JEJAK ANDA

Monday, January 10, 2011

LAWAK KE?

Tadi selepas selesai je online sesi pagi aku terus berjalan ke bilik.Benda pertama yang aku check adalah fon aku..Mana tau kan ada mesej ke hape..Sangkaan aku memang tepat..Ada satu mesej untuk aku..Aku pun bukak lah kan mesej tu..Nak tau ape terjadik kat aku?Aku terus pengsan jap lepas baca mesej tu..Betul kah ini??



Lepas 2 saat pengsan, aku bangun balik.Pastu aku baca balik mesej tadi.Sebab mungkin aku tersilap baca mesej kot..Bila aku habis baca sekali lagi, aku terus pitam sekali lagi..



Okeh.Lepas 3 saat pitam, aku baca sekali lagi.Aku perhati tulisan tu satu persatu.Aku cuba memahami ayat tu dengan baik.Dengan harapan mesej tu bukanlah satu helah nak kenakan aku.Wah.Mesej ni adalah asli. Cukuplah aku pengsan dua kali..Heh.Mesej ini memang betul..

Err..Mesej ape tu yer?Aku mendapat berita gembira dari sahabat baik aku, Din. Dia cakap dia nak bertunang dalam beberapa minggu lagi.WaH!!!. Masa aku baca je mesej tu, terus berderau darah aku. Ko biar benar Din. Takkanlah seawal ini kan? Tapi takkanlah si Din ni nak tipu lak pasal benda-benda macam ni kat aku kan.Sebab kitorang sahabat baik.Hahaha.Serius aku terkejut..Akhirnya ko berjaya menawan hati seorang wanita yang tidak dapat dimiliki oleh lelaki lain termasuk aku. Terus-terang aku katakan, korang adalah perfect couple of the year. Dua-dua insan yang hebat...Complete package..Yang penting, mereka mempunyai perkara yang paling penting dalam diri manusia iaitu AGAMA..Pehh..

Nampak mahal kan??Padahal beli kat Chow Kit je pun..

Dia nak bertunang dengan sape ek??Aku pun tak tahu sama ada budak lain dah tau ke belom.Yang penting budak tu sama kolej dengan aku. Tu je aku boleh bagi tau.Buat Din yang dikasihi, aku chopp nak jadik pengapit!!!Aku akan pastikan masa ko kawin tu nanti, kehadiran aku akan overshadow kehadiran ko kat atas pelamin tu.Muahahahah(gelak jahat)..Kalau aku takder, tak meriah lah kenduri ko nanti..

Tau tak apsal aku tutup muka pengantin nih? Sebab kalau korang tengok muka dia mesti korang boleh menangis..

Aku sangat exited sebenarnya sebab aku tak pernah ada member yang bertunang. Hari ni first time kot sejarah tercipta..Aku tak sabar nak tengok diorang bertunang..Hehehe..Tak sabar nak tengok saat indah itu. Mesti sweet kan..Auwww...Memang tak dapat aku bayangkan kenduri pertunangan ko nanti.


.................................................

Baru tadi aku dapat satu mesej yang baru.Betul- betul masa aku sedang tulis post ni..

" Ko percaya ke??Gotcha!!!!"
                                    -Din-

Terus aku campak tepon aku ke katil.Segala imaginasi aku jadik pengapit tadi terus hilang..Musnah.Tak sangka aku dipermainkan oleh sahabat baik aku sendirik.Oh baru aku perasan yang tadi tu semuanya adalah dusta belaka. Awass ko Din.Ko tak boleh dibiarkan berleluasa. Mengenakan aku adalah satu jenayah..Maka aku dengan tenang membalas mesej tu kepada beliau dengan nada yang sungguh sinis..

"Wahai Din yang dikasihi, aku tak marah ko tipu aku.Tapi awas ekk..What goes around comes aroound"

AWASS KO EKK!KO JANGAN INGAT BOLEH LARI DARI AKU..

Nah..Rasakan ayat pedas dari aku..Amacam terasa tak?Aku tau aku ni seorang yang lurus..Tapi tolonglah lain kali jangan main-main dengan aku ekk.Pesanan terakhir sebelum aku pergi layan feeling sebab aku telah terkena adalah "DONT MESS WITH JOKER OK!!!..I WILL PAY BACK!!!"

p/s : Lawak ke ha??

BARU TIDAK SEMESTINYA MENTAH

Oh yeah.Malam tadi rasa macam nak tercabut jantung aku.Kenapa lak?Sebab banyak sangat unsur saspens yang para artis buat kat atas pentas tu kan.Terkejut jugaklah aku tengok masa tu. Hampeh tol. Malam tadi banyak benda yang aku tak jangka sudah pun berlaku antaranya :


Adehh..rasa macam nak tercabut jantung aku ni haa..

ANA RAFFALI : Bila hos nak umum kan siapakah juara lagu tu kan..mesti korang semua dah jangka Yuna yang akan menang kan??Sebab hos cakap penulis, komposer dan penyanyi adalah artis tu sendirik. Dan aku pun expect Yuna gak masa tu. Sebab persembahan dia ada kelas weyh. Music arrangement yang baharu dan lebih rock, pentas yang agak hebat dan background image dia sesuai sangat. Ala-ala evanesence tu kan..Last-last Ana Raffali yang menang pulak..Haishhh..

Kenapa aku tak sangka si Ana Raffali tu akan menang? First sebab aku rasa dia tu budak baru dalam industri ni. Sebab tu lah aku tak sangka yang dia akan berjaya menawan hati para juri. Okeh lepas ni aku nak tukar mentaliti aku ni.Baru tak semestinya mentah.Macam Ana Rafali tu haa..Dia tonjolkan bakat dia kat dalam youtube kott..Ala-ala Justin Biebier gitu..Kelass ko Ana.

Err..Malam tadi korang perasan tak si Ana Rafali ni hilang suara?Pehh..Obvious giler dia hilang suara sebab masa dia tarik kat part tinggi suara dia tak sampai..Hahaha..Tapi masa nyanyi selepas amek hadiah tu dia miming je kot. Sebab music arrangement dia tak sama dengan persembahan sebelom tu ha..AKu rasa dia ni terlebih berlatih kot sampai hilang suara.Kesian ko.Tapi last-last menang jugak..Adess...

STACY: Eh kenapa dengan Stacy? Malam tadi aku tak sangka pulak yang si Stacy tu tak menari sangat macam biasa. Ada lah dia menari sikit masa dah nak habis tu..Ini bukan Stacy yang aku biasa tengok sebelum ni. Kenapa ekk dia buat macam tu? Entahlah..Korang tanyalah dengan Stacy sendirik.Mane lah aku tau.Opss.Terlebih sudeyhhh..

Hari ni saya pakai kimono sahaja ..Takkanlah saya yang pakai kimono korang nak suruh menari sampai tercabut kepala kann..Apa lak orang Jepun cakap nanti..

BLACK : Oh suara dia amat perfect dan superb. Seyesly weyh..Flawless tu...tak ada terkucil..tak ada lari pitch...Bila aku dengar suara black masa nyanyi lagu kubur Sophea Jane, aku teringat suara Adam Lambert. Sebijik weyh..Waaa..Hebatnya suara Black sampai macam tu sekali. Tapi, last-last si Hafiz pulak yang menang.Haishh,,Si hafiz ni pon ok gak kann..Hebat jugak suara dia..Masa aku nyanyi lagu dia kat k-box tak terkejar aku dengan note-note dia yang tinggi tu.Superb!!

FAIZAL TAHIR : Haa, ni artis lagi sorang ni ha.Wajib ditulis..kalau tak mestilah tak lengkap entri ni. Apa yang aku tak sangka pasal mamat ni? Pertama sekali masa persembahan  Selamat Malam. Persembahan tu sangat simple dan sempoi sahaja.Tak payah guna prop macam nak buat rumah ke kat atas pentas tu kan.Jemput je  beberapa orang pelakon naik pentas..Tau lah diorang berlakon tu kann..Eh Faizal, ko ni lagu dah sampai separuh jalan baru nak keluar pentas tunjuk muka ke??Ehh gurau je Faizal..Sorry kalau terasa.Jangan saman aku lak.Aku gurau je..

Pastu yang kedua aku tak sangka pulak yang lagu hanyut tu boleh gak menang persembahan terbaik. Sebab simple je kann..Artis lain penatlah nak pikir pasal props, background dancers..last-last tak menang gak..Hahaha..Itu namanya rezeki...Korang dah cuba tapi tak menang jugak.Walau apa pun..ko tetap di hatiku wahai FT.Sebab i am a true Rockensteiner!!!!Tapi aku teruja sangat part yang  si FT  kuat sangat sampai dia boleh tercabut straight jacket yang ikat dia tu kan..Ala-ala superhero tu..Hahaha..Korang mampu ke buat macam dia??

Bila habis je AJL25, aku terus membuta..Pehh..Puas hati aku malam tu..Erkk..kenapa aku rasa lain macam ekk tengok persembahan malam tadi??Entahlah..Bila aku tido, aku terus dapat mimpi indah.Dah lama tak dapat mimpi best macam tu..Selalunya kalau aku mimpi konpem bergenre seram.Jumpa buaya lah...terjun kapal terbang main parachute..dan banyak lagi..Tapi malam tadi aku dapat mimpi bahagia..Tentang ape??Mane boleh bagi tau..Biar aku sorang je yang tau..

Korang pernah ke pakai baju ni??

Tu je kot cerita aku hari ni.Sekian..

p/s : Korang rasa kalau aku post koleksi karoke aku kat Youtube, siapa yang nak lamar aku jadik artis nanungan diorang??Usher atau Aidit Alfian??Hahaha..

Saturday, January 8, 2011

PERSEDIAAN

Persediaan?Apa barang-barang yang aku kena sediakan malam ni??

BAJU SUPERMAN?? Checked!!!

BANNER?? Checked!!!

SUARA NAK MENJERIT?? Checked!!!

CERMIN MATA HITAM?? Checked!!!!

BAJU KURUNG??? Jangan harap!!!

MAKE UP?? Heh??Giler hape??

Bukan setakat baju, spender itu wajib superman jugak okies..Barulah meriah..


Cermin mata adalah wajib..Supaya malam tu nanti, akulah yang paling Faizal Tahir..Hoho..

Eh??Kenapa lak aku sediakan semua barang-barang ni??Ada apa-apa ke??Eh korang lupa ke??Malam esok kan AJL 25.Harap-harap besok tak adalah masalah yang berlaku masa aku nak tengok AJL tu kan..Benda tu adalah salah satu perkara yang wajib aku tonton setiap tahun..Kalau tak dapat tengok tak ke menangis tu..
Mesti tengok!!!Aku ni kan ROCKENSTEIN..Faizal Tahir ada dua lagu tuu..Mesti lah aku bersemangat..Awek aku si Ana Raffali tu lak ada sekali..Lagi lah wajib tengok..

Ok lah korang..Aku nak bersedia untuk malam esok..SELAMAT MALAM yer..Tapi jangan sampai HANYUT malam ni ok..

p/s : Hopefully pak cik aku yang ustad tu tak lepak umah aku malam esok..Kalau tak..nahass aku..


Korang rasa sapa yang menang malam esok??
Aku??
Faizal Tahir??
Yuna??
Ana Raffali??
Bunkface??
Black??
Hujan??
Shahir??
A.P.I??
Adira?
Hafiz??
Meet Uncle Hussain??
  
pollcode.com free polls

Friday, January 7, 2011

LUKISAN BUDAK TADIKA

Oh yeah.Disebabkan kehidupan aku sekarang adalah rutin (sama je dari Isnin sampai Ahad) , maka lebih baik aku bercerita tentang perkara hebat yang telah aku belajar pada masa silam. Iaitu cerita aku bersama cikgu-cikgu aku kat sekolah. Yang paling aku tak boleh lupa adalah kisah lukisan budak tadika.

Masa kat sekolah dulu aku ada beberapa orang cikgu yang ok lah jugak dengan aku. OK tu bermaksud kadang-kadang boleh gossip sama-sama bila datang bilik tu. Tak ada lah sampai tahap anak emas cikgu kan. Sebab aku malas ahh jadik anak emas. Aku ada banyak lagi benda nak kene buat selain jadik anak emas cikgu.

Salah seorang cikgu yang ok dengan aku tu adalah Cikgu Roshadah (CR). Dia ni multi talented person.Dia cikgu seni dan geografi.Antara kebolehan cikgu ni yang aku paling teruja adalah dia boleh melukis muka orang tak sampai 10 saat. Bak kata dia, dia dah biasa lukis muka orang. Sebab tu lah boleh jadi sepantas itu.

Maka nak dibuat cerita, maka satu hari ni aku lepak kat bilik dia. Tak silap aku masa tu aku nak berlatih nak buat mural. Rasanya masa tu kitorang nak join acara melukis catan mural terpanjang di Malaysia tu ha kann (kalau tak silap). Masa tengah aku sibuk buat gambar tu kan, tiba-tiba CR bersuara.

Apakah ini??Ini bukan lah graffiti sebaliknya catan mural tu haa..

"Adeh budak-budak ni. Dah form 3 dah tapi bila cikgu suruh buat lukisan pemandangan masih lagi buat lukisan budak tadika. Sama saje."

Err..Korang tau tak lukisan budak tadika tu macam mana??

Bak kata CR, lukisan pemandangan budak tadika adalah kat dalam gambar tu ada satu kawasan lapang, ada dua bukit kat belakang, kat tengah bukit tu ada matahari tak kisah lah matahari terbenam ke atau pun terbit. Kat kawasan lapang tu pulak ada rumah sebijik dengan pokok beberapa batang. Tak pun pemandangan tepi pantai. Ada laut + gunung belakang laut + burung terbang beberapa ekor kat langit tu haa..Sangat klishe tau. Masa tu aku pun nak tergelak jugak tapi aku sempat cover. Kenapa aku cover gelak??Sebab masa tu aku form 3. Entah-entah dia tengah cakap pasal aku tak. Mungkin tak kot sebab seingat aku, aku tak pernah lak hantar lukisan macam tu.


Tak ke nak menangis rasanya jadik cikgu bila semua budak lukis gambar camnih??

Persoalannya di sini..kenapa budak-budak tu masih lagi buat gambar yang sama je? Adakah selama ini dia pergi tempat tu je sepanjang hidup dia? Atau pun diorang di ajar lukis gambar tu je selama diorang hidup?Ha.silalah jawab yer. Pada pendapat aku, mereka tidak di ajar cara untuk berfikir secara kritis. Mereka hanya berfikir di dalam lingkungan perkara yang di ajar sahaja. Perkara yang cikgu tak ajar, mereka takkan cuba untuk mencuba.

Lain kali kalau nak lukis biar macam ni..Barulah boleh bangga sikit

Ape ek aku nak cakap lagi??

Tu je kot..Pesan aku, kalau nak lukis gambar pemandangan tu kan, janganlah buat lukisan budak tadika lagi ekk..Buat malu saje..Macam mana caranya? Tambah pelangi kat lukisan korang..Hahahaha..


cantik kan kalau tambah pelangi??yeke??

p/s : Tapi bak kata cikgu aku tu, tambah pelangi tu masih lagi dikategorikan sebagai lukisan budak tadika. Hahaha.Dia cuma kretip sikit je dari budak yang tak buat pelangi tu. Sekian..Eh jap..Be creative!!!!

Tuesday, January 4, 2011

UNTUNG SABUT TIMBUL UNTUNG BATU TENGGELAM

Oh yer! Hari ni aku nak share sekali lagi tentang karya yang baru aku tulis tu kan. Disebabkan aku ni tengah tak ada kerja, maka aku pun telah menghantar karya aku tu ke satu syarikat penulisan yang baru ditubuhkan kat Malaysia ni iaitu syarikat KarnaDya. Aku harap sangat yang diorang akan terima cerpen itu dan dijual. Boleh lah aku dapat income sikit. Pehh..jauh gila aku berfikir. Entah diorang baca ke tak resume aku tu kan..Harap-harap karya itu diterima. Aminn..

Aku hantar resume yang aku print kat atas baju. Terlebih kretip lah katakan.Korang mampu ke??

Apa-apa pun aku berasa amat bangga. Kerana aku telah berjaya menghantar resume pada waktu semuda ini. Sorry ekk sebab tercapub lak kan kat sini.Adess..Kepada semua warga pembaca, aku ingin menyeru anda semua melakukan apa yang orang lain tak pernah buat. Hargai masa muda anda dan lakukanlah perkara bermanfaat yang akan menguntungkan anda. Macam yang aku tengah buat ni ha.

Sekian dari aku pada tengah hari ini. Chowww..

Walaupun aku masih kecik, aku tetap berangan nak masuk pertandingan bina badan peringkat dunia..Jangan jeless ok!!!Hahahaha..

p/s : Sungguh berdebar menunggu jawapan dari syarikat itu..Oh yeah..

SEMOGA BERJAYA

Tadi buah hati aku call. Dia cakap dia sangat gementar nak buat show malam ahad tu nanti. Apalah ko ni.Apa yang ko nak takutkan?Dia cakap dia rasa amat takut bertanding dengan artis-artis lain. Dah lah giliran dia yang pertama. Lagi lah gementar kan.

Kepada Ana, sila banyakkan bersabar yer. Lagu Ana tu memang sentiasa bertakhta di hati aku. Walaupun ada lagu Faizal Tahir ada malam tu , aku percaya yang lagu Ana tu mampu menggoyahkan si FT tu kan.
You are awesome Ana. Haa.. Nasihat aku, just be yourself. Ana nampak manis pakai baju kurung. Jangan jadik macam orang lain. Orang nak pakai baju nampak pusat dia pun nak pakai baju nampak pusat. Jadilah diri Ana yer.

Kepada Ana Raffali, selamat berjaya pada Anugerah Juara Lagu 25 nanti yer. Latihan vokal yang aku ajar tu jangan lupe ekk..Sekian..

My dear Ana. You look gojes Ana.Credit to the photographer.

p/s : Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Maaf kepada mana-mana individu yang terasa.

Monday, January 3, 2011

MY FIRST BABY

Heh?Apa yang korang fikir ni ha?Korang jangan fikir lain pulak yer.Aku belum berkahwin lagi kerana hati ini masih lagi belum berpunya. Bila belum kahwin sudah pastilah belum ada anak kan? Habis tu baby tu ape pulak? Baby tu sebenarnya projek sulung aku. Aku baru sahaja habis buat cerpen.Dan aku berasa amat bangga.


Siapa cakap menulis itu tak penat? Penat weyh!!!


Yang paling best tentang cerpen tu adalah aku siapkan cerpen tu dalam masa 2 hari sahaja. Mungkin agak lama bagi seorang sasterawan negara tetapi ini adalah rekod peribadi aku.Dalam masa 2 hari tu aku fikir semua perkara.Panjang yang ideal, plot cerita, pengajaran dan sebagainya. Aku tak nak buat cerpen kosong. Kalau boleh biarlah ada pengajaran kalau orang nak baca.Baru lah minda tu membangun.


Err..mampu ke aku boleh capai benda ni??


Err..Kenapa tiba-tiba pulak aku menulis cerpen ni?Sebenarnya aku menulis cerpen sebab aku memang saja nak menulis. Dah lama aku jadi penulis tapi takkan satu karya pun tak ada lagi kan.So sku pun mula lah menulis. Sangat best tau menulis cerpen. Boleh cerita yang mengarut. Selain tu aku menulis ni sebab aku nak hantar karya aku kat mana-mana agensi yang sanggup terima karya sulung aku ni. Genre yang aku buat bukan serius tetapi ada unsur jenaka yang ada pengajaran.Untuk permulaan aku hantar karya ni kepada penulisan2u.blogspot.com.Target aku adalah untuk menjadi cerpen bulanan terbaik.Kalau tak dapat no 1, no 3 pun jadilah.Sebab lepas ni aku malas lagi nak buat cerpen kalau tak menang.


Tajuk cerpen tu pulak adalah Mini Cooper Cikgu Donat. Panjang pulak lebih kurang 2000 patah perkataan sahaja. Aku harap korang sudi baca cerpen ni dan silalah komen yer. Saya amat memerlukan bantuan dan komen dari anda semua. Tanpa buang masa lagi..Jom kita baca..


..........................................................



Mini Cooper Cikgu Donat


     Pagi itu suasana agak dingin kerana hujan turun mencurah ke bumi pada malam tadi. Keadaan  pagi itu agak gelap walaupun jam sudah menunjukkan pukul 7 pagi. Embun pagi masih membasahi bumi Kuala Pilah yang indah itu.Matahari kelihatan segan silu untuk memancarkan cahayanya yang gemilang itu manakala kelibat sang awan hitam pula masih lagi kelihatan. Petanda bahawa akan berlaku hujan pada bila-bila masa.

   Namun, cikgu Donat masih lagi lena diulit mimpi indah. Hari ini dia jatuh dari katil lagi seperti kebiasaan. Malam tadi mungkin dia bermimpi mengenai pengembaraanya melawan raksasa. Walaupun sudah jatuh dari katil, dia masih lagi tidak sedar. Entah apakah makhluk yang merasuk badannya itu Jin berkepala tiga barangkali.

   “Tidak!!!!!” jerit cikgu Donat sejurus terjaga dari bangun apabila dia melihat jam di atas meja. Rupanya jam telah menunjukkan pukul 7 suku pagi. Dia bingkas bangun dari lantai dan terus mencapai tualanya lalu bergegas menuju ke bilik air. Selalunya dia tidak bangun seawal itu kerana dia tiada kelas. Tetapi hari ini adalah hari yang berlainan baginya kerana sesi persekolahan telah bermula semula. Maka bermulalah semula kehidupan cikgu Donat sebagai seorang tenaga pengajar di Kuala Pilah English School.



   Hari ini cikgu Donat mengenakan pakaian yang baru dibelinya itu. Baju kemeja kuning berjenama Suave dan seluar slack hitam menjadi pakaiannya hari ini. Baju kemeja kuning itu dipadankan dengan tali leher merah menjadikan cikgu Donat agak segak hari ini. Setelah minyak wangi kegemarannya itu disemburkan beberapa kali ke badannya, dia terus berjalan dengan pantas ke arah kereta Mini Coopernya itu. Tanpa membaca doa naik kenderaan, dia terus memecut kereta merah itu ke sekolah.  

     Seperti hari yang lain, setelah tiba di perkarangan sekolah cikgu Donat terus meletakkan Mini Cooper kesayangannya itu di tempat biasa iaitu di sebelah tempat letak kereta pengetua. Betul-betul di bawah pokok Sakura. Pengetua sekolah adalah musuh ketat cikgu Donat semenjak beliau mendaftar di situ  kerana dia berasa tergugat dengan kehadiran cikgu Donat. Cikgu Donat adalah seorang guru yang unik dan berintegriti. Walaupun dia hanyalah seorang ketua bidang bahasa,kehadiran cikgu Donat di sekolah itu telah meneggelamkan populariti pengetua di sekolah itu.

   Kebetulan hari ini cikgu Donat tiba di sekolah sama dengan pengetua tiba. Tetapi dia lambat sedikit berbanding pengetua.  Kedatangan cikgu Donat disambut dengan kata-kata sinis oleh pengetua.

“Nice car cikgu Donat,” kata pengetua.Tujuannya adalah satu iaitu ingin menyakitkan hati cikgu Donat.

   Kata-kata itu sememangnya berjaya membuatkan cikgu Donat marah. Tetapi dia harus bersabar kerana di hadapannya adalah seorang pengetua yang harus dihormati. Lagi pun adalah tidak baik bagi seorang lelaki bergaduh dengan perempuan. Tetapi dia nekad. Tiada siapa boleh mencerca kereta kesayangannya itu.Termasuklah pengetuanya sendiri.Dia tahu kereta itu buruk dan antik. Tetapi bagi dia, kereta itu tidak harus diejek.

“Miss Halle a.k.a Cik Halijah. Sedap nama tu. Muka pun cantik. Sayangnya tak guna semua itu sekiranya hati busuk. Sebusuk tahi anjing,” balas cikgu Donat dengan muka selamba.

   Muka pengetua menjadi merah padam. Semerah tali leher cikgu Donat.Lantas dia cepat-cepat mengambil barangnya dan berjalan ke kantin.    Sebelum dia bergerak ke kantin, dia ada menghentak kuat atap kereta Mini Cooper itu dengan tangannya. Bagi cikgu Donat perbuatan itu tidak boleh dimaafkan. Pengetua harus diberikan pengajaran. Tiba-tiba dia ternampak sebatang paku di atas tanah yang muncul entah dari mana. Betul-betul di sebelah tayar kereta cikgu Halle. Paku itu diambil dan tayar kereta Toyota Vios menjadi sasarannya. Dia betul-betul puas dapat berbuat sedemikian. Seperti seorang yang tidak bersalah, dia terus berjalan ke biliknya untuk meletakkan barang sebelum menghadiri perhimpunan pada pukul 8.



     Pagi itu sesi pembelajaran belum lagi bermula kerana jadual belum diatur oleh guru yang bertugas. Maka hari ini cikgu Donat hanya duduk di dalam biliknya sambil melayan facebook. Di atas meja itu turut ada seplastik kuih muih yang dibelinya di kantin dan sebotol air mineral. Kuih itu tidak terusik kerana dia sangat tekun melayan peminatnya di facebook. Tiba-tiba poket seluarnya bergetar. Lantas dia mengambil telefon bimbitnya itu dan memeriksa mesej. Ada satu mesej dari pengetua.

“Kepada Encik Donald Atkinson, sila ke pejabat sekarang kerana saya ada urusan penting untuk kamu.”
-Miss Halle-

    Mesej tu sememangnya adalah untuknya. Nama penuh cikgu Donat adalah Donald Atkinson. Sengaja dipendekkan nama itu supaya senang diingat oleh pelajarnya dan semua orang.Tetapi atas urusan apakah pengetua mahu berjumpanya? Adakah perbuatannya telah terbongkar?Persoalan itu bermain di fikiran cikgu Donat.
   Sebaik sahaja kaki kanan cikgu Donat melangkah ke dalam pejabat pengetua, keadaan terasa amat seram sejuk. Aura kejahatan dan kemarahan seperti menyelubungi seluruh penjuru inci bilik itu. Tidak ubah seperti suasana di tanah perkuburan pada waktu malam. Wajah pengetua yang kelihatan marah dan gincu bibir merah pekat yang dipakainya menjadikan beliau kelihatan seperti pontianak yang dahagakan darah manusia. Tetapi cikgu Donat langsung tidak takut kerana baginya wajah pontianak itu sudah biasa dilihatnya. Iaitu wajah pengetua sendiri.

“Cikgu Donat.Kamu memang bijak. Tetapi kamu mesti tahu yang saya lagi bijak dari kamu,” kata pengetua.

“Lah?Itu je ke yang Miss Halle nak bagi tahu saya.Saya memang tahu yang saya ni bijak.Tapi tentang puan bijak itu, saya tidak tahu. Sebab saya tidak pernah belajar sama-sama dengan puan. Hmm..Kalau dah tak ada apa-apa urusan izinkan saya beredar.” balas cikgu Donat.

Cermin matanya yang tebal itu dibetulkan. Pengetua merenung tajam ke arah cikgu Donat seperti mahu menerkamnya.

“Nanti dulu cikgu Donat.Kamu ni memang sudah melampau. Kamu ingat saya tidak tahu kamu yang pancitkan tayar kereta saya?”

“Laa..Pasal tayar kereta tu ke? Ingatkan saya dipanggil sebab saya selalu datang lambat ke sekolah. Kalau macam tu..”

Belum sempat kata-kata itu dihabiskan, pengetua berkata, “Saya rasa bahawa cikgu tidak lagi sesuai untuk mengajar di sini. Kerana cikgu Donat menunjukkan teladan yang tidak baik kepada para pelajar. Oleh itu saya mahu berhentikan cikgu Donat dari sekolah ini.”

“Apa? Pindah sekolah? Err..Itu saya tidak setuju. Tak ada ke hukuman lain? “

“ Ada.Hmm..Kalau cikgu tak nak berhenti cikgu mesti mengajar di kelas Kirra.”

“Apa??Kirra?Kalau macam tu saya lebih rela berhenti sekolah daripada mengajar kelas itu. Kerana pelajar di kelas itu bukan manusia.Mereka adalah makhluk aneh”

“Kalau macam tu kita telah selesai.”

“Err..apa hukumannya puan?”

“Hukumannya adalah mengajar di kelas Kirra. Ini adalah arahan sekolah. Sekiranya cikgu Donat enggan berbuat demikian saya akan berhentikan cikgu atas sebab disiplin. Maka selepas itu mungkin rekod bersih cikgu akan tercemar.”

“Baiklah puan.”

Walaupun mulutnya berkata ya tetapi hatinya berkata tidak.Sungguh. Mengajar kelas Kirra adalah satu penderaan minda dan penyeksaan mental. Kerana pelajar kelas itu amat aneh. Seolah-olah mereka itu tidak dilahirkan dari planet ini. Semua guru tidak mahu mengajar kelas itu.



   Seperti yang telah diarahkan, beliau terpaksa juga mengajar kelas itu. Kaki cikgu Donat melangkah dengan berat ke kelas itu seolah-olah telah diikat dengan 10 ekor gajah. Hari ini cikgu Donat pakai pakaian yang biasa sahaja. Tidak sesegak semalam. Kerana dia tiada semangat untuk bergaya sakan akibat hukuman itu. Kemeja biru muda dipadankan dengan tali leher biru gelap dan seluar slack hitam. Namun, cikgu Donat tetap kelihatan hebat dan segak. Cikgu Donat berjalan menuju ke blok H kerana di situ lah terletaknya kelas Kirra.

   Sebaik sahaja cikgu Donat melangkah masuk ke dalam kelas itu, suasana menjadi gelap secara tiba-tiba. Guruh berdentum di langit. Dan hujan turun dengan lebat sebaik sahaja cikgu Donat meletakkan bukunya di atas meja guru. Kelihatan ada seekor kucing yang tengah nyenyak tidur di atas kerusi cikgu. Suasana pada masa itu masih bising. Kehadirannya seolah-olah tidak disedari. Ada pelajar yang tidur. Ada juga yang membaca komik. Tidak kurang juga yang bergosip dan menyanyi.

   Apakah yang harus dilakukan cikgu Donat? Tiba-tiba dia mendapat ilham. Dia menjerit dengan sungguh kuat seperti seorang yang dirasuk hantu. Meja guru itu dihentaknya beberapa kali dan kerusi itu ditendangnya sehingga terbangun kucing yang tidur tadi. Maka suasana menjadi sunyi secara tiba-tiba. Yang ada hanyalah bunyi cengkerik yang datang entah dari mana. Dan semua pelajar mengambil tempat duduk masing-masing.

“Siapa ketua kelas?” tanya cikgu Donat.

“Leana!!!” kata semua pelajar.

“Siapa Leana?”

Dan tiba-tiba seorang pelajar mengangkat tangan dengan perlahan-lahan. Dia sungguh sopan dan senyap.
“Mulai hari ini kamu bukan lagi ketua kelas. Kerana saya rasa bahawa kamu tidak sesuai.Maka pengganti kamu adalah yang tengah tidur itu,” sambil tangannya ditujukan ke arah Fazri Tahir. Budak lelaki yang tengah tidur itu.

“Dan kucing tu siapa punya?”cikgu Donat menambah.

“I am her mother.Kucing tu anak angkat kelas kitorang. Hopefully cikgu boleh terima kehadirannya,”kata salah seorang pelajar perempuan. Kulitnya sungguh mulus dan suaranya sungguh lembut.Rabilah namanya.
“OK.Baiklah kalau begitu.”

Setelah sesi berkenalan habis maka tiba-tiba cikgu Donat berkata kepada anak muridnya, “ Bahasa Melayu adalah suatu subjek yang amat mudah untuk skor. Tetapi cikgu amat hairan kenapa kamu semua tidak dapat skor.”

“ What?Bahasa Melayu? Ahh..Boring lah cikgu, “ Arman menyampuk.

“Bosan? Orang yang tak sayang bahasa sendiri sahaja cakap bahasa Melayu tu bosan. Bagi cikgu Bahasa Melayu tu adalah sesuatu yang indah. Sesiapa yang tidak lulus Bahasa Melayu seharusnya menampar muka mereka. Kenapa tidak lulus sedangkan kita bertutur bahasa Melayu setiap hari.

“Pangg”.Tiba-tiba Anif menampar mukanya sendiri dengan kuat sekali.

“Jangan jadik sengal Anif. Itu hanyalah metafora. Apa yang cikgu maksudkan adalah kamu tidak sepatutnya tidak lulus Bahasa Melayu. Kerana kamu adalah bangsa Melayu. Mulai hari ini cikgu ada satu peraturan untuk kamu semua.

“Heh? Apakah rules itu?” tanya Alya dengan penuh ingin tahu.

“Mulai hari ini cikgu tak nak kamu semua mencemarkan bahasa Melayu itu sendiri.Jangan campurkan bahasa melayu dengan inggeris Cikgu nak kamu berbahasa baku dengan cikgu setiap kali kelas. Kalau boleh setiap masa. Kamu juga perlu banyak membaca bahan bacaan berbahasa Melayu.

“Kenapa lak cikgu?” tanya Shafa si budak tinggi lampai yang cantik bak model.Wajahnya ada sedikit iras-iras Linda Onn.

“ Sebab itu adalah petua yang tok guru cikgu ajar masa cikgu bertapa dulu. Tujuannya supaya kamu senang semasa nak buat esei nanti.

Semua pelajar mengangguk tanda setuju.

Sejak hari itu semua pelajar mempraktikkan apa yang diperkatakan cikgu Donat. Sekiranya dia ada mendengar pencemaran bahasa daripada pelajarnya, maka pelajar itu dihukum. Pelajar yang selalu dihukum sudah pastilah si Zarwane dan Ilina kerana mereka ini kuat bercakap. Ibarat DJ radio. Nurnajihah juga selalu dihukum. Kerana dia tidak biasa bercakap bahasa Melayu dengan betul. Pelajar yang selalu terselamat pula adalah Zeti Hazwani, Hafiz dan Kujan. Kerana mereka ini kurang bercakap di dalam kelas. Umar juga selalu terselamat kerana beliau adalah seorang yang pandai menyembunyikan kesalahannya.



   Lama-kelamaan, cikgu Donat menjadi rapat dengan pelajar kelas Kirra. Kini baru dia mengerti bahawa kata-kata orang tidak betul belaka. Kerana baginya pelajar kelas Kirra ada potensi besar dalam diri mereka dan perlu digilap. Kini,mereka selalu sahaja makan bersama dan bermain bersama. Cikgu Donat sudah menjadi seperti rakan mereka sendiri.

   Sehari sebelum peperiksaan akhir tahun bermula, cikgu Donat menyampaikan sedikit  pesanan kepada pelajarnya di kelas Kirra itu.

“ Hari ini cikgu mahu katakan yang cikgu amat berbangga dengan kamu semua. Walaupun kamu semua agak aneh tetapi cikgu nampak potensi besar dalam diri kamu semua yang cikgu lain tak nampak. Kamu istimewa. Semasa kamu jawab peperiksaan nanti, kamu amalkan lah apa yang telah saya ajarkan dahulu. Kalau kamu semua dapat A dalam kertas bahasa Melayu nanti cikgu belanja korang..Eh silap..Nanti cikgu belanja kamu.”
Semua pelajar bertepuk tangan di akhir ucapan itu.



   Peperiksaan akhir tahun berlalu selama seminggu. Kertas bahasa Melayu adalah kertas yang pertama. Cikgu Donat berada di kelas Kirra bagi memberikan semangat kepada anak muridnya di samping bagi mahu mengelakkan sebarang unsur peniruan. Para pelajar kelihatan tekun menjawab peperiksaan.Tidak pernah mereka setekun itu sebelum itu. Cikgu Donat berasa amat bangga.

     Genap seminggu peperiksaan berakhir, akhirnya semua kertas peperiksaan sudah siap ditanda oleh cikgu Donat. Hari ini dia memberikan kertas itu kepada pelajar Kirra.Sebelum memberikan kertas itu, dia memberikan sedikit ucapan kepada Kirra.

   “Cikgu sudah menanda kertas kamu semua. Dan apa yang boleh cikgu katakana adalah cikgu bangga dengan kamu semua. Ini adalah pencapaian terbaik kamu buat masa ini.” Kata cikgu Donat.
   Setelah itu semua kertas diberikan kepada tuannya. Kepuasan jelas terpancar di wajah mereka. Walaupun tiada sesiapa pun yang mendapat A sekurang-kurang nya cikgu Donat adalah orang yang paling bahagia. Kerana dia tidak perlu membelanja semua muridnya. Sambil memandang ke luar tingkap dia berbisik di dalam hatinya ,”Selamat duit aku.Hehehe.”.

   Namun seperkara yang lebih pasti, semua pelajar Kirra lulus kertas bahasa Melayu pada peperiksaan akhir tahun itu. Dan orang yang paling terkejut sehingga hampir diserang sakit jantung itu sudah pastilah Cik Halle merangkap musuh ketatnya kerana dia tidak sangka cikgu Donat sehebat itu. Bagi cikgu Donat pula, Mini Cooper kesayangannya itulah yang telah mempertemukannya dengan pelajar kesayangannya itu. Dia berasa amat terharu. Namun perjuangan cikgu Donat masih lagi belum berakhir. Kerana dia masih lagi ditugaskan mengajar pelajar kelas Kirra pada tahun hadapan.


...............................................................................

Macam mana cerpen ini?Sila lah komen yer..Apakah pendapat anda?