JEJAK ANDA

Tuesday, June 26, 2012

JOHNNY BRAVO

Cuti sudah bermula. Dan secara rasminya aku telah memulakan sesi "workout" kembali. Kalau kamu semua hendak tahu, aku telah pun membeli "home gym set". Tak adalah mahal sangat. Cuma puluh dollar sahaja. Tidak adalah sampai beratus-ratus harganya kerana aku tidaklah sebegitu mampu untuk membeli peralatan mahal-mahal.

Aku sejak sekolah lagi sudah berminat membina badan yang hebat. Namun begitu, badan aku tetap tidak naik-naik.Adakah masalah genetik? Entah lah. Aku tidak berani memberi komen.

Mesti bahagia kan mempunyai badan yang hebat dan terbaik. Aku pula cuma hanya mampu berangan..Tetapi tidak mengapa. Wahai kawan-kawan..Tunggu penampilan terbaru aku setelah mempunyai badan yang tegap dan lawa. Tunggu ya!

Kartun yang berbadan lawa pun disukai ramai apatah lagi manusia sebenar.Kan?


Aku mahu memiliki fizikal seperti pak cik ini. Sedang-sedang sahaja. Tidak terlalu berotot dan tidak terlalu kurus. Ini amat sesuai bukan?

p/s: Aku yakin bahawa mak bapak aku akan kata yang aku sudah gemuk. Bukannya tegap!Ahh tidak mengapa...Lain orang lain persepsi.

1 comment: