JEJAK ANDA

Tuesday, December 4, 2012

ALBUM GAMBAR

AMARAN: Sila sediakan baldi besar sebelum anda membaca posting ini !

---------------------------------------


Malam semalam kawan aku datang rumah. Melawat rumah katanya. Since semua orang tak ada kat rumah, masa ini lah nak tunjuk kan rumah agam aku ni kat dia. *Rumah agam katanya walaupun rumah ko tu sedehhhh..Haruslah beliau lelaki kan.. Ko mampu nak bawak pompuan masuk umah masa housemate lain takde. Mau kontroversi satu tempat ni okeh...

Masuk-masuk rumah terus dia ketawa tak hengatt dunia..Berani mati ko gelakkan rumah aku kan..Tapi mmg rumah ni lawak pun. TV pun letak atas lantai. Masuk lounge area, ada meja kecik ngan kerusi jer. Sedehhh ke tidak??

Pastu dia melawat ke bilik tidur. Tetapp nak melawat bilik tidur kan.. Walaupun bilik aku tu macam sarang tikuss...Nasib baik mak aku tak duduk sini.. Kalau tidak habiss aku kena cerca hari-hari sebab bilik bersepah yang amat..Ko mampu?

Lepas tu, aku tunjukkanlah album gambar yang aku bawak ke sini tuh. Album tu just gambar aku ngan kengkawan jek. Takde sesaper pun..Dia pun belek..belek dan belek...

belek punya belek tetibe dia cakap..

"I would buy this photo for an artwork if you omit this background bit, " kata beliau sambil menunjukkan ke arah gambar aku..

Ko biar betik??Haruslah aku berangann jadik model kejap kan.. Memang tak caya ahh aku ada orang sanggup nak buat gambar aku jadik artwork. Pemess sangat!! Kah kah..

*sila muntah darah sekarang sekiranya anda belum berbuat demikian.

Pelik kan???OK tu je kot. Babai.

p/s: Rasa mcm nak beli hat mcm Johny Depp la pulak. Nampak cool jek.

No comments:

Post a Comment