JEJAK ANDA

Monday, January 3, 2011

MY FIRST BABY

Heh?Apa yang korang fikir ni ha?Korang jangan fikir lain pulak yer.Aku belum berkahwin lagi kerana hati ini masih lagi belum berpunya. Bila belum kahwin sudah pastilah belum ada anak kan? Habis tu baby tu ape pulak? Baby tu sebenarnya projek sulung aku. Aku baru sahaja habis buat cerpen.Dan aku berasa amat bangga.


Siapa cakap menulis itu tak penat? Penat weyh!!!


Yang paling best tentang cerpen tu adalah aku siapkan cerpen tu dalam masa 2 hari sahaja. Mungkin agak lama bagi seorang sasterawan negara tetapi ini adalah rekod peribadi aku.Dalam masa 2 hari tu aku fikir semua perkara.Panjang yang ideal, plot cerita, pengajaran dan sebagainya. Aku tak nak buat cerpen kosong. Kalau boleh biarlah ada pengajaran kalau orang nak baca.Baru lah minda tu membangun.


Err..mampu ke aku boleh capai benda ni??


Err..Kenapa tiba-tiba pulak aku menulis cerpen ni?Sebenarnya aku menulis cerpen sebab aku memang saja nak menulis. Dah lama aku jadi penulis tapi takkan satu karya pun tak ada lagi kan.So sku pun mula lah menulis. Sangat best tau menulis cerpen. Boleh cerita yang mengarut. Selain tu aku menulis ni sebab aku nak hantar karya aku kat mana-mana agensi yang sanggup terima karya sulung aku ni. Genre yang aku buat bukan serius tetapi ada unsur jenaka yang ada pengajaran.Untuk permulaan aku hantar karya ni kepada penulisan2u.blogspot.com.Target aku adalah untuk menjadi cerpen bulanan terbaik.Kalau tak dapat no 1, no 3 pun jadilah.Sebab lepas ni aku malas lagi nak buat cerpen kalau tak menang.


Tajuk cerpen tu pulak adalah Mini Cooper Cikgu Donat. Panjang pulak lebih kurang 2000 patah perkataan sahaja. Aku harap korang sudi baca cerpen ni dan silalah komen yer. Saya amat memerlukan bantuan dan komen dari anda semua. Tanpa buang masa lagi..Jom kita baca..


..........................................................



Mini Cooper Cikgu Donat


     Pagi itu suasana agak dingin kerana hujan turun mencurah ke bumi pada malam tadi. Keadaan  pagi itu agak gelap walaupun jam sudah menunjukkan pukul 7 pagi. Embun pagi masih membasahi bumi Kuala Pilah yang indah itu.Matahari kelihatan segan silu untuk memancarkan cahayanya yang gemilang itu manakala kelibat sang awan hitam pula masih lagi kelihatan. Petanda bahawa akan berlaku hujan pada bila-bila masa.

   Namun, cikgu Donat masih lagi lena diulit mimpi indah. Hari ini dia jatuh dari katil lagi seperti kebiasaan. Malam tadi mungkin dia bermimpi mengenai pengembaraanya melawan raksasa. Walaupun sudah jatuh dari katil, dia masih lagi tidak sedar. Entah apakah makhluk yang merasuk badannya itu Jin berkepala tiga barangkali.

   “Tidak!!!!!” jerit cikgu Donat sejurus terjaga dari bangun apabila dia melihat jam di atas meja. Rupanya jam telah menunjukkan pukul 7 suku pagi. Dia bingkas bangun dari lantai dan terus mencapai tualanya lalu bergegas menuju ke bilik air. Selalunya dia tidak bangun seawal itu kerana dia tiada kelas. Tetapi hari ini adalah hari yang berlainan baginya kerana sesi persekolahan telah bermula semula. Maka bermulalah semula kehidupan cikgu Donat sebagai seorang tenaga pengajar di Kuala Pilah English School.



   Hari ini cikgu Donat mengenakan pakaian yang baru dibelinya itu. Baju kemeja kuning berjenama Suave dan seluar slack hitam menjadi pakaiannya hari ini. Baju kemeja kuning itu dipadankan dengan tali leher merah menjadikan cikgu Donat agak segak hari ini. Setelah minyak wangi kegemarannya itu disemburkan beberapa kali ke badannya, dia terus berjalan dengan pantas ke arah kereta Mini Coopernya itu. Tanpa membaca doa naik kenderaan, dia terus memecut kereta merah itu ke sekolah.  

     Seperti hari yang lain, setelah tiba di perkarangan sekolah cikgu Donat terus meletakkan Mini Cooper kesayangannya itu di tempat biasa iaitu di sebelah tempat letak kereta pengetua. Betul-betul di bawah pokok Sakura. Pengetua sekolah adalah musuh ketat cikgu Donat semenjak beliau mendaftar di situ  kerana dia berasa tergugat dengan kehadiran cikgu Donat. Cikgu Donat adalah seorang guru yang unik dan berintegriti. Walaupun dia hanyalah seorang ketua bidang bahasa,kehadiran cikgu Donat di sekolah itu telah meneggelamkan populariti pengetua di sekolah itu.

   Kebetulan hari ini cikgu Donat tiba di sekolah sama dengan pengetua tiba. Tetapi dia lambat sedikit berbanding pengetua.  Kedatangan cikgu Donat disambut dengan kata-kata sinis oleh pengetua.

“Nice car cikgu Donat,” kata pengetua.Tujuannya adalah satu iaitu ingin menyakitkan hati cikgu Donat.

   Kata-kata itu sememangnya berjaya membuatkan cikgu Donat marah. Tetapi dia harus bersabar kerana di hadapannya adalah seorang pengetua yang harus dihormati. Lagi pun adalah tidak baik bagi seorang lelaki bergaduh dengan perempuan. Tetapi dia nekad. Tiada siapa boleh mencerca kereta kesayangannya itu.Termasuklah pengetuanya sendiri.Dia tahu kereta itu buruk dan antik. Tetapi bagi dia, kereta itu tidak harus diejek.

“Miss Halle a.k.a Cik Halijah. Sedap nama tu. Muka pun cantik. Sayangnya tak guna semua itu sekiranya hati busuk. Sebusuk tahi anjing,” balas cikgu Donat dengan muka selamba.

   Muka pengetua menjadi merah padam. Semerah tali leher cikgu Donat.Lantas dia cepat-cepat mengambil barangnya dan berjalan ke kantin.    Sebelum dia bergerak ke kantin, dia ada menghentak kuat atap kereta Mini Cooper itu dengan tangannya. Bagi cikgu Donat perbuatan itu tidak boleh dimaafkan. Pengetua harus diberikan pengajaran. Tiba-tiba dia ternampak sebatang paku di atas tanah yang muncul entah dari mana. Betul-betul di sebelah tayar kereta cikgu Halle. Paku itu diambil dan tayar kereta Toyota Vios menjadi sasarannya. Dia betul-betul puas dapat berbuat sedemikian. Seperti seorang yang tidak bersalah, dia terus berjalan ke biliknya untuk meletakkan barang sebelum menghadiri perhimpunan pada pukul 8.



     Pagi itu sesi pembelajaran belum lagi bermula kerana jadual belum diatur oleh guru yang bertugas. Maka hari ini cikgu Donat hanya duduk di dalam biliknya sambil melayan facebook. Di atas meja itu turut ada seplastik kuih muih yang dibelinya di kantin dan sebotol air mineral. Kuih itu tidak terusik kerana dia sangat tekun melayan peminatnya di facebook. Tiba-tiba poket seluarnya bergetar. Lantas dia mengambil telefon bimbitnya itu dan memeriksa mesej. Ada satu mesej dari pengetua.

“Kepada Encik Donald Atkinson, sila ke pejabat sekarang kerana saya ada urusan penting untuk kamu.”
-Miss Halle-

    Mesej tu sememangnya adalah untuknya. Nama penuh cikgu Donat adalah Donald Atkinson. Sengaja dipendekkan nama itu supaya senang diingat oleh pelajarnya dan semua orang.Tetapi atas urusan apakah pengetua mahu berjumpanya? Adakah perbuatannya telah terbongkar?Persoalan itu bermain di fikiran cikgu Donat.
   Sebaik sahaja kaki kanan cikgu Donat melangkah ke dalam pejabat pengetua, keadaan terasa amat seram sejuk. Aura kejahatan dan kemarahan seperti menyelubungi seluruh penjuru inci bilik itu. Tidak ubah seperti suasana di tanah perkuburan pada waktu malam. Wajah pengetua yang kelihatan marah dan gincu bibir merah pekat yang dipakainya menjadikan beliau kelihatan seperti pontianak yang dahagakan darah manusia. Tetapi cikgu Donat langsung tidak takut kerana baginya wajah pontianak itu sudah biasa dilihatnya. Iaitu wajah pengetua sendiri.

“Cikgu Donat.Kamu memang bijak. Tetapi kamu mesti tahu yang saya lagi bijak dari kamu,” kata pengetua.

“Lah?Itu je ke yang Miss Halle nak bagi tahu saya.Saya memang tahu yang saya ni bijak.Tapi tentang puan bijak itu, saya tidak tahu. Sebab saya tidak pernah belajar sama-sama dengan puan. Hmm..Kalau dah tak ada apa-apa urusan izinkan saya beredar.” balas cikgu Donat.

Cermin matanya yang tebal itu dibetulkan. Pengetua merenung tajam ke arah cikgu Donat seperti mahu menerkamnya.

“Nanti dulu cikgu Donat.Kamu ni memang sudah melampau. Kamu ingat saya tidak tahu kamu yang pancitkan tayar kereta saya?”

“Laa..Pasal tayar kereta tu ke? Ingatkan saya dipanggil sebab saya selalu datang lambat ke sekolah. Kalau macam tu..”

Belum sempat kata-kata itu dihabiskan, pengetua berkata, “Saya rasa bahawa cikgu tidak lagi sesuai untuk mengajar di sini. Kerana cikgu Donat menunjukkan teladan yang tidak baik kepada para pelajar. Oleh itu saya mahu berhentikan cikgu Donat dari sekolah ini.”

“Apa? Pindah sekolah? Err..Itu saya tidak setuju. Tak ada ke hukuman lain? “

“ Ada.Hmm..Kalau cikgu tak nak berhenti cikgu mesti mengajar di kelas Kirra.”

“Apa??Kirra?Kalau macam tu saya lebih rela berhenti sekolah daripada mengajar kelas itu. Kerana pelajar di kelas itu bukan manusia.Mereka adalah makhluk aneh”

“Kalau macam tu kita telah selesai.”

“Err..apa hukumannya puan?”

“Hukumannya adalah mengajar di kelas Kirra. Ini adalah arahan sekolah. Sekiranya cikgu Donat enggan berbuat demikian saya akan berhentikan cikgu atas sebab disiplin. Maka selepas itu mungkin rekod bersih cikgu akan tercemar.”

“Baiklah puan.”

Walaupun mulutnya berkata ya tetapi hatinya berkata tidak.Sungguh. Mengajar kelas Kirra adalah satu penderaan minda dan penyeksaan mental. Kerana pelajar kelas itu amat aneh. Seolah-olah mereka itu tidak dilahirkan dari planet ini. Semua guru tidak mahu mengajar kelas itu.



   Seperti yang telah diarahkan, beliau terpaksa juga mengajar kelas itu. Kaki cikgu Donat melangkah dengan berat ke kelas itu seolah-olah telah diikat dengan 10 ekor gajah. Hari ini cikgu Donat pakai pakaian yang biasa sahaja. Tidak sesegak semalam. Kerana dia tiada semangat untuk bergaya sakan akibat hukuman itu. Kemeja biru muda dipadankan dengan tali leher biru gelap dan seluar slack hitam. Namun, cikgu Donat tetap kelihatan hebat dan segak. Cikgu Donat berjalan menuju ke blok H kerana di situ lah terletaknya kelas Kirra.

   Sebaik sahaja cikgu Donat melangkah masuk ke dalam kelas itu, suasana menjadi gelap secara tiba-tiba. Guruh berdentum di langit. Dan hujan turun dengan lebat sebaik sahaja cikgu Donat meletakkan bukunya di atas meja guru. Kelihatan ada seekor kucing yang tengah nyenyak tidur di atas kerusi cikgu. Suasana pada masa itu masih bising. Kehadirannya seolah-olah tidak disedari. Ada pelajar yang tidur. Ada juga yang membaca komik. Tidak kurang juga yang bergosip dan menyanyi.

   Apakah yang harus dilakukan cikgu Donat? Tiba-tiba dia mendapat ilham. Dia menjerit dengan sungguh kuat seperti seorang yang dirasuk hantu. Meja guru itu dihentaknya beberapa kali dan kerusi itu ditendangnya sehingga terbangun kucing yang tidur tadi. Maka suasana menjadi sunyi secara tiba-tiba. Yang ada hanyalah bunyi cengkerik yang datang entah dari mana. Dan semua pelajar mengambil tempat duduk masing-masing.

“Siapa ketua kelas?” tanya cikgu Donat.

“Leana!!!” kata semua pelajar.

“Siapa Leana?”

Dan tiba-tiba seorang pelajar mengangkat tangan dengan perlahan-lahan. Dia sungguh sopan dan senyap.
“Mulai hari ini kamu bukan lagi ketua kelas. Kerana saya rasa bahawa kamu tidak sesuai.Maka pengganti kamu adalah yang tengah tidur itu,” sambil tangannya ditujukan ke arah Fazri Tahir. Budak lelaki yang tengah tidur itu.

“Dan kucing tu siapa punya?”cikgu Donat menambah.

“I am her mother.Kucing tu anak angkat kelas kitorang. Hopefully cikgu boleh terima kehadirannya,”kata salah seorang pelajar perempuan. Kulitnya sungguh mulus dan suaranya sungguh lembut.Rabilah namanya.
“OK.Baiklah kalau begitu.”

Setelah sesi berkenalan habis maka tiba-tiba cikgu Donat berkata kepada anak muridnya, “ Bahasa Melayu adalah suatu subjek yang amat mudah untuk skor. Tetapi cikgu amat hairan kenapa kamu semua tidak dapat skor.”

“ What?Bahasa Melayu? Ahh..Boring lah cikgu, “ Arman menyampuk.

“Bosan? Orang yang tak sayang bahasa sendiri sahaja cakap bahasa Melayu tu bosan. Bagi cikgu Bahasa Melayu tu adalah sesuatu yang indah. Sesiapa yang tidak lulus Bahasa Melayu seharusnya menampar muka mereka. Kenapa tidak lulus sedangkan kita bertutur bahasa Melayu setiap hari.

“Pangg”.Tiba-tiba Anif menampar mukanya sendiri dengan kuat sekali.

“Jangan jadik sengal Anif. Itu hanyalah metafora. Apa yang cikgu maksudkan adalah kamu tidak sepatutnya tidak lulus Bahasa Melayu. Kerana kamu adalah bangsa Melayu. Mulai hari ini cikgu ada satu peraturan untuk kamu semua.

“Heh? Apakah rules itu?” tanya Alya dengan penuh ingin tahu.

“Mulai hari ini cikgu tak nak kamu semua mencemarkan bahasa Melayu itu sendiri.Jangan campurkan bahasa melayu dengan inggeris Cikgu nak kamu berbahasa baku dengan cikgu setiap kali kelas. Kalau boleh setiap masa. Kamu juga perlu banyak membaca bahan bacaan berbahasa Melayu.

“Kenapa lak cikgu?” tanya Shafa si budak tinggi lampai yang cantik bak model.Wajahnya ada sedikit iras-iras Linda Onn.

“ Sebab itu adalah petua yang tok guru cikgu ajar masa cikgu bertapa dulu. Tujuannya supaya kamu senang semasa nak buat esei nanti.

Semua pelajar mengangguk tanda setuju.

Sejak hari itu semua pelajar mempraktikkan apa yang diperkatakan cikgu Donat. Sekiranya dia ada mendengar pencemaran bahasa daripada pelajarnya, maka pelajar itu dihukum. Pelajar yang selalu dihukum sudah pastilah si Zarwane dan Ilina kerana mereka ini kuat bercakap. Ibarat DJ radio. Nurnajihah juga selalu dihukum. Kerana dia tidak biasa bercakap bahasa Melayu dengan betul. Pelajar yang selalu terselamat pula adalah Zeti Hazwani, Hafiz dan Kujan. Kerana mereka ini kurang bercakap di dalam kelas. Umar juga selalu terselamat kerana beliau adalah seorang yang pandai menyembunyikan kesalahannya.



   Lama-kelamaan, cikgu Donat menjadi rapat dengan pelajar kelas Kirra. Kini baru dia mengerti bahawa kata-kata orang tidak betul belaka. Kerana baginya pelajar kelas Kirra ada potensi besar dalam diri mereka dan perlu digilap. Kini,mereka selalu sahaja makan bersama dan bermain bersama. Cikgu Donat sudah menjadi seperti rakan mereka sendiri.

   Sehari sebelum peperiksaan akhir tahun bermula, cikgu Donat menyampaikan sedikit  pesanan kepada pelajarnya di kelas Kirra itu.

“ Hari ini cikgu mahu katakan yang cikgu amat berbangga dengan kamu semua. Walaupun kamu semua agak aneh tetapi cikgu nampak potensi besar dalam diri kamu semua yang cikgu lain tak nampak. Kamu istimewa. Semasa kamu jawab peperiksaan nanti, kamu amalkan lah apa yang telah saya ajarkan dahulu. Kalau kamu semua dapat A dalam kertas bahasa Melayu nanti cikgu belanja korang..Eh silap..Nanti cikgu belanja kamu.”
Semua pelajar bertepuk tangan di akhir ucapan itu.



   Peperiksaan akhir tahun berlalu selama seminggu. Kertas bahasa Melayu adalah kertas yang pertama. Cikgu Donat berada di kelas Kirra bagi memberikan semangat kepada anak muridnya di samping bagi mahu mengelakkan sebarang unsur peniruan. Para pelajar kelihatan tekun menjawab peperiksaan.Tidak pernah mereka setekun itu sebelum itu. Cikgu Donat berasa amat bangga.

     Genap seminggu peperiksaan berakhir, akhirnya semua kertas peperiksaan sudah siap ditanda oleh cikgu Donat. Hari ini dia memberikan kertas itu kepada pelajar Kirra.Sebelum memberikan kertas itu, dia memberikan sedikit ucapan kepada Kirra.

   “Cikgu sudah menanda kertas kamu semua. Dan apa yang boleh cikgu katakana adalah cikgu bangga dengan kamu semua. Ini adalah pencapaian terbaik kamu buat masa ini.” Kata cikgu Donat.
   Setelah itu semua kertas diberikan kepada tuannya. Kepuasan jelas terpancar di wajah mereka. Walaupun tiada sesiapa pun yang mendapat A sekurang-kurang nya cikgu Donat adalah orang yang paling bahagia. Kerana dia tidak perlu membelanja semua muridnya. Sambil memandang ke luar tingkap dia berbisik di dalam hatinya ,”Selamat duit aku.Hehehe.”.

   Namun seperkara yang lebih pasti, semua pelajar Kirra lulus kertas bahasa Melayu pada peperiksaan akhir tahun itu. Dan orang yang paling terkejut sehingga hampir diserang sakit jantung itu sudah pastilah Cik Halle merangkap musuh ketatnya kerana dia tidak sangka cikgu Donat sehebat itu. Bagi cikgu Donat pula, Mini Cooper kesayangannya itulah yang telah mempertemukannya dengan pelajar kesayangannya itu. Dia berasa amat terharu. Namun perjuangan cikgu Donat masih lagi belum berakhir. Kerana dia masih lagi ditugaskan mengajar pelajar kelas Kirra pada tahun hadapan.


...............................................................................

Macam mana cerpen ini?Sila lah komen yer..Apakah pendapat anda?

4 comments:

  1. weyh, xley blaa doe nama watak2 ko tu.hahah.

    ReplyDelete
  2. hahaha aku doakan cerpen ko berjaya insyaAllah ;D

    ReplyDelete
  3. teruskan usaha anda! lawak2 hehe

    ReplyDelete