JEJAK ANDA

Sunday, April 28, 2013

YOU WILL BE FINE

Hi peeps! Dah lama tak update. Takde mood nak update katanyer..

Anyways, I had dinner with Pak Matthew last night. Just with him as his partner went out to have dinner with friend and Haini was out for birthday party. It was a good dinner though. Except, he looked totally terrible. It wasnt Pak Matthew that I used to know. Dia nampak macam tidak bersemangat dan takut..Dan serabai..

Dia baru jer buat biopsy untuk something...He told me that he was nervous to wait the lab result..Sangat nervous..Kesian beliau..I wish I can help him..Ahhhh..What am I suppose to do? He is best friend of mine..
Again, I am hopeless. What I can do is nothing....Urggghhhh..

I hope he will be fine, good friend.

:)

Tuesday, April 16, 2013

ODD DREAMS

I just dreamt about my first love (ex love to be precise) :(
Aku sangat merinduimu cinta. Sangat sangat sangat meriduimu.
I wish I will meet someone like you again..

Wednesday, March 6, 2013

TRIBUTE TO ADIK

I have 2 younger sisters. Tapi citer ni berkaitan dengan yang tua skit tu..She is really nice girl. She never disobey me as far as I remember. Apa yang aku suruh semua dia buat tanpa membuat muka marah.Itu sebab aku cakap dia baik.Tapi aku sangat kesian kat adik aku tu..Sometimes mom treated her really bad..Mungkin sebab dia kurang cemerlang dalam pelajaran..Aku sangat tak suka orang dilayan mengikut tahap intelektual..Entahlah..

Hari tu dia sanggup datang airport sebab aku dah nak balik ke German..That's really sweet..My parents tak nak dia datang airport sebab dia masa tu tgh belajar kat PJ. Kalau nak datang dia kena gerak sendiri naik bas..Aku taknak lah gaduh ngan parents sebab benda camtu kan..Nanti terasa pulak masing-masing..Tapi walaupun malam tu parents aku tak jemput dia kat kolej, dia tetap datang ke airport naik bas..Itu sudah cukup membuatkan hati ini tersentuh..*gituuuu...

Banyak sangat kebaikan yang adik aku buat sampai aku tak ingat..Thanks adik.

To adik, you are really sweet..Even though sometimes mom and dad doesnt treat you very well, just let it go. Stay good and take care. I love you. If the world doesnt treat you good in the future, I will always help you.I promise.

p/s: Mood sedih sebab baru putus cinta dengan kekasih orang putih. Boleh??

p:s: Please excuse my superbad English..*ehemm,,

Friday, March 1, 2013

NASIB PERANTAU

Aku lah perantau yang malang. Tak mengapalah. Aku tahu siapa aku. Mungkin ini masa untuk aku merantau betul-betul. Biarlah aku dengan dunia aku. Aku dengan dunia aku..Kamu dengan dunia kamu. Bukan mahu menjadi orang yang tidak kenang dek  untung.Tetapi hati ini sangat kecewa. Cukuplah aku merana. Selamat tinggal kamu. Jumpa lagi kalau ada jodoh.

Wednesday, February 20, 2013

PEMERIKSAAN GIGI

Tadi aku gi check gigi..Pemeriksaan tahunan katanya..*matilaa esok dah nak balik hari ni baru nak check..
Hmmm..tetiber je kan baru teringat..Selama ni taknak lak teringat tu.Hazabbbb kan??

Ok lah.Tadi gi buat scaling, cuci ngan polish..*kemain ko siap polish gigi bagai kan??ko ader?Scaling ok jer..Masa cuci tu hazabb sangat..Sakit oooo..Rasa macam sakit bersalin.*eh pernah rasa ker
Doktor emo tu cakap (sempat lagi mngumpat)  gigi aku berlobang..So kena datang lagi sekali sebab nak tampal..Maka esok kena lah aku posing skali lagi kat klinik gigi tu haa...

Aku suka gi spital kerajaan sebab murah habis.Cuba bayangkann. bayar 7 hengget jer buat semua tuh..Sbb kerajaan ada subsidi rawatan..Cuba bayangkan kalau takde subsidi..mahal kot!Tak mampoo eden nak bayar der..Hiks..

Terima kasih kerajaan! (mesti ada orang akan sentap bila aku cakap camni.Ada aku kesah??)Hehehe..

Ok lah..Kepada yang belum lagi buat pemeriksaan tahunan tu, pergi lah buat. Tak lama pun..Sekejap je..Paling lama pun kena tunggu 24 jam.Mampu??Hehe. Dah arrr efektif, murah lak tuh. Jom jom periksa gigi..

Siapa tak periksa gigi..dia gedik! boleh?

Tu jer kot. Bawak-bawak lah kaki tu menapak gi klinik gigi ya!

Monday, February 18, 2013

BERENANG

"Berenang itu penting!" kata aku.

Kenapa lak?Yelah, cuba bukak surat khabar..berapa ramai yang lemas sebab tak reti berenang? Ramai kan??Kalau reti berenang insyaallah boleh terselamat kalau terjatuh sungai ke..dilambung ombak rindu macam Shila Amzah ke kan..huhu..

Nak dibuat citer, aku ada kenal sorang pak cik ni. Orang ostrolia katanya...Dia cakap dia survive tsunami kat Thailand tahun 2008 itu hari. Wow! Hebatkan? Dia cerita lah yang dia ditelan ombak sampai bawah laut masa tsunami tu..Tapi dia survive sebab takdir + semangat kental + reti berenang.

So apa lagi korang..Cepat-cepatlah daftar kelas berenang kalau masih lagi tak reti berenang tuh...Sangat berguna dikala kecemasan.Aku pun baru belajar berenang..*pecah rahsia ko tak reti berenang

Ok! Jumpa di kelas renang ya!


Wednesday, February 13, 2013

DISKRIMINASI

Tadi aku tgk parodi Shila Amzah - Pesanan Ombak Rindu kat youtube. Tak kelakar langsung pun. Takde feeling langsung tengok.

OK! Straight to the point!

Aku tertarik dengan salah satu komen kat situ. Iaitu:

"senang cerita sbb shila tu lawa kan, sbb tu korang kutuk yang buat parody ni, cuba yang buat video nangis2 tu muka buruk, hangpa mesti puji orang yang buat parody kn, shame on you guys".

Somehow aku setuju ngan komen ni. Bosan! Agak diskriminasi di situ! Haih! *sigh