JEJAK ANDA

Friday, January 28, 2011

SESUNYI VAKUM

Haishh..Ingat lagi kan post pasal aku gi taklimat tu??.Kalau tak ingat..sila baca entri yang sebelum nih..Cerita yang aku nak citer nih berlaku pada hari tu jugak..Kira-kira dua hari yang lepas..Tapi kisah ni berlaku pada waktu malam..sejurus selepas taklimat itu tamat..

Nak dibuat citer..lepas je taklimat tuh, aku terus je balik ke rumah..Sebab tak ada motipp nak duduk Shah Alam lama-lama.Disebabkan aku bergerak dari Shah Alam pukul 6.00 petang, maka haruslah aku berhenti solat maghrib semasa dalam perjalanan..masa tu dah maghrib..So aku berhenti kat satu surau dalam taman perumahan ni sebab nak solat lah kann..


Ops Sikap ke tidak...yang penting aku sampai ke rumah dengan jayanya...

Masuk je dalam tu aku berasa sangat aneh...Wah..sangat sunyi..Aku macam berada kat dalam shuttle UFO..Seyes sangat sunyi..Yang adoo hanyalah bunyik cengkerik...Aku tanya kat diri aku..Betul ke surau camnih?Aaaa..Kenapa orang dalam tu boleh kira dengan jari..Penduduk lain mana??

Ooo..emm..gee..Mana semua orang???~Aaaaaaaa~

Masa tu, aku berasa sangat pasrah..Kenapa surau tu tak ada orang??Mana pergi orang lain..Bukannya aku takut solat sorang-sorang sebab surau tu tak ada orang..Tapi memang pun..Tapi sebenarnya aku berasa sedih sebab tak ada sesapa nak meriahkan surau dengan masjid..

Masa tu aku teringat kata-kata senior aku..Dia cakap camnih..Musuh Islam tidak akan gentar dengan umat Islam selagi jemaah yang menunaikan solat Subuh di masjid tidak sama seperti jemaah pada solat Jumaat..Okeh..Makna nya sekarang ini mereka tidak gentar lah??Walau sedikit pun..Ahh..Kesiannya aku..Kesiannya kami..dan kesiannya anda..kesiannya kita..

The end...

p/s: Kalau bukan saya dan anda yang hendak ke musolla..siapa lagi??Jin kah??


MENGAPAKAH GEMBIRA?

Aku tengah berada di dalam mood yang amat bengang..Kenapa lak??Sebab aku tak lepas ujian psikologi JPA ke??Ehh..mane ada..test tu aku tak buat lagi..Sebab aku takot kantoi..Walaupun soalannya sangat mudah..Kenapa lak aku bengang nih??


Aku sangat marah dengan orang yang gelakkan orang lain sebab orang tu tak bernasib baik..


hey fugly monkey..SHUT UP!!!


Kemarahan aku bermula macam nih..Pada dua hari yang lepas, aku pergi ke satu taklimat nih..Saje je nak datang taklimat..Nak tambah ilmu yang sikit nih kann.Taklimat tu lak kat Shah Alam je..Nak dibuat cite, aku gi jenjalan masa rehat antara taklimat tu kann..Masa jenjalan tu.terserempak lah kan dengan satu kumpulan pelajar dengan pensyarah..Aku pon dengan muka tak malunya join lah the club kan..


Sampai satu masa, pensyarah X ni tanya soalan kat aku.."Kamu dapat Uni mane?"


Aku pun jawablah. " Universiti blablabla.."


Korang tau pensyarah tu buat apa??Dia pergi bantai gelak kuat-kuat...


(dia gelak macam ni tahu..)


Masa tu aku sangat marah..Kenapa nak gelak pulak kan??Aku tau lah universiti tu tak gempak macam yang dia masuk dulu..Nak gelak pun agak-agak lah kann..Dah aku dapat sane..Nak buat camne..Dah tu rezeki aku..Perbuatan dia aku macam tak boleh jugak lah kan nak lupakan..


Perbuatan dia tu lebih kurang macam orang pandai yang gelakkan orang kurang pandai..Aku fikir macam tu je...Orang pandai tu dipilih menjadi pandai manakala orang kurang pandai tu lak dipilih menjadi kurang pandai..Tapi perlu ke orang pandai tu gelakkan orang kurang pandai??Tidak sama sekali..Apa yang dia perlu dia  buat adalah bantu orang tidak pandai itu.Bukannya gelakkan.Perbuatan lecturer tu sangatlah takleh blah..


Walaupun aku ni lembu..do you really have a problem if I am a cow??


Hampeh!!!Awas ko ekk..Nah terima puisi yang aku amek dari penyair-yang-aku-dah-lupa-nama nih..



Wahai orang yang bergembira
di atas penderitaan orang lain
dan selalu memburuk-burukkan masa
apakah kamu orang yang selamat dan terlindungi
atau apakah kamu mempunyai perjanjian kuat
yang menjaminmu hari ke hari
Sesungguhnya kau adalah orang bodoh yang tertipu...


Nah..rasakan ayat pedas dari aku..Amacam??Terasa tak??


fuhhh..pedasss!!!




p/s : Mood seperti berada di Langkawi...motipp langkawi??

Thursday, January 27, 2011

LANGIT ITU TINGGI

Seperti mana yang telah aku katakan dahulu, bulan 2 tahun ini aku akan tahu bahawa langit itu tinggi atau rendah..Walaupun bulan dua itu masih belum tiba, namun aku telah pasti bahawa langit itu sangat tinggi..Aku telah pun tersedar dari mimpi-mimpi indah aku selama ini..Selepas ini aku akan pastikan bahawa aku sedar bahawa langit itu tinggi..Aku mahu sentiasa sedar..Sentiasa..Tolonglah ingatkan aku yer..

Saya berjanji tidak akan buat lagi..

Kepada rakan-rakan yang masih lagi berkhayal itu..tolonglah bangun yer..Percayalah..Langit itu sangat tinggi..Tak mungkin dicapai dengan tangan..

Ahh..tidak!!!!

p/s : Tolonglah jangan faham kalau anda tidak mahu memahami entri kali ini..Biarlah saya sahaja yang tahu..

Sunday, January 23, 2011

KEMAHIRAN HIDUP

Hello korang..Sekali lagi kita berjumpa...Entah kenapa lak malam ni aku rajin nak hapdate blog kan...Oh yeah..Sebelum aku meneruskan isu kita malam ni, aku nak cakap something kat bie..Ok fine..Aku betulkan balik ayat aku dalam entri sebelum ni..Ko tak cerca aku pun..Hanyalah berseloroh sahaja..No hard feeling okeh bie..Aku tersilap perkataan jer tuh..

No hard feeling okeh dude??Ok..No hal lah..Abeh tu pisau tu untuk ape??Pisau tu untuk potong kek kejap lagi..

Ok kita teruskan kat agenda aku malam nih.Kemahiran hidup??Apa yang korang paham??Apa??Yang kat sekolah tu kan??Betul lah tu..Tapi kemahiran hidup yang aku nak cakap malam ni bukan yang tu..Aku nak cakap pasal kemahiran hidup berkenaan skill bercakap..Kenapa lak??Ok citer nya camnih..

Petang tadi berlaku lah satu drama antara aku dengan seorang sahabat aku nih..Dia cakap dia nak pergi satu summer camp nih selama seminggu..Disebabkan aku pernah pergi summer camp tuh, maka dia pun bertanya kat aku apakah barang yang harus dibawak..Nak dibuat cerita, masa mesej terakhir aku ada suruh dia kem salam kat kem komanden dan sorang akak cun ni kan..

Korang tau apa dia cakap??Ada ke dia cakap yang tak payah lah kirim-kirim salam semua ni kan..Sebab dia malas..Nak dibuat citer..Masa tu aku memang mendidih habis..Ko bayangkan lah, selama dalam hidup aku tak pernah lak bila aku suruh orang kirim salam, si pengirim tu cakap tak nak kirimkan salam..Kalau alasan logik  tu aku tak kesah, tapi ni sebab malas..Sape tak mendidih kan member sendirik cakap camtuh..Susah ekk nak kirim salam??Habis ke Adenosine Triphosphate (ATP) kalau aku soh kirim salam??Mungkin ya..

Pssss..kem salam kat abang ko tu boleh??

Bila aku dah mendidih, maka haruslah aku menamatkan conversation itu kat situ jugak..Kang bila aku cakap lagi takut aku meletup lak..Aku tak nak gaduh lagi dengan member aku..Dah penat dah..Last-last aku gek yang rugi..Maka sebelum aku benti mesej dia, aku pun hantar lah ayat yang biasa aku buat bila aku dah tersentap habis..Dengan nada yang sungguh biasa tapi sinis, aku menghantar, "WHATEVER!!!!"


Oh yeah??Whatever!!!!

Aku sebenarnya sangat terkilan tau..Sebab selama nih aku tak pernah lak berhadapan dengan situasi macam nih..Walaupun bagi sesetengah orang benda ni nampak kecik, tapi bagi aku benda ni sangat besar..Its not all about kirim salam things..Tapi ni adalah berkaitan dengan cara yang manis untuk menolak sesuatu perkara.Kot ye pun malas, tolonglah cari cara yang murni sikit..Aku paham..Tapi perkataan malas itu sesuatu yang amat kejam bagi aku...Serius..

Walaupun ko bermulut manis, tetapi bau mulut ko itu sungguh mengharukan..

Sebenarnya kem komanden dengan akak tu bukannya kenal aku pun..Aku saje je nak kirim salam kat mereka..Sebabnya untuk saja-saja..Tak salahkan??Biarpun mereka tak kenal kita, biarlah kita sahaja yang kenal mereka.Aneh sangat ke kirim salam kat orang yang tak kenal kita??Macam lah korang semua tak pernah buat..Pernah kan??Ehh..masa korang suruh junior kirim salam kat akak dia yang cun tu mende??Tak ingat ke??Same lah kes macam aku nih..Cuba bayangkan junior korang cakap tak nak kirim salam..Tak ke tensen tu kan??

Korang pernah tengok citer Puteri Gunung Ledang (PGL)??Ingat tak scene masa wakil Sultan Melaka tu nak merisik PGL??Dan PGL reject pinangan Sultan Melaka masa tu..Ingat lagi macam mana dia tolak pinangan tu?Dia tak main cakap je yang dia tolak pinangan itu..Tapi dia menolak dengan cara yang halus..murni and in the same time..difahami maksudnya..Iaitu dengan mengenakan syarat-syarat yang mustahil..Korang bayangkan kalau PGL cakap camnih, " Aku reject pinangan Sultan!!"..Apa yang korang akan pikir??Mesti korang pikir yang PGL ni bajet cun kan??Tak pun walaupun dia muka lawa tapi tak ada budi bahasa..Itulah kepentingannya cakap beralas..

Aku lah Puteri Gunung Ledang tanpa mekap..Masih cun kann..Apa rahsianya??Aku pakai Sendayu Tinggi je..masa dulu mana ada Loreal dan Simply Siti okehh..

Kepada sahabat aku itu, walaupun aku sentap dengan ko..tapi aku tak marah dengan ko..Sebab aku anggap yang kau tak tahu menahu mengenai perkara itu..Tapi bila aku dah cakap nih, silalah muhasabah diri okeh..Dan perbaiki diri yer..Sebab aku dah cakap benda nih..Kalau ko buat lagi benda tu memang keji lah di situ..Aku cuma mahu nasihat je..Aku harap ko terima dan belajar..

Jom kita tengok video camne caranya nak bermulut manis..Penting tu kott..Play okeh..Jangan tak play...



p/s : Kirim salam kat mak bapak korang semua ekk..Jangan malas!!!

MOTIP???

Hello korang!!!Ape kaba??..Sorry lah sebab lama aku tak hapdate blog ni ha..Semenjak dua ni aku sibok sikit lah..Yelah..Aku dah nak masuk kolej ni..Mestilah kena bersedia macam-macam kan..Fizikal mahupun mental..Nak pack barang..Itu ini..Haishh..



Oh yer..Baru-baru ni aku ada chat dgn kawan-skolah-yang-aku-tak-pernah-tegur-kat-skolah-dulu..Macam tu lah bunyik nye kann.Aku ni bila jumpe budak tak ada soalan lain yang aku akan tanya..Apa yang wajib aku tanya adalah ."Ko amek kos apa skang??"Itu soalan maut dari aku okeh..Maka kepada sesape yang dah benti belajar itu, haruslah mereka membuat cerita...cerekarama..samarinda..mahupun akasia....Tapi ada jugak yang jujur..Apa yang nak dimalukan benti belajar..Best hape tak belajar??Aku lagik suka tak belajar tau..Boleh rilek-rilek..Goyang kaki dalam opis sambil buat keje..Takde kuiz, test, exam and all..Yang ado hanyalah offis mate..dan kerja yang berlambak itu..

Bila aku dah tanya soalan maut tu kan, maka aku haruslah dibalas dengan soalan maut gek..Apa yang diorang tanya tu??Erkk..Ada yang tanya.." Awek apekaba??"..Wah wah wah..Sedap ko menghanjeng aku kan??Aku tau ler yang aku ni tak femes macam ko..Sampai hati ko tanya soalan maut macam tu kan??Aku mana ada awek..Aku single lagi okeh..Bila aku cakap camtuh ada lagik ayat menghanjeng dari diorang..Ade yang cakap camnih, " Ko kan encem!!!"...Peh!!Sape tak sentap ada orang menghanjeng aku sampai macam tu sekali??Haloo..bila masa lak aku hensem??Aku sedar diri okiess..Ko nak mencerca aku pun biarlah berpada-pada kan..Maka orang sebegitu haruslah dibalas dengan pembalasan yang setimpal..

Erkkk..aku pun konpius..Hensem ke aku??

Erkk..Apa yang aku buat??Macam ada sorang pompuan ni, dia pakai nama yang amat komersial...Sebab nama asal dia tak berapa market sangat kott..Maka di situlah aku nak menghanjeng dia..Aku cakap."Wah wah wah..Sedap nama ko kak??Nama baru ke??Macam artiss kot nama ko!!!"..Sebenarnya aku ada buat macam-macam lagi..Tapi macam keji sangat lah pulak nak citer kat sini..Nanti korang cakap aku kejam lak..Lebih baik aku simpan jekk..

Ehh ko neh..aku baru cerca skit ko dah pengsan??

Tapi bukan setakat tu aku kena cerca.Ada la kawan aku  ni sorang..Dia ni selalu gak mencerca aku..Kan bie??Tapi aku tak kesah..Sekali ko cerca aku..sejuta kali aku balas kat ko kann??Macam hari tu dia ada buat post kat fesbuk dia..Dia cakap dia nak gi jumpe dentist..Sebab nak buat bibir macam JLo..Bibir macam JLo??JLo bibir sexy ke??Maka kat situ aku dapat point nak kenakan dia..Aku cakap arr yang bibir sexy adalah si Angelina Jolie..Korang tau ape dia balas??Dia cakap tak kesah lah JLo ke..Angelina Jolie ke..diorang masih tak mampu melawan keseksian bibir aku ni??Motip bibir aku??Awas ko bie..Kalau ko tersilap langkah..habis ko aku cerca puas-puas..No mercy okeh!!!

Amacam??Chantek kan bibir aku??Ala-ala unta gitu..Ini natural okeh..Bukan silikon tau..Berdosa kott silikon-silikon semua tuh..

Aku sebenarnya not in mood nak hapdate blog ni..Bila dah takde mood, mesti aku merapu macam-macam.Ni hapdate pun sebab tak nak kecewakan korang semua..Aku tau korang semua dah lama tunggu..Kann??.Kepada yang terasa tuh, sorry lah ekk..Aku tak berniat nak cerca korang..Sape suruh korang cerca aku dulu..Maka ia haruslah dibalas dengan cercaan jugak okeh..

The end..

awas korang!!jangan sesuka hati cerca aku okeh!!

p/s : Ko mampu ke nak lawan aku bie??

Wednesday, January 19, 2011

JOM GEGAR BLOG



Aku join contest nih..Takde keje lah pulak sekarang nih.Adehh..Kalau korang nak join..sila lah klik sini..
Ok sampai situ ke kot untuk malam ni..Babai..

TIADA JODOH

Errrkk..Kepala aku tengah kusut..Macam-macam perkara aku nak fikirkan..Okeh..Takpe..Aku tak kisah..Aku buat sesi luahan perasaan kat member..semua larik..Adess..Inilah dikatakan REAL FRIEND..Takpelah..Aku tak nak melatah..Last-last aku gak yang rugi..



Hmm..Tadi aku mesej uncle aku..Uncle yang banyak memberikan inspirasi kat aku..Aku cakap lah yang aku dah nak masuk U dah..Ok..Pastu dia ada lah beri kata-kata semangat sikit kat aku..Apa yang tak bestnya, dia cakap yang dia ada hal kat Sabah sekarang..Ada urusan..Hujung bulan baru balik semenanjung..Tu pun sekejap je..Maka dengan itu, tidak dapatlah kami bertemu buat kali yang terakhir..Ohh..Nak buat camnekan..Dah tak ada jodoh..Waa..



Aku nak menangis air mata darah pun tak guna gak..Kenapakah semua ini berlaku??Haaa..Takpe2..Jangan ditangisi benda yang tak ada..Hargailah benda yang ada di depan mata aku...Walaupun aku tak dapat jumpe uncle aku, aku masih ada keluarga aku..Oh..Sedih..Sangat sedih..Takpelah..Tu je kot..Aku sangat berharap dapat jumpe uncle aku buat kali terakhir..Sangat berharap..

p/s : Masa tidur tadi aku kena kacau dengan setan..Aku mendapat mimpi buruk..