JEJAK ANDA

Sunday, January 30, 2011

BAKA TO TEST TO SHOUKANJUU

Seyesly aku mahu tengok anime nih..Sangat lawak dan best!!!Aku saje je post kat sini sebab aku selalu je lupa tajuk anime nih..Kepada yang minat anime yang lawak dan best, Baka Testo Shanjukuu adalah satu anime yang bakal menjadikan hidup korang meriah



Ianya berkisarkan tentang kehidupan pelajar kat sekolah..Lebih kurang macam lawak lampus..Tapi versi jepun..Apa lagi..Download lah cepat2 yer..jangan sampai terlambat lak..



P/s : Mari menonton Baka Test..

PAHLAWAN DI ZAMAN BAHARU

Sekarang ni, aku tengah feeling giler jadik pahlawan..Aku berangan menggantikan nenek moyang aku yang terdahulu..Mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara..Kenapa tiba-tiba lak nih??Aku baru habis BTN ke kan??

Aku bersemangat camnih bukan sebab aku pergi BTN okeh..Aku dah pergi dah program tuh setahun lepas..Tapi aku jadik camnih sebab aku memang berhasrat menjadik superhero..Tapi superhero tu terlalu Hollywood sangat..Aku tak suka Hollywood nih..Maka aku tukarkanlah kepada pahlawan..Sebab aku bangga mempunyai nenek moyang seperti Hang Tuah, Hang Jebat dan sebagainya..Mereka adalah pahlawan sejati..Aku ingin mewarisi kepahlawanan mereka..Kalau bukan aku sapa lagi??Nak harapkan remaja sekarang yang terlibat dalam gejala sosial yang kian kronik tu??Jangan haraplah..Ranap negara..



Aku sangat berharap aku akan menjadik pahlawan negara..Sebagai pahlawan, aku mestilah bertindak, bercakap dan berperangai seperti seorang pahlawan..Kurangkan berfoya-foya dan sentiasa fokus..Kerana aku jugak adalah khalifah..Aaaaa..Besarnya tanggungjawab itu..Wahai Tuhan yang menjadikan langit dan bumi, tunjukkanlah aku jalan yang sebenar..Permudahkanlah jalan aku menggapai cita-cita menjadi pahlawan di antara bintang ini..

AMIN...

p/s : Ini adalah seriuss..bukan main-main..

Saturday, January 29, 2011

TUNGGU MASA KO EK

Aku paling tak suka khabar angin..Terutama bila khabar angin tu tentang aku..EH..Hello..Aku tau arr aku pemes..Ko tak payah la sebarkan cite yang bukan-bukan pasal aku..Terutama benda yang mengaibkan aku..Ahh..Ni ape kes ni haa??

Psttt..ko tahu pasal budak osmet kelas Kirra tuh?Aku dengar dia masuk audition American Idol tahun nih..

Entah lah..Aku cuma tak suka bila orang cerita tentang aku..Aku tau aku ni tak hebat sangat macam diorang sume tu kan..Tapi patut ke berita kegagalan aku tu di jaja kat sana sini ha??Sampai ramai lah kot budak tahu..Kepada yang menjaja cerita itu, you are so fugly son of a witch..Haramm jadah..Ko jaja lah citer aku puas-puas..Kalau boleh..ko post lah kat fesbuk..Biar semua orang tahu..Ngok ngek..

Malam ni dah teremo lah pulak..Sorry ek..Aku ni emo banyak..Walaupun benda kecik..Kepada si penjaja cerita tu, tunggu saat ko ek..Masanya akan tiba..Sekali ko buat aku, seribu kali ko akan dapat balik..Babai..

Terus aku feeling menjadik pemes macam FT bila gossip pasal aku tu di jaja-jaja..

p/s : I am wondering, siapakah mulut yang mengalahkan mak joyah itu??Menjaja gossip pasal aku sesuka hati??Nak je aku cucuk lidah dia pastu gantung kat hanger..

INTERNET EXPLORER YANG MACAM HARAM

Sila tengok tajuk entri nih.Aku bukan nak mengutuk produk microsoft..Tapi sebagai pengguna yang bijak, aku mesti bersuara dengan bijak..Takkan lah pulak aku nak gi jumpe Bill Gates cerca dia depan-depan sampai dia menangis lak kann..Tak perlu semua tu..Cerca dia dalam blog je sudah..Adeh..Padahal aku pakai microsoft pirate tuh..Motipp aku nak cerca Bill Gates??


Kalo ko pakai microsoft tak ori tu kan..tak payah lah nak cerca aku ke ape kann..Nama pon tak ori..sebab tu lah jadik camtu..Sekeh kang baru tau..


Kalau benda nih tak berlaku kat aku, aku rasa tak perlu kot aku komen pasal Internet Explorer..Sepanjang hidup aku, aku tak pernah guna IE..Seyesly..Dah lah slow..lembab lak tuh..Geram tol aku..AKu selalu pakai Google Chrome je..Cepat..pantas..dan effisien..

Disebabkan aku ada ujian khas online..maka aku diwajibkan pakai IE..Dengar je kena pakai IE, aku terus terasa macam nak pitam..Mengapakah IE??~Aaaaaaa~..Nak tak nak kena lah buat kann..Kang tak sah lak ujian tu, habess aku..Menyesal tak sudah..

Masa untuk berubah..

Nak dibuat citer, ujian tu ada 2 bahagian..Setiap bahagian ada 282 soalan..Cuba bayangkan..Tensen ke tidak nak jawab soalan tuh..Dah lah pakai komputer lak tuh..Pastu pakai IE..Bertambah bengang lah aku kann..Okeh..Masa jawab bahagian A, aku berjaya jawab dengan jayanya..Tapi bila sampai bahagian B..sesuatu telah berlaku..

Masa tu aku dah jawab soalan yang ke 188..Masa aku tengah concentrate tu kann, tetiba IE not responding...Hambek ko..Menangis aku nak repeat balik soalan tu..Walauun soalan tu kacang je kann..Tapi nak repeat tu terasa macam nak daki gunung lak..Susah yang amat weyh..Maka nak tak nak, aku pun gigih lah jawab soalan tu buat kali yang kedua...Jawab punya jawab...dalam 10 minit aku setelkan bahagian ke 2 tuh..Adeh..Akhirnya..Im free from IE...



~Aaaaaaa~

Harap-harap ini adalah kali terakhir aku pakai IE..Tak nak aku pakai lagi okeh...Hopefully...

Awas ko IE..Jangan harap aku nak pakai lo lagikk..

p/s : Dalam soalan tu tetiba lak dia tanya sama ada aku penah mengumpat ke tak..Aku jawab tak sebab aku tak pernah mengumpat..Bergossip penah ler..


Friday, January 28, 2011

TUKANG URUT JEPUN

Haishhh..Masa berlalu sangat pantas..Tetapi aku masih begini..Erkk..Hari ni aku nak bercerita pasal si Tukang Urut dari Jepun..Nak dibuat citer, semalam bapak aku ajak aku keluar..Dia suruh aku beli barang-barang keperluan nak masuk kolej..Adehh..~Aaaaa~.Aku tak prepare apa-apa lagi..Maksud aku, aku tak prepare barang apa yang perlu dibawa dan harus dibeli..Setelah membuat mind map selama lima minit, akhirnya aku sudah tahu apa yang perlu dibeli...

Mula-mula ingatkan nak buat mind map saje..Tengok jadik camni lak..Adehh..

Setelah puas mencari barang-yang-tidak-dapat-dijumpai di bandaraya Bahau, bapak aku membuat keputusan untuk carik barang dia pulak..Iaitu mesin urut kaki.Aku ajak dia pergi satu tempat nih..Sebenarnya, aku yang syorkan dia pergi tempat tu..Menurut aku, tempat itu ada jual mesin urut kaki dengan harga berpatutan..Padahal bila aku datang dekat kat tanda harga itu, ia hanyalah harga bulanan..Macam haram..dan paling takleh blah adalah harga asal adalah berbelas-belas ribu...~aaaaaa~..Seyess aku terasa tercela pada masa tu...Adehh..

Disebabkan mesin urut badan tu agak keterlaluan mahal, bapak aku terus berbalik kepada plan asal dia..Iaitu carik mesin urut kaki sahaja..Fuh..Lega aku..Apsal aku lega lak??Entah..saje-saje je..Menurut bapak aku, dia amat memerlukan mesin urut kaki tu..Dia nak cuba..Sebab hari tu dia dah cuba satu mesin urut kaki nih dan dia semakin sihat setelah mencubanya..Whoa..Apa lagi..Sebaik sahaja promoter mengayat bapak aku dengan kata-kata yang indah..bapak aku terus beli..Sebelum tu dia ada gak try alat tuh..Maka terpaksalah aku try gak alat-alat kat situ sementara nak tunggu pompuan tu habis mengayat bapak aku..Dasar tak tau malu betul aku ni kan??Hahahaha..

Hello inchik..Meh la beli mesin urut kaki satu..Kalau tak nak pakai mesin, saya leh urutkan..Sejam doploh hengget..Ada bran???


Oh yeah..Aku berasa amat gembira..Bila bapak aku dah beli, of kos lah aku wajib cuba okeh..Ogawa namanya..Bukan jenama Dr Romzey okeh..No way lahh..By the way, brand is nothing..Apa yang bapak aku nak cuba adalah teknologi dari Jepun tu haa..Tu je..Bukan nak show off bagai..Aku tau bapak aku camne..Dia adalah insan paling humble kat dunia nih..Zuhud pon ada gak..Hahaha..(Harap-harap bapak aku baca ni supaya boleh dapat elaun lebih)..Mak aku cakap lak, dia nak buat bisnes pakai mesin tu..Sejam doploh ringgit..Murah kot...Mane nak dapat urut kaki doploh hengget??.Namun ianya hanyalah sekadar plan sahaja..Selalunya tak menjadi realiti pon..Adeh..


Ni la mesin urut yang harganya tak hengat dunia tuh..Lebih baik beli kereta..Lagi berbaloi..

Ok arr..Aku nak try mesin tu dulu okeh..Tata uolllsss.. korang..

p/s : Mengimol tu pebende ekk??Aku selalu jumpa kawan aku pakai perkataan nih..

SESUNYI VAKUM

Haishh..Ingat lagi kan post pasal aku gi taklimat tu??.Kalau tak ingat..sila baca entri yang sebelum nih..Cerita yang aku nak citer nih berlaku pada hari tu jugak..Kira-kira dua hari yang lepas..Tapi kisah ni berlaku pada waktu malam..sejurus selepas taklimat itu tamat..

Nak dibuat citer..lepas je taklimat tuh, aku terus je balik ke rumah..Sebab tak ada motipp nak duduk Shah Alam lama-lama.Disebabkan aku bergerak dari Shah Alam pukul 6.00 petang, maka haruslah aku berhenti solat maghrib semasa dalam perjalanan..masa tu dah maghrib..So aku berhenti kat satu surau dalam taman perumahan ni sebab nak solat lah kann..


Ops Sikap ke tidak...yang penting aku sampai ke rumah dengan jayanya...

Masuk je dalam tu aku berasa sangat aneh...Wah..sangat sunyi..Aku macam berada kat dalam shuttle UFO..Seyes sangat sunyi..Yang adoo hanyalah bunyik cengkerik...Aku tanya kat diri aku..Betul ke surau camnih?Aaaa..Kenapa orang dalam tu boleh kira dengan jari..Penduduk lain mana??

Ooo..emm..gee..Mana semua orang???~Aaaaaaaa~

Masa tu, aku berasa sangat pasrah..Kenapa surau tu tak ada orang??Mana pergi orang lain..Bukannya aku takut solat sorang-sorang sebab surau tu tak ada orang..Tapi memang pun..Tapi sebenarnya aku berasa sedih sebab tak ada sesapa nak meriahkan surau dengan masjid..

Masa tu aku teringat kata-kata senior aku..Dia cakap camnih..Musuh Islam tidak akan gentar dengan umat Islam selagi jemaah yang menunaikan solat Subuh di masjid tidak sama seperti jemaah pada solat Jumaat..Okeh..Makna nya sekarang ini mereka tidak gentar lah??Walau sedikit pun..Ahh..Kesiannya aku..Kesiannya kami..dan kesiannya anda..kesiannya kita..

The end...

p/s: Kalau bukan saya dan anda yang hendak ke musolla..siapa lagi??Jin kah??


MENGAPAKAH GEMBIRA?

Aku tengah berada di dalam mood yang amat bengang..Kenapa lak??Sebab aku tak lepas ujian psikologi JPA ke??Ehh..mane ada..test tu aku tak buat lagi..Sebab aku takot kantoi..Walaupun soalannya sangat mudah..Kenapa lak aku bengang nih??


Aku sangat marah dengan orang yang gelakkan orang lain sebab orang tu tak bernasib baik..


hey fugly monkey..SHUT UP!!!


Kemarahan aku bermula macam nih..Pada dua hari yang lepas, aku pergi ke satu taklimat nih..Saje je nak datang taklimat..Nak tambah ilmu yang sikit nih kann.Taklimat tu lak kat Shah Alam je..Nak dibuat cite, aku gi jenjalan masa rehat antara taklimat tu kann..Masa jenjalan tu.terserempak lah kan dengan satu kumpulan pelajar dengan pensyarah..Aku pon dengan muka tak malunya join lah the club kan..


Sampai satu masa, pensyarah X ni tanya soalan kat aku.."Kamu dapat Uni mane?"


Aku pun jawablah. " Universiti blablabla.."


Korang tau pensyarah tu buat apa??Dia pergi bantai gelak kuat-kuat...


(dia gelak macam ni tahu..)


Masa tu aku sangat marah..Kenapa nak gelak pulak kan??Aku tau lah universiti tu tak gempak macam yang dia masuk dulu..Nak gelak pun agak-agak lah kann..Dah aku dapat sane..Nak buat camne..Dah tu rezeki aku..Perbuatan dia aku macam tak boleh jugak lah kan nak lupakan..


Perbuatan dia tu lebih kurang macam orang pandai yang gelakkan orang kurang pandai..Aku fikir macam tu je...Orang pandai tu dipilih menjadi pandai manakala orang kurang pandai tu lak dipilih menjadi kurang pandai..Tapi perlu ke orang pandai tu gelakkan orang kurang pandai??Tidak sama sekali..Apa yang dia perlu dia  buat adalah bantu orang tidak pandai itu.Bukannya gelakkan.Perbuatan lecturer tu sangatlah takleh blah..


Walaupun aku ni lembu..do you really have a problem if I am a cow??


Hampeh!!!Awas ko ekk..Nah terima puisi yang aku amek dari penyair-yang-aku-dah-lupa-nama nih..



Wahai orang yang bergembira
di atas penderitaan orang lain
dan selalu memburuk-burukkan masa
apakah kamu orang yang selamat dan terlindungi
atau apakah kamu mempunyai perjanjian kuat
yang menjaminmu hari ke hari
Sesungguhnya kau adalah orang bodoh yang tertipu...


Nah..rasakan ayat pedas dari aku..Amacam??Terasa tak??


fuhhh..pedasss!!!




p/s : Mood seperti berada di Langkawi...motipp langkawi??