JEJAK ANDA

Friday, December 31, 2010

PERTEMUAN YANG DIRANCANG

Kereta berdesup laju di hadapan rumah aku. Jalan yang lurus dan agak baru membuatkan pemandu memacu kenderaan mereka dengan penuh laju dan gah. Aku pula terus di sini. Menunggu sebuah sinar dari arah yang tidak aku ketahui. Menunggu dan terus menunggu..

Apa-apa pun aku tidak sihat beberapa hari ini. Sebab itulah aku tiada mood untuk mengemas kini aktiviti yang telah aku jalankan.Maaf kepada rakan blogger yang aku sayangi. Oh yer.Kali ni aku nak bercerita tentang aku dan kawan-kawan aku bergembira. Tu pun nak cerita ke??Ehh suka hati aku lahh. Best weyy.Lagi pun dah lama tak jumpa kawan sekolah. Sangat rindu dengan mereka.

Nak dibuat cerita, pada malam jumaat tu kitorang main futsal kat Kompleks Rakan Muda Germany. Perghh.. Aku lah orang paling teruja malam tu kan.Mana tak nya. Dah sebulan aku bertapa kat rumah. Maka sudah sampai masanya aku menunjukkan hasil pertapaan aku kepada mereka.Malam tu teamate aku boleh lah dikategorikan sebagai pemain biasa saja. Aku tengok kat sekolah dulu kitorang bukan lah pemain street soccer sejati. Ada pemain hoki, ada pemain takraw, ada pemain bola sepak..pemain bola tampar iaitu aku dan seorang nerd ni ha..Tapi last-last aku sangat berpuas hati sebab kitorang dapat kalahkan pasukan yang amat hebat persis Real Madrid. Malam tu kami bermain seperti Barca dan aku sebagai coach berkata yang kami memang layak menang banyak game malam tu. Credit to Zul, Adli, Aizat, Aku dan Sufi. Haha.


Korang nak main hebat macam aku? Nah makan kasut aku ni..Dulu aku pun makan gak kasut cikgu aku..Last-last jadik hebat camnih..

Apa yang paling best adalah semua kawan aku cakap yang skill aku sudah semakin hebat dan menunjukkan peningkatan..Err..Hello..Selama ni aku main korang sajer yang tak pandang skill aku. Sebab aku memang hebat dari dulu lagi..Eh aku lak lebih-lebih kan..Tapi betul lah apa aku kata.Aku terkejut jugak dengar diorang cakap macam tu kan..Tau tak kenapa aku boleh improve? Macam ni ha..Aku dari sekolah dulu sampai lah masuk kolej ni kann..Aku main kat posisi sama saje..Mesti jadik last man.So bila dah lama main tu kan..mesti lah dah faham sangat perangai manusia ni. Aku paling suka main dengan selfish..Sebab senang je nak steal bola diorang..Malam tu apa apa pun aku sangat enjoyy...

 Candid 1

Candid 2

 Malam tu aku lepak rumah Aizat. Dan malam tu lak tetiba aku takleh tido kann..Maka haruslah aku berborak dengan kawan aku tu sampai pagi..Lepas azan Subuh baru lah kitorang tido..Tak ke pelik tu kann..Haa..Maka dalam pukul sepuluh macam tu, tiba-tiba ada orang call aku..Ajak lepak kat Jusco Seremban 2.Adess.Jauhnya nak pergi Seremban 2 tu ha..Nasib baiklah ada Sufi sebab dia yang jemput aku dengan Aizat..Thanks Sufi..

Korang tau tak ape kitorang buat kat Jusco tu? Kitorang KARAOKE!!!Pehh..Tak ke terharu tu kan orang call aku semata-mata nak tengok show aku ni ha..Rasa macam glamer sesangat kann..Kali ni sikit je yang datang..Sebab budak lain ada hal..Adalah si Ariff, Ribie, Aizat, Emyrul, Yusri, Adam..Ingatkan nak karok kat Jusco saja.Tapi disebabkan kat situ tak best..kitorang tukar plan..Kitorang karok kat Seremban Parade..Lagi best kan..Walaupun bilik agak mahal tapi berbaloi jugak ahh..Yang tak bestnya sebab lagu kat situ tak update..Heh!


Lets rock the world rakan-rakan!!!

Korang tau tak sapa paling menyerlah malam tu??Bukan aku ekk..Tapi si Sufi tu aka Broebery Marantika tu haa..Suara dia sebijik kot macam artis tu. Tak ke azab tu kann..Haa..Tu la pasal..Korang nak tau ke sape dia ni? Jap eh aku letak gambar dia. Jangan menyesal lak ehh..Tadaaa..

Dengan ini aku mengumumkan bahawa pemenangnya adalah......


Sufi aka Broemery Marantika

Ah tidakk!!!!

Camne?Menangis ke tidak korang tengok gambar ni?Haa..Kalau korang nak tau dia lah paling artis masa karok tu kan..Suma lagu dia boleh nyanyi. Dari Sheile on 7 sampai lah ke In Team.Semua dia nyanyi hari tu. Paling aku nak tergelak masa dia nyanyi lagu In Team tu haa. Boleh lak kan gi karok nyanyi lagu nasyid. Sangat tak kena. Mungkin dia ni kat sekolah dulu meroyan kot nak masuk team nasyid sekolah. Hahaha..Sengal..

.............................................................................

Lepas puas melalak karok macam orang gila, kitorang pun decide nak main bowling jap kat situ kan..Dekat ke.Kat atas tu je pun.Tapi disebabkan masa tu ada competiton peringkat piala timbalan pengarah kat situ maka kitorang pun pergi solat dulu. Masa kat pintu surau tu kan tetiba ada awek panggil aku..Err..Tau tak apa aku buat? Aku lari cepat-cepat.Segan weyy..Mana tak nya.Masa tu dah lah ramai member sekolah..Kat sekolah lak aku ni si anti-pompuan sikit. Maka haruslah aku lari supaya aku kekal macho. Sebenarnya aku rasa pompuan tu kenal aku.Kawan sekolah rendah.Err..Sorry ek pompuan.Aku tersengaja..

Masa main boling tu, aku rasa neves gila..Ini kali ketiga aku main kot.Mesti lah segan. Terjatuh ke dibuatnya. Tak ke jatuh maruah aku tu kann..Haa.Masa tu lak ada pertandingan. Maka aku haruslah kekal macho supaya awek sekeliling situ terpikat dengan persona aku.Apa-apa pun itullah kali pertama aku spare dan strike. Rasa macam nak menjerit lak.Cehh..Padahal orang lain dah lama kot buat strike dan spare.Aku sajer ketinggalan zaman.Alhamdulillah aku dapat no 3. Tak sangka weyh..Bangga gak lah aku..No 1 tu tak lain tak bukan si Sufi tu ha.Dia ni multi talented.Semua dia boleh buat..No 2 lak si Ariff tu kann.Aku lak dapat no 3. Pehh.Bangga weyhh..

Apa-apa pun..inilah petemuan terbaik aku bersama rakan-rakan..Tapi duit aku banyak habis..Waaa..Terima kasih rakan-rakan..Korang memang rock!!!Sekian sahaja cerpen dari seorang aku. Sekian!!!

No comments:

Post a Comment