JEJAK ANDA

Wednesday, April 6, 2011

Tomyam

Meh sini dengar cite aku hari ini..Nak dibuat citerlah kan, hari ni aku ada tutorial farmasi..Bila sebut pasal tutorial, haruslah bilangan pelajar lagi sikit dari kuliah..Maka peratusan untuk aku kena tanya adalah tinggi..Hadoii..

Pagi tadi, aku duduk kat depan sekali..Sebab aku expect Andrew duduk sebelah aku..Andrew ni kuat tanya sikit..Kang kalau aku duduk sebelah dia maka selamatlah aku..Aku malas sikit nak bercakap..Al-maklumlah..english pon berterabor..

Malangnya, si Andrew tu ponteng lah tutorial hari ini..Adeh..Mati aku..Dah lah tak siap tutorial..Pastu ngada-ngada nak duduk depan..Berani mati tol aku kan?

Paling best,hari ni lecturer tak bawak soalan tutorial..Hah!!Hambek kau..Bila dia tak bawak soalan, maka haruslah dia bertanya pelajar soalan apa yang ada kat dalam tutorial sheet tu..Makanya haruslah aku menjadik salah satu mangsa dia..Oh tidakk..Korang bayangkanlah..English berterabur..Pronunciation ala-ala tomyam lak tuh..US ada..Australia ada..Manglish pun ada..Bunyik macam sepanyol pun ada..Tergeliat lidah aku nak cakap english..Seyes malu weyh..Hadoi..Pastu kena cakap kuat-kuat sampai satu kelas dengar..Malu ke tidak??Haruslah aku malu kerana aku adalah seorang yang pemalu..

Err..kau cakap apa??Aku tidak paham lah..

Masa dalam tutorial tu satu je hajat aku..bila lah kelas ni nak habis ni kan..Ahh..tidak..Ke manakah aku harus menyembunyikan wajahku ini??Aaaaa..Adakah di dalam beg??Aaaaaa..

Makanya selepas kelas itu, aku semakin insaf dan mahu berlatih bercakap dalam bahasa Inggeris..Boleh percaya ke??Err..Entahlah..Aaaaaa..Kenapa lah hari ni ko tak datang kelas Andrew oi..Ko memang saje nak kena kan aku kan??Awas kau..

Bila english pun dah macam tomyam, maka haruslah aku mengidam nak makan tomyam hari ni..

p/s : Lets study english...I mean..english movie..LOL

No comments:

Post a Comment