JEJAK ANDA

Sunday, January 15, 2012

MIMPI

Aku menulis entry ini sekadar untuk berkongsi.Terpulang kepada anda untuk mahu percaya atau tidak. Kerana ia hanyalah sekadar mimpi. Aku tidak pasti mimpi itu benar atau tidak.Apa-apa pun mungkin boleh ambil pengajaran dari nya. Aku tujukan  entry ini untuk semua para pembaca yang membaca blog ini.

..............................



Masa itu aku masih lagi terleka bermain laptop. Terleka dengan perkara lagho. Aku tidak ingat hari itu hari apa. Tetapi apa yang aku pasti itu adalah hari di mana keluarga aku berhimpun. Aku masih lagi berseronok dengan laptop aku. Membuat perkara lagho..Mak cik aku berperangai aneh. Dia meminta maaf kepada aku seperti seolah-olah tiada hari esok baginya..

Tiba-tiba aku terdengar seseorang menjerit kegembiraan, "Wah, salji!!"

Salji?Di Negeri Sembilan?Masa itu hati aku sudah takut. Jantung aku berdebar-debar.Adakah hari hendak kiamat? Kenapa tiba-tiba salji turun di sini? Kerana tiada musim salji di sini. Bukan semalam, bukan dua hari semalam dan bukan hari-hari sebelumnya..



Aku lihat ke luar tingkap. Ada sesuatu turun dari luar tingkap. Seperti salji tetapi bukan salji..Lebih berbentuk buih seperti buih sabun..

"Ahh panasss!!!" kedengaran suara seseorang menjerit...

Rupa-rupanya benda yang turun dari langit itu panas..Bukan sejuk seperti salji seperti yang disangkakan. Mujur aku hanya menyentuh sedikit sahaja benda itu..Semakin lama benda itu semakin banyak..Dan mula membanjiri bumi. Aku menjadi semakin takut..Adakah dunia benar-benar mahu berakhir?Ahh..Cukupkah amalan aku??Sungguh aku tidak bersedia menghadapi hari itu..

Buih semakin banyak dan mula untuk masuk ke dalam rumah. Aku tutup segala tingkap yang ada di rumah aku. Dan meminta pertolongan adik aku supaya membantu aku..Oh..Waktu itu aku dapat lihat buih itu sudah pun naik di paras bumbung. Ada satu tingkap sudah retak kerana tekanan buih itu terlalu kuat..Aku menghadang tingkap yang hampir retak itu dengan tangan aku supaya tidak pecah..

Lama-kelanaan, tingkap itu itu retak juga lalu pecah..Maka masuklah buih ke dalam rumah aku itu..Oh tidak..

Baru sahaja buih hendak masuk ke dalam rumah aku tiba-tiba semuanya telah hilang..Seperti tidak pernah ada buih. Aku berjalan ke luar rumah. Sungguh. Bentuk muka bumi di sekitar rumah aku telah berubah 100 peratus..Kini rumah aku berada di atas bukit di sekeliling kawasan yang tandus..Seperti di kawasan gurun..

Langit menjadi hitam..Tiada lagi langit biru seperti kebiasaan. Langit yang hitam itu berawan kan awan yang berwarna oren seperti api.Tidak ubah seperti kepulan asap apabila bom atom meletup..Aku sungguh takut..Di sebalik kehitaman langit, aku masih lagi nampak bunga api di langit itu..Terdetik hati aku berkata itu mungkin simbolik kepada manusia yang masih terleka walaupun dunia sudah sampai di penghujungnya..



Aku memeluk keluarga aku sambil memerhatikan bunga api itu..Mujurlah semuanya selamat.Tiba-tiba muncul seekor anak anjing yang entah dari mana..Anak anjing yang comel itu bermain-main di hadapan aku..

Aku memandang ke sekitar..Masih adakah hari esok??Sempat lagi kah untuk taat dan pulang??Segala-galanya seperti sudah berakhir bagi aku. Dan bagi semua manusia..


............................................


Kepala aku berasa pening sedikit tatkala aku membuka mata. Oh! Itu hanyalah sekadar mimpi. Aku sangat bersyukur kerana masih lagi diberikan peluang sekali lagi. Andainya mimpi itu benar, sudah pasti lah binasa aku.

Aku menyeru kepada anda semua, marilah kita kembali kepada fitrah. Sebelum terlambat..Kerana kematian adalah pasti..Hari kiamat adalah pasti..Timbangan amal itu adalah pasti..Syurga dan neraka itu adalah pasti..Mari pasang niat menjadi muslim yang lebih baik..

p/s: Di sini aku ingin meminta maaf kepada apa yang telah aku umpatkan sebelum ini di dalam blog ini..

No comments:

Post a Comment