JEJAK ANDA

Monday, March 28, 2011

KISAH HUJUNG MINGGU

Nak dibuat citer, pagi tadi macam biasa..aku datang lecture pukul 9..Tiba-tiba Joseph datang duduk sebelah aku..

"Dude ko pekaba?" kata dia..

"Sihat..Hujung minggu ko buat apa??"

"Duk rumah..Study..Pastu gi gereja..Err..Eh..Ko ada agama tak??"

"Ada..cuba teka apa agama aku?"

"Buddha?"

"Heh??Silap.."

"Err..Hindu??"

"Hotak ko..Teka lagi.."

"Errr..dunno.."

"Aku muslim lah weyh.."

..................................

Joseph tu budak Korea..How come dia cakap aku beragama Buddha??Err..Aku ni tak nampak macam muslim ekk??Entahlah..biar je lah..

Till then..See ya next time..

p/s : Seyes ko kejam Joseph!!!

Sunday, March 27, 2011

~BABAI~

Sedikit pesanan masyarakat dari aku..Perasaan aku tengah bercelaru sekarang..kerana Mr Joker tengah mengambil alih badan aku..maka kepada sesiapa yang terasa disebabkan perbuatan aku, aku mintak maaf banyak-banyak..Apa yang telah aku lakukan??Siapa makan maggi, dialah yang terasa sedapnya..oke lah babai..

Blue's clue : Babai..

OLD TIME

Dear Din, 

Seyes aku nak lepak dengan ko skang..Macam kita selalu buat kat intec dulu..Lepak sama-sama..Minum-minum..Bincang masalah keluarga, agama, bangsa dan negara..Gossip-gossip sikit-sikit..I miss that old time.Wah..sumpah bunyik macam gay..Ahh..Ada aku kisah ke??Skang ni aku ada probs..Thats why aku nak ajak ko lepak same-same..

Tapi sekarang sume tu xder lagik..Bilakah kita boleh lepak sama-sama lagik??Entahlah..aku pon tak tahu weyh..Harap-harap esok kita boleh lepak..Esok??Ha ah din..Aku perlukan sokongan kau din..Tapi entahlah..Aku cuba untuk berdikari..Kau pun ada jugak life ko kann..Maka selamat berjuanglah superdin..

Salam Adrenalin dari aku..

ITS ME..IM A FREAK..

Dear Blog,(eh apsal gaya penulisan aku ni macam Sue Slyvester hah??)

....AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.....

Sekarang ini aku di dalam situasi yang agak tidak stabil..Seyes..Demotivated habis..Bila dah emo camnih..macam biasalah..semua orang aku nak maki..Sipot tol lah..OK..Jom kita mulakan sesi makian kita okeh..

Di manakah kamu semua rakan-rakan??Sehidup semati konon..Blah arr.

To those yang sudi mendengar probs aku tu, terima kasih banyak-banyak..Walaupun  korang tu sibok kan, tapi sanggup gak dengar cita aku tuh..Kepada yang sibok  sangat tu.ingat ekk..Kesibokkan anda tak ke mana..Jangan perasan yang anda tu lagik sibok dari Rasulullah..

Babai..Lagi banyak aku tulis..Lagi banyak aku menyumpah..

SALAH SIAPA

Situasi : Melihat rakan membuat maksiat...

Err..bila kita berada kat dalam situasi sedemikian, siapakah yang perlu dipersalahkan??Adakah kita perlu menyalahkan TV yang memaparkan banyak sangat benda yang tak senonoh??Adakah pihak Barat perlu dipersalahkan kerana melakukan proses pembaratan??Atau pun diri sendiri kita yang perlu dipersalahkan??Kerana tidak mampu menerangkan dan menjelaskan Islam yang sebenar kepada mereka sehinggakan mereka terbuat maksiat itu??

Jawapannya adalah diri sendiri..Oh betapa lemahnya diri aku ini..Sungguh lemah..Selemah-lemah iman..Oh Lord, gimme strength to face all of these..I cant stand this anymore..

p/s : mood : demotivated..

Wednesday, March 23, 2011

ERR??

"Ok..Siapa tahu jawapan kepada soalan 3??"tanya Sandra iaitu lecturer pharmaceutical science kepada pelajarnya..

"Tyler??Nak jawab??"

"Err..Saya belum buat lagikk"

"Joel??Apa jawapan kamu??"

"Err..saya baru ambek handout tu la puan..So saya tak siap lagik.."

"Edison??"

"Saya pun belum siap"

"Stephen (bukan nama sebenar), apa jawapan kamu??"tanya Sandra kepada aku..

"Errr...2.5 mg??"

"Ohh..Itulah jawapan yang saya carikk"

.....................

Apa yang aku mahu share kat sini adalah aku ada seorang lecturer yang memang hafal nama student..So masa sesi soal jawab memang takleh larik lahh kalau dia tanya student..Nak larik camne kan..Sebab nama yang dia panggil tu konpem-konpem nama student tu sendirik..Bukan nama bf mahupun nama pet mereka such as anjing, kucen ataupun hamster..

Maka selepas ini haruslah aku menyiapkan segala mak nenek kerja yang dia bagi..Kalau tak, memang sogan den sobab tak dapek jawapan ea..Dan den bakal memalukan air muko den ni ha..Err..Ok lah korang..Aku nak siapkan assignment dulu okeh..Majulah assignment untuk negara..

p/s : I have a new friend...Nama dia adalah APF21..Dan dia adalah seorang sebuah buku...

Tuesday, March 22, 2011

Dear Pak Cik Bas Yang Emo!!!

Mood : Emo

Hari ini lelaki hitam terpaksa berjalan ke bandar..Kerana ada practikal biologi di bangunan medical science di sana....Semasa dalam perjalanan pulang ke universiti, lelaki hitam mengambil keputusan untuk naik bas sahaja..Kerana jarak antara universiti dan bandar agak jauh..

Semasa itu jam menunjukkan tepat pukul 1030 pagi..Lelaki hitam sudah terlambat kerana ada dia ada kelas kimia pada pukul 11..Seperti kebiasaan..kelihatan ada sebuah bas di bus stop uni..Maka dengan penuh yakin lelaki hitam itu naik lah ke dalam bas itu..

Sambil mendengar lagu kegemaran beliau di mp3, lelaki hitam itu mengeluarkan wang sejumlah 2 dollar dari uncang dan memberikannya kepada lelaki putih merangkap pemandu bas itu..Lelaki putih itu hanya mendiamkan diri..Lantas lelaki hitam itu pun membuat mimik muka supaya lelaki putih itu mengambil wang tersebut..

Nak tahu apa yang terjadik??

Setelah 30 saat adegan tanpa suara itu berlaku, lelaki putih itu naik angin..

"Bro, sebelum ko naik bas boleh tak ko check dulu bas apa yang ko naik?"

"Errrr..."lelaki hitam menjadik gelabah..

"Awas ko ek!!Lain kali naik bas tolonglah berkomunikasi sikit..Ni diam jek" kata orang putih sambil membuat muka bengis kepada orang hitam..

Maka tanpa rasa bersalah, lelaki hitam terus beredar dari situ..Kerana dia tahu, lagi lama dia stay, lagi banyak dia kena maki..

Ok fine..Orang hitam itu adalah aku..Aku sangat geram dengan kau..Ni ha sajak yang aku cipta khas untuk ko...Dengar bebaik ehh..

Dear Pak Cik Bas,
Pertama kali aku melihat wajahmu,
Aku sudah tahu mood kau yang emo itu,
Tapi mengapakah aku menjadik mangsa?
Kenapa mesti aku?
Aku cumalah budak yang tak tahu apa-apa..
Dan hanyalah tersalah naik bas sahaja..
Wajarkah aku kena maki hamun seteruk itu??
Kalau ikut hati, nak je aku lak yang maki ko balik..
Apakan daya..aku hanyalah seorang Melayu yang berbudi bahasa (tolonglah jangan puji diri sendirik!!)
Ok fine..Aku terima..
Hari ini hari kau..
Esok hari Rabu aku..
Semoga kau bahagia bersama hari kau yang emo itu..

....................

Err..Amcam??Puitis tak sajak aku??Err..Padahal teruk giler tu..Nak cakap sajak langsung tak ada rupa pon..Apa-apa pun, kepada pak cik itu, terima kasih kerana memaki aku dan menjadikan aku takleh fokus dalam kelas tadi..Sekian terima kasih..

p/s : Emo itu berjangkit..Maka, janganlah emo sesama manusia yer..

Sunday, March 20, 2011

KERANA DIA JUGA MANUSIA

Mood : Sayu...

Petang tadi, aku berfesbuk sahaja..Seperti hari aku pada hari hujung minggu yang lain..Tetapi minggu ini lain sedikit...Aku digemparkan dengan pemergian salah seorang lecturer yang terhebat pernah aku jumpa..Ini serius.Oh.Dan ini sangat menyedihkan..

Walaupun begitu, jauh di dalam sudut hati aku yang gelap ini..aku tertanya-tanya..Giliran dia sudah tiba..Tetapi bilakah giliran aku??Bersediakah aku menghadapi semua itu..Kaki kena sepak sikit pun sudah meraung macam kena langgar kereta inikan pulak apabila roh dipisahkan dari jasad..Aaaaa..Itu semua tidak boleh dibayangkan.Dan apakah pengakhiran aku??Oh.Takutnya..Takut..dan takut..

Hari ini aku sedar semula..Walau macam mana hebat pun orang itu..dia tetap manusia..Manusia yang pasti akan mati..Kerana kematian itu adalah hakikat..Itulah kelemahan manusia..Aaaaa..Takut..Aku hampir pasti terpaku tatkala aku memikirkan pengakhiran aku..Bagaimanakah??Ahhh..

................(speechless).........

..............(tergamam)...........

...........(terpaku)............

..................The end..............

p/s : Are you ready??Lets muhasabah!!!

p/s : Ada orang pernah berkata..Kenapa harus risau..Mati hanyalah sementara..Err..Apakah??

Saturday, March 19, 2011

CONGRATES LAH!!

Hmm..Aku ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada sorang kawan aku neh..Kenapa??Dia telah berjaya di uji bakat dengan jayanya..Korang tahu lagu apa dia nyanyi masa uji bakat??

"AFTERMATH" by Adam Lambert..Seyes tak sangka kot..Its my fevret song!!!

Dia cakap lepas dia nyanyi..semua orang tergamam..Aku tak tahu sama ada orang tergamam sebab menghidapi strok selepas dengar suara dia atau pun sebab suara dia terlalu sedap..Tapi yang penting orang tergamam..Yelah tu kan??Apa-apa pun..Tahniah lah ekk..Aku harap ko sukses..Terbaik arr..

Nanti-nanti kita berentap lagik ehh..Kita tengok vokal sapa paling mantap..Padahal suara aku nih lagi best sikit jer dari katak..Adeh..Ada hati nak lawan dier..Hahaha..Siap berangan masuk choir tu kan..Aku ni memang tak tahu malu betul lah..Eh.Apsal aku terkutuk diri sendirik nih??OK lah korang..Tu je kot coretan aku hari nih..

Esok kita bersiaran lagik pada tempat dan URL yang sama okeh..See ya..

p/s : Kan aku dah cakap..Lagu tu berhantu kott..Ko tak caye..

LATIHAN MUSIM LURUH

Oh..Penat sunggu hari nih..Err..Kenapa lak??Macam ni ceritanya..

"Tok..tok..tok.."

...bunyik pintu diketuk..

"Adehh..Sapa lah pulak neh??" kata aku sambil mengesat mata sebab baru bangun..

"Ko nak pergi tak training hari ni??"

"Err..Sekarang ke?"

" Ha ah.."

"Eh cakap pukul 10??"

" Sekarang dah pukul 9 setengah okeh..Kita kena pergi cepat..Sebab coach cerewet skit"

"Ok..dengan segera aku siap."

Adeh..Sekali lagi..Aku bangun lambat..Seperti kebiasaan di hari cuti yang lain..Adeh..Dengan kepantasan the flash..aku terus cuci muka dan gosok gigi..Err..Disebabkan tak nak kena marah dengan coach..maka lebih baik aku melupakan hasrat aku nak bersarapan..

Sampai kat padang, aku terus memakai boot kesayangan aku itu..Err..Hari ni suhu agak sejuk sedikit..Maka haruslah aku menggigil kesejukan..Nasib baik lah aku tak beku kat tengah padang tu sebab aku pakai baju nipis je..Adalah dalam 0.06cm tebal..Amacam??Tebal ke tidak??



Hari ni kitorang cuma berlatih basic skill je..Macam komunikasi dan passing skill..Hmm...Huh..Pastu masa full training, aku jadik center back sahaja.Sebab aku malas nak jadik striker..Penat woo..Hari ni aku agak kecewa sikit..Sebab aku ingat dah boleh lah berlatih jadik keeper..Aku sebenarnya bercita-cita mahu menjadik keeper..Macam Peter Cech dan Valdes tuu..Disebabkan kat sini kekurangan keeper, maka aku haruslah merebut peluang itu...Disebabkan aku ada lagi seorang pesaing, maka aku haruslah bersungguh-sungguh merebut tempat penjaga gol utama itu..

Oh yer..Next week rasanya latihan penjaga gol akan bermula..Takkan lah nak biar skuad kami ada satu keeper je kan??Maka aku haruslah bersedia menjadik sama ada sebagai penjaga gol utama atau pun sekadar penjaga gol gantian..Mana lah tahu penjaga gol utama injured..Tak ke susah kalau ada satu keeper jek??Maka aku dengan rasa berani matinya mencalonkan diri untuk menjadik keeper..



Aku rasa itu sahaja buat masa ini..Oh..Hari ini sangat penat..Mahu tidur dulu yer..

SALAM ADRENALIN..

Friday, March 18, 2011

~OH~

OH..Aku ingatkan lurus..


Rupa-rupanya bengkok..



~Adeh~

Tuesday, March 15, 2011

PICNIC FOR A CURE

Fuhh..Lama nya tak hapdate blog..Oh yer..Hari ni aku nak share pengalaman aku menyertai satu event amal nih..Disebabkan aku telah menyertai TUMS ( Taiping University Musical Society)..maka aku terpaksalah join event tu??Erkk??Apa aku kena buat??

MENYANYI tau..Hahaha..Thats my fevret okeh..Melalak depan orang ramai..Haha..MALANGNYA, disebabkan aku telah terlepas kelas muzik minggu lepas, maknanya aku tidak dapat menyanyi bersama mereka..Bersama mereka??Sebenarnya bukan aku sorang je kena nyanyi..Tapi semua ahli kena nyanyi..Sebab kitorang bukan buat persembahan solo..Kitorang buat persembahan koir macam New Direction kat dalam citer Glee tu ha.

Well, nak buat camne..Dah nasib badan..Sapa suruh malas sangat datang latihan..Kan dah tak tahu nak nyanyi lagu aper..

Oh yer..Event itu diadakan untuk mengumpul dana bagi pesakit leukimia..Antara acara yang dianjurkan adalah mencukur rambut..mencukur janggut ataupun mewarna rambut...Mula-mula aku nak pilih mencukur janggut..Disebabkan mewarna rambut itu lebih menarik, maka aku dengan berani matinya telah memilih untuk diwarnakan rambut aku yang hitam ini..

Untuk pengetahuan semua, its just a temporary hair colour spray..Gila lah kalau aku warna rambut pakai pewarna yang kekal..Tak sah ibadah aku okeh..Aku telah memilih untuk di spray dengan warna kuning dan hijau..Korang tahu apa hair dresser tu buat??Dia gi bantai warna rambut aku jadik kuning sebagai base pastu buat polkadot kaler hijau.Polkadot??Come on..Habis angan-angan aku untuk kelihatan seperti pelakon korea..Adehh..Tapi bila balik rumah, aku terus basuh rambut aku..And the colour is gone when i washed my hair with shampoo..Mampos aku kalau kaler tu tak hilang..

Apa-apa pun, event tu sangat best..Walaupun matlamat asal datang situ adalah untuk menyanyi bersama mereka, akhirnya aku datang hanyalah untuk mencuci mata..Sebab aku malass nak join mereka menyanyi..Di sini aku ada sertakan beberapa keping gambar yang sempat aku ambek..Tu je kott..Sekian..

James and his balloons

Scott mengambil giliran diwarna rambut...Psss..Abaikan dua orang kat atas rumput tuh..Atas rumput pon jadikk..Adehh..

Best whoa diorang main..


 Kate diwarna rambut..Dia adalah conductor music..


New Direction in da house..

Sebelom nyanyi..haruslah warm up suara..

SEKIAN..

p/s : Dalam gambar nih tak ada gambar aku sebab aku yang tengah ambek gambar..Adehh..

Sunday, March 13, 2011

ITS ALL ABOUT REZEKI

Huhh..Penat sungguh pergi meeting tadi..Adeh..Dah lah masuk meeting lambat kan..Terasa diri ini macam VVIP pulak..Heheh..Sekali sekala berangan..Tak salah kan??

Oh yer..Aku nih suka perhati orang..Sebab aku suka tengok ragam mereka..Dalam meeting tadi aku boleh tengok perangai sebenar sesetengah orang..Perangai apakah itu??Iaitu perangai tak senang melihat orang lain mendapat nikmat lebih..

Nak dibuat citer..antara minit mesyuarat meeting tadi adalah berkenaan elaun..Di mana pihak sponsor ingin meningkatkan elaun kami yang menetap di pulau ini..Masa itu, semua orang kelihatan teruja..OH tak apalah..Siapa tak nak dapat duit lebih kan??

Tetapi yang amat menyedihkan pula adalah tatkala pihak penaja berkata bahawa mereka juga akan meningkatkan elaun kepada mereka yang berada di mainland, ada pulak suara-suara sumbang yang memanaskan telinga aku..Mereka mempersoalkan mengapakah elaun mereka di mainland dinaikkan sekali padahal elaun mereka sudah tinggi...

Ehh??Engkau jeles apehal haa??Terima sahajalah..Tak boleh ke melihat orang lain senang sekali seperti anda??Kenapakah anda mahu bolot rezeki itu sorang-sorang??Bila pasal duit, semua perkara boleh terjadik..Jeles..hasad..tamak..Itu semua lumrah apabila berkata tentang duit..

Sebenarnya, ianya bukan berkenaan duit..Its all about rezeki..Tak boleh ke melihat orang lain melihat rezeki lebih ha??Kalau nampak orang lain mendapat rezeki lebih mesti ada sahaja yang merungut..Kepada siapakah anda merungut itu??Tepuk dada, tampar muka..tanya diri sendiri..

Sekian sahaja celoteh dari diri aku yang emo ini..Babai..

p/s : Jom picnic??

Saturday, March 12, 2011

TERBAIK!!!THUMBS UP!!!

Huh..Pagi tadi lepas bangun jek, aku terus berfb..Dah lama kot tak bukak.(padahal semalam baru bukak)..Maklumlah.minggu ni sibuk sikit..Oh..Bila aku bukak fb, tetiba aku ternampak satu link..Yang bertajuk Malay Chronicle..

Aku pun apa lagik, terus je lah menekan link tuh..Oh..trailer movie rupanya..Lantas aku berkata sebaik sahaja butang play ditekan..

OH MAN!!!THIS IS SO AWESOME!!!KRU MEMANG TERBAIK..

Buat pertama kali, aku mengiktiraf trailer movie yang menarik dari filem tempatan..Perghh..Sebagai ahli kelab pengarah filem muda malaysia, aku amat berbangga kerana ada jugak filem tempatan yang bagus..Seriously..Hahaha..Kenapakah aku berkata begitu??

Yang pertama filem tu ada motif..Bukanlah cerita lawak sengal yang tidak ada pengajaran itu..Motif bermaksud ada pengetahuan yang boleh disalurkan kepada masyarakat..

Yang kedua, sebab cerita itu best..Mungkin??Haha..Entahlah..Aku dapat rasa jugak yang cerita itu best..Stephen Rahman tu aku tengok dah macam Jack Sparrow dah..Dia siap topless lagik..Mesti ramai pompuan yang nak tengok tuh..

OK lah korang..This is just my assumption..Tak betul pun..Dan yang paling penting..ITS UNRELIABLE..Muahahaha..Jom tengok jap


p/s : Aku selalu tertipu dengan trailer movie..Adakah kali ini aku tertipu lagik??

p/s : Harap-harap ada lah filem itu ditayangkan kat "the lost island" nih..Kalau tak terpaksa lah aku muat turun secara haram..Lagi..Adeh..

Thursday, March 10, 2011

CALAMINE APF 1955??

Al kisahnya..Tadi adalah pengalaman pertama aku buat ubat..Err..Kalau masuk skola farmasi, konpem-konpem lah kena buat ubat kan..Err..Ubat apa lak yang aku kena buat tuh??Aku buat ubat Calamine iaitu sejenis astringent..Apakah itu astringent??Sila google sendirik ye..

Nak dibuat citer..Aku buat benda alah tu tanpa membuat persediaan dari awal..Maknanya, aku main masuk je lah lab tu tanpa baca lab manual sebelum buat benda itu..Err..Nak tahu kesilapan apa yang aku telah buat??

Yang pertama, aku sesuka hati jer telah membuang 17g ferric oxide kat dalam tong sampah..Nasib baik lah lecturer tak nampak..Kalau tak dah lama aku kena bebel..Adeh..Apa pasal aku buang lak benda alah tu??Sebab  masa tu aku tengah serabut giler..Maka cara aku nak menghilangkan kekusutan itu adalah dengan memulakan dari awal iaitu menyukat semua bahan yang dipelukan dengan tepat..Tadi sebenarnya aku terletak banyak sangat ferric oxide..Tapi susah sangat nak adjust balik..Maka cara senang adalah buang segala-galanya dalam tong sampah..

Yang kedua adalah serabut giler masa aku bancuh ubat tadi..Sampai berterabur lah campuran ubat itu kat atas meja aku..Dan sampai kena basuh tangan hampir beberapa kali sebab ubat tumpah kat tangan aku..Adeh..Tapi lepas ni aku dah ok sikit kot..Harap-haraplah..Sebab aku nak jadik farmasi yang terbaik di kampus itu..I want the title so badly and i want to make my family so proud of me..hahaha..Berangan seyhh..

Dan yang paling best adalah, sesuka hati jer aku jawab soalan pakai wikipedia..Hambek ko..Nasib baik lah Sandra Holmes tu lecturer paling baik hati dan paling chantek di kampus itu..Harap-harap dia baca ini supaya boleh dapat extra mark..Kalau tak mesti dia tak bagi tahu yang komputer itu ada medicine dictionary..Adeh..Fokus weyh..Fokus..Ni pharmcist kasik breifing ko berangan jek kan!!Ok lah..Lain kali aku tak berangan lagik!!Aku dah insap okeh..

Secara total, prestasi aku hari ini agak tidak meyakinkan kerana aku menyiapkan ubat dalam masa 3 jam 15 minit..Iaitu 15 minit lambat..Aku kena perbaiki itu kerana selepas ini aku kena buat 3 ubat dalam 3 jam pulak..Termasuk report..Nah rasakan..Sapa suruh mengada-nganda nak jadik farmasi..

OK lah korang..Tu je kot hari ini..Huh..Hari ini aku sangat penat..babai..Selamat maghrib...

p/s : Buat ubat sebijik macam main masak-masak..Masak-masak??So girly...Auwwww...

p/s : Esok ada quiz human bio..Wish me luck guys...

Monday, March 7, 2011

BARU PERASAN

Nak dibuat cite, aku baru perasan sesuatu yang unik ada kat member aku..Apakah itu? Adakah dia ada sixth sense?Atau pun dia ada psikik??Oh..bukan-bukan..Semua itu bukan..Benda yang menarik itu adalah mata beliau..Eh kenapa dengan mata dia lak??

Mata dia sebijik kot macam Eliot Spencer dalam citer Leverage tu..Bapak ahh..Itu mata ori lak tuh..Bukannya contact lens atau mata tiruan.Oh tidak...Itu sangat awesome..Patut lah setiap kali aku tengok muka dia aku macam pernah nampak muka jenis itu..Rupa-rupanya mata itu menjadikan dia kelihatan seperti Eliot..Hmmmm..Macam mana rupa Eliot tuh??Rupanya adalah seperti di bawah..

Hoi!!!Apa pandang-pandang??Ada hutang ekk?

Ikut hati, nak je aku cucuk mata dia..Pastu pasang kat mata aku..Cisss..Semua itu adalah angan-angan belaka..Buat apa nak buat macam tu lak..Pakai contact lens sudehhh..Hmm..Malas lah pakai benda tuh..Dah arr kecik..Aku ni lak jenis bangsa yang ganas dan gasar..Kang baru nak pakai dah pecah benda tuh..

Sudah-sudah...Kalau malas, lupakan je lah hasrat mempunyai mata seperti Eliot okeh..Yelah...Nak seribu daya..Tak nak seribu dalih..

Ok lah korang..Aku pon dah ngantuk nih..Selamat malam semua...(yawning..)

p/s: Mata manusia kat sini sangat aneh..Biru la..hijau laa..Putih laaa..Walaupun begitu, mata aku tetap tercantik dan terbaik bagi aku..Muahahahaaa..

p/s : Salam adrenaline..

Sunday, March 6, 2011

CITER FACEBOOK

Ohh..Penat sungguh hari ini..Jalan kaki dari bandar (yang tak seberapa bandar itu) ke rumah..Sangat penat weyh..Bukan kedekut nak naik bas ke apa..Tapi hari ni hari ahad..Bas sejam sekali..Dari pada aku tunggu bas..Baik aku jalan kaki jer.15 minit  camtu sudah boleh sampai..Sebab aku jalan laju...Bukan catwalk okeh..Giler hapa lelaki catwalk..Kalau sesapa yang catwalk mungkin ambil masa setengah jam..

Ok lah..Lepas balik dari bandar tu kan, aku pon terus lah mengadap laptop ni haa..Bukan buat perkara2 tak berfaedah..Aku check tarikh penting yang berlaku kat universiti dalam semester nih..Setelah kerja tu setel, aku pon apa lagik..Berfacebook je lah keja nya..

Bukak2 facebook, tiba-tiba ada friend request..Nak tau apa yang berlaku??


Oh tidak!!!!ADAM LAMBERT add aku..Sekali lagi..ADAM LAMBERT..Ko jangan memain dengan aku okeh..Ko ingat aku caya ke semua itu??Adam Lambert nak add aku??Motipp dia nak add aku??Aku pon approve je lah kan..Sebab nak tengok..Dia ni adam ori atau seorang psychopath..

Aku nak tengok..Berapa lama dia boleh menipu aku dan orang lain..Best giler kalau dapat kenakan mamat nih..KO tunggu je ekk..

Sedikit pesanan penaja : DONT MESS WITH ME OKEH!!!

Babai..



Thursday, March 3, 2011

OH TUHAN

Dalam aku sibuk belajar kat sini, rupa-rupanya ada juga isu yang berlaku kat dalam negara aku sendirik..Ya Allah, selamatkanlah negara aku dari segala macam bencana..Satu kan lah hati semua umat Islam di seluruh dunia umumnya dan di Malaysia khususnya..Sungguh, aku tidak sanggup lagi melihat semua drama yang berlaku di tanah air ku..

Kepada yang tidak tahu, sila lah menahukan diri anda..Jom kita berdoa agar tanah air kita masih lagi dikurniakan keamanan oleh yang maha Esa..Aminn..

Mood : Pasrah..

p/s: Ini tiada kaitan dengan perang atau keganasan..Cuma sekadar luahan perasaan terhadap isu mutakhir yang berlaku..

KISAH TANDAS

Mood : Bengang...

Al-kisah nya..Tadi aku masuk toilet kat dalam rumah aku..Camni bentuk tandas tu..


Korang tahu apa aku nampak??Hantu??Jembalang??Bukan!!!Aku nampak bekas tapak kasut kat tepi tu..Macam mana bentuk tapak kasut tu??Macam ni...


So bila nampak tapak kasut tu, aku terus berkata dalam hati..Sapalah pulak yang buat aksi akrobatik kat dalam toilet neh??Setahu aku, kalau pakai tandas camnih, kaki jejak kat lantai..Sapa pulak yang panjat-panjat??Jembalang ke??

Sebenarnya, bukan benda tu yang aku nak highlight..Aku rasa aku dah tahu punca aku dapat fungal infection kat area kaki aku..Rupa-rupanya dari tandas yang aku pakai setiap hari kat rumah sewa nih..Adoiii..Susah tol lah camnih..Come on..Ni tandas duduk..Bukan tandas cangkung..Takkan lah sebab ada orang yang mencangkung kat situ aku lak kena akibat..Its fungal infection weyh..Kalau korang yang kena mesti korang tak puas hati jugak kan..Lama kot nak recover dari fungal infection..Makan masa lah jugak..

Tolonglah!!!!!Perlu ke aku nak tampal simbol seperti yang kat bawah ni kat dalam toilet tu??Kang aku tampal korang cakap kejam pulak..Adeh..


Korang rasa sapa yang kejam kat sini?? Aku ke atau insan yang buat aksi akrobatik kat tandas duduk tu??

p/s : Dilarang mencangkung di tandas duduk..Sebab nama tandas tu pon tandas duduk kot..Kang kalau ada yang jatuh tersembam muka kat atas lantai..aku hanya mampu tergelak..Sebab sapa suruh tak paham konsep tandas duduk..rasakan..

p/s : camne aku leh dapat infection??tapak kasut yang kotor itu mengandungi kotoran yang dipijak oleh suspek..Disebabkan aku mempunyai super sensitive skin, sedikit bacteria, virus atau pun fungal sudah mampu menyebabkan aku mendapat rash..or whatever skin diseases..damn!!!!

Wednesday, March 2, 2011

WHO'S NEXT??

Hmm..Di sebabkan AI sudah bermula maka aku telah pun memulakan sesi meneka siapakah yang bakal memenangi gelaran itu untuk musim ini..Dan aku telah pun jumpa satu peserta yang sangat berbakat.He got a very high note and powerful vocal..Namanya James Durbin..Suara dia sebijik macam Adam Lambert..Tapi dia ni straight okeh..Dah kahwin dah pun..So macam tak ada reason lah orang tak suka dia..

Jom tengok bakat peserta nih...



p/s : Mampukah dia memenangi gelaran musim ini??Sama-samalah kita tunggu...

NO MATTER IF I BLACK OR WHITE

Satu hari..(iaitu hari ni), orang hitam bertanya kepada orang putih..

"Hey bro..boleh kasi aku no tepon kau??"

"Sorry lah kawan..Aku tak pakai tepon.."

"What??Tak pakai tepon??Kenapa pulak??"

"Sebab aku malas arr..Kang aku nak balik rumah ada je lah orang yang menyebok nak call aku..Aku nak lepak je kat rumah..Pastu kalau ada tepon nih, ada la member2 yang putus cinta call aku pukul 2 pagi..Adeh.."

"Kalau aku jadik ko lah kann..dah lama aku ignore call tuh..Sangat giler..By the way, its so weird..First time kot aku jumpe manusia yang tak suka pakai henpon.."

"Mana ada pelik..Banyak je kot kat sini.."

"Abeh tu camne ko nak call parents ko tu ha??"

"Oh..Aku lebih suka pakai emel jer..Tak pon skype.."

"Oooooo..ok..cool.."

Blablabla...

p/s : Budaya kat sini sangat berbeza..Orang hitam itu adalah aku..Dan orang putih itu adalah orang putih..Kawan baharu aku..

Tuesday, March 1, 2011

FIRST REHEARSAL

Ahh..Akhirnya..Setelah lama tidak mengupdate blog..Fuhhh..Ohh..Ok..Chill..Tarik nafas...Tahan...Dan jangan lepas-lepas....Ok2..nak dibuat citer, semalam aku dengan jayanya telah pergi rehearsal..Fuyoo dasat tu..Aku pon tak sangka aku akan menjejakkan kaki di sana..

That society is super duper cool.Disebabkan aku sorang je yang weirdo kat situ, ramai jugak lah yang tanya aku kenapa aku nak join musical society..Dengan bangganya aku menjawab, sebab aku suka music dan aku suka menjadik sebahagian dari mereka..Amcam??Cool kan jawapan aku..

Semalam kitorang dah habis belajar satu lagu setengah..Kitorang nak rush sebab dalam 2 minggu ada charity konsert untuk pesakit lukimia..Hmm..lagu yang kitorang rehearsal semalam adalah You Raised Me Up dari Josh Groban dan Season of Love oleh Rent..OH YEAH..

The best part is..aku telah join group yang buat suara Tenor..Not base okeh...Ceh..Padahal semalam tak mengaku suara base tu..Nak sangat jadik tenor..Hambik kau..Paling lawak bila dia kasi aku kertas yang ada note.Pastu dia suruh aku nyanyi ikut note tu..Pehh..Menangis aku nak baca note tu..Sebab aku tak reti..Nasib baik arr ada mamat yang dok seblah aku ajar camne nak baca note tu..Kalau tak..Habiss hancur choir tuh..

ok lah..Tu je kot..Till then..Babai..


Apakah ini???Adehh..

p/s : Hujan oh hujan..