JEJAK ANDA

Wednesday, June 27, 2012

EURO 2012

Sekarang ini tengah kecoh pasal Euro 2012. Aku pun tidak terkecuali. Nasib baik lah peperiksaan sudah habis. Maka boleh lah aku menonton saki baki perlawanan.



Malam ni perlawanan separuh akhir antara Portugal dan Sepanyol. Oh! Pasukan pilihan aku adalah Sepanyol sudah pastinya. Dan perlawanan antara Itali dan German pula aku lebih memihak kepada German. Kerana German merupakan pasukan yang lebih kuat berbanding Itali. Aku tidak tahu apakah keajaiban yang akan berlaku pada separuh akhir ini.

Adakah Portugal dan Itali akan bertemu pada perlawanan akhir?

Portugal

Itali

Atau pun pasukan "favourite" iaitu German dan Sepanyol?

Sepanyol di hatiku

German pilihanku

Hmmm.Kita tunggu ya malam ini!

p/s: Bosan dengan aksi tiki taka sepanyol kerana walaupun penguasaan bola terbaik tetapi tiada penyudah dan serangan yang cantik. Hmmm.

No comments:

Post a Comment