JEJAK ANDA

Saturday, December 14, 2013

HOLA!

Hola! *feeling spaniard jap. Ko mampoo??

Sorry dah lama tak update. Sangat sibuk katanya...Rosmah pon kalah OK tahap kesibukan aku..Ko ader??
So far aku OK. Thanks sangat2 peminat yang tanya bila nak update tu kan..Sorry uollss..

Apa perkembangan aku? Banyak kot..Tak larat nak tulis banyak-banyak..Aku tulis summary je pun OK kan??


1) Aku dah kurus sikit..Perut tak buncit lagi macam dulu..Ni Pak Francis yang kata..bukan nak puji diri sendiri OK. Kejii sangattt..
2)Setiap hari sabtu aku dah main bola dengan local community. Barulah fit kan..giteeewww..
3)

Sunday, June 30, 2013

NILAI MURNI

Last week aku gi jenjalan kat suburbs kat Melbourne..Aku pun xtau mana member aku bawak aku gi jenjalan..Aku macam lost giler pagi tu..So aku follow jer beliau mengkhinzir buta..*mak den tak kasik pakai perkataan b*bi. Khinzir lagi sopan katanyerrrr...

Memula naik tram..Pastu naik train..Pastu jalan skit..tetiber sampai kat pasar tani..Aku xde mood nak ushar barang2 kat situ..So aku ushar orang je lah kat sana..*keji sangat perangai den!

Ada lah satu family ni..Budak laki ni merajuk ngan bapak eh sebab tak belikan mainan..Hujung2 bapak budak tu belikan jugak mainan tu..*Hazabbb ke tidak dapat anak cemtu..Tapi bukan tu yang den nak highlight..Lepas bapak budak tu bayar..dia tanya anak eh..

"Did you say thank you to the uncle?"

Wow! Aku macam terkesima..Kat sini orang sangat selalu cakap terima kasih lepas apa2 jer..Beli barang ke..bukak kan pintu ke..Dah macam budaya..Aku sangat terkesan dengan kisah tersebut..Pastu insaf jap!
Sebab aku rasa aku paling tak banyak cakap terima kasih kat Malaysia nih.Oh mai! Rasa keji sangat..

So kepada korang semua tu, kalau tak nak orang keji ko, cakap lah terima kasih banyak2 ok! Mulut tu jangan berat sangat..Ko ingat dalam mulut ko tu ada emas??Awas kalau ko tak cakap terima kasih ngan aku..Babai!

P/s: Aku tak faham konsep censorship pakai simbol segala..Padahal orang paham jek..Contoh: T*hi. Nonsense kan?

Sunday, May 19, 2013

Selamat Hari Lahir

Hello semua. Apa khabar? Sorry lah dah lama tak update blog. Busy katanyerr...

Ok lah biar aku mula bercerita...

Semalam hari lahir aku..Bila bukak facebook, berkoyan-koyan wish masuk. Awww..You guys are so sweet..Itu lah kali pertama aku dapat wish berkoyan-koyan..Sebab sebelum ni aku hide kan birthday aku..Bahagia ok perasaan aku semalam

Terima kasih semua..*nangis terharu..

---------------------------

Malam semalam, Matthew ajak pergi celebrate birthday. Pukul 6.30 diorang dah terpacak depan umah aku ngan BMW diorang. Macam biasalah malam Sabtu kitorang lepak 4 orang (aku, matthew, wilmar ngan raini). Timing birthday tu baik pulak tu kan..Alang-alang lepak sesama, celebrate lah birthday terus..Malam tadi takdelah lepak mana-mana pun. Si Mathhew tu masak kan dinner untuk aku jer..(konon eh)..

Sampai kat rumah agam dia (ini serius rumah agam), dia offer kopi. Guwa pun apa lagi, melantak ahh kopi banyak-banyak..Ujung-ujung dapat polyria (excessive urine production)..*nangis..

Lepas dinner, kitorang tengok movie sama-sama kat dining area..Kitorang tengok citer Borat. Ok, citer tu bapak pelik. Buang masa okeh. Nasib baik ujung2 tu DVD rosak...Terpaksa lah diorang tukar next DVD..

Masa tgh tgk movie tu, aku rasa dah tak tahan dah nak kencing..Sapa suruh melantak kopi banyak sangat tadi..Rasakann..Aku pun terus berlari ke tandas kat luar dining room tu..

Lepas je ke tandas, aku pun masuk balik ke dining room..

jeng jeng jeng...

Tiba-tiba ada kek kat atas meja siap berlilin bagai..Awwwwww..you guys are so sweet..Terharu okeh...Tak pernah-pernah kengkawan aku buat surprise birthday party ok. Hmmmm..Rasa happy sangat masa tu..Si Matthew tu hadiahkan aku rare coin dari Australia..Dia tu pengumpul barang-barang antik...So dia hadiahkan salah satu coin yang dia kumpul dari kecik..Lepas tiup lilin, kitorang buat group hug..Rasa bertuah badan ni..

Diorang sangat baik..Tak tau dapat jumpe orang baik mcm diorang lagi ke tak. Serius tak nak tinggalkan bumi Tassie tercinta ni. :( Kat Malaysia, aku takde kawan baik macam diorang. :( Walaupun diorang bukan Islam, tapi diorang sangat baik hati. :)

Entah lah.. :(

By the way, enjoy the picture..

The 1937 Crown

 Birthday card dari Matt & Wilmar..Seyes terharu..*klik untuk tumbesaran


Sementara tunggu dinner masak, kitorang main Roulette jp..Ujung2 chip aku habis..Memang betullah judi tu rugi..


Ok tu je untuk malam ni..Babai semua

Sunday, April 28, 2013

YOU WILL BE FINE

Hi peeps! Dah lama tak update. Takde mood nak update katanyer..

Anyways, I had dinner with Pak Matthew last night. Just with him as his partner went out to have dinner with friend and Haini was out for birthday party. It was a good dinner though. Except, he looked totally terrible. It wasnt Pak Matthew that I used to know. Dia nampak macam tidak bersemangat dan takut..Dan serabai..

Dia baru jer buat biopsy untuk something...He told me that he was nervous to wait the lab result..Sangat nervous..Kesian beliau..I wish I can help him..Ahhhh..What am I suppose to do? He is best friend of mine..
Again, I am hopeless. What I can do is nothing....Urggghhhh..

I hope he will be fine, good friend.

:)

Tuesday, April 16, 2013

ODD DREAMS

I just dreamt about my first love (ex love to be precise) :(
Aku sangat merinduimu cinta. Sangat sangat sangat meriduimu.
I wish I will meet someone like you again..

Wednesday, March 6, 2013

TRIBUTE TO ADIK

I have 2 younger sisters. Tapi citer ni berkaitan dengan yang tua skit tu..She is really nice girl. She never disobey me as far as I remember. Apa yang aku suruh semua dia buat tanpa membuat muka marah.Itu sebab aku cakap dia baik.Tapi aku sangat kesian kat adik aku tu..Sometimes mom treated her really bad..Mungkin sebab dia kurang cemerlang dalam pelajaran..Aku sangat tak suka orang dilayan mengikut tahap intelektual..Entahlah..

Hari tu dia sanggup datang airport sebab aku dah nak balik ke German..That's really sweet..My parents tak nak dia datang airport sebab dia masa tu tgh belajar kat PJ. Kalau nak datang dia kena gerak sendiri naik bas..Aku taknak lah gaduh ngan parents sebab benda camtu kan..Nanti terasa pulak masing-masing..Tapi walaupun malam tu parents aku tak jemput dia kat kolej, dia tetap datang ke airport naik bas..Itu sudah cukup membuatkan hati ini tersentuh..*gituuuu...

Banyak sangat kebaikan yang adik aku buat sampai aku tak ingat..Thanks adik.

To adik, you are really sweet..Even though sometimes mom and dad doesnt treat you very well, just let it go. Stay good and take care. I love you. If the world doesnt treat you good in the future, I will always help you.I promise.

p/s: Mood sedih sebab baru putus cinta dengan kekasih orang putih. Boleh??

p:s: Please excuse my superbad English..*ehemm,,

Friday, March 1, 2013

NASIB PERANTAU

Aku lah perantau yang malang. Tak mengapalah. Aku tahu siapa aku. Mungkin ini masa untuk aku merantau betul-betul. Biarlah aku dengan dunia aku. Aku dengan dunia aku..Kamu dengan dunia kamu. Bukan mahu menjadi orang yang tidak kenang dek  untung.Tetapi hati ini sangat kecewa. Cukuplah aku merana. Selamat tinggal kamu. Jumpa lagi kalau ada jodoh.