JEJAK ANDA

Tuesday, April 12, 2011

HARI MERUNGUT MALAYSIA??

Setitik..

Dua titik..

Lima belas titik...

Infiniti  titik...

Maka bermulalah episod hujan pada hari ini..Sekali lagi..Bila dah hujan sepanjang hari tu, haruslah suhu mencapai takat beku..Korang bayangkanlah, sejuk punya pasal kan, tah berapa lapis tah baju aku pakai hari ni..Takkan nak pakai sehelai je.Kang orang cakap aku ni ngada-ngada lak..Dah tahu sejuk, pakai baju sehelai jer.Tak ke gila tu kann..

Nak dibuat citer, masa aku balik kelas tadi, hujan turun mencurah-curah..Bak coklat yang turun mencurah-curah ke ladang gandum..Bila dah hujan tu kan, haruslah aku pakai kostum aku tu..Yup..Costume raincoat aku..Korang bayangkanlah, bila pakai baju berlapis-lapis, pakai sweater lagik, pastu pakai raincoat..Sebijik macam Big Bird dalam Sesame Street tu ha..Tak cukup dengan tu..Tak nak kena air punya pasal, haruslah aku pakai payung yang dibawa setiap hari itu kan..Sensitip to air hujan katanya..


Tengoklah raincoat aku..Santek kan??Alexander McQueen punya collection okeh..Tak main la hatta dolmat..

Ahh lantaklah apa orang nak kata..Asalkan aku tak basah..Walhal, kasut aku habis lenjun tu ha..Sebab kasut kanvas..Bila kasut dah basah, stokin takkan lah kering lak kan..Mestilah basah sekali..Dan bau dia nanti mesti tak boleh tahan kan??Semerbak bak perfume Kelvin Clain..

Bak kata orang, alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan..Alang-alang dah basah lebih baik berenang je kat lopak air kat tengah jalan tu kan??Betul ke??Jangan jadik gila okeh..Berenang tengah jalan??Kot ye pun biarlah logik sikit kan..Maka bila aku dah basah tu, haruslah aku enjoy main hujan..Takkan nak merungut lak kan??Bila aku merungut, aku selalu teringat kepada siapakah aku merungut itu??Adakah kepada hujan??Tetapi siapakah yang menurunkan hujan??errr....Sila jawab sendirik..

Bercakap pasal merungut, apa kata kita review video ni kejap..Sangat lawak si Mat Luthfi ni..Have fun folks..


p/s : Ada bran nak merungut lagik??

No comments:

Post a Comment