JEJAK ANDA

Tuesday, June 28, 2011

LAW

Haih..nak dibuat citer..tadi aku baru jer tengok citer Law Abiding Citizen..Baru nak tengok?Kuno kann aku?Bese arr..Dulu aku xde la expose sangat pasal movie-movie ni kann..Tapi disebabkan satu hari ni aku penah berangan nak jadik pengarah filem, maka haruslah aku tengok banyak movie selepas SPM.Cerita tu ditulis oleh Kurt Wimmer..Story line dia sangat cool giler..Aku suka tengok movie tu kalau penulis dia Kurt Wimmer.

Gerrard Butler..Ko sangat cool..

Aku kasi 4 out of five..Sebab ending dia tu macam tak leh blah arr..Cerita ni ada pengajaran lah bagi aku..Cerita ni pasal dendam seorang lelaki terhadap seorang peguam yang deal dengan pembunuh yang bunuh anak pompuan dengan bini dia..Sebenarnya lelaki ni takde lah nak balas dendam sangat..Tapi dia cuba nak sedarkan peguam yang deal dengan pembunuh keluarga dia dulu supaya jangan lagik deal dengan pembunuh.Dalam kes ni, dia yang jadik pembunuh dan dia yang mintak macam-macam dgn peguam tu..

Korang paham ke tak??Kalau tak paham cepat-cepat lah tengok movie nie..Best kot!!!

p/s: Orang selalu ingat yang aku ni budak yang amek jurusan undang-undang..-__-"

Monday, June 27, 2011

TIP KURUS

Sapa nak kurus?Sila angkat tangan cepat-cepat..Hah..Ok lah..Sama ada korang nak ke..atau tak nak ke..aku tetap nak bagi tau jugak..Kejamm tak??Hahaha..Ok lah..Seperti yang kita tahu kan..sapa tak nak kurus kan..Semua orang nak kurus..Termasuk aku..Sebab aku dah gemuk..

Sapa rasa diri dia chantek??Sila turun tangan..Ehh??Tak ada??

Ok lah..Perkara pertama yang aku nak share adalah dari segi pemakanan..Hari tu kan aku dah cakap pasal workout..Hari ni turn pasal pemakanan lak.Masa korang makan, make sure yang karbohidrat yang korang amek tu tak lebih dari segenggam penumbuk..Boleh??Tak boleh?Kalau tak boleh, korang kenyangkan diri korang dengan tambah lauk..Boleh?

Apsal camtu lak??Sebab karbohidrat adalah penyumbang utama tenaga kepada manusia..Tetapi tenaga yang berlebihan yang tidak digunakan akan ditukar kepada LEMAK..Oh tidak..Lemakk..Kann..Lebih-lebih lagi kalau korang tu keje yang dok dalam pejabat..Siap ada aircond lagikk..Lagi lah pulak kann..Bertambah-tambah lemak dalam badan tu kalau makan lebih-lebih dari yang diperlukan..Haishh..

So apa lagik..Jom mulakan sesi menguruskan badan sekarang..

p/s: Bila makanan dah ada depan mata jangan haraplah nak kawal nafsu yang menggila tu kann..Sepenumbuk??Nann hadoo..Kalau boleh nak sekawah kann..Baru puas..Boleh??

NB: Siapa kata kurus tu cantik??Majalah??Cikgu??

Sunday, June 26, 2011

EMO JAP

I hate politics..

POLITICS BULLSHIT!!!

Aku lebih rela duduk rumah baca cerita pasal Max 247, VIP, atau Gula-Gula (you know how much i hate M-Pop) dari aku baca cerita pasal politik..Sebab kekadang cerita diorang boleh jadik sangat keji..Contohnyer, A tuduh B salah..pastu B tuduh A salah.Abeh tu sapa yang betul?..Bongokss..Buat pening kepala aku jer..

Huhh..Puas hati eden dapat lepaskan perasaan..Jom tengok movie jap..

p/s: Semalam aku dilanda mimpi buruk..Kak Senduk masuk dalam mimpi aku..Aaaaa..Sangat keji...

KOTOR

Hi peeps..Whats up??Ok??Kalau tak ok cepat-cepat lah pergi jumpa pakar..Ok lah malam ni aku nak citer pasal situasi kini.Sekarang ni kecoh lah kan kat tempat aku pasal benda BERSIH tu kann..Aku sebenarnya sangat tak suka dengan demonstrasi..Seriously..Kenapa lak?

I ni pembersih orangnya.Tiap-tiap hari karpet mestilah divakum..See..Rajin kan I??Rajin katanya..Walhal tu memang keje ko kann??Pembantu rumah..

Pertama, benda ni susahkan orang ko tahu..Macam dulu yang berlaku kat KL tu kan..Orang-orang nak keje carik rezeki ko bantai lak nak buat demo bagai..Motipp??Ko nak carik perhatian ekk??Ke dah tak ada kerja sangat??Tak kisah lah pro kerajaan ke..Anti kerajaan ke..Dua-dua sama jek..

Bila dah berdemo tu kan..Konpem lah kann ada yang gaduh-gaduh..Bila dah gaduh-gaduh tu lak mesti lah ada yang cedera..Aku tahu korang nak menegakkan kebenaran KONONNYA.Tuntut keadilan bagai..As i already told you before, there is no total justice in the world. Total justice tu ada kat afterworld jek..Tolonglah paham okeh..Bukak minda..Bukak mata besar-besar..

Ni mesti terpengaruh tengok cerita kartun Justice League ni kann??F the justice..

Pastu lak, matlamat tak menghalalkan cara okeh..Aku tahu korang nak tuntut keadilan kann..Niat kau memang murni, tapi cara kau salah bro..Kau demo tu susahkan orang jek keje..Kann..Haa..Ahh..That bullshit..Malas lah aku nak sambung lagik..Dah takde point dahh..Hahaha.

Ok jom buat assignment..

p/s: Kau sekolah kat sekolah kerajaan..Ada yang yang beruntung tu siap dapat biasiswa kerajaan lagik..Pastu tetiba kan nak buat demo anti-kerajaan bagai.Tak ke pelik tu??Tak sedar dek untung..

NB: Tak sabar nak baca komen..Ada ke tak orang komen ekk??Hahaha..Memang berani mati..

Saturday, June 25, 2011

PISSED OFF

Hi peeps..Whats up??I was just fine here..Tonight i wanna talk about things that really piss me off..Ok..Fine..Tukar ke bahasa melayu lah..Because i look poyo when i speak in english..Sorry..OK lah..Apakah perkara itu?

Yang pertama orang yang malas angkat call..Dan kedua orang yang tak respons kalau aku chat ngan dia..OK lah..Disebabkan hari tu aku dah bercerita pasal orang yang malas angkat call, malam ni aku nak bercerita pasal orang yang tak layan chat ni haa..Boleh??

Aku kann..Sangat sangat sangat sangat tak paham kenapa ada orang yang ignore chat aku??Kalau sekali gua tak kesah bro..Tapi ni banyak kali..Sangat tak pahamm..Kang kalau aku tak chat kau cakap aku sombong, hidung tinggi bagai..Ni ha aku dah chat kau tak respons pulak..What the F bro??Can u explain to me??

Is it because aku tak sama parti politik dengan kau??Atau pun sebab aku ni budak sekular??Dan kau tu pulak budak surau??Camtu ekk??Kalau sebab tu kan..nak je aku cakap kat kau.."THAT IS BULLSHIT!!'..Hambek kau..Puas hati aku..

Kadang-kadang aku tak paham dengan orang macam tu..Kalau dia rimas, tak suka, benci aku ke..Boleh je pon dia cakap macam ni kat aku, "Yo dude, i dont like to chat with you because you are ugly fat ass."Aku tak kesah ko nak cakap macam tu ke apa.At least aku tahu kau benci aku dan aku boleh remove kau dari friend list aku kann..

Masalahnya, orang tu pulak diam jek..Macam lah aku chat dengan orang yang buta IT yang tak reti nak balas chat..Huhh..Buat sakit hati jer..Ko cakap kau busy..Hello..Aku hantar mesej chat banyak kali okeh??Takkan dalam banyak kali tu ko xde masa langsung utk reply??At least cakap arr aku busy ke hapa..Kepada anda-anda itu i really wanna say this to you..Here you are..


Thanks Shanaynay..You did a great job..

WORKOUT

Fuh..Fuhh..Tarik nafas..Lepas..Tarik..Lepas..Huhh..Fuuhhh..Penat nih..Baru abis workout lah katakan..Oh..Maka sementara nak tunggu peluh kering, aku pun saje-saje je lah kan nak update blog nih..

Oh yer..Tadi aku cuba insane 9 minutes home workout seperti yang kawan aku cadangkan..Pastu aku buat senaman cardio sekali..Seyes penat penat penat penat penat gila gila gila gila babas..Hambek..Bape banyak kali penat dan gila tu kann..Seyes penat kot..Aku ingat tak de lah penat sangat kann..Sekali lepas 3 reps, hambek ko separa sedar lah jadik nya aku..Ko kann..Dah la tak breakfast lagik..Bangun-bangun terus buat workout gila tuh..Mana tak nya..

Fuh..Lepas ni aku rasa aku nak stick dengan latihan ni saje lah..Sebab aku rasa lagi berbaloi dari jogging..Maklumlah..Aku ni kan pemalu orangnya..Kang aku jogging ada lak pompuan yang usya aku kann..Hehehe..Takdelah.Aku rasa senaman kardio ni lagi ok dari jogging..Aku rasa lagi banyak kalori aku dibakar kalau buat benda nih..

Boleh ke camni??

Kepada korang-korang yang nak kurangkan berat badan tu, anda disarankan buat senaman kardio banyak-banyak..Disamping menjaga pemakanan, senaman kardio amat amat membantu dalam proses itu....Have fun fellas..ok..Selamat menguruskan badan..

p/s: Aku baru je nak share senaman yang aku buat tu..Malangnya akaun user berkaitan telah ditutup..Im so sorry guys..

Friday, June 24, 2011

GERAM

Hmmm..Aku kadang-kadang macam hairan jugak lah kann dengan kawan aku yang tak pakai telefon tu..Tapi hari ni baru aku sedar bahawa tak ada telefon tu somehow releven..Kenapa lak??

Hmm..Entah lah..kekadang aku geram dengan orang yang payah nak angkat telefon ni ha..Yelah kann..Kita ni gigih lah call dia ni haa..Ada urusan penting katanya..Kalau tak penting tak ada lah aku call kann..Ujung-ujung masuk mail voice..Tak ke sentap tu??



Pastu kan, kalau urusan tu tak penting tak ada lah den ni kisah sangat.Cuba bayangkan, macam tetiba ada urusan penting..Macam aku eksiden mintak bantuan ke kann..atau pun aku di kejar pembunuh ke..Kalau orang yang aku call tu tak angkat aku tak dapat bayangkan apa yang akan terjadik..Arghhh..Serabut kepala aku memikirkan masalah ni..

Maka haruslah aku bertekad untuk tidak mahu memakai telefon bimbit masa aku dah kerja kelak..Balas dendam katanya..Its karma bebeh..What u give to me u get back..My rules..no mercy..

Mak bukan tak nak angkat call kau tu nokss..Mak bizi..Menteri pembangunan wanita dan keluarga uganda lah katakan..Ko jangan sentap ye nokss..Nanti mak calling2 kau balik..

p/s: Selamat menjawab telefon..

Wednesday, June 22, 2011

BUKA MINDA

Pesanan penaja: Kali ni post aku panjang tanpa sebarang gambar..Aku nak masukkan gambar tapi tak boleh..Ada problem apa tah dgn blogspot neh..Kepada yang tak suka baca karangan panjang-panjang tu anda boleh lah tutup blog ni..Kang tak pasal-pasal korang maki aku lak kan sebab buat post panjang-panjang..Walhal suka hati aku lah nak buat panjang ke pendek kan??

........................
Shall we start now??

Kekadang ada jugak aku terpikir..Apa lah nak jadik dengan nasib kaum aku di tanah tumpah sendirik.Sedih aku melihatnya..Kann..Hidup berpuak-puak..Disebabkan berlainan parti politik, bergaduh bagai sampai tak tegur seribu tahun..Walaupun antara bapak dan anak..Atau pun menantu dan mentua..Sama jer..Memasing bajet diorang betul..Walhal...

Kamon guys..Bersatu lah wahai semua..Cuba korang pikir..Apa perasaan nenek moyang korang kalau diorang masih hidup hari ni?Haa??Jawab lah..Adakah diorang akan gembira tengok kita gaduh-gaduh macam ni?Nak ke episod di Melaka berulang kembali?Bayangkan..Melaka yang gilang-gemilang suatu masa dahulu..Akhirnya hanyalah menjadik sejarah.

Korang gaduh-gaduh tu ingat cool sangat ke??Sangat tak cool okeh..Aku memang cukup menyampah dengan orang yang fanatik neh..Tak kisah lah pasal bola ke..pasal politik ke..pasal apa ke..Yang penting fanatik itu tidak cool..It is a bullshit.F it..Dia tak tahu agak eh yang negara kita ni dah lama jadik perhatian musuh..Tolonglah bangkit wahai manusia..Jangan lagik terleka dengan kesenangan kita neh.Musuh dah lama mengintai tahu..

Kepada korang yang gaduh-gaduh ni.Apa yang korang tahu??Makan..tido..celik mata..Main fesbuk..Gi kelas..Merempit sana-sini..Tengok wayang..Usung awek macam dah kawin..Senangkan hidup camtu??Tak payah lah pikir camne nak teruskan hidup kan..Aku kan..rasa sangat bersyukur tau hidup zaman sekarang..Aku cukup bersyukur dapat nenek moyang yang telah berjaya membawa sebuah kemerdekaan kepada negara aku..This is not just a say..Its real okeh..

Keluarga aku selalu jer ceritakan kesusahan kehidupan mereka pada zaman pemerintahan jepun dulu..Nenek aku, mak aku, auntie aku..Semuanya ada artifak yang masih hidup dan aku bangga kerana aku mempunyai mereka..Kann..Korang tahu diorang makan apa??Makan kulit pisang je okeh..Paling best pun makan ubi je tau..Nan ado nasik beriyani, satay, pizza, hotdog, roti canai, teh tarik macam hari ni..Kekadang aku pun tak sanggup nak mendengarnya tau sebab sangat sedih dan payah..

Dan aku rasa aku tak sanggup nak menempuhi hidup macam tu..Sebab sangat susah..Yang gaduh-gaduh ni fikirlah ke masa depan..Jangan buat sesuka hati jer...Aku tahu bila aku cakap camni diorang cakap diorang boleh buat sesuka hati sebab negara tu kan demokrasi..And thats it..Kalau korang cakap camtu..Fine..Ikut suka hati korang lah..Jangan sebab korang gaduh ni, negara tergadai sudah..Menang jadik abu..Kalah jadik arang..Dua-dua kalah..Tak ke rugi tu??Budusssss...

Ok lah guys..Aku nak beremo kejap yer..Aku sangat sedih tau..Seyess..

Tuesday, June 21, 2011

GEMUK KAH AKU?

Baru-baru ni aku skype ngan bapak aku..Melepas rindu katanya..Kemain kann..Maklumlah..Teknologi dah maju..Tak payah nak video call bagai..Pakai je skype kan..Dah lah free..Mudah lak tu kan..Haa..Nak dibuat cerita..Tetiba masa tengah chat tu..bapak aku boleh lak cakap something yang membuat aku terpikir sepuluh ribu kali..Apakah itu??

Tembam???Oh tidakk!!!

Bapak aku cakap aku dah tembam..Arghhhh..Tak ke pengsan nak mendengarnya tu?Tembam?Itu adalah perkataaan yang aku paling alergik.Cube lah cakap aku makin taff ke apa kan..Cehh..Badan pun kering berangan nak suruh orang panggil taff kan..Agak keji di situ..

Pastu, aku pun cuba lah snap picture aku sendirik..Memacam posing aku buat..Bitch posing, duck face..molot muncung..Peace bagai..Semua aku try..Dan aku mendapati betul cakap bapak aku..Aku dah tembam..Arghhh..

Seksi ke tidak?Seksi mende..Ni muka mintak kene bantai ada lahhh..

Maka, haruslah aku mengambil keputusan nak mengamalkan cara hidup yang sihat balik kann..Haruslah stay kurus kann..Kang kalau tembam orang suka cubit-cubit pipi aku lak..Tak gemar tol aku haii..

Dengan itu, hari ini aku mengumumkan yang aku nak clash dengan coklat..Kemain ko kann..Walaupun kau membuat aku gumbira di kala duka lara, rupa-rupanya kau tidak lah sebaik yang disangka..Bye2..No more coklat spread di sarapan pagi..No more coklat spread di waktu lunch....No more plisss..Walhal kan aku lah orang pertama yang membeli coklat kalau ada sale kat supermarket..



And now i have a new friend..Jeng-jeng jeng..Saspen tak??Saspen tak??Tadi aku baru je membeli jem buah-buahan kat pasaraya..Nak sihat katanya..Tah jadik ke tah tidak kan..Tunggu je lah 3 bulan lagi ekk..Tgk camne respon bapak aku..Adakah bapak aku akan cakap aku still tembam?Atau pun bapak aku akan cakap yang aku telah kurus..

Lets vote guys..I really appreciate if u guys can respond my question..Adakah anda pasti saya boleh berjaya?Komen A untuk "ekau boleh nye" dan komen B untuk "berangan lebih lah mamat neh"..Ok lah.Kepada sesapa yang dah vote tu..LU MEMANG BEST BRO!!!!!!

PUISI MAKAROV

Nothing will change. 
Weak humans will always be weak, 
no matter how long you wait.
 But weakness is not always a bad thing. 
Humans are weak creatures from the start. 
Uneasy by ourselves, we form guilds. 
Where we have allies and friends!
 In order to thrive, 
we bind together and progress ahead.
 These awkward combinations might run into more walls than would a single person 
and we might take a long time to get to where we’re going.
 But as long as we believe in tomorrow and place one foot in front of the other,
 we will be filled with power from within.
 Living a strong life means being able to smile!

(Makarov 2010)

Thursday, June 16, 2011

PERLU KE?

Hmm..Hai korang..Hari ni aku nak meluahkan  rasa geram aku kat mereka-mereka yang kuat mengutuk orang lain..Seyes geram tau..

Awas lu orang..Kemain kann mencerca sesuka hati..

Camni..Kekadang aku ada gak rasa kesian kann kat pemimpin..Tak kisahlah..Ketua pengawas ke,ketua tentera ke..PM ke YB ke..Aku bercakap secara general..Yelah..Bila dah jadik pemimpin ni kann, haruslah hidup dalam keadaan sempurna..Macam dia tu bukan manusia lak kan.Takleh buat silap..Silap sakit habis lah kena cercaan dari orang bawah.

Pastu kan,ada je pihak-pihak yang cakap pemimpin mereka sepatutnya buat begitu dan begitu..Seolah-olah pendapat mereka itu tepat dan bernas seratus peratus..Kalau kat fb tu ko tak payah citer lah kan..Ada jer komen-komen hazab dari insan-insan yang macam tu.Motipp??Kepada insan yang berkata begitu, sila ingat ekk..Pernah tak korang terpikir yang kita ni hidup dalam dunia yang penuh dengan perkara yang tidak sepatutnya.

Sebagai contoh, kalau korang tak solat atau lewat solat, pernah tak tiba-tiba malaikat jibril datang kat korang pastu cakap yang bekalan oksigen korang akan dipotong kerana lambat solat atau tak solat?Tak pernah kann??Tapi korang rasa tak patut ke bekalan oksigen korang tak dipotong sebab lewat atau lambat solat??Memang tak patut..Like I have told you, dunia penuh dengan perkara yang tak patut..



Instead of mencerca bagai, baiklah cari penyelesaian kann..At least, masalah boleh selesai dan xde lah orang sakit hati..Macam baru-baru ni kerajaan block sepuluh laman web tu..Ramai je kot yang mencerca menteri..Yang bestnya menteri tu lah..Sebab ramai kutuk dia maka banyak lah pahala yang dia dapat..Tapi yang carik jalan penyelesaiannya?Berapa ramai?Adalah sedikit kann..

Yang mencerca lebih-lebih tu, dia sebenarnya pernah ke tidak download guna sepuluh laman web tu? Kalau ada memang logik lah kann nak marah..Tapi yang tak pernah pakai tu ada jer kan yang cerca lebih-lebih..Motipp??Saje lah tu nak carik pasal..

Sebenarnya, block lah macam mana pun..Benda tu still boleh di download kalau korang reti..Its all about setting and coding..Ada jer cara camne nak bypass benda alah tu..Aku kasi tajuk..Korang carik sendiri website neh..Tajuk dia "Cara bypass website yang SKMM block"..Camne??Easy tak??Senang jer..Tak payah nak maki-maki orang..Dosa tak dapat, pastu siap dapat download lagik..Kann..

Yo mann..My name is google..Ask me anything and i will tell u everything..Bolehh??

Pastu yang kerajaan block sepuluh je kot..Walhal ada jer yang diorang tak block..Maka korang pegi lah yang diorang tak block tu..Dalam sepuluh list dia block tu, aku pernah pakai 3 je..List aku yang lain semua selamat..Kann..Sepuluh jer punn..Ada banyak lagik rasanya..Sape suruh pergi kat tempat yang kena block.Memang tak dapat lah kann..

Ok tu jelah sesi lepas geram bersama aku..Kann..Sebelum aku blah, aku nak nasihat sikit para pembaca.Dalam hidup neh, jadilah seperti air..Letak lah macam mana pun halangan, air masih boleh lalu..Buka minda and think outside the box..Ok tu je kot rasanya...babai..Sekian..

p/s:We pick our reality. Some people choose to be depressed and have a victim mindset. When we shift our mind and thinking we change our physiology..

Sunday, June 12, 2011

PASAR TANI

Petang tadi aku pergi pasar tani dengan kakak aku.Aku pun saje je lah kan jenjalan.Dah lama tak pergi pasar tani. Saje je nak cuci mata tengok makanan Malaysia yang sungguh enak.

Aku sungguh terharu kalau celik je mata dah ada nasik lemak camni terhidang kat atas meja..Namun, aku hanya mampu berangann dan melihat..Oh tidak..

Sampai satu kedai, tetiba aku benti kat situ. Kedai tu milik satu pasangan yang boleh aku cakapkan agak berusia.Aku benti kat situ sebab diorang jual nasik lemak.Untuk pengetahuan semua, nasik lemak adalah makanan pebret aku all the time.Selain satay, kueh cakoi, pizza, meggi, hotdog, dan yong tau fu..Boleh??Kann..Banyak ke tidak makanan pebret aku??No wonder lah aku gemuk..Errkk..

Yesss..I still kurus..Inilah hasil diet nasik lemak I di pagi hari tau..

Masa nak bayar tu,tetiba pak cik tu berpesan kepada aku, "Nak, kau tu lelaki.Berperangailah seperti lelaki.."

Errkk..OK pak cik..Fine..Aku tak paham pak cik tu cakap apa..Kann..Of kos lah aku lelaki.Tetapi kenapa dia cakap camtu?Adakah dia suruh aku menjadi lelaki dalam konteks keluarga aku?Maknanya aku kena jadik anak yang lebih bertanggungjawab sebab aku sorang jer laki dalam tu?Atau apakah?

Aku pun balas," Ok pak cik.Saya suka berurusan dengan pak cik.Kerana pak cik seorang yang sangat hebat."

Pak cik itu menjawab, " OK lah nak.Pak cik pun sangat suka berurusan dengan kamu."Jumpa" lagi yer.."

Erkk...OK......

Pastu aku pun melantak lah nasik lemak yang aku baru beli tu dengan akak aku...Baru je nak suap makanan tu kat mulut aku, tetiba aku tersedar..

Boleh lak kan tetiba gi pasar tani jumpa pak cik neh..

..................

Ohh..Mimpi lagi rupanya..Aku berfikir lagi..Apakah maksud pak cik tu dengan "jumpa lagi"??Arghh..Seram lak aku dengar kan..Dia nak lawat aku lagi ke masa mimpi lepas nih??Kenapakah sejak dua menjak ni aku dilanda mimpi aneh??Haishhh..

APA PUNYA


Aku nak cerita pasal seorang insan nih.Seyesly, aku memang sakit hati dengan dia.Nak tahu kenapa?Sila klik kat sini. Ini adalah post yang mempunyai kata laluan.Sebab aku rasa benda ni aku boleh share dengan certain-certain orang sajer. Kepada yang nak baca post ni, sila emel ke phantom_student91@yahoo.com. Syarat nak dapat kata laluan, anda kena follow dulu blog neh. Kalau tak jangan haraplah aku nak bagi camtu jer.Gituu..Demand habis kan???Muahahahaha.

Surprise!!!!!!!

Dalam emel tu, nyatakan nama anda beserta link facebook anda. Saya memerlukan link fb anda adalah untuk mengesahkan bahawa anda ini real.Bukan spam atau tah apa-apa tah.No link fb no password.Thats it. Saya takkan add anda.Saya cuma mahu mengesahkan status anda sahaja dengan link fb tuh.OK.Selamat mencuba ek..Lol..

p/s: Hello stalker.You can no longer read my post!

Hik hik..

Saturday, June 11, 2011

MANA?

I was wondering..Where is everyone??Aku hantar mesej langsung tak berbalas..Komen facebook pun tak berbalas.Seolah-olah mesej yang dihantar tu dihantar ke planet marikh kan..Tak sampai-sampai lak kepada penerima..



I just wanna say something..I hate you exam..Sebab kau menjadi kan semua orang hamba kau..Hamba kepada peperiksaan.Sebab peperiksaan semua orang tak bertegur sapa..Sebab peperiksaan semua orang duduk dalam bilik je..Tak keluar rumah untuk beriadah..Atau beramah mesra..

Kepada peperiksaan, listen carefully..

"I HATE YOU"..

Baru rasa lega hati nih kan..Dah lama aku pendam..Kann..Sekian saja coretan kali ini.Sekian..

p/s: Saya bukan hamba peperiksaan.Anda?

TAKUT

Mula-mula aku naik kereta.Aku rasa masa tu aku mabuk rasanya.Seingat aku masa tu aku mabuk sebab makan float...Tau tak float tu mnde?Ais krim atas root beer tu haa..Adess..Ok lah..Masa mabuk tu, aku jadik co-pilot member aku jer.Aku ingat lagi, masa tu hujan lebat.Kawan aku tu lak bawak kete macam orang mabuk.Tah-tah dia mabuk jugak.Aku nak je tegur dia supaya bawak betul-betul.Tapi aku takleh cakap.Mulut ni seolah-olah terkunci.Mebi sebab aku mabuk kot.



Tiba-tiba ada budak kecik melintas tengah jalan.Kawan aku tu pun terus brek lah.Takkan jalan lak kan..Huh..Nasib baik sempat.Pastu dia pun nak carik lah tempat nak benti.Sebab nak tengok budak tu okeh ke tak.Punya lah susah nak carik parking masa tu..Hangin tol aku.Ujung-ujung kitorang parking kat balai polis jek..

Keluar je dari keta, kitorang terus kena cerca..Kemain kann..Hazab la jugak nak mendengarnya..Ahh lantak ahh..Kitorang pun pergi lah ke tempat kejadian..Kann..Sepanjang perjalanan ada je orang mencerca aku..Tunggu ekk..Kejap lagi turn aku pulak cerca korang..

Sampai je kat tempat tadi, aku tengok budak tu ok jek.Aku pun apa lagik.Aku pon jerit kuat giler.Tetiba lak rasa nak jerit..Semua orang terdiam..Kemain kan cerca aku tadi..Maka haruslah aku balas pulak cercaan diorang tu..Selepas aku kasik cercaan balik sedas dua, aku pun blah..

.........................

Tiba-tiba aku jatuh dalam lubang..Lubang sedalam tujuh kaki..Aku pun terpikir..Kalau bentuk macam ni bukan lubang..Ni liang lahad kan..Aku pun cuba lah panjat sebab masa tu ada orang timbus pasir dalam tu.Semakin aku panjat semakin banyak pasir yang masuk..



Aku pun terus panjat...

Panjat...

dan panjat...

Ahh..Rasa macam tak sempat je kann..Lantaklah..Aku terus jugak panjat.At least aku dah cuba..Masa tu tinggal setengah meter je..Seyes rasa macam tak sempat..Masa tu kaki aku dah kena timbus rasanya..Namun aku terus jugak panjat...Akhirnya aku sampai ke jugak ke permukaan bumi..Syukur..

...................................

Aku membuka mata..Aku lihat aku berada kat dalam bilik.Jam menunjukkan pukul 748 pagi.Syukur lah ianya hanya sekadar mimpi..Kalau betul-betul tadi camne??Memang tak dapat aku bayangkan..Aku terdiam seketika..Insaf sebentar..Lantas mengucap panjang...



p/s: Sudah bersediakah anda?Masanya kian tiba.

Friday, June 10, 2011

RIUH DI DEWAN

Huhh..Hari ni aku berasa sangat penat..Kemain kann..Jawab pekse macam nak pengsan lak tadi kan..Fuhh..Akhirnya tamat jugak masa 3 jam tu kan..Maka selepas berhempas pulas melawan badai gelora selama beberapa hari, haruslah aku merehatkan diri aku hari ni..Gituu..Bercakap pasal ekzem, hari ni aku nak bercakap pasal insiden yang berlaku kat aku masa ekzem Bio tadi..

Al-kisahnya..Hari ni aku ada paper Bio..Kemain kan menghapal sume bende..Cartilage lah..Hormone lah..kann..Memacam lah kena ingat..Maka tepat pukul satu petang tadi, aku pun mengorak langkah ke dalam dewan pekse..Kemain lagik dada aku berkencang kan..Berdebar-debar kann..Rasa macam nak tercabot lak jantung ni ha..



Bila dah masuk dewan pekse tu haruslah aku mencarik spot yang strategik..Kalau korang nak tau, aku suka duduk belakang...Sebab boleh usya orang lain buat apa..Kalau duduk depan aku macam psiko giler..Ok lah..Aku pun duduk lah kan kat tempat yang menjadik pilihan hati aku tu..Bila pengawas pekse dah suruh mula, aku pun apa lagik..Mula lah menconteng kat situ dan kat sini..Wah..Macam kelas melukis lak aku buat..Habis kertas pekse tu aku conteng.Pastu aku pun jawab lah..

Jawab..

Jawab..

dan terus menjawab..

Pastu aku tengok dah sejam masa berlalu..Heh..Sekejapnyer masa berlalu..Tetiba pengawas pekse check student ID aku..Pastu dia amek student ID aku..Aku mula rasa tak sedap hati..Selalunyer lepas je kann..Xde la sampai kena amek bagai...Kann..Aku pun terus fokus jawab soalan walaupun sedikit terganggu..



Tetiba sorang pengawas pekse datang kat aku lalu berkata," Dik, ko salah tempat lah..Kertas Bio ni untuk budak Sains..Kau budak Farmasi.."

Ko boleh dia cakap camtu??Nak je aku buat-buat pitam masa tu jugak..Yelah kan..Mana tak nya..Aku dengan gigih ni ha dah jawab hampir separuh kertas..Baru tahu aku salah tempat..Ko kannn..Walaupun camtu aku masih relax je pun masa tu..

Adussss..Pitammm den..

"Jangan risau yer dik.Akak cadangkan kau duduk je kat meja sana tu.." kata akak tu kepada aku.Akak katanya..Walhal aku rasa dia dengan aku dah taraf cucu tu kann..

...Ok fine aku tipu..Dia xde cakap akak..Aku saje je buat citer..

Pastu aku pun apa lagik..Pergi lah kat meja seperti yang dia cakap tu kann..Pastu dia bagi kertas pekse baru..Kann..Tak ke sedih ko kena jawab kertas lain..Walhal kertas tadi dah separuh siap tu ha..Aku pon bukak lah kertas tu..

Fuhh..Aku menarik nafas lega..Apsal lak??Sebab soalannya sama jer..Yang lain cuma kaber cover page jek.. Nasib baik kann..Selamat aku..Kalau tak tak tau lah apa terjadik kat aku..

Lepas ni aku kena lebih berhati-hati..Kerana pisang takkan berbuah dua kali..Eh masuk ke peribahasa tu??Ah lantak lah kan..Aku harap perkara ni takkan terjadi kat aku atau kat korang...Boleh kena stroke dibuatnya..

Bercakap pasal pisang, tetiba otak aku keluar gambar pisang goreng..Arrghhh..Best nyer..My pebret..

OK lah..Sampai tu je kot sesi gossip bersama aku..Next time kita jumpa lagik okeh..Babai..Eh chopp..Sebelum tu, aku perlukan jasa baik korang untuk vote gambar yang aku ni..Aku join satu pertandingan ni..Haruslah gigih sebab hadiah nya sangat mewah..Aku nak cuba nasib jer..Takde lah beria-ia sangat kan..Maka korang haruslah vote yer..Kalau nak undi, sila klik di sini..OK lah korang..Selamat berhujung minggu..

p/s: Apa korang buat kalau korang dalam situasi aku sebentar tadi??Adakah korang akan buat-buat pitam??

Tuesday, June 7, 2011

FAIRY TAIL

Oh..Penatnya exam hari ni..Kann..Balik je dari exam aku terus pitam kejap selama 4 jam..Korang boleh??Hahahaha..Aku bukan pitam sesaja..Aku pitam sebab semalam stay up..Gitu..Gigih ni kan stay up semata-mata nak exam..Haruslah gigih..Kata nak 4 flat kann??




Baik lah..Apa yang aku nak katakan hari ni..I am so glad that I have friends just like in my Fairy Tail story..Seyesly..Today i have found my Natsu..Guess who is the Happy??Aku lah..Kenapa aku Happy lak??Sebab aku comel dan kelakar macam dia???Hahaha..Oh..Bahagianya bila dah jumpa Natsu..Kann..Kalau sedih-sedih cerita problem kat dia..Takdelah aku bercakap dgn Mr.Shrek lagi kann..Apa lah kabarnya Mr.Shrek aku tu kan??Tah-tah mak aku dah buang kot..Hmmm..(For your information, Mr.Shrek is my action figure..Kemain action figure kann..Walhal beli kat mekdi je tuh)..

Kepada korang-korang nak menghayati erti persahabatan tu, jom tengok anime ni..Seyes best..Pastu touching giler kot..Kemain kann..Tak main lah Kpop2 nih..Kann..Sebab aku tak paham apa yang diorang cakap..Kalau korang nak tengok anime nih, just click here or here..Download jerk..Dah lah free, best lak tuh..Klik yang mediafire tu..Sebab tu je paling laju..

Happy

Natsu

OK lah guys..Have fun with the anime and good luck in your life okeh..Aku ada keje nih..Kene chaloo dulu..Tu saje kot buat masa ni..Sekian..

Sunday, June 5, 2011

PENGSAN, JOZAN DAN MAK JEMAH

Hi korang..Minggu ni aku agak busy..Sebabnyer..Minggu ni aku ada ekzem..Maka haruslah aku study dengan penuh gigih supaya tak pitamm tatkala aku membaca kertas soalan..Kannn..

Kepada yang ada ekzem jugak tu..Aku ucapkan selamat berjaya kepada anda..I wont say goodluck because you guys do not need luck to success..But what I wanna wish is..

 "ALL THE BEST"

Hah gitu...Bila tengah ekzem ni, haruslah aku dok megadap buku je kan..Takkan nak berpesbuk lak..Bila mengadap buku doploh pat jam tu, maka haruslah otak aku jadik tepu jap..Dan gila..Thats why cara penulisan aku ni menjadik ala-ala mat rempit sikit kan..Kepada yang tak suka bahasa rempit tu, sila jangan baca..Terutamanya kau Anwar Hadi..Okeh..Tu je kot..Selamat belajar...

p/s: Doakan kejayaan aku yer..

p/s: Jom layan Jozan jap..Seyez lawak bai..Ala-ala kak Senduk gitu..Ko mampu???


Wednesday, June 1, 2011

KEJI

Ok lah.Kali ni aku nak cakap pasal hutang. Hutang??Tak ada topik lain ke?Entah lah.Aku cuma nak share pengalaman hidup aku berkenaan hutang jek.Tapi bukan berkenaan aku. Berkenaan apa yang aku lihat kat persekitaran aku.Cerita ni tak ada kaitan dengan aku..

................

Pada zaman dahulu, ada dua orang manusia yang tinggal di dalam sebuah gua. Mata wang yang digunakan pada masa tu adalah daun. Nak dibuat cerita, kejadian itu berlaku pada musim sejuk. Dan sumber daun telah semakin berkurang.


Holla people..Aku Stu..Apa pandang-pandang??Ada utang ke??

Stu dan Zack adalah insan yang hidup di dalam gua itu. Satu hari Stu sudah habis sumber daun. Dan Stu pun meminta untuk berhutang dengan Zack.Dengan rasa murah hati si Zack memberi hutang kepada Stu. Jumlah daun yang diberikan kepada Stu adalah sangat banyak.

Setelah lebih kurang sebulan lebih, Stu membayar hutang kepada Zack. Jumlah yang diberikan adalah lebih daripada jumlah hutang yang perlu dibayar.Dan ini bermaksud Zack telah berhutang kepada Stu.Pada masa itu, Stu mendesak supaya Zack membayar bayaran baki itu.Stu mendesak dan terus mendesak. Sehinggalah Zack menjadi sakit hati kepada Stu.Alasannya kerana dia sanggup memberikan hutang kepada Stu dalam jangka masa yang lama.Manakala si Stu tu pulak, Zack baru hutang tak sampai sehari dah nak mintak balik..

Nak mintak hutang tu balik bollehhh???

..........................

Hmm..Itulah kehidupan..Sebab duit, kehidupan jadi huru-hara. Kannn..Tapi si Stu pun tak consider kan..Baru hutang sekejap..Kemainn kau mintak bayar hutang masa tu jugak..Si Zack tu cool jer kot kau hutang lama-lama..Tolonglah..Thats not good..Itu boleh buat orang lain sakit hati..

Tu je kot kali ni..Sekian..




GOOD PEOPLE

Oh yer.Aku nak share something. Ermm..Aku kat sini rasa sangat bertuah.Sebab aku hidup dengan seorang individu yang sangat baik..Dia bukan rakan sebaya aku okeh.

Tiap kali aku cerita masalah, ada jer dia nak tolong aku..Kann..Dia sangat baik kott..Sebagai contoh, selama ni aku study kat meja yang tak berapa sesuai..Pastu disebabkan dia tak pakai meja study dia, sanggup dia kasik kat aku tuh.Kalau orang lain, heh..Jangan haraplah nak kasik..

Pastu hari tu aku ada cakap yang wallet aku koyak..Aku cerita lah kat dia.Pastu dia cakaplah yang dia ada wallet lebih.Dia suruh amek je wallet dia..Perghh..Terbaik.So far aku tak pernah lah jumpa lelaki yang baik camtu dengan aku..Wallet kot..Mahal lah tuh..Perghh..Terharu giler..

Kepada insan itu, aku hanya mampu ucapkan terima kasih sahaja.Tak terbalas jasa kau itu.Hahahaha..Ok lah.Tu je kot kali ni.Sekian.