JEJAK ANDA

Sunday, September 25, 2011

SURPRISE?

Ali adalah si budak pendek. Pada malam sebelum raya, dia ada berpesan kepada emak beliau supaya memotong seluar baju melayu nya sebanyak dua inci..Perbualan tersebut didengari oleh abang dan kakaknya..

eden la Ali si budak pendek..

Kerana ingin membuat kejutan, pada pukul 1 pagi, si kakak secara senyap-senyap telah memotong seluar itu sebanyak 2 inci dengan hasrat dapat mahu mengurangkan beban ibunya..Pada pukul 2 pagi pula, si abang secara diam-diam telah memotong sebanyak dua inci lagi dengan hasrat mahu membantu ibunya..Pada pukul 3 pula, si ibu telah bangun untuk memotong seluar anaknya itu seperti yang telah di minta..

Pada keesokan harinya, Ali terus menjadi histeria apabila mendapati seluar baju melayu nya telah menjadi senteng..Dia terkejut lalu pitam.(Sangat dramatik okeh ending citer nih..ekekeke)

Pengajaran: Muafakat membawa berkat..



.........................

Ok.Tu lah fairy tale untuk malam ni..Aku ni mimpi ape tetiber menggedik nak citer kisah pari-pari memalam camneh??Sawan ekk??Xde la.Cuba korang refleksi tentang situasi yang berlaku kat negara kita neh.Kan banyak puak tu??Walaupun hasrat diorang tu murni, tapi kalau takde muafakat takleh jalan juga..

Sebagai contoh, kalau kita tengok sekarang, kan ramai budak dah macam tak betul sangat. Dengan isu murtad, mat rempit dan segala..Apa yang puak-puak tu buat??Yang hijau blame merah..yang merah blame hijau..Banyak kata dari kerja..Lagi teruk, kerja xde..Memang tak ahh nak jalan kann..

Aku sangat mengimpikan susasana yang xde puak segala neh..Cukup-cukuplah tu..Bosan aku dengar citer pasal korang okeh..Balik-balik muke korang je kuar surat kabar..Kalau hensem atau cun xpe...Ni sedehhh sesangat tau..OK just kidding..Asal kuar surat khabar je cerita pasal gaduh segala..Huh..Bosan okeh..

Hmm..Adakah ini yang dikatakan mimpi yang tidak kesampaian??



p/s: 3 more months to 2012..Are you guys ready??Hikhik..

p/s: Semenjak dua ni aku sering terasa loya..Pregnen ke aku??*pitam..

No comments:

Post a Comment