JEJAK ANDA

Sunday, May 29, 2011

BERSANGKA BAIK

Hmmm.Hari ni aku nak berkongsi kisah yang aku reka.Maklumlah, aku ni kan kuat berimaginasi..Of kos lah aku ni terer bab-bab buat cerita rakyat ni kan..Tu je lah aku reti..Yang lain nan adoo..Ok lah..Lets start okeh. Cerita ni aku bagi nama "KISAH BUDAK DAN iPHONE 4"..

..........................

Malam ini malam Jumaat.Seperti kebiasaan, malam ni Surau Kampung Pelita mengadakan majlis bacaan Yassin mingguan seperti minggu-minggu yang lepas.Malam itu, agak ramai orang yang datang.Budak-budak yang mukanya jarang kelihatan di surau itu juga ada.Entah apakah sebabnya.Mungkin sebab malam itu ada jamuan selepas bacaan Yassin.Maka haruslah ramai yang datang.

Tok Kadir, salah seorang penduduk senior kampung itu merupakan pengunjung setia surau itu. Dia selalu solat di situ dan kadang-kadang dia lah yang menjadi imam sekirannya imam ada urusan di bandar. Namun begitu, Tok Kadir mempunyai satu perangai tidak baik.Beliau adalah seorang yang pembengis. Dan yang selalu menjadi mangsanya adalah budak-budak.

Malam itu, hujan yang sederhana lebat membasahi bumi Kampung Pelita.5 minit lagi, majlis bacaan Yassin akan bermula. Kelihatan Tok Kadir membahagikan Yassin kepada jemaah di surau itu. Kalau bukan dia, entah siapalah yang mahu mengagihkan Yassin.Nak harapkan budak muda, jangan haraplah.

 Tiba-tiba sesuatu telah menaikkan kemarahan Tok Kadir. Sesuatu yang pantang dilihatnya. Kelihatan seorang budak dalam lingkungan 17 tahun sedang bermain telefon bimbit di satu sudut. Muka budak itu dia tidak pernah lihat. Namun, salah tetap salah. Budak itu akan tetap menjadi mangsa leterannya.

Tok Kadir terus berjalan ke arah budak itu seperti seekor singa yang terbau daging segar. Budak itu mahu sahaja diterkamnya.Sebaik sahaja sahaja dia sampai ke budak itu, terus dia menegur budak itu.Suasana menjadi sunyi seketika. Suaranya yang agak garang dan kuat menggegarkan surau itu.

"Hoi budak.Orang dah nak baca Yassin ni.Kenapa kau masih leka lagi main telefon kau tu?Tak ada adab punya budak. Mak bapak kau tak ajar ke?"

Budak itu terus membisu. Begitu juga dengan jemaah lain.Namun, Tok Kadir terus berleter.



"Apalah nak jadi dengan budak zaman sekarang. Orang nak mula baca Yassin dia leka main telefon. Dah lah jarang datang surau. Ni datang pun mesti sebab nak makan je kan??Sebab sebelum ni aku rasa aku jarang nampak muka kau kat sini."

Budak itu masih mendiamkan diri.Dan pada masa yang sama dia masih bermain dengan telefon bimbitnya.

"Nah ambil Yassin ni".

"Tak apalah pak cik. Saya dah ada Yassin."

"Mana Yassin kau?Aku tak nampak pun kau pegang Yassin. Kau jangan nak menipu aku."

"Ini Yassin saya." kata budak itu sambil menunjukkan telefonnya ke arah pak cik itu.

"Ini adalah i-phone 4.Kat dalam ni, macam-macam ada.Termasuklah Yassin.Tadi sebenarnya saya tengah cari Yassin dalam telefon saya."

Tok Kadir terdiam.Mukanya kelihatan merah padam.

"Dan lagi satu.Saya jarang nampak kat sini sebab saya baru pindah sini."tambah budak itu.

............................

Malam itu, muka Tok Kadir tidak kelihatan pada jamuan selepas bacaan Yassin. Entah apakah yang berlaku kepada beliau.Mungkin kerana budak itu.


(THE END)....



Amacam?Best tak?Hahahaha..Aku ingat selepas exam aku nak videokan cerita ni demi peminat aku semua.Tunggu tau.Jangan tak tunggu.Tu pun kalau aku rajin..Kalau aku malas, mintak maap lah yer..

Sebenarnya, mesej yang aku nak sampaikan kat sini adalah bersangka baik lah sesama manusia.Aku sangat sedih sekarang.Yelah.Aku tahu aku ni budak sekular.Tak ada lah pandai agama sangat.Tapi takkan disebabkan tu kengkawan aku dah tanak kawan aku?Aku rasa aku telah hilang sorang kawan.Tak tau lah kenapa.Mungkin sebab dia UIA dan aku bukan budak UIA.Tambahan pula, aku ni budak sekukar.So memang lah tak boleh sesangat kawan dia kannn..

OK lah korang..Selamat menjalani peperiksaan..Dan selamat berjaya..

Sunday, May 22, 2011

PEMBURUAN BERMULA

Hmm..Hai semua..Sekali lagi akhirnya kita berjumpa kan..Oh ye..Malam ni aku nak bercerita pasal satu benda yang aku telah rancang nak buat..Apa yang aku nak buat tu?Bunyik macam serius semacam jek..

Nak dibuat kisah, ada satu page kat facebook nih. Page tu kalau tak silap aku menggunakan nama universiti tempat aku belajar ni ha..Ok lah..Straight to the point..Admin page tu sangat misteri..Selalunya dia akan post pasal benda-benda kelakar yang berlaku kat universiti kat page dia tu..Contohnya dia pernah post pasal lelaki yang berjalan-jalan pakai boxer je, perangai budak freshie..dan sebagainya..Aku pun tak tahu kenapa dia buat macam tu..

If possible, aku nak dedahkan identiti si admin ni..Bunyik macam susah kan tapi tidak mustahil aku dapat jumpa admin tu..Sapa tahu??Macam best jek siasat-siasat misteri nih..Feeling-feling jadik Sherlock Holmes kejap kan..Sekali-sekala..Dari aku merempit tu kan, lebih baik la aku isi masa lapang aku dengan benda gila neh..Aduss..

Hmm..hari ni nak tulis pasal apa ekk??Lalalalala...

Hah kau!!Kantoi..Tunjukkan diri kau sebenar..Errr..Ke$ha??

Yes??May I help you??

OK lah korang..Itu je cerita malam ni..Kang kalau aku dah tau sapa admin page tu aku bagi tau korang yekk..

p/s: Aku pun tak tahu kenapa aku nak buat benda ni..tetapi "SESUATU" telah memberitahu aku yang aku patut buat.SESUATU??Apakah itu??...Erkk..

Friday, May 20, 2011

TAK KELAKAR

Oh..Akhirnya..its friday night..Menjelma pun akhirnya..Tapi kan..Aku rasa sekejap je kot dah seminggu..Macam xrasa lak seminggu nih..Mungkin agak sibuk dengan dunia..Sebab tu lah rasa sekejap je..

By the way, aku nak tanya korang..Pernah tak korang kena gelak walaupun benda tu macam tak logik untuk digelak??Mesti pernah kan??Apa perasaan korang??Rasa pelik tak??Mesti la pelik kann..Dan hari ni benda tu berlaku kat aku..Apa yang berlaku??Aku bukan setakat rasa pelik..Geram..marah..emo..semua ada..What happened actually??Ok..chill..Meh aku citer..

Nak dibuat citer, hari ni aku ada kuliah kimia..Dan pensyarah buat sesi penyelesaian masalah.Maka haruslah aku datang..Aku ni tak ado lah bijak mane kann..Of kos lah kena datang..

OK lah..Bila bercakap pasal sesi penyelesaian masalah, mestilah pensyarah buat konsep dua hala dengan pelajar kan??Betul tak??Bila pensyarah tanya pelajar jawab..Dan bila pelajar tanya pensyarah jawab..Kan..Ada lah satu soalan ni pensyarah tanya..Semua budak diam je kan..Dan aku lak masa tu ngada-ngada nak jawab..Walhal aku sendirik tak tau jawapan dia..Saje je nak kasik happening sikit..Supaya xde lah nampak sangat pensyarah tu macam syok sendirik..

Maka, aku pun jerit la jawapan tu sampai lecturer dengar..Kann..Nak tahu apa yang terjadik??Nak dibuat kes, jawapan aku tu salah..Yang buat aku bengang, ada lah sorang mamat ni gelak..Kann..Motip ko gelak??Budak lain rilek je pun..Pensyarah pun ok jer..Takde lak dia gelak..Yang mamat tu gelak lebih-lebih kenapa??Tak lawak okeh..Better lah dari ko yang tak jawab langsung..At least aku cuba kann..Daripada ko tu diam jekk..


Oh my..Your answer is soo funny!!!!

Hey faggot!!!Fork you!!!You are sun of a beach..

Sorry lah ehh..Aku ni sensitip guy okeh..Walaupun bagi korang benda ni nampak kecik, tapi bagi aku benda ni besar okeh..Bagi aku,biar salah dalam tutorial asalkan jangan salah kat dalam exam sudah..Tapi yang aku tak paham, kenapa perlu gelak kalau orang lain buat salah??Kau bijak sangat ke??..AWAS kau lelaki..Kau memang dah menaikkan kemarahan aku..Tunggu saat kau pulak..

OK lah..Pengajaran kita malam ni adalah..dont mess with me okeh..Mess with other people..Wah camtu lak kann..Hahaha..Aku rasa sampai situ je kot sesi cercaan bersama aku malam ni..Lenkali kita gossip lagi ekk..Babai korang..Have a nice weekend!!!Sekian...

p/s: Nak tahu siapa lelaki tu? He's a Malaysian..Dan aku rasa korang dah tahu..

Wednesday, May 18, 2011

TERIMA KASIH DAUN KELADI

Al-kisahnya..Hari ni aku dijemput untuk menghadiri lunch ni kann..Haa..Lunch tu..Jangan memain..Orang nak belanja lak tu kan..Maka haruslah aku ni gigih untuk mendapatkan makanan free tu..Walaupun terpaksa spare kan ruang kosong untuk aku isi nasik lemak pulak.Aiseh..Masa aku dah beli nasi lemak masa tu la baru dia nak ajak lunch sesama kan..Ujung-ujung nasik lemak tu aku buat makan malam..Nasib baik elok lagi kan..Kalau tak menangis tak sudah dibuatnya aku..Yelah..Kalau nasik lemak tu murah xpe..Ni mahal kemain kann..

Bila sampai rumah diorang tu kann, nampak la 4 orang anak dara (kawan aku) tu gigih memasak kat dapur tu haa..Macam ada menteri nak datang rumah lak kan..Busy kemain..Ko kann..Tak menang tangan aku tengok diorang..Tung tang tung tang bunyik kuali..Tah apa yang dimasaknya aku pun tak tahu lah kann..Lama gak lah diorang masak.Sementara nak tunggu diorang habis masak aku pun layan fesbuk jap..

Lepas dalam setengah jam tu, makanan pun siap..Wah..Best giler..Kann..Macam-macam ada..Nasik goreng..daging goreng..Cekodok epal..Ngan tiramisu..Wahhh..Mewah kan makan lunch...Aku pun apa lagik..Merembess lah melihat makanan yang seksi kemain tu kann..Nak je aku telan semua makanan tu masa tu jugak..Nasib baik la kat rumah orang..Kalau kat rumah sendirik, aku telan je tanpa rasa malu..Wahh..Thanks korang..

Ada yang lagi best tu.Lepas lunch, tetiba kawan aku tu kasi hadiah kat aku..Wah..Terharu gila.Seriously ni first time kot orang kasi hadiah gila ekstravaganza camtuh..Terharu aku...Gedabak lak tu..Kotak kasut dia bagi..Aku pun dengan tak menyempatnya bukak la kotak kasut tu..Cuba teka apa kat dalam tu.???.Kasut bola keranjang..Hambek kau..Nike Air Max Turnout tuu...Bapak la..Serius best..Diorang macam tahu-tahu pulak aku suka kasut basketball..Sekali lagi..Thank guys..

Oit bro, amek la hadiah ni..ikhlas dari aku..

Oh my.....its a nike air max!!!

gambar kasut tu..

Dengan perut yang penuh, aku pun terus balik rumah..Dan dengan perasaan yang sungguh gumbira..Lalalalala..Walaupun prank korang tadi tak menjadik, tetapi aku tak kesah..Sebab tiramisu korang sangat best..Err..ada kaitan ke??Ahh lantak lah..

p/s: My little sister just called me..Thanks for calling..

Monday, May 16, 2011

BEZA

Mood:Emo..

Disebabkan malam ni mood aku tak berapa nak stabil, maka haruslah aku buat slot keji-mengeji malam ni..
Okeh.Nak dibuat cerita, aku ada mesej sorang insan ni..Aku pun tanya..

"To whom I should submit this assignment?"

Dengan simple nya dia menjawab..

"At medicine building."

Dan bila dia jawab camtu, aku haruslah sentap!!Ko kann..Aku tau lah hantar assignment kat bangunan tu..Aku tanya to whom..Maksud nya kepada siapa..Bukan kat mana..Kalau aku nak tanya kat mana, baik aku cakap camni..

"Where should I send this assignment?"

Kan??Yang lagik aku sentap, aku tanya soalan tu lagi kat beberapa budak yang lain..Semua jawab benda yang sama..Aku pun frust giler kot..Lalu aku pun check soalan yang aku tanya tu..Hmm..Aku rasa betul je..Arghhhh..Bengang giler..Bila lah aku nak jumpa budak yang paham apa aku cakap neh..Rasa nak cekik-cekik je bila dia jawab dengan salah..Arghhh..

.................

...........

.............

(penulis pergi ke dapur untuk memasak megi..)..

Sekian..


Sunday, May 15, 2011

TIDUR

Hmm..Hai korang semua.Ape kabar?Sihat?Oh yer.Jom kita berceloteh..Hari ni aku nak cakap pasal benda yang aku paling suka buat.

Bila aku tanya member aku  benda apa yang diorang suka buat...ada je yang menjawab panjat gunung la..berenang kat air terjun la..Panjat batu la..Panjat dinding la..Tengok wayang..dan macam-macam lagik..Kalau aku tulis semua yang diorang suka buat satu hari pun tak abis..Nak dibuat cite, macam-macam la diorang suka buat..

Tapi kalau korang tanya aku, aku akan menjawab..Aku lebih suka tido sahaja..Wah!!Punya lah pemalas aku ni kann..Tido jek yang aku pilih dari banyak-banyak benda dalam dunia nih.Yess..Aku lebih suka tido jer..Kenapa pulak?

Selalunya, masa tido ni lah aku kekadang dapat apa yang aku tak dapat buat kat dunia realiti..Sebagai contoh, aku selama ni nak sangat jumpa kawan sekolah aku dulu.Tapi tak berkesampaian sampai sekarang..Sehinggalah semalam.Dia muncul dalam mimpi aku. Tak dapat jumpa betul-betul, dapat jumpa dalam mimpi pun jadik lah kann..Dapat jugak lepas rindu kat kawan lama..

Basically, kat dunia realiti aku rasa yang kekadang aku ni macam loser. Mengharapakan something yang perfect..Walhal aku sendirik tahu benda tu mustahil..Maka kat dalam mimpi je aku boleh mencorakkan dunia aku sendiri. Kadang-kadang aku mencorakkan imaginasi aku kat dalam cerpen yang aku buat. Hmm..entahlah..Kadang-kadang idea cerpen aku tu aku ambik dari mimpi-mimpi yang aku alami.Baru feeling sikit aku nak membacanya..

Tu lah antara sebab aku suka tidur.Bukan sebab aku ni species pemalas ke hape kan..Saya suka tidur.Anda pula bagaimana?Kalau rajin sila tinggalkan komen anda..

p/s: Jom tengok video ni.Agak lawak lah..I like this guy (not in gay way)..


BETUL KE?

Hallo sume..Pekaba?Ok lah..Disebabkan malam-malam bute ni aku xleh nak tido lebih baik aku update blog ni ha..Lagi best kan..Malam, ni aku nak cakap pasal omputih.Nak dibuat cerita lah kan..Ramai member aku cakap orang putih baik..Betul ke??

Situasi pertama: Seorang gadis yang cantek lagi hot pergi ke bank.Dan dia di layan dengan begitu baik sekali ibarat puteri raja. Dia berasa sangat gembira lantas mengupdate status facebooknya dengan status begini.."Oh local people are soo nice"

Situasi 2: Seorang gadis ni dia pergi membeli belah. Dia mendapati bahawa pekerja di situ sangat peramah.Tidak seperti di negara asalnya. Lantas dia berfikiran bahawa orang di situ lebih baik dari orang di negaranya.

Yes man??May I help you??

Err..Amacam?Korang setuju ke tidak dengan budak dua orang ni?Baguslah kalau korang tak setuju..Sebab aku pun tak setuju jugak. Kenapa aku tak setuju lak??Camni ceritanya..

Ketahuilah bahawa omputih baik dengan mereka sebab dia terpaksa. Polisi kerja diorang camtu. Kalau tak mesra konpem-konpem la customer larik.Omputih kan cerewet habiss..Buat silap sikit je konpem dia nak jumpa manager. Maka haruslah mereka melayan korang macam anak raja kan..

Yo man!!You pissed me off..

Ok..let say bila lepas waktu kerja.Pastu korang terserempak dengan pekerja yang sama kat tepi jalan..Huh..Konpem tak ditegurnya korang..Amcam??Sentap tak dengar statement berani mati aku..Camne aku tau??Eh aku tau arr..Ko tu sape je dengan diorang kan??No way lah diorang nak tegur kan..

Makanya dengan itu, haruslah aku cakap yang omputih tak baik sangat..kan..Berlakon je lebih..Plastik..spastik..Huh..Blah arrr..

Saturday, May 14, 2011

24 JAM 7 HARI

Sedang aku melayan fesbuk nan satu itu, tetiba kawan aku yang seorang ni mesej aku..

"Dude, malam ni pukul 9 setengah okeh.Cam bese"

"Oraitz.." aku menjawab..

"Eh, ko tahu..Profile picture ko macam sorang mamat 24:7 ni.."

Aku blurr..24:7??Apakah itu?Movie ekk??Hati aku dah kembang gila nih kan..Memikirkan profile picture aku macam jejaka HOT dari Hollywood kan..

Pastu tetiba otak aku teringat..Hmm..Setahu aku 24:7 tu kumpulan K-Pop dari Malaysia..Hell no..K-Pop??K-Pop lah sesangat kann..Menyampah lak aku mendengarnya..Kalau dengar pun dah geli apatah lagi nak tengok kan..Ko bayangkanlah lelaki kat dalam group tu topless..Geli weh..Ko ingat kau seksi arr??Badan cekeding nak tunjuk-tunjuk kat orang..Motip??

"Mane gambar tu?" aku saja bertanya..

"Ni ha..Yang pakai topi tu sebijik macam kau"..*rujuk gambar di bawah..



Aku pun tengok lah gambar tu..Lantas aku berkata sekali lagik..HELL NO..Aku lagi hensem okeh..Apekah??Aku speechless..Rasa macam nak gila pon ada gak..Sebab nanti ada orang xleh bezakan aku dengan mamat tu pulak kan..Kang aku tengah jalan kat KL Sentral tetiba ada orang mintak autograp..Pengsann..

Tapi aku rasa lain je kot muka aku dengan mamat tu..Apakah kawan aku itu dah rabun ayam??Ke ko saje je nak mengeji aku??Hahaha..By the way, aku rasa dia nak buat lawak kot.Dude, I wanna tell you that its so funny..Hahahaha..Nak pecah perut aku gelak tau malam tadi..

Ok lah korang..Nanti aku hapdate lagik..

p/s : Aku tak layan Kpop or Jpop..Tak kesah lah dari Korea ke..Dari Malaysia ke..Kenapa lak??Sebab aku tak MINAT!!!

Friday, May 6, 2011

SEDIKIT CERAMAH

Ermm..Buat masa sekarang, aku sangat sibuk dengan kerja.Sampai tak ada masa nak update blog. Apa-apa pun aku ada sedikit ilmu yang hendak dikongsi dengan korang semua. Jom tengok..


Aku sangat-sangat setuju..Anda??