JEJAK ANDA

Sunday, May 29, 2011

BERSANGKA BAIK

Hmmm.Hari ni aku nak berkongsi kisah yang aku reka.Maklumlah, aku ni kan kuat berimaginasi..Of kos lah aku ni terer bab-bab buat cerita rakyat ni kan..Tu je lah aku reti..Yang lain nan adoo..Ok lah..Lets start okeh. Cerita ni aku bagi nama "KISAH BUDAK DAN iPHONE 4"..

..........................

Malam ini malam Jumaat.Seperti kebiasaan, malam ni Surau Kampung Pelita mengadakan majlis bacaan Yassin mingguan seperti minggu-minggu yang lepas.Malam itu, agak ramai orang yang datang.Budak-budak yang mukanya jarang kelihatan di surau itu juga ada.Entah apakah sebabnya.Mungkin sebab malam itu ada jamuan selepas bacaan Yassin.Maka haruslah ramai yang datang.

Tok Kadir, salah seorang penduduk senior kampung itu merupakan pengunjung setia surau itu. Dia selalu solat di situ dan kadang-kadang dia lah yang menjadi imam sekirannya imam ada urusan di bandar. Namun begitu, Tok Kadir mempunyai satu perangai tidak baik.Beliau adalah seorang yang pembengis. Dan yang selalu menjadi mangsanya adalah budak-budak.

Malam itu, hujan yang sederhana lebat membasahi bumi Kampung Pelita.5 minit lagi, majlis bacaan Yassin akan bermula. Kelihatan Tok Kadir membahagikan Yassin kepada jemaah di surau itu. Kalau bukan dia, entah siapalah yang mahu mengagihkan Yassin.Nak harapkan budak muda, jangan haraplah.

 Tiba-tiba sesuatu telah menaikkan kemarahan Tok Kadir. Sesuatu yang pantang dilihatnya. Kelihatan seorang budak dalam lingkungan 17 tahun sedang bermain telefon bimbit di satu sudut. Muka budak itu dia tidak pernah lihat. Namun, salah tetap salah. Budak itu akan tetap menjadi mangsa leterannya.

Tok Kadir terus berjalan ke arah budak itu seperti seekor singa yang terbau daging segar. Budak itu mahu sahaja diterkamnya.Sebaik sahaja sahaja dia sampai ke budak itu, terus dia menegur budak itu.Suasana menjadi sunyi seketika. Suaranya yang agak garang dan kuat menggegarkan surau itu.

"Hoi budak.Orang dah nak baca Yassin ni.Kenapa kau masih leka lagi main telefon kau tu?Tak ada adab punya budak. Mak bapak kau tak ajar ke?"

Budak itu terus membisu. Begitu juga dengan jemaah lain.Namun, Tok Kadir terus berleter.



"Apalah nak jadi dengan budak zaman sekarang. Orang nak mula baca Yassin dia leka main telefon. Dah lah jarang datang surau. Ni datang pun mesti sebab nak makan je kan??Sebab sebelum ni aku rasa aku jarang nampak muka kau kat sini."

Budak itu masih mendiamkan diri.Dan pada masa yang sama dia masih bermain dengan telefon bimbitnya.

"Nah ambil Yassin ni".

"Tak apalah pak cik. Saya dah ada Yassin."

"Mana Yassin kau?Aku tak nampak pun kau pegang Yassin. Kau jangan nak menipu aku."

"Ini Yassin saya." kata budak itu sambil menunjukkan telefonnya ke arah pak cik itu.

"Ini adalah i-phone 4.Kat dalam ni, macam-macam ada.Termasuklah Yassin.Tadi sebenarnya saya tengah cari Yassin dalam telefon saya."

Tok Kadir terdiam.Mukanya kelihatan merah padam.

"Dan lagi satu.Saya jarang nampak kat sini sebab saya baru pindah sini."tambah budak itu.

............................

Malam itu, muka Tok Kadir tidak kelihatan pada jamuan selepas bacaan Yassin. Entah apakah yang berlaku kepada beliau.Mungkin kerana budak itu.


(THE END)....



Amacam?Best tak?Hahahaha..Aku ingat selepas exam aku nak videokan cerita ni demi peminat aku semua.Tunggu tau.Jangan tak tunggu.Tu pun kalau aku rajin..Kalau aku malas, mintak maap lah yer..

Sebenarnya, mesej yang aku nak sampaikan kat sini adalah bersangka baik lah sesama manusia.Aku sangat sedih sekarang.Yelah.Aku tahu aku ni budak sekular.Tak ada lah pandai agama sangat.Tapi takkan disebabkan tu kengkawan aku dah tanak kawan aku?Aku rasa aku telah hilang sorang kawan.Tak tau lah kenapa.Mungkin sebab dia UIA dan aku bukan budak UIA.Tambahan pula, aku ni budak sekukar.So memang lah tak boleh sesangat kawan dia kannn..

OK lah korang..Selamat menjalani peperiksaan..Dan selamat berjaya..

No comments:

Post a Comment