JEJAK ANDA

Saturday, March 1, 2014

TERIMA KASIH, TUHAN

Hari ni hari yang baik buat aku...Eh, dah kenapa pulak ko nih?

Al-kaedahnya..2 of my favourite persons datang melawat..Sorang datang jauh-jauh dari Victoria (jauh lah sangat flight sejam lebih sajork). Lagi sorang kawan baik dari Tassie yang dah lama tak datang sebab sibuk dengan kerja..

Pagi tadi jumpa hakak Bie ko, penulis blog dan kartun tersohor katanya...Lama tak jumpa rasa macam awkward pulak nak bercakap..Hiks..Anyways, tadi maintain cool sajork k. Kann..Memula brunch kat Salamanca..Nasib baik dorg sampai cepat..Kalau tak dah lama aku balik cepat-cepat...Mana tak nya, ko mampu org jalan kaki lagi cepat sampai dari orang naik kereta...Kejii sangat..

Pastu dah jenjalan bagai kat pasar tani tu, aku pun balik umah tumpang kawan..Takleh lambat sebab pukul 5 ada dinner ngan kawan..Nak shopping grocery lagi katanya...So dalam pukul 2 cemtuh aku dah cabut dari sana.

Al-kaedahnya, dalam kul 5 setengah tu, tetiber kawan baik lagi sorang call..Wow! Mula-mula macam tak percaya lak aku dia call..Ingatkan dia salah no ke apa..Rupa-rupanya dia kata nak datang melawat..Maka aku pun gigih lah menapak balik rumah..Menapak OK! Haha..Sila ambil tahu yg aku ni kuat menapak. Kuat lah sangat..

Bila sampai je kat rumah, tengok dia dah ada dalam kereta depan rumah..Rasa terharu sangat..Dah lama dia tak melawat..Rasa macam nak nangis pun ada..Serius tak percaya..Dah lah dia call pastu cakap nak jumpa lak tuh. Bak kata omputih senyum sampai ke telinga :P *Ini semua poyooooo!

Terima kasih tuhan kerana memberikan aku peluang berjumpa dengan mereka lagi..Harap-harap dapat berjumpa lagi di masa hadapan.


No comments:

Post a Comment