JEJAK ANDA

Tuesday, March 22, 2011

Dear Pak Cik Bas Yang Emo!!!

Mood : Emo

Hari ini lelaki hitam terpaksa berjalan ke bandar..Kerana ada practikal biologi di bangunan medical science di sana....Semasa dalam perjalanan pulang ke universiti, lelaki hitam mengambil keputusan untuk naik bas sahaja..Kerana jarak antara universiti dan bandar agak jauh..

Semasa itu jam menunjukkan tepat pukul 1030 pagi..Lelaki hitam sudah terlambat kerana ada dia ada kelas kimia pada pukul 11..Seperti kebiasaan..kelihatan ada sebuah bas di bus stop uni..Maka dengan penuh yakin lelaki hitam itu naik lah ke dalam bas itu..

Sambil mendengar lagu kegemaran beliau di mp3, lelaki hitam itu mengeluarkan wang sejumlah 2 dollar dari uncang dan memberikannya kepada lelaki putih merangkap pemandu bas itu..Lelaki putih itu hanya mendiamkan diri..Lantas lelaki hitam itu pun membuat mimik muka supaya lelaki putih itu mengambil wang tersebut..

Nak tahu apa yang terjadik??

Setelah 30 saat adegan tanpa suara itu berlaku, lelaki putih itu naik angin..

"Bro, sebelum ko naik bas boleh tak ko check dulu bas apa yang ko naik?"

"Errrr..."lelaki hitam menjadik gelabah..

"Awas ko ek!!Lain kali naik bas tolonglah berkomunikasi sikit..Ni diam jek" kata orang putih sambil membuat muka bengis kepada orang hitam..

Maka tanpa rasa bersalah, lelaki hitam terus beredar dari situ..Kerana dia tahu, lagi lama dia stay, lagi banyak dia kena maki..

Ok fine..Orang hitam itu adalah aku..Aku sangat geram dengan kau..Ni ha sajak yang aku cipta khas untuk ko...Dengar bebaik ehh..

Dear Pak Cik Bas,
Pertama kali aku melihat wajahmu,
Aku sudah tahu mood kau yang emo itu,
Tapi mengapakah aku menjadik mangsa?
Kenapa mesti aku?
Aku cumalah budak yang tak tahu apa-apa..
Dan hanyalah tersalah naik bas sahaja..
Wajarkah aku kena maki hamun seteruk itu??
Kalau ikut hati, nak je aku lak yang maki ko balik..
Apakan daya..aku hanyalah seorang Melayu yang berbudi bahasa (tolonglah jangan puji diri sendirik!!)
Ok fine..Aku terima..
Hari ini hari kau..
Esok hari Rabu aku..
Semoga kau bahagia bersama hari kau yang emo itu..

....................

Err..Amcam??Puitis tak sajak aku??Err..Padahal teruk giler tu..Nak cakap sajak langsung tak ada rupa pon..Apa-apa pun, kepada pak cik itu, terima kasih kerana memaki aku dan menjadikan aku takleh fokus dalam kelas tadi..Sekian terima kasih..

p/s : Emo itu berjangkit..Maka, janganlah emo sesama manusia yer..

No comments:

Post a Comment