JEJAK ANDA

Saturday, April 30, 2011

PASUKAN NIK

Hmm..Nak dibuat citer, tadi ada pertandingan futsal. Aku join sebab aku diberikan mandat untuk menjadik penjaga gawang bagi pasukan itu.Wah, tak pernah ada orang mintak aku main untuk pasukan diorang tau. Inilah kali pertama aku diberikan penghargaan sebegitu. Rasa teruja kot. Sempat lah berangan jadik Peter Cech kejap kan..Feeling-feeling jadik penjaga gol terbaik kan..

Ko nak berangan jadik aku??Hentikan!!!Muahahaha..

Apa kena-mengena main futsal dengan tajuk kat atas tu?OH..Lupa lak nak cakap.Rasa-rasanya, Nik adalah mamat yang bertanggungjawab mencarri pemain untuk pasukan tu. Maka, sudah tentu lah nama pasukan Nik kan?Takkan lak pasukan Halim ke..Pak Mat Seman ke.dan lain-lain..

Nak dijadikan cerita, aku bukanlah baharu sangat dalam dunia penjaga gol nih..Adalah dalam sebulan macam tu?Err.sebulan tu lama kan??Maka bila sudah lama menjadik penjaga gol, haruslah aku menguji adakah skill aku sudah cukup untuk menjadikan aku setanding dengan Peter Cech.Cara nak tahu adalah melalui pertandingan yang aku sertai di mana aku akan timba pengalaman melaluinya.Dan pertandingan tadi sedikit sebanyak menambahkan pengalaman dan keyakinan aku untuk menjadi keeper.

Oh yer.Dan yang paling best, pasukan kitorang johan dalam liga tu.Oh..Aku rasa sangat bersyukur. Usaha aku menjaga gol daripada dibolosi akhirnya membuahkan hasil. Aku bolos 5 gol sahaja daripada 3 perlawanan.Amacam?Hebat tak?Mesti korang tak rasa hebat kan??Ok pe??5 bolos untuk penjaga gol yang masih mentah..Siapa boleh buat? Aku siap buat skill macam-macam tadi  kot. Sampai tersagat lah lutut aku kat court tu kan..Semata-mata nak tangkap bola..
Arghhhh!!!Tercabut kepala lutut aku!!!!

Dan yang paling sweet, aku dinobatkan sarung tangan terchantek..Eh silap lak..penjaga gol terbaik..Siap jadik man of the match lagik..Hmm..Sebijik macam Peter Cech..

Thanks guys sebab mencalonkan aku..

Ok fine..Aku ngaku..Aku tipu..Mana ada anugerah penjaga gol terbaik..Aku saja-saja je buat anugerah tu sendirik..Yelah..Kalau bukan aku yang kasi anugerah kat diri aku, siapa lagi kan?Nak tunggu orang lain??Tunggu kucing bertanduk lah jawabnya..

Di sini aku nak mengucapkan terima kasih kepada salah seorang best fren aku merangkap penjaga gol kat PPUM tu. Terima kasih sebab bagi dorongan dan sedikit tips dan juga segala macam tunjuk ajar. Kalau hang xder, maka xderlah aku jadik keeper yang bagus camni..Thanks bai..

OK lah..Tu je kot kali ni..Salam adrenalin..

p/s : Selalunya penjaga gol orang tak pandang sangat. Kan??Bak kata orang ,"Alahai, keeper je pon!!!Go and kill yourself lah!!!"

No comments:

Post a Comment