JEJAK ANDA

Friday, January 28, 2011

MENGAPAKAH GEMBIRA?

Aku tengah berada di dalam mood yang amat bengang..Kenapa lak??Sebab aku tak lepas ujian psikologi JPA ke??Ehh..mane ada..test tu aku tak buat lagi..Sebab aku takot kantoi..Walaupun soalannya sangat mudah..Kenapa lak aku bengang nih??


Aku sangat marah dengan orang yang gelakkan orang lain sebab orang tu tak bernasib baik..


hey fugly monkey..SHUT UP!!!


Kemarahan aku bermula macam nih..Pada dua hari yang lepas, aku pergi ke satu taklimat nih..Saje je nak datang taklimat..Nak tambah ilmu yang sikit nih kann.Taklimat tu lak kat Shah Alam je..Nak dibuat cite, aku gi jenjalan masa rehat antara taklimat tu kann..Masa jenjalan tu.terserempak lah kan dengan satu kumpulan pelajar dengan pensyarah..Aku pon dengan muka tak malunya join lah the club kan..


Sampai satu masa, pensyarah X ni tanya soalan kat aku.."Kamu dapat Uni mane?"


Aku pun jawablah. " Universiti blablabla.."


Korang tau pensyarah tu buat apa??Dia pergi bantai gelak kuat-kuat...


(dia gelak macam ni tahu..)


Masa tu aku sangat marah..Kenapa nak gelak pulak kan??Aku tau lah universiti tu tak gempak macam yang dia masuk dulu..Nak gelak pun agak-agak lah kann..Dah aku dapat sane..Nak buat camne..Dah tu rezeki aku..Perbuatan dia aku macam tak boleh jugak lah kan nak lupakan..


Perbuatan dia tu lebih kurang macam orang pandai yang gelakkan orang kurang pandai..Aku fikir macam tu je...Orang pandai tu dipilih menjadi pandai manakala orang kurang pandai tu lak dipilih menjadi kurang pandai..Tapi perlu ke orang pandai tu gelakkan orang kurang pandai??Tidak sama sekali..Apa yang dia perlu dia  buat adalah bantu orang tidak pandai itu.Bukannya gelakkan.Perbuatan lecturer tu sangatlah takleh blah..


Walaupun aku ni lembu..do you really have a problem if I am a cow??


Hampeh!!!Awas ko ekk..Nah terima puisi yang aku amek dari penyair-yang-aku-dah-lupa-nama nih..



Wahai orang yang bergembira
di atas penderitaan orang lain
dan selalu memburuk-burukkan masa
apakah kamu orang yang selamat dan terlindungi
atau apakah kamu mempunyai perjanjian kuat
yang menjaminmu hari ke hari
Sesungguhnya kau adalah orang bodoh yang tertipu...


Nah..rasakan ayat pedas dari aku..Amacam??Terasa tak??


fuhhh..pedasss!!!




p/s : Mood seperti berada di Langkawi...motipp langkawi??

No comments:

Post a Comment