angkat tayar bulldozer, lontar batu-bata dan sebagainya..Mana tak nya badan jadik camtu..

Inilah tips ke'sasa'an aku..Angkat kambing hari-hari..Korang boleh ke?ekekeke..

Persoalannya, akak aku tu selalu jer membatalkan hasrat murni aku ni ha..Bak kata dia, pompuan geli tengok badan yang berotot giler..Geli ke??Bagi aku cool kot..Entah lah..Ekekeke..Bila dia kata camtu habis punah hasrat aku nak join martial art..Takut badan jadik macam sazali samad katanya..Boleh??

Ekekeke..Ok lah korang..Since kita pun masih dalam mood beraya nih aku ada link video raya lagi..Klik sini okeh..Have fun..Selama hari raya..Maap zahir dan batin..

Thursday, September 8, 2011

KETUPAT KETUPAT CHENTA

Cube tengok tajuk post nih.Amacam?Gempak tak?Ekekekeke..Apa kaitan dengan entry kali neh??Amboi-amboi..Mesti ada kaitan dengan raya kan??Haruslah ada kaitan okeh..Nama pun masih dalam mood raya lagik..

Hari tu aku ada gi jalan raya kat rumah seorang uncle nih..Orang panggil dia 'abang' aziz. Aku pun tak tahu kenapa orang panggil dia abang..Ekekeke..Kalau aku lebih selesa panggil uncle jer..Bukan sebab dia tu dah tua ke hape. Sebab dia tu seorang lecturer kat UPSI tu okehh..Amat tidak sesuai aku panggil dia abang..Kot-kot mane tahu aku tercampak ke UPSI ke kan??Tak ke susah tu nak tukar panggilan..

Just call me abang.Boleh?

"Masa tengah aku khusyuk membedal nasik himpit ngan kuah kacang (which are my fevret) sambil tengok citer kartun ngan anak dia (motipp sesangat kan tengok kartun masa datang beraya rumah orang) tetiber dia tanya aku soalan cepumas.

"Ko asal mane?"

"Cube teka?"

"KL???"

"Tak.Saya (Hamboih sopan santunnya aku kann..Pakai 'saya' lah pulak) berasal dari negeri __________(tempat kelahiran haruslah dirahsiakan atas sebab tertentu.Yang penting bukan KL)..
Saya cumalah pemuda desa yang tidak bersalah <----ok yang ni tipu.Aku saja tambah.

"Oh.Cool."

Ok cukup.Tak larat nak tulis pepanjang perbualan yang berlaku itu. Persoalannya. Apakah motif dia cakap aku berasal dari KL?Adakah aku ni tipikal budak KL?Adakah aku ni sombong?Hmm..Entahlah..Adakah aku ni muka macam gangster..Maklumlah, kat KL kan ramai gangster..Homaicat muka pun jambu berangan jadik gengster (jambu ke??ekekekeke)..

Abang aziz, silalah percaya.Walaupun saya ni tampak macam ni, tapi saya berasal dari kampung tau.

Entahlah. Persoalan itu masih lagi bermain dalam ingatan aku.Budak KL macam mane?Ada apa kat KL yang menjadikan aku mcm budak KL.Macam aku ke??Entah lah aku pun tak tahu..Seyess aku x suka di chop sebegitu okeh.OK ahh korang..Dah tetiber lak malas nak tulis lagik kann.Jumpa lagi esok okeh..Jangan nakal-nakal tau..

p/s : Aku hanyalah pemuda desa yang tidak bersalah. Tolonglah percaya..

p/s: Aku tertanya-tanya. Adakah dia nak cakap muka aku ni seiras Aaron Aziz dalam KL Gangster..Oh agak perasan di situ.

THE FALLEN HERO.

Oh.Mood: Serius.Sila jangan gelak.Aku tujukan puisi aku ini kepada salah seorang SuperHero aku.

Tumbang Sang Pejuang.

Dulu,
Wajah itu
mewarnai masa kecilku,
Walaupun sekadar menumpang kasih,
Dunia suram menjadi indah,
Dunia gelap menjadi terang,
Kelibatnya selalu ku tunggu,
Membawa erti sebuah kasih.

Kini 
wajah itu tiada lagi,
Wajah itu sudah pergi,
Pergi yang tidak akan pulang,
Pergi nan membekas tangisan.
Pergi tanpa meninggalkan perintis.

Selamat tinggal sang pejuang,
Semoga kita berjumpa lagi.

-SuperHuman-
-5.15 pagi. Australia. 8/10/2011-

Al-Fatihah aku ucapkan kepada atuk yang telah banyak berjasa dalam hidup aku. Tak tahu apa yang bakal berlaku tanpa beliau. Mungkin banyak DRAMA yang akan berlaku.Aku hanya mampu tunggu dan lihat.

p/s: Sebelum pergi ke sini, itulah kali terakhir aku berjumpa beliau. Rahsia yang berlaku antara kami biar kami sahaja lah yang tahu. Akan aku ingat sampai bila-bila. 

Tuesday, September 6, 2011

TUJU LAGU

Oh.Ko boleh je tetiber kan ada silent reader suruh hapdate blog tetengah weekday neh??Takpe lah..Di sebabkan ada permintaan dari peminat (peminat katanya)..aku gigih kan juga hapdet blog..

Aku nak share pasal choir..Seyes aku mmg minat choir..Kan dulu aku penah citer yang aku join koir kan??Ok lah..Tapi skang aku dah benti..Tak koser kott nak gi rehearsal tengah2 malam bute.Ekekeke..Walhal aku ni ha yang pemalas datang latihann..Ekekekeke..Alasan je semata..

Ok lah..Jom dengar acapella pokemon neh..Seyes best tau..Aku jumpa benda ni pun sebab kenalan aku, si Thomas tu yang post kat fb dia..Kalau korang nak tau acapella nih nyanyian yang pakai suara manusia jer..Xde muzik okeh..Kiranya orang yang buat acapella ni konpem suara sedap.Termasuklah aku kan..Ekeke..Masuk bakul angkat sendirik nampak??Keji okeh..ekekeke..

Ok lets dengar..Kang korang tertekan lak dengar aku membebel panjang2..Korang pun tak suke kan??ekekekeke..


Camner??Best??Kalau tak best toksah dengar lagik..Tu jer jawapannya..Ekeke..Ok lah korang.Den ada kojo neh..Bye..

p/s : All the best to my dear sister yang dah habis trial tu..Never lose hope and never give up!!!!

Saturday, September 3, 2011

SUPER PENAT

Currently aku rasa sangat penat. Oh aku rasa aku tau kenapa. Sebab aku tak pakai dan malas pakai cermin mata. Ada kaitan ke??Adooo laaa..Sebab mata aku menggunakan muscle untuk fokus kan penglihatan kaburitu..Natijahnya, haruslah aku selalu pakai cermin mata lepas ni..Oh tidak!

Thursday, September 1, 2011

LEBARAN 3.0

Hi korang??Apekaba??Ok??Ekekeke..Camne raye??Best??Meriah ke tidak??Mesti meriah kann??Banyak tanya pulak aku ni kann?? Al maklumlah..Aku teruja nak tulis entry untuk kali neh..

Eh pasal apa pulak neh??Aku nak post pasal video kelakar..Remember that 3 guys yang nyanyi lagu raya tu??Korang suka tak??Kalau korang suka aku nak post lagik.Aku jumpa video neh sebab ada sorang brother gedik nih post kat fb dia..Ekeke..

Jom layan jap..

Klik sini kalau nak tgk okeh..Kalau tak nak tgk sila beredar..Ekekeke..