JEJAK ANDA

Thursday, April 5, 2012

LEPAK NGAN KAWAN

Semalam aku gi lepak rumah kawan aku..Beliau orang tempatan..Aku lepak rumah dia pun sebab dia ajak...Nasib baiklah dia cakap nak ajak tengok dvd..Kalau tak memang malass lah kan aku nak datang..Kitorang sewa dvd je kat kedai..dvd yang kitorang tengok tu tajuk ehh "In Time"..

Seyess citer ni best giler..Citer ni pasal manusia zaman tu hidup berdasarkan masa yang diorang ada kat tangan diorang..Kena topup masa hari-hari..Kalau tak diorang mati..Ayoyo..Macam henset lak kan nak topup masa segala..Naik bas bayar pakai masa..Gaji bayar pakai masa..Nak call orang pakai masa..Yang kaya tu tak heran pun pasal masa..Sebab masa diorang banyak..Gituh..Ala-ala duit kann..

Kat bawah ni aku kasi trailer citer tu..



Lepas habis tengok dvd, dia hantar aku balik umah balik..Waktu tu dah kul 10 malam camtu..Aku ni kan jenis yang ngada-ngada..So aku ajak dia tengok kanggaru sebelum balik rumah..Sengal kan??Korang rasa kitorang pergi tak??Kitorang pergi okeh..Dia sangat baik..Itu first time aku tengok kanggaru, wallabi dan bandicoot..Sekarang ni aku dah boleh beza kangaru dengan bandicoot..Rasa hepi sangat..

wallabies

kangaru

bandicoot

Pastu tetiba dia cakap dia nampak orang berjalan dalam gelap masa kitorang tengok marsupial kat atas bukit tu..Seram okeh!!!Boleh tetiber dia cakap cenggitu??Haruslah otak aku pikir pasal hantu kan kekdahnya..Maklumlah..orang Melayu katanya..Mistik dan Melayu tidak dapat dipisahkan..Gitu..

OK lah korang..Sekian sahaja dari aku..Selamat bermalam Jumaat..kannnn..Perbanyakkan amalan..

p/s: Wallabi dan kangaru adalah species yang lebih kurang sama..Dua-dua marsupial..Tapi macam lain bangsa lah..Macam omputih ngan orang asia..gituh..

No comments:

Post a Comment