JEJAK ANDA

Thursday, April 28, 2011

AKHIRNYA AKU FAHAM

Al-kisahnya hari ni aku pergi lawatan ke hospital selama 2 jam dan 2 jam lagi di farmasi komuniti..Dan hari ini adalah salah satu hari terbaik aku di dunia..Aku berasa sangat gembira..Setelah sekian lama perasaan sedih dan bersalah menghantui aku, akhirnya aku dikurniakan perasaan gembira hari ini..Terima kasih kepada Tuhan Pencipta Alam.Err..Apa yang gembira sangat tu?

Macam ni..nak dibuat cerita aku dalam seminggu ni mood sedih gila..Aku pun tak tahu kenapa..Orang lain seronok je pergi merayau masa cuti seminggu ni..Tapi aku pulak lebih rela terperuk kat dalam bilik aku ala-ala istana tu kan..Tengok movie katanya..Walhal layan blues sensorang kat dalam bilik tuh..(bukan CD blue eh..harap maklum)..Aku pun tak tahu kenapa aku tetiba mood nak menyendiri pulak..

Hmm..nak dibuat cerita lagi, hari ni aku ditugaskan untuk melawat hospital dan komuniti farmasi kat sekitar pekan nih..Oh.Sebelum melawat dua tempat tu kan, aku punyalah malas nak pergi sana..Orang lain semua masih cuti..Kenapa aku je yang kena?Habis sekolah farmasi aku sumpah seranah..Geram kann..Mana tak nya..Orang lain masih bercuti okeh..Aku lak kene pergi buat lawatan..Haruslah sekolah itu kena sumpah seranah aku kann..

Apekah??

Tapi bila sampai kat hospital tu kan, aku terus rasa bersemangat..Oh..Inilah perasaan yang aku nantikan..Semua cercaan aku kepada sekolah farmasi aku tarik balik...Tadi masa kat hospital aku feeling jadik pegawai farmasi kejap..Kann..Padahal muke pun selebet berangan jadik pegawai farmasi..kann.Ko mampu??..Tadi rasa macam VIP pulak rasanya..Dapat masuk kat tempat yang orang lain tak boleh masuk..Macam-macam tempat lah aku masuk tadi..Sampai tak hengat aku nak menyebutnya..

I lah pegawai farmasi sini..

Oh my..Ko biar betul..Rupa pun pecah rumah berangan nak jadik pegawai farmasi..

Dan bila je habis lawatan sambil belajar itu, aku rasa sungguh bersemangat..Terima kasih cikgu semua..Terima kasih encik farmasi..

Petang tu pulak, aku pergi komuniti farmasi..Kan..Gigih ni ha pergi sana..Patutnya pukul 2 aku perlu ada kat sana..Tapi satu setengah aku dah terpacak kat situ..Tak ke gigih tu kann??Sampai je kat sana, aku buat-buat masuk..Feeling-feeling nak beli barang jap.Tapi masuk-masuk je macam tak ada orang.Eh??Mana diorang ni kan??Aku pun pergi lah kat tempat prescription tu kan..Tetiba ada seorang ahli farmasi tu tegur aku..

"Encik ni Encik SuperHuman ekk??"

"Ya saya.."

"Oh silakan masuk ke tempat prescription ni.."

blablabla.....

Rupa-rupanya dia lah yang bertanggungjawab menerangakan segala proses yang berlaku kat dalam farmasi tu kepada aku..Wah..Cara dia sangat cool..Dia agak matang dan hebat..Terbaik lah cara penerangan dia..Dia ada offer kat aku, kalau nak buat placement lagik, boleh je datang situ kann..Dan aku rasa aku nak lagik buat kat situ situ..Sebab dia sangat baik.dan cool juga..Terharu jugaklah aku tadi..Kalau lah tadi dia pasang lagu hindustan, dah lama air mata ni meleleh ha..katanya..nasib baik lagu lain keluar kann..

OK lah korang..Sekian sahaja perkongsian kali ini..Lain kali kita jumpa lagi yer..Ni ha lagi satu..Jangan cepat sangat mengeluh dan mencerca macam aku..Tak baik tabiat itu..Sebab kalau merungut tak guna..Buang tenaga je kan..Bukannya boleh ubah pun takdir itu..Sekian..

Lepas ni bukan setakat placement, akan ku camping depan farmasi kau tu..Eksaited punya pasal kann..

p/s : Mood sekarang ini adalah buat dua laporan dengan perasaan yang sungguh gumbira..Yehaaaa..

1 comment: