JEJAK ANDA

Thursday, December 23, 2010

PERCUTIAN YANG TIDAK DISANGKA

Aku masih teringat lagi.Pada Rabu yang lepas.Masa tu aku tengah masyuk giler tido kat dalam bilik kan..Tiba-tiba lak bapak aku masuk kat dalam bilik aku..

"Bangun!!Bangun!Jom kita pergi holiday!!!" beliau berkata...

"Ahh..holiday ke?Nak pergi mana?"

"Port Dickson atau Gunung Ledang?"


Bangun!!!Lets holiday..

Masa tu aku konfius jugak kan..Ikut hati nak saja pergi dua-dua.Maklumlah aktiviti outdoor adalah kegemaran aku..Sungai dan pantai?Yang mana satukah aku lebih suka?Setelah lama berpikir aku pun mengambil keputusan nak ke Port Dickson sahaja.Al maklumlah, mesti banyak ikan duyung kat tepi pantai tu kan.Maka aku pun boleh lah mencuci mata..Tak sabar rasanya.

Oh tidak!!Aku nak pergi dua-dua sekaliguss..

Sebelum mandi-manda bapak aku ajak makan dulu.Lapar katanya.Aku tak boleh bagi peluang bab-bab makan ni kan.Orang dah ajak makan.Aku set sajer.Maka sebelum mandi, aku telah membedal mee bandung kat situ.Aku saje je order mee bandung. Dah lama tak rasa mee tu kan. Paling terakhir adalah masa aku balik kampung 2 tahun yang lepas..Peh..mengidam punya pasal kan..

Perghh..Ko ni makan mee ke makan selipar?Muka semacam sajer!!

Selepas aku habis makan, aku pun terus campak topi dan terjun kat dalam laut tu kan.Pehh..Best giler.Dah lama tak mandi laut beb.Ombak pada masa tu kuat jugaklah.Tercampak jugaklah badan aku ni kena hempas dengan ombak..Tapi malangnya masa tu air tengah pasang..Maka pantai tidak kelihatan sangat.Dan paling tak bestnya, tak ada ikan duyung Eropah yang tengah bersantai kat tepi pantai tu..Ahh..Ruginya..Aku amat berharap adalah seekor dua kat situ..Malangnya tak ada langsung..

Korang bayangkanlah masa tu macam ni tau ombak kat situ..Tak ke terpelanting aku..

Apa-apa pun, percutian tu best jugaklah bagi aku. Selain dapat membedal mee bandung, aku dapat mandi sesuka hati aku..Aku berangan jadik hero baywatch kot pada masa tu..Hahaha..OK lah.Kat sini aku sertakan beberapa keping gambar yang telah sempat aku ambil.Tapi gambar ni biasa-biasa sajer. Sebab aku ni newbie dalam bidang photography ni kann..Maka gambar yang aku ambil seharusnya biasa-biasa sahaja..

scene 1 - Aktiviti manusia di tepi pantai


scene 2 - A family at banana boat


scene 3 - Aku 


Malaysia's Next Top Model a.k.a Aku..

p/s : Aku sebenarnya ada banyak lagi gambar..Tapi takkan nak letak semua kott..Aku malas lahh..

2 comments:

  1. saya fobia nak terjun dalam laut ni, takut rendam dalam air yang sangat banyak.. takut dia tarik masuk laut T_T

    ReplyDelete