JEJAK ANDA

Saturday, April 30, 2011

MUKA ITU

Kan hari tu aku ada cerita kat korang kan yang ak pergi komuniti farmasi??Sebenarnya ada satu benda yang terjadik kat aku yang menjadikan aku dah tak nak main-main lagi dalam bidang ini..Kerana bidang ini segala-galanya berkaitan dengan masa depan dan nyawa orang lain..Oh tidak..Aku tak nak sebab silap aku, nyawa dan masa depan orang lain hilang begitu sahaja..

Macam ni kisahnya. Masa tu seorang lelaki membawa anak kecilnya ke farmasi itu. Dan anak kecilnya itu menghidap penyakit mata yang tidak lah aku rasakan serius. Cuma sedikit jangkitan bakteria sahaja.Apa yang anehnya, muka budak itu sangat innocent dan kasihan..Aku memandang muka budak itu..Oh..Jelas terpancar kesedihan kat muka budak itu.

Tiba-tiba, budak itu memandang aku.Apakah?Kenapakah?Luruh hati aku melihat wajahnya yang sayu itu..Matanya cuba memberitahu aku sesuatu..Tetapi aku tidak tahu..Aku berasa berdebar-debar..Apakah perasaan itu??Matanya cuba memberitahu aku bahawa aku perlu bantu budak itu..



Tetapi setelah 5 saat budak itu memandang tepat ke arah mata aku, aku terus melihat ke tempat lain..Aku pun tak paham kenapakah aku pandang tempat lain..Tapi apa yang penting aku tak sanggup melihat wajah budak itu..Kerana aku berasa sesuatu yang pelik..Masa tu aku terbayang, kalau lah aku silap kasi ubat kat budak tu, tak tahu lah macam mana masa depan dia kan..Mujurlah aku hanya sekadar pelajar farmasi pada masa tu..

Mulai saat itu, aku berazam tidak mahu main-main lagi..Aku kena serius..Kerana apa yang aku buat adalah berkaitan dengan kehidupan orang lain..Aku tidak mahu memusnahkan masa depan orang lain..Tetapi apa yang aku mahu adalah membantu mereka..Kerana aku rasa gembira kalau dapat menggembirakan orang lain..
Sekian..

p/s : Aku pandang budak kecik pastu berdebar-debar..Adakah itu simptom child molester??

No comments:

Post a Comment