Malam semalam pundi kencing aku penuh. Dan bila dah penuh, secara automatiknya akan ke tandas lah kan..Selepas menyelesaikan hajat di tandas, aku pun pulang semula ke kamar beradu..*kemain ayat ko..
Dengan penuh yakin, aku pun melompat ke atas katil...
3....
2...
1..
LOMPAT!
KEBABOM!!!
Tiba-tiba bunyi kuat memecahkan kesunyian tengah malam itu semasa badan aku mendarat..Oh! Bunyi apakah itu? Aku bertawakal sahaja semasa itu..Ok fine..Katil aku patah..Nasi baik aku selamat dan tiada kecederaan berlaku mahu pun kemalangan jiwa. Alhamdulillah.
"This is lame," kata aku bermonolog.
Aku pun malas nak betulkan katil. So, aku pun menyambung tidur di atas lantai. Nasib baik lantai bilik aku ada carpet yang empuk sebab aku memang selalu tidur atas lantai pun.
Maka aku berkata sekali lagi..
"AKU TAKKAN TIDUR DI ATAS KATIL ITU LAGI"
Selalunya orang yang sudah berkahwin sahaja patah katil sebab perubahan fizikal yang berlaku. Aku yang berat 56kg ni pun patah katil gek. Ayoyo amma...
Pengajaran: Jangan jadikan alasan katil patah sebagai penghalang untuk kita tidur.Selamat tidur!
No comments:
Post a Comment