JEJAK ANDA

Wednesday, February 16, 2011

ERK??

Setiap benda yang berlaku ada sebab..Tak ada benda yang berlaku tanpa sebab.Contohnya, pokok bergoyang mungkin sebab ada angin tiup..Atau mungkin ada monyet tengah gayut kat dahan..Pokok tak goyang tanpa sebab..Macam tu jugak benda lain..tak ada benda berlaku tanpa sebab.Tapi kat dalam dunia ni, ada sesetengah benda kena dirahsiakan.Dan tidak patut diberitahu..Kerana apa?Kerana kebenaran adalah pahit..Bak kata orang putih, the truth is superb ugly..

Dan perkara paling penting, tak ada benda yang berlaku tanpa sebab..

p/s : Ianya sangat tak kelakar..Tapi kenapa ada orang yang hairan??Sangat aneh..

Tuesday, February 15, 2011

UPDATE

Oh.Alhamdulillah..Aku sihat sahaja..Kamu semua jangan risau..Mak..abahh..wan..gojes sisters..kengkawan..dan kucing..Aku OK..Dan aku akan cuba yang terbaik kat sini..Mungkin kehidupan kat sini xde lah semewah kat tempat lain..Xper..Semua itu ada hikmah..Aku akan cuba menghadapi semua ini dengan tabah..Aku amat rindu kamu semua..First time kott aku homesick..Seyesly..

Kepada semua ahli keluarga dan rakan-rakan, jaga diri okeh..Kepada kucing..stay alive please..Tolonglah jangan main kat kereta..Kang kene lenyek kang susah..Aku tak puas main kucing lagikk..Satu-satunya kucing yang mak aku iktiraf lak tuh..Hadoii..Stay alive ehh..Ko jangan nenagis aku xde..Aku tahu aku kasik layanan firsy klass untuk korang..Korang doakan lah aku berjaya..Nanti kita boleh main sama-sama lagikk..Tak sabar nak kenakan ko lagik tau..

Friday, February 11, 2011

LELAKI YANG MENANGIS ITU AKU

Tiba-tiba aku terkenang diri aku 18 tahun yang lalu.Pada masa itu aku kecil lagi.Aku telah dihantar oleh ibu bapa aku untuk membesar di kampung.Desa yang tiada pencemaran mahu pun barah penyakit sosial. Walaupun tak suka, aku tetap ditinggalkan di sana sebagai tarbiyah kepada aku. Norma kehidupan di kampung tidaklah semeriah di bandar. Tiada taman permainan, tiada hiburan dan lain-lain. Yang ada hanyalah alam sekitar sahaja. Pokok, lembu, kolam ikan..semua menjadi tempat aku bermain..

Aku masih teringat lagi. Aku ni dilahirkan sebagai budak yang tiada datuk..Kedua-dua datuk aku dah meninggal. Tetapi ada seorang datuk ni dia suka datang melawat nenek aku. Masa dia datang, aku amat gembira sekali. Sungguh. Kerana dia selalu membawa sesuatu semasa dia melawat...Aku sungguh gembira pada masa itu. Masa kecil aku habiskan dengan kakak aku yang seorang itu. Tiada ibu bapa..tiada kawan..Hanya datuk itu mampu menggembirakan aku kerana aku ni hanyalah pembawa malang kepada nenek aku. Aku selalu sahaja dimarahi beliau sampai lah aku berumur 12 tahun.Blablabla

..........................................................

Petang tadi, mak aku membawa aku melawat datuk itu. Katanya untuk berjumpa beliau buat kali yang terakhir sebelum aku masuk kolej. Sungguh. Aku sangat terharu berjumpa datuk itu. Seyess..Selepas solat Jumaat, tiba-tiba datuk itu memanggil aku supaya masuk ke dalam rumahnya..

Aku pun masuklah..Tiba-tiba, dia dan isterinya keluar dan memberikan sesuatu kepada aku. Tetapi mak aku tak tahu.Oh..Aku sungguh tak sangka. Yang paling aku terharu adalah melihat muka datuk itu sebak dan menangis. Kerana apa? Kerana aku lah kott.Dia ada memberikan nasihat kepada aku..Aku sangat tersentuh masa itu..Dia cakap, kalau berada kat tempat orang, mulut kena jaga..Jadilah seorang yang merendah diri. Walaupun orang cakap kita bodoh, biar je..Kerana itu hak mereka..Kita kena sedar diri..Dan dia jugak berpesan, belajarlah bersungguh sungguh..Dan datuk itu juga telah mencium dan memeluk aku..Sesuatu yang aku tak pernah dapat sejak kecik..Kerana aku adalah phantom of the opera..

Ok atuk.Thanks for everything..Terima kasih kerana menjadikan kehidupan aku masa kecik sesuatu yang bermakna..Aku berjanji akan belajar bersungguh-sungguh..Last but not least, you are my superhero ever..Selamat tinggal atukk..Aku hampir menangis tadi. Kerana aku juga manusia biasa. Aku tersentuh kerana ada orang yang sanggup menangis kerana aku..Seyesly aku takleh tahan semua benda itu..Oh..

p/s : .....................

Thursday, February 10, 2011

BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU YANG PIKUL

Oh tidak.Aku dah nak masuk kolej.Kenapakah?Oh..sedihnya.Lepas ni aku dah takleh update blog sekerap ini.Sebab aku kena fokus kat study aku je..Selamat tinggal mak dan abah..Selamat tinggal my gojes mojes sisters..Selamat tinggal blog..Selamat tinggal rumah..Selamat tinggal kucing..Selamat tinggal para sahabat.Aku sangat mengharapkan doa dari anda semua..Seyesss..



Oh sedihnyer..Aku berharap empat tahun itu akan berlalu dengan cepat sekali..Sebab aku dah tak sabar nak berkhidmat dengan majikan aku..Doakan kejayaan aku yer korang semua..



Eh kejap2..Aku disini nak mintak maap kepada sesapa yang terasa dengan ayat-ayat aku kat dalam nih..Aku tahu aku bersalah sebab cerca korang..Aku cerca korang sehari je.Tu pon sebab aku marah..Lepas sehari tu aku delete balik entry tuh..Aku harap insan-insan yang terasa itu sudilah memaafkan dosa aku yang bertan tan itu yer..

Apakah perasaan ini??

Sekian..

-insan yang dah nak masuk kolej-

p/s : Aku nak gi belajar kat Langkawi neh..Babai korang..Hujung tahun nih aku balik..Sapa nak ole ole angkat tangan!!!

p/s : I am gonna miss you guys..Stay strong okeh..Have faith..Aku pergi sebab aku nak membangunkan minda aku ni..Lepas tu aku balik semula..

SEDIKIT NASIHAT

Oh yer.Aku sebenarnya dah lama nak cakap pasal benda alah ni.Tapi aku takot korang marah aku lah pulak..Tengah aku sesedap tengok video kat Youtube tuh, tetiba lak aku jumpa video nasihat sikit kan..Thanks Anwar Hadi..Tak payah lah aku susah susah nak tulis entri pasal benda alah tu..Ok lah..Jom tengok video nih..Sebelum tu korang jangan lupa pause music kat tepi tu dulu..


Ewwww..Camner??Lepas ni nak buat lagi tak??

p/s : Aku pun tak faham kenapa ada orang suka pakai benda tuh

SMS

Pernah tak korang..bila korang mesej someone..tapi dia tak reply??Penah kan??Apa perasaan korang??Menyampah tak??Pastu mesti rasa macam nak menyumpah kan??Betul tak??Aku ada satu petua yang boleh atasi masalah nih..Nak tahu camner??

Lalalala..Seronoknya hantar mesej...


What??Dia tak balas??Awas ko..

Korang delete je no tuh..Membazir je hantar mesej kat orang yang tak balas mesej..


Pastu korang gelak lah puas-puas..Sebab lepas tu korang tak payah tensen lagik pasal hantar mesej kat orang yang tak reti reti nak reply..Sekian

Nah..ambik neh..Balasan sebab tak reply mesej..Superhuman tu dah upah aku kot..Dia suruh balas dendam kat ko..

p/s : Cerita ini ada kaitan dgn aku..Sabar je lah..

Wednesday, February 9, 2011

PENCURIK YANG MENAWAN

Oh.Aku rasa aku telah jatuh cinta kat sorang pompuan nih.Dia sangat comel.Tapi gila-gila sikit..Seyes..This is my type okeh.Malangnya keje dia tak berapa elok sangat..Sebab keje dia adalah sebagai seorang pencurik..Korang rasa patut ke tak aku teruskan hubungan ini ha??Aku ni lelaki yang susah jatuh cinta tahu?Bila aku jatuh cinta, itu adalah untuk sekali dalam sejuta tahun..Aku akan jatuh cinta sejuta tahun selepas itu lak..Korang rasa aku patut teruskan tak??Aku bagi korang masa nak jawab..


....................korang rasa patut tak??............



.....................habis tu how about my feeling??.............




..............ke korang tak suka tengok aku couple2 neh??.........




................apa?couple itu berdosa???...........





......................ok fine..tak jadik lah camnih...........



Ok lah.Sebenarnya aku memain jek.Pompuan tu wujud tapi kat dalam TV series..Dalam citer Leverage..Nama dia Parker..Aku sangat suka tengok dia dalam citer neh..Comel..and in the same time gila dan sengal..Oh..Aku harap aku dapat jumpa jodoh sebijik macam dia..Tapi versi muslimah arr..Arghh..Ok lah korang.Tetiba lak aku feeling nak nyanyi lagu Noktah Cinta..Entahlah..Ni mesti sebab meroyan nak jumpa pompuan tuh..Sabar je lah...

Eh??Macam bunyik orang kentut je..Sapa lak yang tengah spy aku neh??

Yeaa..Aku gila..


-Eh mak cik, kenapa warna rambut kita sama??-
-Sampai hati ko panggil aku mak cik??Aku akak ko ler..Konpem konpem la warna rambut kita sama-
-Oh ye ekk??Sorry, aku terlupa yang kita ni adek badek..Adeh..-

p/s : Ok lah korang..Aku nak gi tido dulu..Harap2 malam nih dapat arr jumpa dia dalam mimpi..Parker..Please show up!!!