Oh.Mood: Serius.Sila jangan gelak.Aku tujukan puisi aku ini kepada salah seorang SuperHero aku.
Tumbang Sang Pejuang.
Dulu,
Wajah itu
mewarnai masa kecilku,
Walaupun sekadar menumpang kasih,
Dunia suram menjadi indah,
Dunia gelap menjadi terang,
Kelibatnya selalu ku tunggu,
Membawa erti sebuah kasih.
Kini
wajah itu tiada lagi,
Wajah itu sudah pergi,
Pergi yang tidak akan pulang,
Pergi nan membekas tangisan.
Pergi tanpa meninggalkan perintis.
Selamat tinggal sang pejuang,
Semoga kita berjumpa lagi.
Semoga kita berjumpa lagi.
-SuperHuman-
-5.15 pagi. Australia. 8/10/2011-
Al-Fatihah aku ucapkan kepada atuk yang telah banyak berjasa dalam hidup aku. Tak tahu apa yang bakal berlaku tanpa beliau. Mungkin banyak DRAMA yang akan berlaku.Aku hanya mampu tunggu dan lihat.
p/s: Sebelum pergi ke sini, itulah kali terakhir aku berjumpa beliau. Rahsia yang berlaku antara kami biar kami sahaja lah yang tahu. Akan aku ingat sampai bila-bila.
No comments:
Post a Comment