BETUL KE REMAJA YANG BERMASALAH?
Ehh ni buku engineering ke komik eh? Cover buku engineering..dalam komik.sapa la punya keje nih!!
Huh? Apa dia?Oh..korang tak paham lagi ekk??Macam ni haa.Aku tak puas hati bila ada orang mengatakan bahawa remeja bermasalah.Kenapa pulak?Yelah bagi aku mak bapak lah yang sepatutnya dipersalahkan.Tapi kenapa nak blame remaja pulak? Sebabnya ramai yang tak sedar. Meh sini aku sedarkan korang. Aku bagi dua bukti kenapa aku nak cakap punca remaja hancur adalah mak bapak bermasalah.
Bukti pertama.Korang pernah tak dengar pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya? Sapa tak pernah dengar sila lempang diri sendiri. Ko ni duduk kat bahagian ceruk mana lah pulak tak pernah dengar peribahasa yang femes ni kann..Ok kat dalam ni sapa orang yang melentur sapa yang jadik buluh?Orang yang melentur adalah mak bapak dan buluh adalah anak-anak.Pernah ke korang dengar buluh ni melentur diri dia sendirik?Mustahil kann sebab buluh mana ada tangan.Cehh..Soalan simple..Macam tu lah anak-anak..Diorang tu masa kecik dah la jahil, tak tahu, innocent dan bla3.Maka mak bapak lah yang kene didik mereka ni ha dengan sebaiknya.Kalau mak bapak lepas tangan..maka rosaklah budak itu..
Buluh jugak boleh dibentuk menjadik meriam buluh..Pastu main puas-puas..Fuhh..
Bukti kedua.Aku nak bawak lagi satu analogi. Korang pernah tengok tak cerita project runway? Kepada yang tak pernah itu project runway adalah satu rancangan realiti yang berkisarkan fashion designer. Maka setiap minggu diorang ditugaskan buat satu pakaian berdasarkan cabaran yang diberi. Kalau baju yang diorang buat tu buruk korang rasa sapa patut dipersalahkan?Baju tu ke atau pun designer tu?Sapa yang cakap baju tu patut dipersalahkan dia memang gila..
Ok..tell us about your design..
This is my design..Its made up of newspaper..
I put a lil bit of myself in this design.It is so fierce bebeh..
Fierce ape kebendenye!! Aku tengok pun nak menangis ko tau tak..Aku tau lah kitorang bagi bajet ciput je. Kot ye pon janganlah ko buat baju dari kertas lak. Ko nih..
Err..Do u think its wearable??
Aku pulak rasa yang ko nih dah buang tebiat kott..Sapa nak pakai baju kertas ko nih? Cinderella ker?Kot ye pun nak buat lawak kat sini..ko janganlah loyar buruk ehh..Aku sekeh kang baru tau..
Psssttttt Nina..aku rasa kann kalau bagi Pak Pandir pakai baju ni..mesti dia tak nak kan..Sebab dia laki..Aku tak dapat bayangkan Mak Andeh pakai baju nih.Mesti nampak gojess kan!!Hahaha..
Errkk..Ape?Tak paham?OK.Rilek ok..Aku bawak lagi satu contoh.Korang pernah tak tempah baju? Apa perasaan korang kalau baju tu lawa? Mesti korang akan perasan bahawa korang lah orang paling lawa kat dalam dunia ni bila pakai baju tu nanti.Tapi kalau baju tu tak lawa mesti korang menyirap kan??Yang korang nak marah tu sape? Baju yang buruk tu ke atau pun designer nya? Jawab la sendirik eh..
Apa kaitannya haa??OK2.Macam ni lah..Remaja itu adalah hak mutlak mak bapak.Korang ada kuasa mutlak nak didik anak korang macam mana pun. Nak didik jadi setan ke..nak didik jadik manusia ke..nak didik jadi haiwan ke..Itu semua hak mutlak mak bapak..Tapi ada ke orang nak didik anak jadik setan dan haiwan??Mana ada..Merapu betul aku ni..Maka kepada golongan mak bapak, silalah didik anak betul-betul yer..Kerana belia adalah masa depan negara. Jika rosak belia maka gelaplah masa depan negara.Bak kata cikgu sekolah aku...
PEMUDA HARAPAN BANGSA PEMUDI TIANG
p/s : Apa pendapat anda?
betol!
ReplyDeletewateva pn, ttp pd dri sendri jugak. bile ank2 tu da besar panjang, die sendri akan berubah persepsi die sendri bile die bergaul dgn mmbe2 die. so, depend on anak tu jugak. konklusinya (ceh! cam debat lak), first mmg tanggungjawb mak bapak and then, when the time come, anak2 tu sendri yang kene jage diri die. dua2 peranan penting.
mohon teros membangkang..
kah3!!!XD