JEJAK ANDA

Monday, June 25, 2012

MY INSPIRATION


Hai semua!Aku telah kembali.Aku kini sedang bercuti selama tiga minggu. Setelah menempuh tiga bulan yang sangat memenatkan. Akhirnya aku mendapat cuti semester. OH! Sungguh bahagia.

Perasan tak tajuk di atas? Kali ini aku mahu bercerita mengenai inspirasi aku semasa sekolah menengah. Dia adalah cikgu bahasa inggeris aku. Hendak dibuat cerita, tadi aku telah pun menghubungi beliau di "fb". Kami berborak..berborak dan terus berborak.

Sampai satu bahagian, beliau menyatakan bahawa beliau amat merindui kami. Siapakah kami itu? "Kami" itu adalah 3 orang pelajar bernama aku, zul dan zahid. Dia berkata, selepas kami pergi, tiada lagi manusia seperti kami. Oh tidak! Aku berasa sungguh terharu dengan kata-kata beliau. Kenapakah "kami" diberikan penghargaan sebegitu rupa?

Ceritanya begini. "Kami" bertiga amat suka menulis karangan yang amat merepek. Dan kelakar.  Tidak kisah lah semasa latihan atau pun semasa peperiksaan. Kami tetap menulis karangan yang merepek. Mungkin sebab itu dia kata kami ini unik. Walaupun merepek, beliau menyatakan bahawa itu menyebabkan karangan kami bagus dan unik.

Oh!Aku berharap dapat pergi ke sekolah semasa cuti musim panas nanti. Aku mahu amat berjumpa dengan dia.Sungguh!Apa-apa pun..

"TERIMA KASIH CIKGU!"




Semua bangun!!!Terima kasih cikgu.

p/s: Perasan atau tidak, saya telah menggunakan bahasa baku? Aku pasti kamu semua pasti sudah gatal tangan mahu menampar saya bukan??Silakann..

p/s: Cikgu juga telah menyamakan aku dengan Roald Dahl. Walaupun pada hakikatnya aku dengan penulis itu  bak langit dan bumi. Aku berasa sungguh terharu dengan penghargaan ini.

Oh memori....Bahagianya....

No comments:

Post a Comment