JEJAK ANDA

Thursday, June 28, 2012

SESUATU UNTUK DIFIKIRKAN

Nah! Ini ada sesuatu untuk difikirkan. Kalau mahu tengok, sila tekan butang "play". Kalau tidak mahu, anda boleh tutup blog saya. Saya tidak memaksa. Tetapi ini agak 18PL bagi sesetengah orang. Dan anda mungkin akan mengatakan bahawa saya ini pro-kerajaan. Tetapi apa yang saya mahu katakan kepada anda yang kuat menghukum itu..

"GET A LIFE. I DON'T GIVE A FISH WHAT YOU'RE SAYING ABOUT ME!.


Kenapa kami masuk UMNO?

Tangguh haji demi pilihan raya?

Kafirkah BN itu?


Something to ponder upon...Kan???

Wednesday, June 27, 2012

EURO 2012

Sekarang ini tengah kecoh pasal Euro 2012. Aku pun tidak terkecuali. Nasib baik lah peperiksaan sudah habis. Maka boleh lah aku menonton saki baki perlawanan.



Malam ni perlawanan separuh akhir antara Portugal dan Sepanyol. Oh! Pasukan pilihan aku adalah Sepanyol sudah pastinya. Dan perlawanan antara Itali dan German pula aku lebih memihak kepada German. Kerana German merupakan pasukan yang lebih kuat berbanding Itali. Aku tidak tahu apakah keajaiban yang akan berlaku pada separuh akhir ini.

Adakah Portugal dan Itali akan bertemu pada perlawanan akhir?

Portugal

Itali

Atau pun pasukan "favourite" iaitu German dan Sepanyol?

Sepanyol di hatiku

German pilihanku

Hmmm.Kita tunggu ya malam ini!

p/s: Bosan dengan aksi tiki taka sepanyol kerana walaupun penguasaan bola terbaik tetapi tiada penyudah dan serangan yang cantik. Hmmm.

Tuesday, June 26, 2012

MUSIM HAJI

Sekarang ni buka sahaja "fb", adalah post mengenai pilihan raya semasa musim haji. Aku tidak mahu kupas isu tersebut. Sebab itu hanyalah sekadar khabar angin. Tersilap kata nanti membawa kepada fitnah. Sia-sia sahaja hidup nanti.

Dan yang menjadi cacian sudah pastilah PM kita itu.Kesian. Hari-hari kena maki. Hari-hari kena kutuk.

Aku ada andaian aku tersendiri. PM kita itu bukanlah tidak bijak sangat. Kalau tidak masakan boleh jadi PM kan? Aku dapat merasakan. Dia ada menyimpan "joker card" untuk pilihan raya nanti. Apakah "joker card" itu? Aku pun tidak tahu. Mungkin khabar angin itu direka untuk kad joker tersebut? Siapa tahu?



Sama-sama lah kita tunggu pilihan raya nanti ya!

p/s: Aku sangat sedih melihat orang yang membuat fitnah ini. Adakah mereka tidak sedar fitnah itu amat buruk kesannya?

p/s: Aku berkeyakinan yang PM tidak akan buat pilihan raya semasa musim haji. Sekiranya dia buat juga, maka hilanglah sedikit keyakinan aku kepada beliau. Boleh?

JOHNNY BRAVO

Cuti sudah bermula. Dan secara rasminya aku telah memulakan sesi "workout" kembali. Kalau kamu semua hendak tahu, aku telah pun membeli "home gym set". Tak adalah mahal sangat. Cuma puluh dollar sahaja. Tidak adalah sampai beratus-ratus harganya kerana aku tidaklah sebegitu mampu untuk membeli peralatan mahal-mahal.

Aku sejak sekolah lagi sudah berminat membina badan yang hebat. Namun begitu, badan aku tetap tidak naik-naik.Adakah masalah genetik? Entah lah. Aku tidak berani memberi komen.

Mesti bahagia kan mempunyai badan yang hebat dan terbaik. Aku pula cuma hanya mampu berangan..Tetapi tidak mengapa. Wahai kawan-kawan..Tunggu penampilan terbaru aku setelah mempunyai badan yang tegap dan lawa. Tunggu ya!

Kartun yang berbadan lawa pun disukai ramai apatah lagi manusia sebenar.Kan?


Aku mahu memiliki fizikal seperti pak cik ini. Sedang-sedang sahaja. Tidak terlalu berotot dan tidak terlalu kurus. Ini amat sesuai bukan?

p/s: Aku yakin bahawa mak bapak aku akan kata yang aku sudah gemuk. Bukannya tegap!Ahh tidak mengapa...Lain orang lain persepsi.

Monday, June 25, 2012

EMOSIONAL

Malam ini aku mahu beremosional sebentar. Kenapakah? Aku sungguh terkilan dengan kawan-kawan yang berkata dusta. Itu je aku mahu katakan. Tidak mahu berkata yang lebih-lebih. Takut berdosa pula.

Selamat malam rakan-rakan. Entri seterusnya bakal menyusul esok ya.Harap bersabar.

MY INSPIRATION


Hai semua!Aku telah kembali.Aku kini sedang bercuti selama tiga minggu. Setelah menempuh tiga bulan yang sangat memenatkan. Akhirnya aku mendapat cuti semester. OH! Sungguh bahagia.

Perasan tak tajuk di atas? Kali ini aku mahu bercerita mengenai inspirasi aku semasa sekolah menengah. Dia adalah cikgu bahasa inggeris aku. Hendak dibuat cerita, tadi aku telah pun menghubungi beliau di "fb". Kami berborak..berborak dan terus berborak.

Sampai satu bahagian, beliau menyatakan bahawa beliau amat merindui kami. Siapakah kami itu? "Kami" itu adalah 3 orang pelajar bernama aku, zul dan zahid. Dia berkata, selepas kami pergi, tiada lagi manusia seperti kami. Oh tidak! Aku berasa sungguh terharu dengan kata-kata beliau. Kenapakah "kami" diberikan penghargaan sebegitu rupa?

Ceritanya begini. "Kami" bertiga amat suka menulis karangan yang amat merepek. Dan kelakar.  Tidak kisah lah semasa latihan atau pun semasa peperiksaan. Kami tetap menulis karangan yang merepek. Mungkin sebab itu dia kata kami ini unik. Walaupun merepek, beliau menyatakan bahawa itu menyebabkan karangan kami bagus dan unik.

Oh!Aku berharap dapat pergi ke sekolah semasa cuti musim panas nanti. Aku mahu amat berjumpa dengan dia.Sungguh!Apa-apa pun..

"TERIMA KASIH CIKGU!"




Semua bangun!!!Terima kasih cikgu.

p/s: Perasan atau tidak, saya telah menggunakan bahasa baku? Aku pasti kamu semua pasti sudah gatal tangan mahu menampar saya bukan??Silakann..

p/s: Cikgu juga telah menyamakan aku dengan Roald Dahl. Walaupun pada hakikatnya aku dengan penulis itu  bak langit dan bumi. Aku berasa sungguh terharu dengan penghargaan ini.

Oh memori....Bahagianya....

SALAM PENDAHULUAN

Salam pendahuluan,

Hi korang! Rindu aku tak?Terharu aku sebab korang sanggup bukak blog ni hari-hari semata-mata nak check aku ada update ke tak kan..Haha..

Aku sebenarnya sibuklah rakan-rakan..Ada peperiksaan penting. So sebab tu lah takleh update blog. Busy konon!Padahal update blog beberapa minit je pun kann..Alasan sesangat..haha..

Haaa..Takpelah..Ini sebenarnya entri pendahuluan aku menulis balik..Sebab dah lama tak update kann..Kepada yang dah lama tunggu tu aku nak jerit ni..

"I AM BACK!"

boleh?