JEJAK ANDA

Tuesday, December 4, 2012

ALBUM GAMBAR

AMARAN: Sila sediakan baldi besar sebelum anda membaca posting ini !

---------------------------------------


Malam semalam kawan aku datang rumah. Melawat rumah katanya. Since semua orang tak ada kat rumah, masa ini lah nak tunjuk kan rumah agam aku ni kat dia. *Rumah agam katanya walaupun rumah ko tu sedehhhh..Haruslah beliau lelaki kan.. Ko mampu nak bawak pompuan masuk umah masa housemate lain takde. Mau kontroversi satu tempat ni okeh...

Masuk-masuk rumah terus dia ketawa tak hengatt dunia..Berani mati ko gelakkan rumah aku kan..Tapi mmg rumah ni lawak pun. TV pun letak atas lantai. Masuk lounge area, ada meja kecik ngan kerusi jer. Sedehhh ke tidak??

Pastu dia melawat ke bilik tidur. Tetapp nak melawat bilik tidur kan.. Walaupun bilik aku tu macam sarang tikuss...Nasib baik mak aku tak duduk sini.. Kalau tidak habiss aku kena cerca hari-hari sebab bilik bersepah yang amat..Ko mampu?

Lepas tu, aku tunjukkanlah album gambar yang aku bawak ke sini tuh. Album tu just gambar aku ngan kengkawan jek. Takde sesaper pun..Dia pun belek..belek dan belek...

belek punya belek tetibe dia cakap..

"I would buy this photo for an artwork if you omit this background bit, " kata beliau sambil menunjukkan ke arah gambar aku..

Ko biar betik??Haruslah aku berangann jadik model kejap kan.. Memang tak caya ahh aku ada orang sanggup nak buat gambar aku jadik artwork. Pemess sangat!! Kah kah..

*sila muntah darah sekarang sekiranya anda belum berbuat demikian.

Pelik kan???OK tu je kot. Babai.

p/s: Rasa mcm nak beli hat mcm Johny Depp la pulak. Nampak cool jek.

Saturday, November 24, 2012

HOMEMADE PIZZA

Balik Malaysia, aku nak buat home made pizza..
I dont care gituh.. Mengidam okeh.Hari tuh dah buat ngan boss. Satu pizza tu aku sorang makan. Bantai aku letak sosej dan ayam sebanyak-banyaknya..Sangat puas okeh! Aku  kalau boleh nak buat pizza sendiri.Beli kat pizza hut tak puas hati. Sebab ingredient dia ciput jer.Kalau buat sendirik, ko boleh letak apa sahaja sesuka hati..Gituh..

OK bai. Tu jer.

Friday, November 23, 2012

AWAS AKU HACKER

Aku sekarang dah reti bypass private blog. Awas blogger2 sekelian. Anda diperhatikan. Jangan ingat anda selamat walaupun anda dah privatekan blog anda.

Sekian dan selamat menulis dengan berhati-hati. AWAS!

BENCI

Aku sangat tak suka interface blogger sekarang. Nak loading punyalah lama. Naharomsss.Sebab tu laa skang aku da lama tak update.*alasan.

Hmmm..Kang kalau rajin aku tulis k. Huhu

Monday, November 12, 2012

AJL 27

Tahun ni FT tak masuk AJL. Aku tengok AJL sebab nak tengok dia jer.Since tahun ni dia tak ada, artis harapan aku adalah si Black tu. Dengan lagu teman pengganti..

Mohon para juri tengok keindahan lirik rapping Malique tu. Lebih baik dari lirik cinta yang tiada nilai murninya itu.

Selagi mana juri bias kepada lagu balada, selagi itu lah lagu balada akan menang..

Bosan!

Thursday, November 1, 2012

MATA MALAS

Mata malas??Apakah itu??Mohon Google untuk penjelasan lanjut..

Hendak dibuat cerita, aku baru sedar hari ni yang aku ada lazy eyes..Dan aku telah bertanya kawan kawan aku yang amek medik..Adakah lazy eyes boleh dirawat?

Jawapannya adalah yes..

Erza Scarlet watak kegemaran eden

Apakah rawatannya??Rawatannya adalah eye patch!!

Im soo excited haa! Nak pakai eye patch macam Erza Scarlet..Mesti cool kan??Hehe..



Lantas dengan segera aku menyuruh hakak aku membuat temu janji dengan doktor..

Oh tidak sabar rasanya mahu pulang.

Monday, October 22, 2012

HAT

Aku di perpustakaan.Tiba-tiba ada seorang manusia putih menyapa.

"Eh kawan, di mana kamu mendapatkan topi itu?"

"Errrmmmm.. di MYER..kenapa??"

"Saya sangat menyukai topi kamu. Cantik"

Aku pun terus berbunga bunga..Kah kah

Sekian