JEJAK ANDA

Saturday, February 5, 2011

~OFF~

Hmm..Aku ada satu soalan skit.Korang pernah tak dengar lagu Anuar Zain kat dalam masjid?Aku pernah.Kepada yang selalu pergi solat Jumaat mesti pernah berhadapan situasi itu..Masa solat tu suasana dah la sunyi habis..Kalau telefon berbunyik, konpem dengar seluruh dewan solat..Kepada empunya telefon itu, anda tidak malukah??Kerana bunyik yang dikeluarkan telefon anda itu mengganggu seluruh jemaah kat dalam dewan solat?Haa??Tidak malukah anda?Tidak rasa bersalahkah?

Bukankah sebelum solat Pak Imam dah memberikan arahan supaya off telefon anda?Dan paling tidak kurang pun men"silent" kan fon anda?Kenapakah ada sahaja yang masih tidak mahu berbuat demikian?Adakah mereka merasa tiada kemungkinan yang telefon mereka tidak akan berbunyik??Busy..KONONnya..

Oh yer..Come on.Anda semua sudah dewasa..Bila nak masuk je dewan solat itu, sepatutnya disiplinkan diri sendirik tu supaya off kan telefon itu..Benda nih sepatutnya dah tahu..Tak perlu dah nak ajar dah..Aduh..Sangat geram dengan mereka ini..

Takkan lah perlu sampai ada pihak yang membuat usul supaya masjid adalah kawasan larangan telefon??Mahukah anda??Tak pun perlukah sampai pihak arkitek membina satu dewan solat kat kawasan yang takde line tepon?Aku rasa off tepon lagik senang dari nak buat usul dan bina masjid kat kawasan xde line..Tapi kenapa susah sangat nak off tepon masa solat??



Hmmm..sangat tertekan..Tolonglah ekk..Off fon anda,please...

p/s : Tiada panggilan sepenting seruan ilahi..

1 comment: