JEJAK ANDA

Thursday, March 10, 2011

CALAMINE APF 1955??

Al kisahnya..Tadi adalah pengalaman pertama aku buat ubat..Err..Kalau masuk skola farmasi, konpem-konpem lah kena buat ubat kan..Err..Ubat apa lak yang aku kena buat tuh??Aku buat ubat Calamine iaitu sejenis astringent..Apakah itu astringent??Sila google sendirik ye..

Nak dibuat citer..Aku buat benda alah tu tanpa membuat persediaan dari awal..Maknanya, aku main masuk je lah lab tu tanpa baca lab manual sebelum buat benda itu..Err..Nak tahu kesilapan apa yang aku telah buat??

Yang pertama, aku sesuka hati jer telah membuang 17g ferric oxide kat dalam tong sampah..Nasib baik lah lecturer tak nampak..Kalau tak dah lama aku kena bebel..Adeh..Apa pasal aku buang lak benda alah tu??Sebab  masa tu aku tengah serabut giler..Maka cara aku nak menghilangkan kekusutan itu adalah dengan memulakan dari awal iaitu menyukat semua bahan yang dipelukan dengan tepat..Tadi sebenarnya aku terletak banyak sangat ferric oxide..Tapi susah sangat nak adjust balik..Maka cara senang adalah buang segala-galanya dalam tong sampah..

Yang kedua adalah serabut giler masa aku bancuh ubat tadi..Sampai berterabur lah campuran ubat itu kat atas meja aku..Dan sampai kena basuh tangan hampir beberapa kali sebab ubat tumpah kat tangan aku..Adeh..Tapi lepas ni aku dah ok sikit kot..Harap-haraplah..Sebab aku nak jadik farmasi yang terbaik di kampus itu..I want the title so badly and i want to make my family so proud of me..hahaha..Berangan seyhh..

Dan yang paling best adalah, sesuka hati jer aku jawab soalan pakai wikipedia..Hambek ko..Nasib baik lah Sandra Holmes tu lecturer paling baik hati dan paling chantek di kampus itu..Harap-harap dia baca ini supaya boleh dapat extra mark..Kalau tak mesti dia tak bagi tahu yang komputer itu ada medicine dictionary..Adeh..Fokus weyh..Fokus..Ni pharmcist kasik breifing ko berangan jek kan!!Ok lah..Lain kali aku tak berangan lagik!!Aku dah insap okeh..

Secara total, prestasi aku hari ini agak tidak meyakinkan kerana aku menyiapkan ubat dalam masa 3 jam 15 minit..Iaitu 15 minit lambat..Aku kena perbaiki itu kerana selepas ini aku kena buat 3 ubat dalam 3 jam pulak..Termasuk report..Nah rasakan..Sapa suruh mengada-nganda nak jadik farmasi..

OK lah korang..Tu je kot hari ini..Huh..Hari ini aku sangat penat..babai..Selamat maghrib...

p/s : Buat ubat sebijik macam main masak-masak..Masak-masak??So girly...Auwwww...

p/s : Esok ada quiz human bio..Wish me luck guys...

No comments:

Post a Comment