JEJAK ANDA

Tuesday, February 8, 2011

JOM SELONGKAR

Pas maghrib tadi aku saje je kan buat segmen selongkar kat bilik aku sendirrik.Berangan jadik Awal Ashhari tuh macam kat dalam rancangan Fuhh!! tu haa..Dah lama dah tak buat.Benda pertama yang aku selongkar adalah kotak aku simpan buku-buku aku masa aku masuk kolej tu ha..Masa tengah sibok mencarik, tiba-tiba aku jumpa yearbook..Adeh..Dah lama aku nak belek buku tuh..

Ape yang ko simpat kat dalam bilik ko tuh??What??Majalah Playboy??

Belek punya belek akhirnya sampai lah kat page yang terakhir.Bila dah sampai page yang terakhir tuh, aku terus tutup buku tu dan terus letak balik..Booorring!!!Nothing interesting..Eh apsal lak??Ye lah..Gambar aku kat dalam tuh betul-betul ada 3 jer kott..Korang bayangkanlah..3 jer??Motipp gambar aku tak keluar banyak??Come on..Budak lain aku tengok bukan main lagik..Ada yang sampai lebih 10 kali keluar..Beza tu kann..Kejam seyh..Baru aku tahu aku tak femes..Sabar je lah kann..

Eleh dah tak pemes tu buat lah cara tak pemess..Ok fine..Aku ngaku aku tak pemes..Adeh...Aku tengah feeling yang aku sorang jek warna hitam putih kat dalam dunia neh..Manakala orang lain lak warna warni..Alahai macam dalam kartun tuh kan..What the heck aku neh..Ok lah..Sentap tau camnih..Adeh..Apsal aku ni kelihatan macam giler camera lak neh??..Setahu aku aku ni giler mic adalah..Entah lah..


Ehh??Apsal aku sorang je yang berwarne neh??

Ok lah korang..Aku memain jek..Aku tak kesah gambar keluar banyak ke sikit..Yang penting ade kann..dari takde tu.Lagi lah pulak..Mau je aku terjun bangunan tingkat doblas..

p/s : Tadi aku perasan jugak yang muke paling banyak keluar kat dalam buku tu adalah orang yang buat buku tuh..Adeh..Market diri nampak??


Monday, February 7, 2011

VIRUS OH VIRUS

Oh yeah.Hari ni aku dah belajar camne nak buat virus..Sangat cool..Disebabkan aku nih baru je belajar, so virus itu pun haruslah tahap virus hingusan ajer..Di mana virus itu harus ditekan untuk beroperasi..Bukan macam sesetengah virus yang kalau sekali je di upload kat PC maka akan crash lah PC itu..

Keluarga virus

Tapi aku pakai benda neh untuk waktu terdesak jer.Takkan lah aku sesaja nak rosakkan PC orang..Perangai itu sangat keji tahu.Mana tahu ada orang superimpose gambar aku ke, maka PC mereka haruslah dirosakkan supaya fitnah itu tidak tersebar..Kann??Macam tu lah fungsinya..Bukan untuk membuat jahat..Tetapi untuk melindungi diri..

Aku ingat nak letak lah virus tu kat laptop aku sendirik..Sebagai safety precaution..Mana tahu laptop aku kena curik ke kan??Then habis semua data peribadi aku kena rembat sekali..Macam pakej tu kan..Buy one get one..At least virus tu boleh format PC aku neh..Maka data aku tak dapatlah dicuri oleh pihak yang gatal tangan mencuri laptop aku neh..

Langkah pencegahan ekk??Err..gila ke hape??

Ohh..Sangat teruja..

p/s : Orang lain semua mahu membunuh virus, aku lak sibuk menternak virus..Oh..aku sungguh aneh..

I AM SO PROUD OF MYSELF

Ahh..Rasa macam nak pengsan lah pulak..Huh..huh..Aaaaa..Serious aku tak sangka perkara ini akan berlaku kepada aku..Cerpen aku telah pun disiarkan kat satu laman web nih..Aaaa..Sungguh..Rasa macam nak menangis sebab terharu tahu??Walaupun cerpen aku tu tak disiarkan oleh satu syarikat penerbitan itu, sekurang-kurangnya ada lah jugak pihak yang mahu menghargai cerpen aku itu..

Hello..oh mak!!Karya aku telah disiarkan..Rasa macam tak percaya lah pulak..adess

Terima kasih kepada pihak penulisan2u.com kerana sudi menyiarkan karya sulung saya yang tidak seberapa itu..Aku berasa sungguh gembira..Paling best adalah bila mana karya itu telah dibaca oleh lebih 2000 peminat..Err..Aku nih rasanya boleh jadik setaraf JK Rowling nih..Tak pon Faizal Tehrani ke kann??Hahaha..Tersangatlah perasan..Bila rasa gembira, nak je aku pergi panjat gunung pastu buat bungee jumping..Oh tidak..Pastu aku nak jerit kuat-kuat...

aaaaaaa.aku telah berjaya..

Namun, apa yang aku perlu katakan, aku adalah seorang penulis tegar..Menjadi penulis adalah impian terakhir aku.In case kalau aku tak ada hala tuju nak pergi..Tapi menjadi penulis ini memerlukan satu idea yang amat kretip..Sebab kena fikir pengajaran cerita dan plot yang bagus..Ahh..Lupakan semua itu..Aku ada perjuangan di tempat lain..

Thanks kepada semua pihak sebab sokong aku selama ini..Tanpa korang, mungkin aku tak ada kat sini..

Kepada semua pihak yang menyokong karya aku, aku ucapkan terima kasih bebanyak..Rasa macam dapat award lah pulak kan..Kepada sesapa yang belum baca lagi karya aku tuh, sila klik kat sini..Kalau korang nak hantar karya korang, boleh jugak hantar kat sana..Babai,,Aku mahu layan feeling gembira nih dengan kucing aku jap eh..

~aaaaaaaaaaaaaaaaaa~

p/s : Erkk..tak ada ke syarikat penerbitan nak lamar aku??Adeh..

GEGAR 1000 BLOG OLEH BEN ASHAARI





 SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??


Klik sini kalau nak join


p/s : Jom meriahkan dunia blog Malaysia..Kalau bukan anda..siapa lagi..

~ABAH O ABAH~

Pada pagi yang hening tadi..(hening mende dah pukul sploh lebih dah)..tiba-tiba pintu bilik aku diketuk oleh satu makhluk misteri..Oh.bapak aku rupanya..Nasib baik lah aku dah kunci..Kalau tak macam biasa lah..Pagi-pagi bapak aku akan ambush bilik aku...

"Luggage macam mana??Dah siap??"

"Dah." kata aku sambil mengesat mata dan menunjukkan luggage yang tersembunyi di belakang pintu..

"Abah rasa beg ni lebih 20 kg tak?"

Sambil mengangkat-angkat beg tuh dengan sebelah tangan, bapak aku dengan konpiden menjawab.."Hehh..Tak sampai pon.."

Aku naik heran..Eh camne bapak aku boleh tahu ekk?Masa dalam askar dulu dia penah angkat kereta kebal ke??Atau lori??Sebab dia tuh mekanik kenderaan tentera sebelum jadik sarjan..Adakah beg tu sangat ringan??Aku angkat pon macam nak menangis tahu..


Aku dulu penah jadik superhero tahu??

Baguslah kalau tak sampai 20kg..Boleh sumbat macam-macam lagik..Yeaaa..

p/s : Abah O abah..You are my superhero..

Sunday, February 6, 2011

~KENA RASUK~

Hari ni aku kena rasuk dengan setan..Oh Tuhan.Maafkan aku atas keterlanjuran ini..Tahu apa aku telah buat??Aku telah mencerca dua orang member aku kat dalam blog nih.Aaaa..Sangat tidak boleh dimaafkan..Memang sangat tidak boleh dimaafkan..

TETAPI..

Tadi aku telah pikir balik..Aku tak nak lah dicampak ke dalam api neraka yang menjulang-julang itu atas sebab perkara ini..Sangat tidak mahu..Sedangkan jari terbakar dengan lilin pun aku dah meraung macam nak mati inikan pulak masuk kat situ..Aaaa..Aku tak mahu..

Maka, tadi aku telah mintak maaf dengan mereka berdua.Apa yang aku fikir adalah teramat sangat susah untuk memaafkan perbuatan aku yang telah mencerca mereka itu..Sangatlah susah..Seperti mahu menyentuh langit dengan tangan..Tetapi mereka berdua ini lain..Apa yang paling aku tersentuh adalah mereka telah memaafkan aku..Yer..Memaafkan aku..Sungguh baik mereka ini..

Kenapakah aku menghukum mereka sebab perkara kecik je??Sedangkan banyak kebaikan mereka yang aku tak nampak??Oh Tuhan..Maafkan aku sekali lagik..Semoga Allah memberkati kamu berdua..Sungguh..Aku sangat lah tersentuh..

Apa yang aku mahu katakan..aku tersangatlah tak reti menjaga hubungan sesama manusia..Seriously..Im screw up man..Aku berharap tidak mahu mengulangi semua itu kembali..

p/s : I am suck bad in relationship..What should i do?

~CONFUSE~


Baru-baru ni aku ada bercadang nak buat satu keputusan yang agak besar jugak lah kann kat dalam hidup aku nih..Tapi aku tak tahu betul ke tidak..Dan aku menjadik keliru sama ada betul atau tidak..

Entah dari mana tiba-tiba encik Nerd muncul dan terus memberikan nasihat beliau..Adehh..Encik Nerd suruh aku meneruskan perjuangan ini..Err..Aku tak paham..kenapa..

Tapi akhirnya aku telah faham kenapa..Dan aku terlupa untuk mengucapkan terima kasih kepadanya..Entri ni aku buat khas untuk mengucapkan terima kasih kepada beliau..

TERIMA KASIH ENCIK NERD..

p/s: Hari ini hari ahad..Selamat terbang wahai sang helang..Terbanglah bagai seekor helang..