JEJAK ANDA

Saturday, January 1, 2011

TERIMA KASIH SAHABAT

Hah!Apa khabar warga pembaca sekalian?Aku harap korang sihat lah kan.Kalau tak sihat tu cepat-cepat lah pergi dapatkan rawatan..Jangan sampai melarat baru nak jumpa doktor. Tu memang carik penyakit namanya.

Hendak dibuat cerita, minggu lepas aku macam demotivate sikit.Ada lah sebabnya kan. Disebabkan itu, maka aku haruslah keluar dengan kawan-kawan dan lepak dengan diorang. Ahad minggu lepas aku keluar dengan sahabat aku kat Terminal 1. Din namanya.Disebabkan aku meroyan nak tengok cerita Tron tu, maka kitorang pun tengok lah cerita tu. Lepas habis tengok cerita tu, aku terus bagi 3 bintang. Cerita tu biasa-biasa je tapi grafik dia yang superb.Tu yang aku bagi 3 bintang tu ha..

TRON??

Motif gambar??

Lepas tengok wayang tu, kitorang pun makan-makan lah kejap kat McD. Masa makan tu aku pun ceritalah kat Din yang aku tengah demotivate. Dan si Din tu pulak cerita lah masalah dia kat aku. Macam yang kitorang selalu buat kat kolej tu kann.Kitorang ni kalau korang nak tau belajar satu kolej. Dia sangat baik. Sebab tu lah aku citer semua masalah aku kat Din.

Nama aku Super Fast Food.Kuasa aku adalah aku boleh melantak makanan dengan amat pantas sekali seperti sebuah mesin..

Selepas sesi melantak kat McD tu kan, tetiba lak si Din tu ajak aku pergi kedai buku Popular kan. Aku pun nak carik buku jugak masa tu. Maka kitorang pun terus menapak ke sana kan dengan perut yang penuh dengan junkfood tu ha. Korang tau tak apa yang berlaku selepas itu??

Masa tu kitorang kat bahagian motivasi.Mula-mula si Din tu tanya buku mana yang aku suka..Pastu aku pun cakaplah aku suka kat satu buku ni ha..(sambil menunujuk ke arah satu buku)..Buku tu sangat best..Aku pun tanya lah kenapa dia tanya macam tu.Dia cakap dia nak hadiahkan buku tu kat aku..WAH!!!

Aku terharu weyh masa tu. Serius aku tak sangka si Din ni betul-betul baik dengan aku.Ko lah sahabat aku Din. Masa aku memerlukan sokongan, kau ada di situ. Memberikan kata-kata semangat.Cehh..Hahaha..Sapa tak gembira orang hadiahkan buku.Lebih-lebih lagi aku ni si nerd ulat buku.Mesti lah happy. Sebelum ni tak pernah ada orang hadiahkan aku buku selain cikgu Bahasa Melayu aku. Thanks Din. Jasamu akan ku kenang sampai bila-bila..

Maka hari ini, aku telah berjumpa dengan seorang lagi superhero dalam hidup aku. Aku tak tau nak bagi nama apa kat Din ni. Apa kata aku bagi nama Din sajer?Din?Tak market langsung kan nama tu..Hahaha.Aku tak reti weyhh bab-bab nak bagi nama orang tu.Kalau bab mengutuk atau mencerca aku tau lah..Sekian sahaja buat masa ini.Babai..

Inilah buku yang dimaksudkan itu. Penuh dengan motivasi dan pengajaran..

p/s : Masa tu aku rasa macam nak menjerit sebab terharu..Ehh?Ada ke orang menjerit sebab terharu?Ahh..abaikann..Heh..


1 comment: