JEJAK ANDA

Sunday, February 5, 2012

TENGAH HARI YANG HURU-HARA

Nak dibuat citer, semalam aku lepak Seremban.Hmm..Saje je..Nak belanja kengkawan aku kan..Sebenarnya aku nak belanja best friend aku yang paling best friend..Alang-alang belanja dia baik belanja sekali kawan-kawan yang aku selalu lepak ngan aku tuh..Yelah..Aku kan dah nak meninggalkan negara yang tercinta ini..Pasni mebi tak jumpa lagik..Oh Sedihnya..

Ok.Semalam kitorang lepak kat satu kedai makan nih. Bukan main kann..Memasing order tak ingat dunia..Masa tu aku hepi sesangat..Yelah..Dapat lepak dengan kawan tersayang..Cewahh..Haha.



Lepas makan tu kan, aku pun gi lah kaunter sebab nak bayar..Sebelum masuk tu aku dah tinjau kat kaunter tu..Ada alat yang boleh scan kad tu kalau nak bayar..Aku pun keluarkan lah kad aku nan satu itu kan..

"Maaf encik. Kami tidak boleh baca kad ni."

Nah..Amek kau..Camne nak bayar neh??Abiss la aku..Aku pun keluarkan kad CIMB bank aku lak..

"Kad ni pun kitorang tak leh baca."

Ahh sudahh..Merasa lah gelabah masa tu gakkk..Aku pun cakap pekerja tu nak gi kuarkan duit jugak..Nasib baik dia kasik pergi..Kalau tidak..merasa lahh cuci pinggan kat situ...

Aku pun blah lah gi ATM...

Aku masukkan kad...

Masukkan PIN..

"TRANSAKSI ANDA TIDAK DAPAT DITERUSKAN"

OH NOO!!!!!!

Sudahhh..Tak boleh keluar jugakk..Sedihh kot..Ahhh..Masa tu aku mmg dah gelabah giler..Yelah..Aku dah janji nak belanja diorang..Ujung-ujung tak leh keluarkan duit..

Masa tu, best friend aku yang paling best friend datang kat aku..Bila jer dia nampak aku takleh keluarkan duit kat ATM terus dia keluarkan kad bank CIMB dia...

Masa tu aku sangat terharu okeh..Yelah kannn..Dia sanggup membantu masa aku kesusahan...Tapi aku cakap kat dia tak payah tolong...Sebab aku pun ada kad lagi satu..

Fuhh...Nasib baik aku dapat keluarkan duit pakai kad CIMB aku tuh..Kalau tak, aku pun tak tahu apa yang terjadik..Aku sebenarnya tak nak keluarkan duit pakai kad CIMB tu sebab duit dalam akaun tu dah tinggal sikit...Nak tak nak kena lah keluarkan...

Begitulah ceritanya sebuah tengah hari yang huru-hara dengan kengkawan...

Sekian.

Pengajaran: Sediakan duit tunai sebelum makan.

1 comment:

  1. a good friend akan bersama dengan kita jatuh bangun :)

    ReplyDelete