JEJAK ANDA

Friday, February 11, 2011

LELAKI YANG MENANGIS ITU AKU

Tiba-tiba aku terkenang diri aku 18 tahun yang lalu.Pada masa itu aku kecil lagi.Aku telah dihantar oleh ibu bapa aku untuk membesar di kampung.Desa yang tiada pencemaran mahu pun barah penyakit sosial. Walaupun tak suka, aku tetap ditinggalkan di sana sebagai tarbiyah kepada aku. Norma kehidupan di kampung tidaklah semeriah di bandar. Tiada taman permainan, tiada hiburan dan lain-lain. Yang ada hanyalah alam sekitar sahaja. Pokok, lembu, kolam ikan..semua menjadi tempat aku bermain..

Aku masih teringat lagi. Aku ni dilahirkan sebagai budak yang tiada datuk..Kedua-dua datuk aku dah meninggal. Tetapi ada seorang datuk ni dia suka datang melawat nenek aku. Masa dia datang, aku amat gembira sekali. Sungguh. Kerana dia selalu membawa sesuatu semasa dia melawat...Aku sungguh gembira pada masa itu. Masa kecil aku habiskan dengan kakak aku yang seorang itu. Tiada ibu bapa..tiada kawan..Hanya datuk itu mampu menggembirakan aku kerana aku ni hanyalah pembawa malang kepada nenek aku. Aku selalu sahaja dimarahi beliau sampai lah aku berumur 12 tahun.Blablabla

..........................................................

Petang tadi, mak aku membawa aku melawat datuk itu. Katanya untuk berjumpa beliau buat kali yang terakhir sebelum aku masuk kolej. Sungguh. Aku sangat terharu berjumpa datuk itu. Seyess..Selepas solat Jumaat, tiba-tiba datuk itu memanggil aku supaya masuk ke dalam rumahnya..

Aku pun masuklah..Tiba-tiba, dia dan isterinya keluar dan memberikan sesuatu kepada aku. Tetapi mak aku tak tahu.Oh..Aku sungguh tak sangka. Yang paling aku terharu adalah melihat muka datuk itu sebak dan menangis. Kerana apa? Kerana aku lah kott.Dia ada memberikan nasihat kepada aku..Aku sangat tersentuh masa itu..Dia cakap, kalau berada kat tempat orang, mulut kena jaga..Jadilah seorang yang merendah diri. Walaupun orang cakap kita bodoh, biar je..Kerana itu hak mereka..Kita kena sedar diri..Dan dia jugak berpesan, belajarlah bersungguh sungguh..Dan datuk itu juga telah mencium dan memeluk aku..Sesuatu yang aku tak pernah dapat sejak kecik..Kerana aku adalah phantom of the opera..

Ok atuk.Thanks for everything..Terima kasih kerana menjadikan kehidupan aku masa kecik sesuatu yang bermakna..Aku berjanji akan belajar bersungguh-sungguh..Last but not least, you are my superhero ever..Selamat tinggal atukk..Aku hampir menangis tadi. Kerana aku juga manusia biasa. Aku tersentuh kerana ada orang yang sanggup menangis kerana aku..Seyesly aku takleh tahan semua benda itu..Oh..

p/s : .....................

1 comment: